Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, June 28, 2006

Sunday, June 25, 2006

Happy Birthday, Sayang and Happy Birthday dear Iha ...

24th June 2006.

Happy Birthday, Abang !!!

Image and video hosting by TinyPic
Pic by PG


+++++++++++++++

23rd June 2006

Happy Birthday Iha !!!

Image and video hosting by TinyPic


+++++++++++++++

This is from Pak Let

Thanks for the Birthday wishes and Fathers' Day wishes that were sent by sms, emails and calls. Farah Kolej-2,UPM thanks for the wish :))))

Gambar by Angah. Tak clear, pakai phone camera. Captions by Iqi. Curik from Iqi's Blog.

ni gambar kek father's day.
ni ha gambar babah tengah potong kek.along,angah,ayin ngan akak nana bagi babah apa?

Friday, June 23, 2006

Day Three 31st May. Rapid Shooting@ Sg. Tembeling, War Game, Swimming@ Sg. Abai, Nusa Kem. Boat Trip to Orang Asli Jetty, Jungle Trekking, Gua Telinga

Saya bangun awal pagi ni. Ingatkan adalah yang bangun awal, boleh ajak jalan-jalan. Saya dengar Asri solat Suboh. Ingatkan lepas dia solat, dia keluar. Nak ajak dia jalan-jalan. Tak keluar pun. Sambung tidur balik. Sedap tidur sini, sejuk. Dah tu tidur dalam kelambu. Cam romantik, jek !

Walaupun seorang, saya jalan-jalan juga tengok sunrise. Saya panjat tangga dekat Books XChange. Ada chalet lagi belakang TVC ni. Nampak ramai orang keluar pergi kerja dari Jeti Perhilitan. Suasana sejuk dan tenang, rasa best sangat.

+++++++++

Pagi ni kami breakfast nasi lemak lagi. Kami yang request, sebab sedap sangat. Habis licing, kami makan. Sudah makan, kemas.

Dah jadi macam kampung halaman sendiri. Sekejap sahaja, dah tahu semua shortcuts. Takder nak turun naik tangga nyer. Hari-hari abseiling turun ke Restoran Terapung. Yang depan tuh, budak tangan retak. Selamber jer dia !


Belakang kami ni, restoran terapung. Masa Februari lepas, musim hujan, restoran ni betul-betul depan TVC. Ni dah jauh kebawah.


Dalam bot besar, satu bot boleh memuatkan 15 orang. GengLasak bising jer, sebab BA koyak. Pastu tak ajar buat 'water confidence'. Kalau orang biasa, bukan org outdoor camner ? Abang Bot selamber jer jawab ..."takdok jatuh ..."

Pagi ni, kami pergi rapid shooting. (rapid = part of a river where the current is very fast). Naik bot. Satu besar, satu kecil. Yang kecil untuk 5 orang dan yang besar, 15 orang. Masa pergi, seronok sangat. Semakin jauh kehulu sungai, udara semkain segar dan air semakin bersih. Masing-masing diam dan memerhatikan pemandangan indah sepanjang tebing sungai. PakLet, Iha dan PG, sibuk mengambil gambar.

Tiba-tiba, bot kecil yang ada GengJahat datang dan simbah kami dengan air. Menjeritlah kami marah. Habis woh, camera mahal-mahal nih ! Mereka siap pakai gayung. Dan yang geramnya walaupun mereka 5 orang - Cicha, Kucai, Bob, Fen dan Syafiq. Mereka berjaya membasahkan kami semua. Hangin betul. Baju basah, tudung basah, snowcap Bamz, Matger, Toyak dan Alif dah boleh perah dah. Letih juga membalas. Akhirnya Asri plan strategi. Kena gunakan senjata yang ada - selipar dan paddle Abang Bot. Basah kuyup hingga terpaksa menimba air dari bot - takut gak bot karam ! Kami teruk gak kena - dan selipar Aliff yang dibeli dengan wang gajinya hilang di dasar Sungai Tembeling !!! Nasib lah berhenti di Sungai Abai. Bukan kami saja yang basah kuyup main 'war game', Abang Bot pun sama. Dan, lepas kami berhenti di Nusa Kem, nak pinjam semula paddle tuh untuk perang lagi, paddle dah tak de. Abang Bot sorokkan, kedekut nyer ! Marah kot, sebab dia yang tak berdosa kuyup sama ...

