Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, April 27, 2007

Happy Birthday, Me !


Salam Ulangtahun buat diri sendiri :) Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan berikan secukupnya apa yg perlu buat saya. Thanks to yang wish dan untuk adik saya dan anak-anak saya, thanks so much !

Saya, macam biasa sahaja. Sibuk menguruskan Kem sebelum menerima Group yang akan masuk petang ni. Dengan Fathi, Firdaus dan Khairi, kami bergotong royong bekerja. Pak Let tentulah ada sama. Dan Wak Ripin juga, datang menolong bila perlu.

Kami panggil Fathi, Firdaus dan Khairi - 'budak kecik'. Mereka ni kawan-kawan anak saya, Along. Walaupun Along di PLKN, dia orang tetap datang ke Kem. Abang-abang Fasi panggil mereka, 'Johnie'. Dah budak-budak kan, ada jerlah benda yang hendak dimain-main. Kerja-kerja, jumpa sekeor anak merbah. Mereka bela dan bagi nama - Michael.


Anak Merbah yang jadi 'pet' Johnies. My name is Michael


Manja dengan Fathi.

Khairi yang bagi nama pada Michael. Nama penuh si-Mike ni, Michael Learnts to Romance. Sukahati dia jer campurkan nama Group My Chemical Romance dengan Michael Learnts to Rock. But then, tulah sebab Khairi leh dapat 7As. Keje dia belajar jer, music pun fail !

Saya tukang kemas daun-daun sakat. Lawa dah sakat nih, gantung atas pokok. Yang bawah sakat tuh, anggerik hutan.

Lagi sakat.

Berhampiran Dataran Gemilang. Depan pejabat.

Sakat depan Anjung Kelana

Muafa sedang welding bangku-bangku yang patah.

Thursday, April 19, 2007

Tentative Programme - Day Two

KEM CUTI SEKOLAH @ SCHOOL HOLIDAY CAMP
29 MEI - 31 MEI 2007
TARIKH AKHIR MENDAFTAR = 15 MEI 2007


**********

HARI KEDUA. RABU, 30/5/2007

MASA

AKTIVITI

6.00 pagi

Bangun pagi, bersihkan diri dan Solat Suboh berjemaah. Kuliyah Suboh.

7.00 pagi

Aktiviti 5. Senam Pagi

8.00 pagi

Sarapan Pagi.

8.30 pagi

Aktiviti 6. “The Danau Race”

12.00 tengahari

Bersihkan Diri

12.30 tengahari

Makan Tengahari

1.30 tengahari

Solat Zohor berjemaah

2.30 tengahari

Aktiviti 7. Kayak dan Rafting

4.00 petang

Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.

6.30 petang

Bersihkan diri. Rehat.

7.15 malam

Solat Maghrib berjemaah. Kuliyah Maghrib dan Solat Isya’ Berjemaah.

8.30 malam

Makan Malam BBQ

9.30 malam

Aktiviti 8. Kecerdasan Emosi dan Fikiran (EQ dan IQ.

11.00 malam

Supper

11.30 malam

Luahan Rasa, Bicara Hati (Sessi Kaunseling)

12.00 malam

Selamat Malam




Hari Kedua, dah kawan baik dah. Dari kiri : Haziq, AngahKL, Abang Iwan, Haiqal, Amir, Amirul. Depan : Nadzrin, HaziqSelekom dan Firaz. Belakang : Along dan Abang Wan. Summer Camp 2006

Bangun pagi, dikejutkan oleh Abang Kudin dan Abang Wan. Dah jadi tugas abang-abang ni mengejutkan adik-adik. Bersihkan diri dan bersedia untuk berjemaah Solat Suboh. Lepas berjemaah, ada Kuliyah Suboh.

