Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 04, 2015

MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka dan SMK Dato Mohd.Said, Nilai, Negeri Sembilan

30 Januari - 1 Februari 2015

Minggu yang sibuk, ada lebih 400 pax di Kem.

Minggu tanpa anak-anak. Along, Angah dan Yan ke Brunei untuk urusan Mama G Food Industries.

Mujur anak-anak GengLasak kami dah biasa, Alhamdulillah kedua program berjalan lancar.


++++++++


SMK Dato Mohd. Said Nilai

Kem Komandan ialah Cicha, dibantu Ahmad sebagai Asst. Kem Komandan. Fasi-fasinya, Ilham Macha, Teta Tajul, Sakinah dan fasi baru, Syaf. Peserta yang datang ialah pemimpin pelajar.Nilai pernah datang 2 tahun lepas.


Balik dari Wargame, semua comot !
Ku ambil lumpur di ladang
Ku jadikan penyamaran
Rupa tampan  berubah menjadi seram
Agar sukar dipandang
Bergerak, bertempur, pendekar pantang umdur ....



Rafting Adventure. Memang mencabar. Ni trek A. Trek baru ni, berakit dalam rumput :) Dengan lumut mati, dengan angin bertiup kencang !


Mula berlepas, tak tahu apa tunggu di depan. Fasi ada di setiap rakit, mengajar dan menjaga keselamatan.

++++++++++

MRSM TGB, Jasin

Kem Komandan ialah Pak Let. Asst Kem Komandan, Abang Is dan Nabil. ( Kami semua panggil Is Aizat, Abang Is. Jangan tanya kenapa, semua sekali kat Kem ni memang panggil dia macam tu.) Fasi : Nadzrin, Iqbal, Toyak, Zue, Udin, Haziq dan fasi baru, Anas.

MRSM memang setiap tahun bersama kami. Program gerak gempur sebelum SPM dan program persediaan SPM.
 

Ini 'log race'. Berenang dalam satu pasukan dengan sebatang balak.


OTOS. One team, one spirit. Aktiviti teamwork yang baik. Seorang sahaja tidak berfungsi, semua tidak akan sampai kedaratan. Mereka mengelilingi pontoon. Fasi di atas pontton untuk tujuan menjaga keselamatan.


Aktiviti wajib, zapin ayam. Ni zapin paddle rakit :)


Rakit Adventure. Tahun baru, trek baru juga. Dan tentulah lebih mencabar.

Thursday, January 29, 2015

BUSS BUMI GROUP - ALLIANZ MELAKA dan KOLEJ 11, UPM

16  hingga 18 Januari 2015

Lama tak menulis, macam payah !

Dengan kemudahan yang ada sekarang, setiap minggu selalunya ada 2 group kecuali group yang besar. Setakat ni, paling ramai kami pernah handle. lebih 1000 orang. Kem KAFA. Seronoknya, setiap masa dengar anak-anak kecil mengaji.

Minggu lepas ni, pelajar UPM dan kumpulan insuran.

Kumpulan Insuran ni orangnya hebat-hebat. Kereta hebat-hebat. Ada Audi, ada BMW. Mereka datang untuk Program Team building. Tapi saya tak sempat ambil gambar orang-orang nya. Hehe. Ambil gambar kereta lak :)


 



 






Fail sungguh ni, gambar makan-makan je. Kesian anak-anak saya penat perg berakit, bercross country, wargame semua. Tapi tak ada gambar. MInggu ni akan lebih gigih. Janji!

KLD Shoppe

Anak-anak saya dari kecil biasa tolong kami. Balik sekolah tolong cuci tandas, sapu tapak khemah dan kemas tempat mandi/jeti.

Weekend bila ada group, Along jadi pembantu Fasi. Angah, Nadzrin dan Nana buat dadih, jual di Kem. Bila dah buat dewan, ada kedai kecil. Mereka tambah jualan. Sudah ada snacks, air tin, air mineral dan t-shirt. Dapat lah duit buat belanja sekolah. Semua rajin. Weekday sekolah, balik sekolah Jumaat lepas solat tolong di Kem. Yang besar jadi Fasi. Yang kecil berniaga.

Untuk yang kenal anak saya, yang nak tahu tu. Along dah habis belajar. Dah grad Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan. Angah pun dah grad BBA(Marketing). Nadzrin tengah buat program Pathway to Chartered Accountant. Insha Allah tahun depan fly ke New Zealand. Nana, form 5, SPM tahun ni. Dah besar semuanya. Alhamdulillah.

Eh, nak citer pasal kedai. Orang dah tua, melalut lebih :(

Sekarang kami ada kedai baru. Ni tengok gambar :

 




Ni gambar belum siap sangat. Tapi sekarang dah siap dah. Macam-macam kami jual, ikut group. Kalau group dewasa, ada mee rebus, nasi lemak, popia, roti bakar .. Kalau budak kecik, manu budak kecik pula.

Dah jadi tempat pegawai/cikgu lepak dah :)

Sekarang.

Apa yang saya buat sampai tak update blog. Sibuk ! Kalau tak sibuk, tak ada projek bukan lah saya orang nya. hehe

Selain Kem Lambaian Danau, sekarang kami ada perniagaan baru yang diuruskan oleh anak saya Hafidz,  Mama G Food Industries  Kami proses dan jual sambal segera (ready-to-eat) dan juga pes asampedas. Instagram mamagfood. Follow ye :)




Klik link Facebook itu ye, untuk info lanjut. Nak beli pun boleh :)








Tuesday, January 06, 2015

Kembali ke DARI HUTAN INI

Alhamdulillah.

Masih ada saya di tahun Masihi 2015.

Rindu dengan Dari Hutan Ini. Permulaan perniagaan Kem Lambaian Danau dulu, DHI inilah jadi sumber pemasaran kami. Masa tu tiada Facebook, tiada Istagram. Kerja saya, cerita pasal group yang datang. Joyah jugak, cerita keluarga dan kampung, masuk sekali :)

Saya mula menulis tahun 2003. Mula malas 2012. Mahu mula semula 2015. Semoga rajin saya tidah berhenti di post ini. hehe

Banyak yang telah berubah di KLD.


Pokok-pokok yang dulu kecil dah besar. Cukup rimbun melindungi tapak khemah.


                     


Ni depan Kem. Tanah sebelah, tuan punya dah buat pembangunan. Jadi Taman Extreme Majlis Daerah Jasin. Tanah kami yang sebelum ini digunakan sebagai jalan penghubung ke Kampung Cina dah dipulangkan balik. Sekarang jadi tempat parking bas.



                     


Pejabat KLD sekarang. Pejabat lama, sudah jadi Rumah untuk pegawai pengiring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...