Ni sebelum diserang, kami enjoy jer tengok pemandangan yang cantik.


Kami berhenti sebentar di Jeti Nusa Kem. Ke Sungai Abai. Niat nak mandi-mandi, tapi sejuk ! Main-main air sahaja, sebelum budak-budak ni decide untuk buat kerja free - menyusun batu buat empangan. Sungguhlah tiada kerja :) Tapi siap juga empangan mereka. Dah sejuk giler, kami decide untuk minum sebentar di Nusa Kem. Nak ke Nusa Kem, cam nak kena memanjat ke Batu Cave .. hehe. Minum air sahaja dan tengok-tengok chalet Nusa Kem. Kalau pergi dengan 4WD, boleh lah terus ke Nusa Kem. Tapi kalau backpacking macam kami, tak berbaloi sebab tambang bot mahal kalau nak ke sana ke sini nanti. Saya, suami dan Nana turun ke jeti dulu sebab ada orang tuh takut Kucai goyangkan 'canopywalk' (jambatan gantung yang pendek sahaja, sebenarnya). Abang Bot pun dah panggil pun. Kami terus balik ke Jeti Terapung untuk ke TVC. Balik, mandi dan basuh baju (we travel light, bawak baju skets jer, jadi kena lah buat laundry tiap-tiap hari. Kami siap bawa tali untuk sidai baju. We left our tali in TVC, biarkan orang lain pula guna. BTW, TVC ada laundry service bagi yang malas nak membasuh.) Lunch time - tak sempat Asri nak tiup wisel, semua dah berkumpul - lapar ! Kalau tak silap tengahari ni kami makan ikan patin tempoyak, jering masak tempoyak, kerabu puck paku dan makan my favourite dish - 'ikan seluang goreng'. Suami beritahu Hajah Rosnah, saya mengidam dan Hajah minta staff dia pergi menjala ikan ni. Asalkan boleh jer, dah tua dan anak-anak dah bujang, lagi nak mengidam pulak ! Ikan seluang ni kecik-kecik dan di kampung suami saya ada banyak. Orang kata, ikan ni makan najis - tuh yang sedap tuh agaknya ! hehe.

GengJahat - Kucai, Syafiq, Fendie, Cicha, Bob.

Image and video hosting by TinyPic
Masa ni dia orang baik lagi. Kalau tak, jangan haraplah kami nak ambik gambar GJ.


Image and video hosting by TinyPic
Orang Asli Settlement


Image and video hosting by TinyPic
Fakiha, menjaga budak kecik 2 orang - Nana dan Ayin


Image and video hosting by TinyPic
Sungai Abai, sebelum GengLasak bekerja free, buat empangan.


Image and video hosting by TinyPic
Posing di Canopywalk. hehehehehe

Lepas makan dan solat dan jama' kami rehat sebentar sebelum naik bot lagi. Kali ni 'Cave Exploration' ke Gua Telinga. Kami pergi dengan segala peralatan Night Walk kami - rechargeable torchlights, lampu kat dahi (panggil apa, lupa lak while typing this). Pakaian jangan ceritalah - pakai baju war game !!! Kami pergi tanpa guide. Bagi yang tak biasa, jangan buat begini - bahaya. Tapi kami ada askar-askar (Kucai, Asri dan Azli) dan jungle guide (Cicha), jadi walaupun tak biasa dengan tempat ni, kami dah biasa dengan keadaan begini. Jauh juga kena trekking ke Gua Telinga.


Image and video hosting by TinyPic
Besarkan, pokok nih ! Kucai, Cicha, PakLet dan Nana.


Image and video hosting by TinyPic
Depan Gua Telinga. Sebelum gi masuk ke Gua Telinga.


Image and video hosting by TinyPic
Lawa punggung ! hehe. Dalam Gua Telinga.

Bila sampai ke Gua Telinga, kawan kami - jungle guide (ishhh lupa nama), yang selalu lepak di TVC ada bersama 3 orang tourists. Biarkan mereka jalan dulu, tak baik pula nak ambil kesempatan untuk ambil free service dia. Orang cari makan, kami pula tak mampu nak bayar service dia (er, sebab tak perlu servis tuh kots ?) Semua pergi, kecuali saya dan Bamz. Bamz sebab tangannya yang retak accident tuh belum pulih sepenuhnya dan saya pula sebab saya 'claustrophobia' (morbid fear of being closed in a confined space). Chewah ! What a good reason :) Takmo korang seksa tarik wa kuar lah, bebs !!!


