Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, November 12, 2012

Apsere Adventure 4.0 Kenyir, Terengganu

Destinasi Tasik Kenyir, Terengganu.

 26-29 Oktober 2012. Petang Aidul Adha, kami berkumpul di Kem. Excited ! Bertolak tepat 8 malam, lepas Maghrib. Kami pergi dengan 5 kereta.




 Dari Kem, ke Muadzam Syah. Singgah Petronas untuk toilet break/solat. Masih segar semuanya ! Bermulalah percarian makan malam. Alahai kedai tutup ! Kan orang beraya. Berhenti di Al-Mukhtafibillah Syah pun tiada kedai makan. Kami teruskan perjalanan.

Untuk catatan, peserta apsere malam tu -
 Captiva, Pak Let - extra driver Mama dan Angah (haha),penumpang Ayin dan Nana
 Nabira, Amad - extra driver Wahid dan Abang Is,penumpang Cebean dan Fizzy
Colorado - Along extra driver Yan dan Erin, penumpang Toyak dan Syika
Persona AG - driver AG extra driver Fafar, penumpang Cicha dan Paan
Saga Angah - driver Fendi extra driver WanJay tapi Wahid drive dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi. Penumpang Adi dan Nabil

Sampai Kuala Berang, pam minyak dan cari 7-E. Makan maggi cawan jer. Pun happy, pun kenyang. Kami di Kuala Berang, pukul 3 pagi. Lambat sebab berkonvoi. Pak Let depan sekali yang lain-lain tengah. AG atau Along bergilir belakang sekali sebagai sweeper.

 Sejam lagi ke Pengakalan Gawi ! Yeay ! Semua orang kembali excited.


Park kereta di Pengkalan Gawi (Gawi Jetty) dan kami naik houseboat ke Sungai Chaching (Chaching River) kat bawah sekali peta ni.




Sampai sahaja di Pengkalan Gawi, pukul 3.30 pagi. Gelap. Kami called Hamzah, tuan punya houseboat yg kami tempah melalui Ujang (yes, the famous cartoonist Ujang) . Hamzah kata kami boleh bawa barang-barang ke Houseboat. Budak-budak ni, kalau gotong royong memang takde masalah. kejap jer semua barang dah sampai. Sya berdua lenggang kangkong jer jalan. Er, takgak lenggang nya sebab mencabar nak turun ke boat. Laluan gelap, lecak dan suasana sejuk gila !

Sampai-sampai group memasak satu dah keluarkan rendang, kuah kacang dan ketupat yg kami bawa untuk breakfast hari pertama.  Panaskan rendang dan kuah kacang. Potong ketupat. Air kopi dan teh. Wah ! 

Dan pagi-pagi tu juga, sambil siapkan sarapan, Toyak tabur umpan yang dia bawa dalam sangkar. Dapat 6 ekor lampan ! Terjerit-jerit semua suka. Yang driver-driver, tidur. Dengar kami menjerit-jerit suka, habis semua bangun.

Driver-driver  tiada duty memasak. Yang lain ada duty memasak sepanjang percutian. Satu group masak 2 kali. Masak pun tak susah sebab dah sediakan paste rempah dan bahan memasak. Campak paste, campak ayam/daging letak santan, didihkan,  siap ! Paste bukan beli tapi paste dari R&D kilang Mama G Food Industries   

Kami memang bawa banyak makanan. Beras jer 3 bag, susu, gula, ayam, ikan keli, daging, sayur-sayur, ais, biskut (harus Mastura - biskut rasmi KLD) dan macam-macam. Maklum, semua kuat makan. Pekakas memasak tak perlu bawa, mereka dah sediakan. Dan ada bahan-bahan memasak juga yang ada dalam houseboat, boleh guna. Tapi orang berbudi, kenalah pandai berbahasa. Nanti, bekalan yg kita tak habis, tinggalkan pula untuk next guests.Ada freezer dan blender untuk kegunaan kita. Cuma boat ni ada 3 gelas sahaja. Mungkin group terdahulu dah pecahkan kot. No problemo, minum jer dalam mangkuk. Bukan mangkuk kecil tapi mangkuk tomyam tu kami guna untuk minum. Lagi senang, takyah tambah-tambah. 

 

Kami diberi pilihan, nak santai-santai atau nak memancing. Kami kata nak view dan nak nature at it's best. Pulau herba, santuari-santuari semua, tidak mahu. Mahu keindahan ciptaan Allah swt. Yang manusia buat, tak nak. Memancing tu naklah.

Kami dibawa ke Taman Negara. Perlu bayar RM 5.00 seorang untuk permit. Dari Pengkalan Gawi, bertolak pukul 9.30 pagi sampai ke Sungai Chaching pukul 4.30 petang. Tidak berhenti langsung boat. Houseboat kami ada 6 bilik, satu bilik boleh tidur 3-4 orang. Tapi kami bukan semua tidur dalam bilik pun, tidur mana suka saja. 

MasyaAllah cantiknya view dalam perjalanan ke Taman Negara. (Sungai Chaching ni terletak dalam negeri Pahang). Tak tercerita betapa cantiknya keindahan ciptaanNya. 


 

 Kami senyap sahaja, tengok view. Lepas tu ada yang tertidur. Ada yang masak, buat cekodok bilis paling sedap dalam dunia. Air tasik bersih, udara segar, pemandangan cantik tapi tiada line telefon. Kami terputus hubungan dengan dunia luar, terasa kami dalam dunia kami sendiri. Just us, the KLD family. 

Puas tengok air, hutan-hutan dan batang-batang kayu baru sampai ke Sungai Chaching. Jauhnya !  Boat berlaboh ditepi sungai. Kaki-kaki pancing, mula memancing. Kami disediakan 3 speed boat. Along, AG dan Bean naik boat untuk memancing. Yang lain, memancing lampam dari houseboat. yang bertugas memasak, masak dinner.




Bangga bila masak ikan tangkapan sendiri ! 


bersambung .. 
  





 





















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...