Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 19, 2005

Huh, lamanya tak memblog !

Mak tak de rumah, jadi saya tidak ke pejabat. Mak di KL, rumah Nan, adik lelaki saya. Minggu lepas Mak ada appointment di IJN, tu terus kena tahan kat rumah Nan. Ah, saya rindu Mak !

+++++++++++++

Di Kem, ada SMK Cheras Perdana, KL (ke Selangor ?) Sekolah ni dekat dengan rumah adik saya di Bandar Tun Hussein Onn dan rumah kakak ipar di Cheras Perdana.

Malam ni ada Ice Breaking. Disebabkan bulan ni bulan kemerdekaan, surelah malam ni akan berkumandang lagu-lagu merdeka.

Esok ada Amazing Race, Water Confidence dan Rafting. Malam ada ceramah. Last day ada War Game.

Opss lupa. Fasi yang on-duty : Ruddy, Syam (pinjam dari TJ), Toyak, Asyraf, Cica, Iwan (arini sahaja) dan Azlie (new glasses, hensem weh!)

++++++++++++++

Anak saya, Iwan akan ke Pulau Langkawi esok (sana jerebu, tak ?). Wilderness Adventure. Tengah excited tuh. Penceramah untuk grup SMK CP, Encik Kamal beritahu supaya Iwan mengambil peluang untuk belajar tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaluinya.

Mamat seorang ni, kalau aktiviti luar tuh takyah nak risau. Dia memang akan bersungguh. Kalaulah kat sekolah, cikgu ajar tuh bersungguh macam ni, tak payah nak hantar tuition. Ini tak, dia exam, kita yang tak tidur malam. Tadi Ruddy bawak dia pergi bundle Tangkak, beli cargoes. Kalau kotor, boleh buang sahaja. Pastu terus ke Plaza Tol, tunggu SMK Cheras Perdana. Iwan ikut satu bas, Syam ikut satu.

Hadui, tengah excited bercerita dengan adik-adik. Pasal nak berkayak dari pulau ke pulau. Flying fox dari kapal ke kapal. Pasal mandi laut. Yang nak tahu lebih lanjut, click link ni ------> Wilderness Adventure.

Sabtu depan baru dia balik. Sure saya rindu.

++++++++++++++

Lama tak pejabat tiba-tiba hari ni agak sibuk.

Ada students dari Akademi TV3 datang. Salah seorangnya ex-camper, Syafinaz dari SMK Jasin (Fendie sure ingat minah nih). Pastu ada Anglo-Chinese School booking untuk bulan Disember.

Bulan depan akan busy. MMU, UPM, IKM JB, SMK Teknik BK, UPM, MPIK, UKM. Giliran students U pulak masuk.

+++++++++++++


Pasang khemah di Tapak Putera. Tapak Putera untuk campers lelaki, Tapak Puteri untuk campers perempuan. Satu lagi Tapak, Tapak Survivor, dalam hutan untuk Pakej Survivor. Antara Tapak Putera dan Tapak Puteri terdapat sebuah surau yang mengadap ke tasik.


Pejabat, rumah kayak dan setor basikal. Depan pejabat, ada pelantar. Tempat saya termenung tengok air. Yang kayu-kayu tu, tempat bela ikan.

Sekarang air tengah banyak tapi air tak cantik. Musim lumut mati. Jadi airnya merah. Harap-harap hujan lebat selalu nanti, biar air cantik semula.

Kena ingat juga untuk kibarkan Jalur Gemilang depan pejabat nanti. Di Dataran Gemilang dah kibar dah. Patriotik gitu !


Jungle trekking. Lama sungguh tiada grup yang minta aktiviti ni. Gambar ni, sedang mendaki di bukit dekat Palung lama. Kat sini boleh jumpa (kalau cari dengan tekunnya) tinggalan bijih emas dan timah. Sekarang ni memang tengah orang rajin mendulang emas. Dapat emasnya, tapi halus sahaja. Warna hitam macam pasir.


Beginilah rupa, bila balik dari jungle trekking. Lawa ! Bersolek sakan di anak air tepi ladang kelapa sawit, dekat highway Utara-Selatan.

Di anak air ni, terdapat tanah liat yang bersih. Air yang mengalir juga sungguh menyejukkan. Bila dah sapu badan dan muka dengan tanah liat, nyamuk tak nak gigit. Natural insect repellent :)

Dan fasi pulak, bila peserta mukanya dah beremekap lawa gitu, sure takleh bercakap lagi. Senaaaaaannngggg bagi arahan, tak de yang nak melawan, kan ?

+++++++++++++++++++

Jangan lupa, visit my darLINKs ye !

Image hosted by TinyPic.com
Mari Berkenalan : (dari kiri) Kucai (pandang Iha), Iwan (rambut Mawi), Azim(senyum lawa), Pakdi(baju kuning), Iha(tudung cerah), Bamz(tudung hitam), Tompel (belakang Bamz), Ayap(ushar sepit baju), BObo(baju pelajar bermasalah), Madas(control garang), Asri(bermanja kat Madas), Dino(nampak sket sahaja).

Boleh lah tinggalkan TESTING anda di sana !

++++++++++++++++++


Lagu Untuk KLD dari SMK Tinggi Kluang

Lagu Asal : Desa Tercinta (Nora)

Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk nak mandi pagi
Semua terus tak mandi

Fasi melambai-lambai
Semua terkapai-kapai
Walau sejuk mengigil
Tetap manis tersenyum riang

c/o
Kau terjunlah .. takut
Kau redahlah .. seram
Oh, inilah danau yang tercinta
(bestnya)
Kau larilah .. penat
Bersabarlah .. iyelah
Seronoknya suara mereka
Di Lambaian Danau

Lelaki atau perempuan
Besar ataupun kecil
Berakit beramai-ramai
Usik tawa mengilai
Dan senja pun berlalu
Malam pula bertamu
Semua pening kepala
Mana hilang lagi seringgit

ulang c/o

Terima kasih fasi
Juga PakLet dan famili
Yang banyak bantu kami
Sepanjang camping ini

Esok kita nak balik
Jumpa emak dan bapak
Sental baju yang kotor
Yang mana tak pakai ditinggalkan

ulang c/o

*** Thanks so much dear campers of High School, Kluang !

3 comments:

bean_beh said...

ws..susah2 je singgah tinggalkn msg. bila nk dtg laie? iAllah kak G, ada rezeki kami akan menyerbu laie..ehhe. Kak-G & kroni semua pkabo? cuti skolah musti bz kan? tgk ramai yg bergumbira dtg ke KLD..musti jadi pengalaman yg x dpt dilupakan..sama cam kami :) wokess, sampai ada rezeki laie..tenkiu :)

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »

Anonymous said...

Excellent, love it! »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...