Image and video hosting by TinyPic
Dalam Gua Telinga.


Image and video hosting by TinyPic
Nilah kawan-kawan GengLasak, yang mereka cari tuh !

Menurut cerita dari guide, asalnya Gua ni dari telinga harimau ker telinga orang. It is either this - harimau makan Orang Asli, dan tinggal telinga jer or Orang Asli yang makan harimau dan tinggal telinga harimau sahaja. Lupa lak mana satu. Kalau Bamz baca nih, pls correct me, yer ! Sedang menunggu kawan-kawan pi cari kelawar, saya dan Bamz dok luar Gua. Sembang-sembang dengan few guides yang tension sebab bawa S*pore school students yang menurut mereka 'kurang ajar'. Biasalah kalau service industry ni. Macam kami juga, kadang dpt guests yang kalau boleh kami tak nak bagi dia balik, doklah ngan kami selama-lamanya ! Kadang dapat guests yang kami punyalah tak sabar, tunggu - bilalah melauns nih nak blah ! hehe. Nak cari rezeki, kan. Macam-macamlah. Bukan senang orang nak bagi kita duit.
Lama juga menunggu mereka keluar. Budak-budak S*pore tuh bising. Manalah nak tengok dan enjoy nature kalau kita ganggu enviroment dia. Kesian GengLasak yang kat dalam, kelawar beribu-ribu terbang langgar mereka sebab kelawar-kelawar tuh terperanjat. Our gang keluar at the other side, saya dan Bamz dah tunggu dah kat sebelah sana. Bila keluar, sekor-sekor bau macam 'kelawar jantan'. Phrase nih kami selalu guna kat Kem kalau ada geng yang busuk - "ko nih bau cam kelawar jantan" Dan hari tu, kami tahulah bau sebenar 'kelawar jantan'. Busuk giler, kau !


Image and video hosting by TinyPic
Hiedy, posing mauts ...

Dari Gua Telinga, kami singgah di Penempatan Orang Asli. Kawan PakLet, Abang Asli yang kerja di Kelah Sanctuary tuh, rumah dia kat situlah. Untung mereka, tinggal di tempat yang udaranya bersih, air bersih, aman, sunyi takde karaoke bising tiap-tiap malam, tenang .. seronoknya ! Kawasan penempatan di bawah pokok-pokok besar tuh memang nyaman. Kami tengok peralatan-peralatan mereka. Ada sumpitan dll. Bergambar dengan mereka. Mereka pemalu orangnya. Yang okay, Little Ronaldinho. Dia posing dengan semua orang. Cute dia, dengan mata besar dia tuh ! Kami tak lama sebab hari ni Kucai kena balik dahulu. Esok, Kucai Konvo di Uitm, Shah Alam. Naik bot dan pulang ke TVC.


Image and video hosting by TinyPic
Kat Orang Asli Settlement, mencuba sumpitan.


Image and video hosting by TinyPic
Posing kat 'Tribal Council ..."


Image and video hosting by TinyPic
Posing dengan Little Ronaldinho, depan rumah dia. Ada satu photo dengan seluruh keluarga, tp gambar tuh censored skets, takleh tunjuk sini. Blog ni, bdk-bdk kecik masuk ..


Image and video hosting by TinyPic
GengLasak dengan Little Ronaldinho. Nama dia nih, Toyak bagi.