Senampagi. Kalau dengan Abang Zul, ada Aerobic. Kalau Abang Kucai, Taichi. Kalau Abang Faiq, streching macamlah kita nak pi main Rugby, kalau dengan Abang Wan - paling adik-adik suka. Leh joget-joget, nyanyi-nyanyi. Kita tengoklah siapa yg duty nanti, ok ? Bak kata Tok Batin Firdaus semasa Summer Camp lepas - kita layaaaaaannn !

Lepas tu, masa untuk sarapan. Jangan lupa, lepas makan, cari kayubasuh pinggan :)

Abang Faiq manjakan adik-adik, siap serve ! Aqeel, naperlah letak headband kat mulut lak tuh ?


The Danau Race. Ni aktiviti baru, lebih mencabar, lebih seronok ! Kita akan pergi tengok Canyon dan sarang burung tiung pasir, melawat sekolah lembu, rehat dan piknik sebentar di Pantai Pasir Putih dan merentas Hutan Acasia. Boleh main tanah liat nanti !


Panjat Bukit Tuah. Jangan mengada kata tak larat. Qistina Balqis yang 6 tahun tuh pun panjat tanpa bantuan !


Sampai Kem dan makan time ! Makanan macam biasa, tak pedas ! hehe. So mummy dan mama semua janganlah risau - anak-anak takkan kelaparan. Tak payah bawak bekal jajan, ok ! Kalau cuaca panas, boleh beli dadih. Satu = RM 1:00. Bawak bekal duit 3-4 ringgit cukuplah, buat beli dadih. Benda lain tak de apa nak dishopping dalam hutan ni :)

Solat Zohor berjemaah di Surau.

Aktiviti petang. Berakit/kayak. Abang Fasi, bersedia untuk bersama adik-adik untuk
berakit, ye !

Rakit Race. Abang-abang Faci berakit dengan adik-adik. Best dia orang ni, walaupun paddle lebih tinggi dari dia orang, dia orang still berdayung jugak ! Kumpulan Abang Toyak dan Abang Wan dapat nombor 2 :)

Ni kumpulan yang menang ! Facinya Abang Fikry dan Along

The Rakit Race. Summer Camp 2006.

Lepas berakit. Posing pulak :) Yang kemain laig berposing tuh, Fauzi dan Ain.

Aqeel posing gak :) Ni kumpulan Abang Iwan dan Abang Azim yang kalah, kan ?


Habis aktiviti, kita bersihkan diri. Minum petang dan Solat Asar. Masa untuk berehat sebentar.

BBQ dinner. Kita bakar ikan (fresh dari tasik), ayam dan sausage. Ada Nasi Goreng Cina untuk tak suka pedas dan Nasi Lemak Sambal Udang untuk yg makan pedas tu.

Lepas Isya', pukul 9.00 malam, masa dengan Konsultan KLD. Supper. Lepas tu, siapa yang ada masalah, cara pembelajaran atau apa-apapun, sila book Kumpulan Untuk Sessi Bicara Hati.

Lepas dinner dan solat, dia orang siap-siap pakai pyjama. Study Skill dengan Encik Nordin Insan HRD. Huh, Encik Nordin kata tak pernah lagi dia bagi kursus kat peserta dalam PJ. Belasah jer lah, Cik Din !


Yang sekolah rendah biasanya tiada masalah. Tidur time ! Yang bermasalah tu, teruskan dengan Kaunselor.

Selamat Malam.

Tuesday, April 17, 2007

Transport dari KL ke KEM LAMBAIAN DANAU

Photobucket - Video and Image Hosting
Selamat Datang ke KEM LAMBAIAN DANAU !!!


Photobucket - Video and Image Hosting
Makan Time @ Anjung Kasih


Tambang bas dari KL (Car Park Bukit Jalil)
ke KEM LAMBAIAN DANAU ialah
RM35.00

Anda tak boleh menghantar anak ke KLD ? Jangan risau, untuk kemudahan anda kami akan menyediakan pengangkutan dari KL ke KLD.

