Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, April 04, 2007

Sayangku Sakit !

Buah hati saya



Aduhai, musim sakit-sakit pulak.

Sejak dari Januari 2007, Kem sentiasa sibuk - setiap minggu beratus-ratus orang masuk. Minggu akhir sebelum cuti sakit tu - ada 3 grup : Uitm, UTM Pusat-Ko dan UTM Kolej 9. Berlari-lari semua orang kesana kemari bekerja. Paling sibuk tentulah PakLet sebab dia kena menguruskan segalanya. Tapi tak kisahlah sebab hero-hero Kem, faci-faci semua ada bertungkuslumus bekerja. Saya yang baru baik sikit-sikit pun ada juga. Berguna juga, walaupun tak sihat. Tak caya, tanya Zali - how i helped him ambushed orang ! Gua dashyat, beb ! Banyak musuh mati :)

Kerja hari-hari, tanpa cuti langsung sejak Januari. Memanglah tak kisah, sebab suka kan ? Kerja sendiri lak. Tak rasa kerja. Lainlah masa kerja dengan orang. Ada harinya, bila bangun pagi - rasa seksa sangat - bencinya nak pergi kerja ! Ni di Kem dengan angin yang bertiup sentiasa, tasik dan pemandangan hijau - memang bahagia. Petang siap kerja, boleh fishing sekeliling Kem.

Petang PakLet sakit tuh dia pi mancing kat Laluan Jungle Trekking, tepi Lubuk Kerbau, dalam Ladang Kelapa Sawit. Bila balik petang tuh, bawa banyak ikan puyu, haruan dan keli kampung. Makan malam, solat Maghrib, dia pergi lak tangkap ayam. Ayam rumah kami, kurang ajar sikit - tak reti masuk reban. Jadi, ajak Udin tangkap. Lepas tangkap ayam, macam biasa dia tengok anak-anak study. Pastu dia Isya' dan tidur. Macam biasa, macam hari-hari sebelum ni.

Saya pulak tidur lambat sebab buat cupcake. Cupcake tuh cadangannya untuk accompany pulut kuning dan rendang ayam yang kami nak hantar ke surau esok. Ada kenduri doa selamat di surau dekat rumah untuk Amir. Dah lama result keluar, baru kita orang nak buat. Tu pun sebab Atok Panchornya dah buat dulu di Kampung.

Saya memang sibuk di dapur - buat cupcake, rendam pulut, kupas bawang ... Siap semua sudah pukul 2 pagi. Siap-siapkan diri sikit dan tidur.

Pukul 3.30 pagi, PL kejutkan saya. " Yang, bangun, I sakit". Tergesa-gesa saya bangun. Dia jarang sakit. Saya panik, apa ni ? Saya kejutkan Mak.

Dia dah berguling-guling kesakitan. Pastu berdiri, pastu muntah. Ya Allah, ni teruk ni ! Telefon Wak Ripin. Dia datang, saya mintak dia tolong drive ke hospital. Tapi katanya - tak reti nak drive jeep tuh. Telefon Abob (faci KLD) dan mintak dia hantarkan ke Hospital Pantai.

Dalam perjalanan, PL berguling-guling dan mengucap. Takutnya saya melihat keadaan dia. Segala lampu merah, lampu hijau dan divider yang boleh Abob langgar, dia langgarkan. Sungguh, tak sanggup kita orang tengok dia terseksa.

Sampai, dia dah berjalan laju terus ke Accident dan Emergency Dept., dia mintak doktor berikan dia painkiller sebab tak tertahan lagi sakitnya. Doc Elena periksa dia dan doctor suspect dia ada batu karang.

Saya masih terhegeh-hegeh mendaftar. Doc bagi satu jab dan sekejap lepas tuh dia tertidur. Tapi sekejap terjaga bila sakit. Begitulah dia sehingga pukul 9 pagi. 9 pagi, kami ke lab dan buat test. Buat IVO. Confirmed. Batu karang. Bukan sahaja batu karang, tetapi kidneynya sebelah kiri pun bermasalah. Kena op, kata doctor.

Semasa ni, kakak-kakak PL, anak-anak buah dan Mak dia dah sampai. Panik semua orang, sebab dia ni selalunya sihat. Lasak dan cergas.

Tengok dia dah pakai surgery gown dengan 'shower cap' (eh, mender nih rupanyer cam shower cap tapi apa benda alahnya eh ?) dan dah nak ditolak ke OT, saya sedih sangat. He pulled me to his arms dan cium saya. Aduhai sedihnya. Boyfren saya sejak dari umur 18 tahun yang menjaga dan mengasihi saya - hari ni dia jadi lemah tak berdaya. Tak pernah dia camni, selalunya dia lah yang menjaga saya dan anak-anak.

Ayah yang baik kepada anak-anak saya. Amir, Nadzrin dan Babah. Muar 2007


Menunggu dia selama satu jam amatlah seksa. Saya bersandar tepi dinding seorang diri. Sungguh, saya takut dengan keadaan ni. Dalam hati tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan dia.

Tiba-tiba saya nampak dia keluar. Dia senyum kat saya. Ishhhh abang ni. "Dia orang tak op ker?" "Dia buat laposcropy. Dia bius abang pinggang ke bawah jer". Allah hu Akhbar. Alhamdulillah. Dia okay. Cuma bahagian bawah tuh takleh bergerak. Batu karangnya dah pecah-pecah dan akan keluar sedikit-sedikit. Kena minum air banyak.

Selepas tuh ramai lagi sampai. Anak-anak saya dan Mak diambil oleh Syafiq dan Kemang. Amir pun mereka ambil dari Kem PLKN. Kesian Mak, bertongkat dia dengan Syafiq pi ambil Along. Ada Along, rasa macam kuat sebab dia boleh jaga adik-adik dan Mak. Dia handle rumah dan saya jaga Babah mereka.

Sehingga malam ramai pelawat. Zack yang bergegas sebaik sampai dari Cyberjaya. Sempatlah dia mengacau nurse 2-3 orang. Pastu Bang Mail, Rubiah dan anak-anak lak datang.

Air bah Johor. Disember 2006. PakLet, Nadzrin dan Toyak, rescue job in Panchor, Muar.


Toyak, Muafa dan Mie sampai paling lewat. Dah lebih pukul 11 malam baru balik.

Finally, dapat gak saya tidur walaupun cuma atas kerusi. Tak perlah. Masa saya sakit dulu, dia macam ni juga.

Along dan Harry jemput kami keesokan harinya.

Sessi pelawat datang rumah lak. :)

Thanks kepada semua yg sms, telefon, melawat dan bertanya khabar. Thanks faci yg sudi ke Hospital dan Rumah - Syafiq, Kemang, Harry, Toyak, Muafa, Zack, Asri, Boss, Fathi dan Asyraf . And thanks so much to Sam and Lie.

Doakan PL sehat ye !

p.s.
Read about kidney stone here

p.s. s
Ada satu pesanan yang Dr Pang bagitau kami - Minum air lemon boleh memecahkan batu karang jenis protin. (PL nyer batu karang terjadi dari protin). So PL kena minum air lemon tiap-tiap hari :)

Resepi :
1 biji lemon (cuci bersih dan perah)
Air gula secukup rasa (jangan manis, kang diabetic pulak)
Air masak satu jug

Campurkan semua. Sehari minum 2 jugs.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...