Kami sampai ke TVC. Ada orang beritahu Cicha, malam ni ada Pasar Malam Kuala Tembeling. Jauhnya - 'hisap rokok sebatang, tak habis'. Ingatkan lepas hantar Kucai naik Bas Latip, kami nak ke Pasar Malam. Em, terkena rupanya ! Pasar Malam tuh, punyalah jauh. Dah rokok tak pasang api, memanglah tak habis. Tak jadi pergi. Bye Kucai dan rupa-rupanya Kucai satu bas dengan Yuki dan Wolf. Bolehlah Kucai sambung buli dia orang saing dengan dia orang. Kami berjalan balik ke TVC, rehat-rehat sebentar sementara menunggu Maghrib dan makan malam. Lepas makan malam, Comittee cam biasa, kira duit dan plan aktiviti dengan Geng Aktiviti. Yang lain, relax-relax ... Pastu mulalah aktiviti malam kami. Chalet yang dikosongkan Yuki dan Wolf kini dihuni oleh Tessa, Sohie dan Natalie. Mereka dari Holland dan Switzerland. Muda, same age dengan Bamz. Aliff belajar 'piling aweks'. Kesian dia susah payah buat card tricks untuk memikat aweks. Lama mencba akhirnya baru berjaya :) Bamz bagi kata-kata perangsang kat Aliff .. you are tall, dark, handsome and can do tricks .. Pastu awek tuh suruh Aliff buat Sudoku, pun Aliff bersusah payah juga buat demi belajar 'piling aweks'. Dia ingat senang nak duduk takhta 'Mat Bunga' Kem ...
Yang lain, ada aktiviti sendiri - Iha, Azlie dan Cicha dengan chess. Geng Ginrummy, main Ginrummy. Hiedy jadi Tokan Tengteng. Bob, Ayin dan Syafiq main tengteng. Takde buah tengteng - pakai sabun pun jadi. Pengadil Profesional - Toyak. Pengadil cum linesman. Takder pakai card merah, card kuning ... " aku kata ko pijak line, ko mati ler. ko tak nak kuar, aku belasah, nak ? " Keputusan pengadil adalah muktamat. Kuar ajelah, kalau tak nak kena belasah ...
Tah pukul berapa tah baru kami tidur ...


Image and video hosting by TinyPic
Main tengteng di TVC.


Image and video hosting by TinyPic

to be continued in day 4 ...

Monday, June 19, 2006

Day Two. Tembeling View Chalet-Trekking to Rainforest and Woodland, Mutiara Resort, Canopywalk and Lubuk Simpon.

Guests Hajah Rosnah checked out lepas mereka breakfast. Kami pula dihidangkan breakfast. Nasi lemak. Punyalah sedap ! Really, dengan nasi yang santannya cukup, sambal power, timun dan sunny side up eggs - heaven sungguh ! Lepas makan, kemas pinggan mangkuk dan lap meja. Macam kami buat jika di Kem. Nak basuh pinggan, tapi Hajah tak bagi. Kemas meja pun dia kata takyah. Tapi nak juga teruskan kebiasaan kami. Tak nak menyusahkan orang selepas kita enak-enak mengecapi rezeki yang Allah SWT anugerahkan.

Image and video hosting by TinyPic
Breakfast pada hari pertama, makan nasi lemak yang sedap. Agaknya Siti yang masak. Siti = staff TVC. Kawan baik Bamz. Dia orang Kelantan. Nak pergi rumah dia, tak boleh ikut jalanraya, kena ikut Sungai dan naik bot. 3 hari baru sampai. Tu lah, yang cik abang- cik abang KLD tak jadi 'piling'. Takut Raya tak jumpa Mak nanti. Mahu meraung !!!


Image and video hosting by TinyPic
Guys' room. Tidur pakai kelambu sebab banyak nyamuk kat sini. Tapi sejuk ! Tuh tangan Matger dengan jam baru dia.


Lepas makan, check-in. Ingatkan nak tidur ke, tapi semua segar sahaja. Kami pergi trekking. Jalan-jalan tengok hotel-hotel. Oh, baru nampak mana orang Malaysia stay. Orang Malaysia semua kaya-kaya, duduk hotel-hotel. Cantik Woodland tuh, hotel baru. Berjalan pula tepi Sungai Tembeling ke restoran terapung. Tak boleh nak makan kat situ pun sebab Iha dan Asri dah tempah makan kat Hajah Rosnah. Untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, dia charge RM 20.00 seorang sehari. Makanan dia sedap-sedap. Lauk kampung - 3 hari kami kat sana, kami makan ayam kampung lemak cili padi, jantung pisang, ikan patin tempoyak, jering tempoyak, ikan tilapia sweet sour, tomyam dan hari-hari breakfast nasi lemak (kecuali hari akhir). Sangat sedap makanan dia.

Image and video hosting by TinyPic
Trekking dalam ladang getah, hehe.. tak best langsung !!!