Jadual bas bertolak dari Car Park Bukit Jalil @ 7.30 am. Semua peserta seelok-eloknya mesti berkumpul sebelum pukul 7.00am.

Sila hubungi pihak Kem jika anda mahukan perkhidmatan ini. Tempat adalah terhad, jadi sila 'confirm' dengan kami secepat mungkin.

Untuk 'booked' tempat dengan bas kami, sila telefon :

Encik Rosli Kamaludin 019-3682498 atau emel kami di lambaiandanaukem@yahoo.com

++++++++

Terima kasih kepada yang berminat, dan kepada sesiapa yang telah membuat pembayaran, jika anda tidak emel/pos borang lagi, sila telefon pihak kami untuk memberi butiran dan maklumat peribadi mengenai anak anda.




Photobucket - Video and Image Hosting
Nature Walk. Pepatung merah di Danau. Nikmati keindahan alam semulajadi di KLD.

Monday, April 16, 2007

Sri Impian Jasin

Kem Cuti Sekolah.

Tahun lepas, ada ibubapa yang inginkan penginapan berdekatan dengan KLD untuk bercuti sementara menunggu anak-anak camping di KLD. So, kami telah berusaha untuk menyenangkan anda. Sepetang bersama Pengurusan Sri Impian dan ini hasilnya :

Hotel Sri Impian, Jasin

Lobby

Hotel ni baru lagi, milik Bumiputra 100%.


KLD telah bekerjasama dengan Hotel Sri Impian Jasin dan Sri Impian Jasin telah bersetuju untuk memberikan harga terbaik untuk anda yang booking bilik melalui kami.

Standard Room = RM 72.00 nett incl of breakfast for two.

Ni bilik Standard Room. Basic sahaja, tapi bersih dan selesa.


Superior Room = RM 80.00 nett inc of breakfast for two.

Gambar Superior Room


Deluxe Room = RM 100.00 nett inc of breakfast for three

Deluxe Room dia, ada satu Queen Bed dan satu single. Besar dan selesa.




Facilities yg ada dlm bilik mereka : Air-con, TV, IDD, Tea & Coffee Making Facilities.


Menu



Coffee House

Friday, April 13, 2007

Borang Penyertaan

Untuk mendapatkan BORANG PENYERTAAN

BORANG PENYERTAAN <--- Klik sini

Cara Mendownload

1) Right click pada perkataan borang pada perkataan di atas seperti gambar rajah di bawah



kemudian klik "save target as" bagi pengguna internet explorer atau klik "save link as" bagi pengguna mozilla firefox

2)Kemudian akan keluarlah rajah sepeti di bawah




klik "save" di folder yang ingin anda simpan

3)Isi borang dan emailkan atau print dan fax kepada kami. Alamat Emel dan No. Fax ada di atas.

Jika anda ada masalah mendownload borang, telefon kami dan kami akan faxkan borang atau jika anda suka, kami juga boleh mengirimnya melalui poslaju/courier kepada anda.

Ingat, tarikh akhir menghantar
BORANG PERMOHONAN
ialah pada 15 MEI 2007 .

Tentative Program, Hari Pertama


HARI PERTAMA. SELASA, 29/5/2007

MASA

AKTIVITI

10.00 pagi – 12 tengahari

Pendaftaran di Anjung Kelana, KLD. Jamuan ringan untuk peserta dan ibubapa. Ucapkan Selamat Jalan Kepada IbuBapa.

12.00 tengahari

Taklimat Program.

12.30 tengahari

Makan Tengahari

1.30 tengahari

Solat Zohor Berjemaah.

2.00 petang

Dirikan khemah.

2.30 petang

Aktiviti 1. Ice Breaking.

4.00 petang

Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.

4.30 petang

Aktiviti 2. Obstacles-Run-Around-The-Camp N Water Confidence

6.00 petang

Bersihkan diri.

6.45 petang

Makan Malam.

