Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, June 27, 2012

INTAN KL DATANG LAGI - Part 3

Pukul 2 petang semua peserta dah berkumpul untuk menerima arahan.Kasihan tengok mereka, baru habis berakit pukul 1 tengahari dah kena buat acara Danau Race 6 km. Memang tak merasa untuk tidur dalam khemah. Dah pasti 3 malam memang tak merasa nikmat tidur dalam khemah. Beg pakaian sahaja yang dapat duduk didalam khemah.

Danau Race ni ada 10 checkpoint yang perlu peserta tempuhi. Ada tugas-tugas yang perlu mereka selesaikan.



Check point 1- Jual Muffin

Dengar arahan dari fasi dan kena jual muffin kat orang kampung. Kasihankan !!. Selalu mereka bagi arahan kat pejabat. Ini kena tebal muka dan kena jual dadih. Matlamat acara ini untuk buang ego peserta-peserta. Tapi Alhamdullillah semua kumpulan habis jual. Orang Chinchin pun dah tahu yang muffin ni memang sedap. Ada yang beli semua sekali.



Check point 3-'Menyesal tak tolong mak'

Kena anyam ketupat. Ramai yang tak tahu anyam. Ada tu melopong tengok kawan-kawan menganyam. Perasaan menyesal pun ada kerana tak tahu menganyam. Mak ajar dulu tak nak buat. Menyesalkan !!


Check point 7 - Meredah paya selut

Kena masuk beramai-ramai . Lumpur tebal. Bila keluar muka keras sebab dah kering.


Check point 9- Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Peserta khusyuk mendengar arahan dari Paklet. Masa ni tenaga hanya tinggal 20 % aja.

Bantu kawan awak tu !!


Check point 2 - Kubur Islam

Maaf ! tersilap susun lagi. Disini kena dapatkan 5 nama orang yang dah meninggal dunia pada tahun 2004. Kasihan orang yang bukan Islam tak tahu baca Jawi. Tapi kawan - kawan Islam tolong mereka mengeja Jawi.


Cepatla ! Sakit bahu ni tau !! Yang bawah tu jangan salah pegang yer !


Ni stail baru memanjat.



Dah selesai memanjat kena redah paya pulak !. Ada kumpulan yang baru sampai.


Kena baca password tu !. Apa dia ? 'Ayam masak merah '. Ok. Betul !!


Check point 10 - meredah paya dalam senyap

Check point ni paling seksa kepada peserta DPA ni. Bila ditanya semua bersetuju. Antara sebabnya peserta tak boleh bercakap langsung. Selalu kat pejabat bagi arahan,meeting, tapi disini tak boleh bercakap.' Memang seksa mental kami' - kata mereka


Jalan..jalan..tak boleh..merangkak lagi senang.


Antara yang kecundang. Sakit pinggang. Kawan-kawan membantu


Sakit pun masih boleh senyum !!. Nasib baik dapat tumpang.


Tangan atas kepala !!. Degil kena denda.

Program tamat pada pukul 6.30 petang. Mandi cepat-cepat dan pukul 9.00 malam nanti nak kena mendaki Gunung Ledang pulak !! Mati lah aku ! Mana ada tenaga lagi.. Itulah keluhan yang sentiasa Pak Let dengar.

Kumpulan dari Gunung Ledang dah selamat sampai pada pukul 5.00 petang dan sedang berehat. Malam nanti mereka ada Night Walk sampai pukul 5.00 pagi. Esok nak zapin Ayam dengan Pak Let dan kena berakit pada sebelah pagi dan Danau Race pada sebelah petang.

Fasi - fasi datang jumpa Pak Let . 'Kami belum tidur dari semalam Pak Let '. Takpe lah !!. Layan sajalah mata tu !!. Pak Let pun tak tidur jugak. Orang dapur pun tak tidur jugak. Pendekkan cerita semua tak tidur..Fasi ke, peserta ke.. sama aja !!

Bersambung...

2 comments:

Kem Lambaian Danau said...

wak mus jer tido .. hehehehe

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

menarik aktiviti ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...