Tengahari tu tidur sekejap dan petang kami ke Mutiara Resort. Dari Kuala Tembeling ke Taman Negara kena naik River Taxi. Tambangnya RM 1.00. Wah, Cicha geram jer tengok Bot orang sana.

Image and video hosting by TinyPic
Dalam River Taxi


Kami ke Canopywalk. Semua naik kecuali orang yang gayat tempat tinggi tu. Dia memang gayat teruk. Lagi ada Kucai dan Bob. Lagi dia tak nak naik. Dulu di Canopywalk di Hutan Rekreasi Air Keroh dah nak pengsan dibuli oleh budak berdua tu. Isteri dia pun tak naik, jaga suami :)

Image and video hosting by TinyPic
Anak-anak terunaku


Image and video hosting by TinyPic
Fen ke Taman Negara dengan 'hati terluka'. Tapi dia tabah menahan segala sessi 'memadankan muka'. hehe. Mat Hensem Kem.


Image and video hosting by TinyPic
Bob. Fasi pertama Kem. Kerja dia kat Taman Negara, bergaduh ngan Nana. Belakang tuh Syafiq, tengah melawan godaan rokok. Syafiq dlm proses berhenti merokok masa ni. Satu hari dia makan ice cream 8 batang, nak lawan gesaan mahu merokok.


Image and video hosting by TinyPic
Nana nangis kena gigit ulat. Comittee AA 2006 menjaga Nana sebab Mama dan Babah dia tak naik Canopywalk. Asri, Fendie dan Iha.


Image and video hosting by TinyPic
Suka posing !!! Tak dpt nak ambik gambar candid. Nampak camera keluar semua start posing !


Image and video hosting by TinyPic
Bergayut dengan 'Tali Tarzan'


Balik dari Canopywalk, kami ke Tourist Center di Mutiara Resort. Tanyakan mengenai Lubuk Simpon. Kami plan nak swimming. Encik tuh pesan, sekarang tak boleh mandi. Air sedang besar.
Berjalan ke Lubuk Simpon. Kami berdua dan Fendie belakang sekali. Genglasak punyalah laju jalan. Sampai-sampai tengok semua dalam air. Sedang mandi. Tengok air macam okay sahaja. Tak laju pun. Ingatkan nak main-main tepi jer, tapi dah kena simbah dan akhirnya PakLet kena benam dengan Kucai, Bob dan Syafiq. Mandi jerlah :)



Image and video hosting by TinyPic
Mula-mula kena siram, sikit-sikit jer .. pastu ..

Image and video hosting by TinyPic
Kena benam !!


Air Lubok Simpon sejuk sangat. Macam air batu. Dah dasarnya pun banyak batu. Best sangat, segar sangat rasanya. Kami main-main, suka-suka, gelak-gelak. Swimming sakan. Pastu tiba-tiba, dahan besar jatuh berdekatan dengan Syafiq dan Azlie. Alamak, dia dah warning ! Semua keluar dari air dan bergegas pulang. Oleh sebab kami tak bawa towel atau baju salin, balik sahajalah basah kuyup gitu. Cam biasa, selamba !

Basah kuyup gitu pun sakan bergambar juga. Toyak pulak gila cakap sengau dia tuh. Dah habis staffs Mutiara ingatkan dia betul-betul sengau.

Balik semula ke TVC. Mandi-mandi dan solat. Masa untuk makan malam. Dengar Asri tiup wisel, semua ke tempat makan. Lepas makan, Asri, Fendie dan Iha meeting. Kira duit :) Hari-hari camni. hehe.

Sudah makan, buat aktiviti sendiri. Kacau guest-guest lain yang ada situ - Wolf dan Yuki. Yuki nih Japanese, English dia teruk. Tah apa tah dia cakap. Wolf pulak Music Teacher, dari Germany. Goreng guitar, best ! Kucai kacau dia dengan masukkan ulat tematau dalam mulut. Merah-merah muka dia jerit " No, no .. u people are gross, gross .. " Sian dia. Kita orang selamba jer main-main ulat tu.

Image and video hosting by TinyPic
Ni Wolf dengan Nadzrin dan Azlie. Neighbour sebelah bilik guys.

Image and video hosting by TinyPic
Kucai dan Wolf. Ada ulat tematau dalam mulut Kucai yang buat Wolf terjerit-jerit geli ...