7.15 malam

Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Pak Imam, Ustaz Muhammad. Solat Isya’ berjemaah

8.45 malam

Aktiviti 3. Study Skill oleh Penceramah Jemputan.

11.00 malam

Minum Malam


Aktiviti 4. Night Stroll (Jalan Malam, beramai-ramai)

12.00 malam

Selamat Malam




Untuk yang datang dari KL, anda bolehlah menempah pengangkutan dengan kami. Harganya saya akan beritahu 2-3 hari lagi. Kami sedang berbincang untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Yang dari tempat lain, jika anda turun di Bus Stand Tangkak atau Jasin, kami boleh tolong ambil anda di kedua tempat ini.

Tetapi kami amat menggalakkan ibubapa sendiri yang menghantar anak-anak.

Seperti di Tentative Program, masa untuk pendaftaran ialah dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Nak datang awal pun okay, sebab kami biasanya sudah bersedia dari pukul 8 pagi. Tidak perlu berhenti untuk sarapan kerana kami akan menyiapkan ' Jamuan Selamat Datang' untuk peserta dan ibubapa.

Anak-anak perlu mendaftar sendiri. Ibubapa mestilah menyediakan satu envelope berisi
Salinan Fotostat Surat Beranak Anak untuk pihak Insuran. Semasa pendaftaran peserta akan diberikan satu Fail, Alatan Menulis dan T-Shirt Kem Cuti Sekolah.

Aqil dan Nadzrin sedang mendaftar. Aqil berumur 10 tahun, dari KL. Firstime dia pergi Camping. Mula-mula sahaja muka camni, pastu dialah hero !

Qistina Balqis, 7 tahun dari Bukit Jalil sedang mendaftar. Qis best sangat, dia buat smeua aktiviti tanpa pertolongan kami. Peserta terhebat semasa Aktiviti 'Balancing'. Dia meniti sebatang kayu dengan lajunya. "Wah, biasa buat ker, Qis ? " " Kita belajar ballet, la Abang". Patutlah !


Sebaik pukul 12 tengahari, anak-anak akan mengucapkan Selamat Jalan kepada Ibu dan Ayah dan Program Kem Cuti Sekolah akan bermula :) Kita akan bermula dengan Taklimat Program. Makan Tengahari di Anjung Kasih. Cara buffet. Parents, tidak perlu bekalkan anak-anak makanan ye, kat sini makanan banyak.


Sedang pasang khemah.


Siap makan tengahari, siapkan diri pula untuk Solat Zohor. Di KLD, setiap waktu solat, diwajibkan berjemaah di surau.

Semua orang wajib berjemaah. Surau KLD, di tepian tasik. Bila solat, angin bertiup lembut, rasa tenang dan aman menghadapNYa.

Lepas tu, mendirikan khemah. Siap semua khemah, masa untuk Ice Breaking. Kenal-kenal dengan Abang-abang dan Kakak-kakak Faci dan bermesra dengan kawan-kawan baru.

Ais sudah pecah ! Orang Muar dengan orang KL dah bermesra tuh !


Minum petang dan solat Asar.

Bermula aktiviti 'outdoor'. Water Confidence dan Obstacles-Run-Around-The-Camp.

Malam. Lepas Solat Maghrib, ada Kuliyah Maghrib sehingga masuk waktu Isya'.

Lepas Solat Isya, Study Skill. Belajar cara 'belajar' yang betul. Peta minda. Ada slide shows, video presentations dan LDK.

Minum malam dan selepas tu, pergi Jalan Malam. Boleh belajar tengok arah kiblat dari buruj di langit, ye dik !

Wednesday, April 11, 2007

Kem Cuti Sekolah 2007.

Sebelum anda baca tentangnya kat bawah nanti, biarlah saya ceritakan dulu pasal Kem Cuti Sekolah (KCS). Seperti namanya, program kami ini adalah untuk anak-anak bercuti. Cuti. Rehat. Relax. Dan masa untuk mereka 'enjoy' sebelum meneruskan persekolahan.

