Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, November 14, 2008

Ridzwan Nadzrin

Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang diberikan, Ya ALLAH.

Malas sebetulnya nak letak post personal, tapi tak perlah. Promosi skets , heheh.

Okay Nadzrin dapat 5A. Ketua Pengawas, kan ? Takkan tak leh dapat 5A. Hehe.

Seperti anak-anak saya yang lain, Nadzrin ni bukannya jenis yang belajar. Balik sekolah, main game. Punya tak kuasa dia nak tengok buku kat rumah, homework pun buat kat sekolah. Tuition pun yang sekolah bagi jer. Kami memang tak hantar anak-anak tuition.

Tapi anak-anak kami, selalu dapat kesempatan belajar 'cara belajar'. Cara mengingat, cara fokus dalam kelas dan sebagainya. Nadzrin, gunapakai 100% cara belajar yang Encik Kamal ajarkan. Cara yang folderkan otak - mana input nak simpan, dan macam mana nak keluarkan balik bila perlu. Dan paling penting, dia amat fokus dalam kelas. Mengikut Encik Kamal, ini cara belajar paling baik.

Nadzrin setiap tahun, adalah pelajar terbaik bagi matapelajaran Matematik. Boleh dikatakan setiap kali periksa, dapat 100%. Bagi Nadzrin, dia enjoy buat Matematik. Macam buat puzzle. Seronok menyelesaikan. Sebab kami dah tanamkan pada anak-anak - ni subject main-main, enjoy-enjoy ! hehe.

Anak-anak juga perlu exercise dan bersenam, berpeluh itu menyihatkan badan. Seperti abang-abang dan babahnya - aktiviti outdoor tu sangat penting bagi mereka. Camping, main kayak, ikut GengLasak beradventure ke hutan-hutan adalah minat utama dia. Sampai ter'over' kadang-kadang.

Doa dan harapan saya semoga Nadzrin akan terus berjaya di masa akan datang.

Ucapan tahniah sebab dapat 5A juga kepada anak-anak yang pernah datang Kem Cuti Sekolah

1. Firas Izzat Seman
2. Phiravin Nair
3. Suhashini
4. Ashavini
5. Vasanthan
6. Nur Shazwani Anis
7. Farah Haziqah
8. Anis Nazirah Kamarul

dan Zul Faizin , dapat 4A dan 1B

teruskan usaha !

yang Mama G tertinggal nama, sorry yer !

Ni gambar Nadzrin skets :P


Dengan Abang-abang GengLasak.


Jalan kaki, pergi Bus Stop, Kuala Tahan

Posing depan Anjung Kelana

Align CenterAtas canopy. Abang-abang lari, dia pun lari, Selamba jer tinggi-tinggi gitu.

Main tengteng depan Tembeling View Chalet, Kuala Tahan

Swimming di Lubuk Simpon, Taman Negara Pahang

Wednesday, November 12, 2008

SMK Parit Bunga

Sebelum SMKPB ada SBP Integrasi Selandar tp tak ambil gambar. Mereka datang Program Release Tension. Sorry ye guys, tak de report.

Untung budak-budak sekarang. Penat belajar, before exam, buat Program Release tension. Habis exam, Program Release tension lagi :P

+++++++++

SMK Parit Bunga, Muar, Johor. Program Kepimpinan. Pesertanya Pengerusi Persatuan dan Kelab-Kelab di sekolah. Yang datang dari Tingkatan 1,2,3,4 dan 6 bawah.

Kita tengok gambar, okay ?


Cuci pinggan sendiri. Setiap kali lepas makan memang kena basuh pinggan sendiri. Kenapa guna pinggan, tak guna tray makan ? Sebabnya Kem kami berkonsepkan Kem Keluarga = Kem adalah rumah anda semasa anda jadi peserta. So, macam kat rumahlah, makan pakai pinggan. Nasi ambil sendiri, berapa banyak pun yang boleh makan.


Rafting Around The Lake. Route pertama - ke Safari 4 dan 5. Route kedua ke Safari 6 dan 7 dan Route 3 mengelilingi 4 bendera. Jauh betul kamu berakit tu, dik !

Sedang menunggu giliran

Rakit ni dapat tempat akhir. Macam mana pun Azam telah berusaha gigih. Juga tahniah kepada Zulhusni sebab walaupun injured tapi masih berusaha mendayung membantu kawan-kawan.

Menuju ke tanah daratan untuk tukar peserta

Berdayung di Tasik seluas 105 ekar. PakLet dengan Rescue Boat dan Abang-abang Fasi dengan kayak untuk membantu bila perlu.

Kami menang ! Kumpulan Hijau dengan Abang Fasi mereka - Abang Zali

Petang selepas aktiviti Obstacles-Run dan sudah minum petang. Abang-abang bawa jalan-jalan ke Canyon memandangkan kami tiada aktiviti yg melibatkan Canyon. Canyon ni tempat yang terjadi dari hakisan air dan angin. Kami juga tengok sarang burung tiung pasir. Sarang burung ini dalam 'tunnel' yang panjangnya ada yang 1 km.


Posing ! SMK PARIT BUNGA, MUAR, JOHOR

Posing lagi !

Atas Bukit Tuah. Kami tengok pemandangan Gunung Ledang. Dan juga mengarang pantun dengan pembayangnya pemandangan yang kami dapat lihat dari atas Bukit Tuah ini.

Berhati-hati. Turun dari Bukit Tuah. Abang Fikry sedang menjaga keselamatan kami.

Presentation. Hebat-hebat semuanya !

Macam-macam falsafah yang kami belajar :)

Mereka bagus - berbakat dan bergaya. Macam tulah pemimpin !


Macam-macam cara dan gaya :)

Asyraf yang berbakat. Bijak dan bergaya

Monday, November 03, 2008

MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka

Kem Release Tension :P

Mereka, seramai 427 orang berjalan kaki sejauh 7 km dari Maktab ke Kem Lambaian Danau. Hari panas, matahari pukul 2.30 petang. Dahlah berbukit-bukit. Tapi cuma beberapa orang sahaja yg terpaksa dibawa dengan kereta bila benar-benar tak tahan lagi. Berjalan kat jalanraya memang terasa jauh. Kalau pergi Danau Race, 12 km, tak terasa pun jauh. Mungkin sebab pemandangan cantik dan sejuk berangin di Canyon.

Program mereka cuma untuk 2 hari 1 malam sahaja.

Tapi budak-budak nak lepaskan tension, kan ? Nakallah sikit. Asyik kena marah. Sian, anak Mama :)

Selamat Berjaya dalam peperiksaan SPM !



Sudah sampai !


Taklimat Program di Dataran Insan


'Water Confidence'

Sudah berjaya mengapungkan diri

Water Confidence. Girls buat pukul 5.30 petang. Budak lelaki buat 6.30 pagi. Mula-mula semua takut nak masuk air. Tengok Abang-abang dan Kakak Fasi selamba masuk air, baru semua masuk. Air tasik tak sejuk, lah dik ! Kan seharian dijemur bawah panas matahari. Terjun pukul 3 pagi pun air suam lagi, tak panas :P

Khemah biru utk lelaki, merah untuk perempuan.

Khemah yg ni, boleh salah pasang pula. AG dan Ayin tolong bukakkan semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...