Kami main chess dan ginrummy. Geleng kepala Hajah tengok kami :) Main kad jer tanpa ada pertaruhan lah. Hantu chess Iha dan Cicha. Penonton tak boleh ajar. Tengok jer. Sapa ajar akan dibelasah dan ditebor (dicampak) ke dalam Sungai Tembeling.

Malam tuh, GengLasak pi layan budak-budak kampung main guitar kat Warung depan TVC. Bamz cam biasa, jadi penyanyi. Bamz pandai gak main guitar. Warung tuh murah jer. Air baru RM 1.00 segelas. Harga cam kat kampung jer, bukan harga tempat pelancung. Yang matsalleh-matsalleh ni lagilah jimat. Makan burger (RM 1.20 jer. Kejap jer dia orang dan kawan dengan 'brader-brader' tuh. PakLet pun dpt kawan gak. Abang Asli :)

Saya dan anak-anak tidur awal.

GengLasak dan PakLet pergi memancing kat 'jeti senget'. Dah lah ikan seekor pun tak dapat, balik semua jadi senget. Tah lah dia orang nih ...

to be continued in Day Three.

Saturday, June 17, 2006

Apsere Adventure 2006

28 Mei 2006. Perjumpaan dan Majlis Sambutan Harijadi Jan-Jun 2006.

SK Abdullah keluar selepas makan tengahari. Kami cepat-cepat mengemaskan Kem, menyimpan semua barang dan mengunci chalet-chalet, setor-setor dan pejabat. Asri pergi menjemput Iha, Bamz, Hiedy dan Fakiha bersama PG.

Kami berdua stay kat Kem sebab ada kerja lagi yang perlu diberes.

Berkumpul di Patio Rehat Fasi untuk mensyuarat yang dipengerusikan oleh Asri. Asri beritahu itineraries, group work pasal disiplin dan nama baik Kem yang perlu dijaga. Lepas tu, pesanan-pesanan dari Pak Let. Untuk Adventure 2006 ni comittee dia Asri - Project Manager, Fendie Asst dan Iha - Treasurer.

Siap semua majlis bincang-bincang tersebut, pembahagian t-shirt Apsere Adventure. T-shirt ni kami tempah di Batu Pahat, ditolong oleh Cikgu Izzudin yang telah baik hati menghantarkannya ke Kem. Cantik dan harganya RM 18.00.

Sessi sambutan Harijadi.
Januari - Aliff
Februari dan Mac - Takde
April - saya dan Fakiha
Mei - Toyak, Cicha, Matger, Hiedy, Azim, Apek dan Asri
Jun - PG, Iha dan Pak Let.

Sambut 6 bulan sekali. Jimat, bebs !

+++++++

Day One. 29 Mei 2006

Bangun awal dan pergi masak. Since our budget of RM 5K tuh tak banyak mana, so kami cuba utk jimat-jimat. Nak jimat, masak sendirilah, kan. Siap masak, saya balik rumah dulu dan GengLasak akan dtg lunch, pastu terus ke Bus Station Jasin untuk naik bas ke Alor Gajah.

GengLasak sampai rumah, lunch dan solat. Semua sekali kecuali Kucai. Kucai kena settlekan hal-hal berkenaan Convo dia.

Untuk ke Bus Station, Bob hantar kami. Plannya begini - Along Bunga akan drive jeep yang penuh dengan barang-barang kami, ambil Kucai dan terus ke Stesyen Keretapi Tampin. Bob akan temankan Kucai. Hal Kucai hanya boleh settle pukul 6.00 petang. Yang lain, naik bas.

Pukul 2 petang, Bob mula menghantar kami. Menebeng ramai-ramai kat Bus Stesyen Jasin tuh. Budak-budak ni buat last minutes shopping - beli selipar, sports sandal dan snowcap. Murah beli kat Sakan. (Selipar RM 1.20, sandal RM 19.90 dan snowcap RM 4.90)



Dah tak check jadual, padan mukalah kami menunggu. Bas ke Alor Gajah rupanya jalan pukul 4.30 petang. Jenuh menunggu. Nasib semua backpacks di bawa oleh Along Bunga. Along dan Bob siap hantar kami cam orang nak gi Haji jer :)

Sampai juga bas tu akhirnya. MARA Transliner Jasin - Alor Gajah. Dalam bas, budak-budak ni mulalah aktiviti mem'piling' aweks. Macam-macam dia orang interview.

