Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, June 27, 2012

INTAN KL DATANG LAGI - Part 3

Pukul 2 petang semua peserta dah berkumpul untuk menerima arahan.Kasihan tengok mereka, baru habis berakit pukul 1 tengahari dah kena buat acara Danau Race 6 km. Memang tak merasa untuk tidur dalam khemah. Dah pasti 3 malam memang tak merasa nikmat tidur dalam khemah. Beg pakaian sahaja yang dapat duduk didalam khemah.

Danau Race ni ada 10 checkpoint yang perlu peserta tempuhi. Ada tugas-tugas yang perlu mereka selesaikan.



Check point 1- Jual Muffin

Dengar arahan dari fasi dan kena jual muffin kat orang kampung. Kasihankan !!. Selalu mereka bagi arahan kat pejabat. Ini kena tebal muka dan kena jual dadih. Matlamat acara ini untuk buang ego peserta-peserta. Tapi Alhamdullillah semua kumpulan habis jual. Orang Chinchin pun dah tahu yang muffin ni memang sedap. Ada yang beli semua sekali.



Check point 3-'Menyesal tak tolong mak'

Kena anyam ketupat. Ramai yang tak tahu anyam. Ada tu melopong tengok kawan-kawan menganyam. Perasaan menyesal pun ada kerana tak tahu menganyam. Mak ajar dulu tak nak buat. Menyesalkan !!


Check point 7 - Meredah paya selut

Kena masuk beramai-ramai . Lumpur tebal. Bila keluar muka keras sebab dah kering.


Check point 9- Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Peserta khusyuk mendengar arahan dari Paklet. Masa ni tenaga hanya tinggal 20 % aja.

Bantu kawan awak tu !!


Check point 2 - Kubur Islam

Maaf ! tersilap susun lagi. Disini kena dapatkan 5 nama orang yang dah meninggal dunia pada tahun 2004. Kasihan orang yang bukan Islam tak tahu baca Jawi. Tapi kawan - kawan Islam tolong mereka mengeja Jawi.


Cepatla ! Sakit bahu ni tau !! Yang bawah tu jangan salah pegang yer !


Ni stail baru memanjat.



Dah selesai memanjat kena redah paya pulak !. Ada kumpulan yang baru sampai.


Kena baca password tu !. Apa dia ? 'Ayam masak merah '. Ok. Betul !!


Check point 10 - meredah paya dalam senyap

Check point ni paling seksa kepada peserta DPA ni. Bila ditanya semua bersetuju. Antara sebabnya peserta tak boleh bercakap langsung. Selalu kat pejabat bagi arahan,meeting, tapi disini tak boleh bercakap.' Memang seksa mental kami' - kata mereka


Jalan..jalan..tak boleh..merangkak lagi senang.


Antara yang kecundang. Sakit pinggang. Kawan-kawan membantu


Sakit pun masih boleh senyum !!. Nasib baik dapat tumpang.


Tangan atas kepala !!. Degil kena denda.

Program tamat pada pukul 6.30 petang. Mandi cepat-cepat dan pukul 9.00 malam nanti nak kena mendaki Gunung Ledang pulak !! Mati lah aku ! Mana ada tenaga lagi.. Itulah keluhan yang sentiasa Pak Let dengar.

Kumpulan dari Gunung Ledang dah selamat sampai pada pukul 5.00 petang dan sedang berehat. Malam nanti mereka ada Night Walk sampai pukul 5.00 pagi. Esok nak zapin Ayam dengan Pak Let dan kena berakit pada sebelah pagi dan Danau Race pada sebelah petang.

Fasi - fasi datang jumpa Pak Let . 'Kami belum tidur dari semalam Pak Let '. Takpe lah !!. Layan sajalah mata tu !!. Pak Let pun tak tidur jugak. Orang dapur pun tak tidur jugak. Pendekkan cerita semua tak tidur..Fasi ke, peserta ke.. sama aja !!

Bersambung...

Monday, June 25, 2012

INTAN KL DATANG LAGI - Part 2

Pak Let : D..P..A !!
Peserta : Aye..aye.. chief !!
Pak Let : Apa khabar semuaa !!
Peserta : Khabar baik..luar biasa..Aahh yess!! ( seiring dgn gaya ).

Itulah perkataan yang selalu Pak let gunakan untuk menarik perhatian peserta. Bila dah ramai susah nak kawal peserta. Tapi perasaan seronok timbul bila kita buat sama-sama serentak .

Pada waktu pagi hari ke2, kumpulan 6-10 seramai 150 orang akan menjalankan aktiviti Lake Ex[ploration. Manakala kumpulan 1-5 seramai 150 orang ketika itu sedang mendaki Gunung Ledang. Paklet sentiasa menghubungi Abang Chica yang bertugas untuk mendaki bersama-sama 3 orang fasilitator ( wan j, Halim dan Amari ).setiap 1/2 jam contact Chica hinggakan habis bateri Handphone Chica. Kena marah pulak..asyik-asyik telepon. Jangan risau Paklet.. everything is fine..