Wah, 'enjoy' lak ye. 'Enjoy', dengan maksud kami ye !

Enjoy jumpa kawan baru, enjoy kehidupan lasak berkhemah di tepian tasik kami, enjoy buat aktiviti-aktiviti luar yang mencabar minda dan fizikal dan banyak lagi yang adik-adik boleh enjoy ! Juga enjoy beribadah ramai-ramai ! Enjoy makan-makan dengan kawan-kawan baru !

Walaupun begitu, adik-adik wajib mengikut jadual yang telah diaturkan - masa solat, masa tidur, masa makan, masa aktiviti dan sebagainya. Disiplin diri paling utama.

Kem ni bertemakan 'kekeluargaan' dan 'kasih-sayang'. So tiadalah denda-denda atau aktiviti-aktiviti psyco yg buat anak-anak menangis dan benda-benda yang sewaktu dengannya lah. Anak-anak akan dilayan seperti di rumah - ada Abah, Mama, Abang-abang dan Kakak-kakak.

Anda baca dulu pasal Program KCS ni dan insyaAllah esok saya akan ceritakan pula pasal Tentative Program.


Baru sampai. Keluarga Haiqal dari Simpang Renggam. Walaupun kecil dan pemalu awalnya, Haiqal dipilih menjadi jurucakap kumpulannya.

Parents cuma hantar sahaja. Anak-anak yang mendaftar sendiri. This time around ada refreshments utk parents. Ada jamuan kecil-kecil sikit. Yang last year punya, dapat minum air sahaja.

Dah mendaftar, dapat file dan alatulis, mula membaca Tentaive Program
dan menulis nama atas file.

Sebelum mulakan Program, kami dahului dengan Bacaan Doa.

Encik Alias dari Muar, Johor dengan anaknya, Haziq. Dia tolong bawa juga anak-anak jirannya. Fauzi dan Nazrin.


+++++++

SCHOOL HOLIDAY CAMP MEI 2007


Apa yang ingin anda rancangkan untuk anak-anak Cuti Sekolah yang akan datang ini ?

Kem Lambaian Danau akan mengadakan Program SCHOOL HOLIDAY CAMP pada 29 Mei - 31 Mei 2007. (3 hari 2 malam) bertempat di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.

Penyertaan untuk Program ini, terbuka kepada 2 kategori :
Pelajar Sekolah Rendah ( 7 hingga 12 tahun )
Pelajar Sekolah Menengah ( 13 hingga 18 tahun )

Penyertaan adalah terhad. 80 orang sahaja untuk setiap kategori. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mei 2007.


Pakej :
Latihan dan Bina Semangat oleh Pakar Perunding Bertauliah KLD, Aktiviti Outdoor oleh Jurulatih KLD. Makan dan Minum 5 kali sehari, BBQ Dinner, air mineral dan bekalan makanan untuk aktiviti luar. Insuran Berkelompok - RM 10, 000 dan kemudahan hospital RM 500.00, Sijil Penyertaan dan VCD Kenangan. Sehelai T-shirt KLD untuk peserta.

Harga :
RM 125.00 seorang
Tempahan Berkumpulan, RM 115.00 seorang, jika melebihi 8 orang.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :
Study Skill oleh Penceramah Jemputan
Kecerdasan Emosi dan Fikiran (IQ dan EQ) oleh Penceramah Jemputan
Sessi Kaunseling dan Motivasi
Obstacles-Run-Around-The-Camp
Water Confidence
The Danau Race
Kayak dan Rafting
Nature Walk
War Game
dan berbagai lagi aktiviti yang menarik, berfaedah dan menyeronokkan peserta.

Untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi :

ROSLI KAMALUDIN ( 019-3682498 ) atau SHAMSURI ( 019-2654545 )

+++++++++++++++

Saturday, April 07, 2007

Promosi Kem


SCHOOL HOLIDAY CAMP


Tengok gambar dulu sebelum kami umumkan semuanya berkenaan School Holiday Camp 2007.




Slide Show One



Slide Show Two



Slide Show Three



Wednesday, April 04, 2007

Sayangku Sakit !

Buah hati saya



Aduhai, musim sakit-sakit pulak.

Sejak dari Januari 2007, Kem sentiasa sibuk - setiap minggu beratus-ratus orang masuk. Minggu akhir sebelum cuti sakit tu - ada 3 grup : Uitm, UTM Pusat-Ko dan UTM Kolej 9. Berlari-lari semua orang kesana kemari bekerja. Paling sibuk tentulah PakLet sebab dia kena menguruskan segalanya. Tapi tak kisahlah sebab hero-hero Kem, faci-faci semua ada bertungkuslumus bekerja. Saya yang baru baik sikit-sikit pun ada juga. Berguna juga, walaupun tak sihat. Tak caya, tanya Zali - how i helped him ambushed orang ! Gua dashyat, beb ! Banyak musuh mati :)

Kerja hari-hari, tanpa cuti langsung sejak Januari. Memanglah tak kisah, sebab suka kan ? Kerja sendiri lak. Tak rasa kerja. Lainlah masa kerja dengan orang. Ada harinya, bila bangun pagi - rasa seksa sangat - bencinya nak pergi kerja ! Ni di Kem dengan angin yang bertiup sentiasa, tasik dan pemandangan hijau - memang bahagia. Petang siap kerja, boleh fishing sekeliling Kem.

Petang PakLet sakit tuh dia pi mancing kat Laluan Jungle Trekking, tepi Lubuk Kerbau, dalam Ladang Kelapa Sawit. Bila balik petang tuh, bawa banyak ikan puyu, haruan dan keli kampung. Makan malam, solat Maghrib, dia pergi lak tangkap ayam. Ayam rumah kami, kurang ajar sikit - tak reti masuk reban. Jadi, ajak Udin tangkap. Lepas tangkap ayam, macam biasa dia tengok anak-anak study. Pastu dia Isya' dan tidur. Macam biasa, macam hari-hari sebelum ni.

Saya pulak tidur lambat sebab buat cupcake. Cupcake tuh cadangannya untuk accompany pulut kuning dan rendang ayam yang kami nak hantar ke surau esok. Ada kenduri doa selamat di surau dekat rumah untuk Amir. Dah lama result keluar, baru kita orang nak buat. Tu pun sebab Atok Panchornya dah buat dulu di Kampung.

Saya memang sibuk di dapur - buat cupcake, rendam pulut, kupas bawang ... Siap semua sudah pukul 2 pagi. Siap-siapkan diri sikit dan tidur.

Pukul 3.30 pagi, PL kejutkan saya. " Yang, bangun, I sakit". Tergesa-gesa saya bangun. Dia jarang sakit. Saya panik, apa ni ? Saya kejutkan Mak.

Dia dah berguling-guling kesakitan. Pastu berdiri, pastu muntah. Ya Allah, ni teruk ni ! Telefon Wak Ripin. Dia datang, saya mintak dia tolong drive ke hospital. Tapi katanya - tak reti nak drive jeep tuh. Telefon Abob (faci KLD) dan mintak dia hantarkan ke Hospital Pantai.

Dalam perjalanan, PL berguling-guling dan mengucap. Takutnya saya melihat keadaan dia. Segala lampu merah, lampu hijau dan divider yang boleh Abob langgar, dia langgarkan. Sungguh, tak sanggup kita orang tengok dia terseksa.

Sampai, dia dah berjalan laju terus ke Accident dan Emergency Dept., dia mintak doktor berikan dia painkiller sebab tak tertahan lagi sakitnya. Doc Elena periksa dia dan doctor suspect dia ada batu karang.