Sampai Alor Gajah dan ambil bas ke Tampin. Tak jauh Alor Gajah - Tampin. Sampai Bas Stesyen Tampin, kami berjalan ke Big3 Bundle. Budak-budak ni shopping baju. Sehelai RM 2.50 - RM 5.00. Oklah untuk baju masuk hutan. Alif dan Matger beli shades - RM 2.00. Lawa.

7.00 petang. Dinner dekat Warung Awek Peramah. Waitress warung ni baik sangat, peramah sangat. Kami happy walaupun makanan dia sangat tak sedap. hehe. Bob, Kucai dan Along Bunga sampai dan join kami.

Ada pelangi yang menghantar pemergian kami senja tu.



Dinner at Tampin


Bergaya dengan our Apsere Adventure t-shirt.

Dari luar (main road) tuh, berjalan kaki ke Stesyen Keretapi Tampin. Solat dulu. Alahai KTMB, Stesyen Tampin punya water supply sangatlah low pressurenya. Nak wudhu pun air kecik sangat. (Masa balik pun sama).

Selesai Solat, kami tukar baju. Pakai baju Apsere. Excited sangat semua orang. Semua gelak-gelak. Happy. Hilang penat kerja menyimen dan buat jeti baru :)

Sakit-sakitkan hati Along Bunga dan dak Debab (dia org fasi Kem juga). Yang tak dapat ikut. Lagi happy :) Toyak buat kerja sukarela. Menghalau 'mereka-mereka' yang masuk 'line kuning'.

Pukul 8.30 malam keretapi sampai. Sebelum keretapi sampai semua sudah bersedia pikul backpacks, angkat tents, joran, flysheets, torchlights, first aid kit segalalah. In one minute semua dah masuk dalam coach. Kan, kami dah biasa pantas. Tengok org lain relax jer melembab-lembab. Naperlah Asri tak tiup wisel, ek ? Asri bawak wisel bebs, untuk senang nak disiplinkan kami. hehe.

Dalam keretapi, entah kenapa - GengLasak kata KTMB dengki. Langsung tak de aweks lawa untuk dikacau. Aweks lawa dok Coach mahal lah Geng ! Kita mana mampu .... Last-last main Polis Sentry (Police and Thief). Sampai Gemas. Tukar arah keretapi. Kami ikut arah ke Pantai Timur. Kena tunggu 30 minit. Lepas Gemas barulah semua mula tidur. Lepas tuh dekat Merabung ker apatah nama tempat keretapi stop lagi 30 minit. Kena tunggu keretapi lain jalan dulu.

Tampin, lepas solat.

30 minutes sebelum sampai ke Stesyen Jerantut, PakLet kejutkan kami. Tulah payahnya kalau efficient sangat. Tah apa tah nak buat soh bangun awal-awal. Rupa-rupanya dia kunci alarm supaya bangun pukul 12.00 malam. Dia ingat KTMB cam dia ker, ikut masa. Terkebil-kebillah semua menunggu Stesyen Jerantut. Patutnya takyah kejut, sebab bila dah nak sampai karang 'Halim Osman' sure buat annoucement.

Sampai Jerantut, in one minute gak, semua selamat terjun.

Berkumpul dan ambil arahan dari Asri. Kami kena berjalan sedikit untuk ke Benteng. Supper. Asri order meehoon dan air teh. Sudah supper, Asri kata jalan balik ke Stesyen Keretapi (Bas Latip akan datang pukul 5.30 pagi). Bentang flysheet, nah tengah-tengah dunia tuh tidur. Atas jalan tar. Lelap, bebs. A few guys tak tidur, berkawal menjaga. Pukul 5.30 pagi, Pakcik Latip sampai. Perjalanan ke Kuala Tahan dari Jerantut ambil masa 1 jam 30 minits. Tapi Pakcik tuh bawak laju, tak sampai 1 jam dah sampai.

My first view of Taman Negara ? Gelap, bebs. Hajah Rosnah, owner Tembeling View Chalet tunggu kami kat pagar sekolah. Nice lady. Kat TVC masih ada guests dan kami cuma boleh dapat bilik selepas breakfast. Kami yang perempaun tumpang solat kat setor Hajah Rosnah. The guys solat kat tempat makan jer. Pastu nampak dah Taman Negara - across the river Tembeling, tuh dia !!!

