Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, January 29, 2015

KLD Shoppe

Anak-anak saya dari kecil biasa tolong kami. Balik sekolah tolong cuci tandas, sapu tapak khemah dan kemas tempat mandi/jeti.

Weekend bila ada group, Along jadi pembantu Fasi. Angah, Nadzrin dan Nana buat dadih, jual di Kem. Bila dah buat dewan, ada kedai kecil. Mereka tambah jualan. Sudah ada snacks, air tin, air mineral dan t-shirt. Dapat lah duit buat belanja sekolah. Semua rajin. Weekday sekolah, balik sekolah Jumaat lepas solat tolong di Kem. Yang besar jadi Fasi. Yang kecil berniaga.

Untuk yang kenal anak saya, yang nak tahu tu. Along dah habis belajar. Dah grad Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan. Angah pun dah grad BBA(Marketing). Nadzrin tengah buat program Pathway to Chartered Accountant. Insha Allah tahun depan fly ke New Zealand. Nana, form 5, SPM tahun ni. Dah besar semuanya. Alhamdulillah.

Eh, nak citer pasal kedai. Orang dah tua, melalut lebih :(

Sekarang kami ada kedai baru. Ni tengok gambar :

 




Ni gambar belum siap sangat. Tapi sekarang dah siap dah. Macam-macam kami jual, ikut group. Kalau group dewasa, ada mee rebus, nasi lemak, popia, roti bakar .. Kalau budak kecik, manu budak kecik pula.

Dah jadi tempat pegawai/cikgu lepak dah :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...