Paklet terpaksa handle aktiviti kat Kem. Minta maaf kat kumpulan 1-5 kerana gambar lake exploration anda takde sebab pada waktu anda jalankan aktiviti ni Paklet terpaksa balik ke kampung di Muar kerana Paklet menerima panggilan mak Paklet sakit dan terpaksa menghantar mak Paklet ke Hospital Pantai. Terima kasih untuk Abang Cebean yang menggantikan Pak Let.





Water Confidence..
Sebelum berakit peserta wajib menjalani water confidence. Kalau jatuh takde la panik.
Kalau jatuh jugak ..pandai-pandai la menyelamatkan diri.


Peserta mula berakit. Pak let pesan jangan potong memotong. Banyak kayu tajam kat dalam tasik tu..


Maaf. salah susun gambar. water confidence.


Panjang rakit ni tau..boleh naik 15 orang.


Sedang menunggu giliran nak masuk kat dalam semak dan kena turun dari rakit.


Kena jalan perlahan-lahan. Banyak kayu nanti bocor tiub..kalau bocor macam mana nak menampung 15 orang peserta. Dah lah tu..lintah punya la banyak..menjerit-jerit peserta.


Ingat kat jalanraya aje Jammed..rupanya kat dalam tasik pun jammed..Sabar semua yer!!
Ingat moto KLD !! Semoga anda menjadi insan baru..yang tabah mindanya..hebat fizikalnya dan mulia pekertinya..

Penat dayung tu..tapi tetap senyum!!


dah turun kena naik ke darat semula. Lumpur tebal .susah nak jalan..


Kita pikul rakit sama-sama..


semak pun kita redah..


Berakit dalam hutan !! bukan ke rakit kat atas air !!


tolong menolong sentiasa..


berakit semula menuju ke tempat bermula rakit race


hoi .. jangan tinggalkan aku..


Ke garisan..sedia..pritttt..pertandingan bermula..


ombak jahat datang..hati-hati nanti jatuh



Kumpulan oren ni dapat rakit kecil sikit dari kumpulan lain. Tapi jangan risau sebab Paklet yang buatkan rakit. Tak bocor pun rakit ni..


acara rakit tamat..Boleh gelak lagi walaupun penat.


Antara lintah yang menggigit peserta. banyak sungguh..


Selepas berakit kena buka balik rakit dan susun balik semua alatan-alatan. Good jobs guys!!


Kalau tak silap ini yang jadi juara.. Ketua kumpulan ..Mr Sugu dari JPAM.. TAHNIAH !!

Mula aktiviti dari pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari. Peserta bersihkan diri dan makan dah sedia. Mama tanya kat Paklet : mana peserta ni ! Dah pukul 1 tgh tak makan -makan lagi. You seksa dia orang ker !!. Pukul 2 nanti nak buat Danau Race 6 km pulak !!

Kat Gunung Ledang macam ni !! tak balik-balik lagi. Chica tak contact Paklet pun!!risau betul !!

Apa yang berlaku !! Tunggu kat Part 3 nanti..Sabar yer !!

Thursday, June 21, 2012

INTAN KL DATANG LAGI - Part 1

Selamat Datang semua..peserta-peserta DPA PTD dari INTAN .

Seramai 300 orang peserta serta 20 orang pegawai INTAN telah berkampung di KLD pada 11 - 14 Jun 2012 selama 4 hari 3 malam disini. Ini merupakan kali ke 2 INTAN menghantar peserta menjalani latihan di KLD. Yang pertama kali pada bulan oktober 2011.

Program kali ni memang berbeza dari program yang lepas. Kali ni memang menguji ketahanan mental & fizikal peserta. Bayangkan yang datang semua pegawai-pegawai Tadbir & Diplomatik dari seluruh Malaysia berjawatan tinggi di Kementerian & Jabatan Malaysia.

Cerita part 1 ni ..Paklet selaku Kem komandan KLD ingin menasihatkan kepada semua bakal-bakal peserta DPA pada sesi akan datang , anda kena bersiap sedia terutama fizikal & mental . Ini antara program yang paling sukar & menyeksakan yang pernah KLD kendalikan.

3 malam kami tidak tidur menjalankan aktiviti . Fasi-fasi KLD pun mengaku lepak mengendalikan program ni. Staf -staf dapur pulak tak usah cerita..siang malam memasak untuk peserta peserta ( tahniah staf dapur especially my wife ( nama panggilan di KLD -mama ) TQ staf dapur.

Tengoklah gambar-gambar di bawah ni. baru sampai dah kena fitness test.

Nanti Paklet akan tulis lagi tentang aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan.

Kepada peserta DPA PTD tahun 2011.. Tunggu gambar anda ..insyaallah Paklet akan masukkan kat dalam ni. Tunggu ya!!




Zapin Ayam..Tepi.tepi tepi..tepi depan belakang






pusing leher tu..perut maintain


PAK LET !! penat..


exercise ala-ala taekwondo atau gergaji kayu ni..

tekantubi atas batu..melecet tangan.

jangan makan rumput tu..hahaha


Baring semua...

Exercise mendayung sebelum berakit


sakit perut...


ada yang dah 3 tahun tak exercise..

cantik.. berhenti serentak. salah buat lagi ..

luruskan barisan..


garang betul pegawai INTAN ni..kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...