Saya masih terhegeh-hegeh mendaftar. Doc bagi satu jab dan sekejap lepas tuh dia tertidur. Tapi sekejap terjaga bila sakit. Begitulah dia sehingga pukul 9 pagi. 9 pagi, kami ke lab dan buat test. Buat IVO. Confirmed. Batu karang. Bukan sahaja batu karang, tetapi kidneynya sebelah kiri pun bermasalah. Kena op, kata doctor.

Semasa ni, kakak-kakak PL, anak-anak buah dan Mak dia dah sampai. Panik semua orang, sebab dia ni selalunya sihat. Lasak dan cergas.

Tengok dia dah pakai surgery gown dengan 'shower cap' (eh, mender nih rupanyer cam shower cap tapi apa benda alahnya eh ?) dan dah nak ditolak ke OT, saya sedih sangat. He pulled me to his arms dan cium saya. Aduhai sedihnya. Boyfren saya sejak dari umur 18 tahun yang menjaga dan mengasihi saya - hari ni dia jadi lemah tak berdaya. Tak pernah dia camni, selalunya dia lah yang menjaga saya dan anak-anak.

Ayah yang baik kepada anak-anak saya. Amir, Nadzrin dan Babah. Muar 2007


Menunggu dia selama satu jam amatlah seksa. Saya bersandar tepi dinding seorang diri. Sungguh, saya takut dengan keadaan ni. Dalam hati tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan dia.

Tiba-tiba saya nampak dia keluar. Dia senyum kat saya. Ishhhh abang ni. "Dia orang tak op ker?" "Dia buat laposcropy. Dia bius abang pinggang ke bawah jer". Allah hu Akhbar. Alhamdulillah. Dia okay. Cuma bahagian bawah tuh takleh bergerak. Batu karangnya dah pecah-pecah dan akan keluar sedikit-sedikit. Kena minum air banyak.

Selepas tuh ramai lagi sampai. Anak-anak saya dan Mak diambil oleh Syafiq dan Kemang. Amir pun mereka ambil dari Kem PLKN. Kesian Mak, bertongkat dia dengan Syafiq pi ambil Along. Ada Along, rasa macam kuat sebab dia boleh jaga adik-adik dan Mak. Dia handle rumah dan saya jaga Babah mereka.

Sehingga malam ramai pelawat. Zack yang bergegas sebaik sampai dari Cyberjaya. Sempatlah dia mengacau nurse 2-3 orang. Pastu Bang Mail, Rubiah dan anak-anak lak datang.

Air bah Johor. Disember 2006. PakLet, Nadzrin dan Toyak, rescue job in Panchor, Muar.


Toyak, Muafa dan Mie sampai paling lewat. Dah lebih pukul 11 malam baru balik.

Finally, dapat gak saya tidur walaupun cuma atas kerusi. Tak perlah. Masa saya sakit dulu, dia macam ni juga.

Along dan Harry jemput kami keesokan harinya.

Sessi pelawat datang rumah lak. :)

Thanks kepada semua yg sms, telefon, melawat dan bertanya khabar. Thanks faci yg sudi ke Hospital dan Rumah - Syafiq, Kemang, Harry, Toyak, Muafa, Zack, Asri, Boss, Fathi dan Asyraf . And thanks so much to Sam and Lie.

Doakan PL sehat ye !

p.s.
Read about kidney stone here

p.s. s
Ada satu pesanan yang Dr Pang bagitau kami - Minum air lemon boleh memecahkan batu karang jenis protin. (PL nyer batu karang terjadi dari protin). So PL kena minum air lemon tiap-tiap hari :)

Resepi :
1 biji lemon (cuci bersih dan perah)
Air gula secukup rasa (jangan manis, kang diabetic pulak)
Air masak satu jug

Campurkan semua. Sehari minum 2 jugs.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...