Kami ambil chalets yg guna common bathrooms utk the guys, double room 2 buah utk the girls dan saya anak-beranak duduk family chalet. Guys punya bilik ada 4 beds - RM 35.00, bilik girls - RM 30.00 dan bilik kami RM 45.00. Guys get to share the bathrooms with matsallehs (aweks, bebs). hehe. Tapi Toyak risau jer nak mandi - "Awek matsalleh tuh tinggi, kang kalau dia ngendap kita kang camner, hah ? " Ciss, teruna suci sungguh !

to be continued in Day Two ..

Wednesday, June 14, 2006

Apsere Adventure 2006. Taman Negara Pahang.

Sorry, busy bangets !!! Ni pun tak habis busy lagi. Balik dari Taman Negara, masuk Perpaduan. Keluar Perpaduan, masuk pula Matrikulasi Melaka, pastu sambung dengan MPRM, MPRM akan keluar Jumaat tengahari, petang pula SMK Teknik masuk. Langsung tak der gap !!! Dah habis busy nanti saya tulis pasal adventure kami. Ni gambar dulu.

Image and video hosting by TinyPic
T-Shirt Apsere Adventure. Orennnnnnnnnn ......

Image and video hosting by TinyPic
Taklimat Adventure oleh Comittee, pesan-pesan oleh Advisor dan sessi dapat t-shirt free.

Image and video hosting by TinyPic
Melaram t-shirt baru !

Image and video hosting by TinyPic
Kami juga sambut majlis harijadi Jan-Jun 2006. Jimat duit bebs, setahun celebrate 2 kali jer ! Yang posing ni 'mereka-mereka' yang celebrate bulab Jun. PG (13/6), PakLet (24/6) dan Iha (23/6). Rumah Iha (rumah sewa di MMU) terbakar just a few hours before we leave for the adventure. Habis bilik dia. Nantilah cerita, panjang sangat tak sempat nanti.

Image and video hosting by TinyPic
Menebeng kat bus station Jasin. Aktiviti yang tak pernah dibuat seumur hidup. Sempat shopping selipar Jepun dan sandal kat Sakan. Yang baju lawa skets tu Along Bunga, hantar kami semua, dia sedih sebab tak leh ikut. Ada sorang lagi last minit telefon, takleh ikut gak. Nasib alasan baik, tak sure kena sepam dua.

Image and video hosting by TinyPic
Ni dalam bas ni. Bas Transliner Jasin-Alor Gajah.

Image and video hosting by TinyPic
Station keretapi Tampin. Kami naik keretapi Tampin-Jerantut. Kami naik Express Wau. Kelas Ekonomi. RM 11.00 seorang jer. Budget Holiday, bebs, Backpacking jer !!!

Image and video hosting by TinyPic
Ni depan signboard Taman Negara. Baris belakangdari kiri : PakLet (pakai uniform wargame dia), saya, Bamz, PG, Matger, Shafiq, Aliff, Hiedy, Iha, Azlie. Depan dari kiri : Ayin & Nana (in my arms), Kucai (cangkung), Cicha (juga beruniform wargame), Bob (peluk Asri) Asri (dlm pelukan Bob, ceh !), Toyak anak Tungau, Fakiha dan Fendie.

Image and video hosting by TinyPic
Gengjahat. Kucai (depan sekali), Shafiq, Fendie, Cicha dan Bob. Ni masa Rapid Shooting. Main Wargame antara bot. Silap biarkan budak-budak jahat ni dok sekali dalam satu bot. Habis kitaorang basah dikerjakan mereka. Kami tak diam jer. Pastu habis kami keluarkan senjata. (Paddle dan selipar). Last-last abang bot sorokkan paddle, tak bagi main lagi. Dia bosan kot, dia pun basah kuyup. Selipar Aliff yang baru beli di Sakan (RM 1.20) pun berkubur di Kuala Tembeling.

Image and video hosting by TinyPic
Rumah sedara kami. Tak sempat singgah. Tunggu raya nanti jerlah. Kami nak singgah sebenarnya, tp abang bot takmo berenti. Geram kot, pasal basah !!!

Image and video hosting by TinyPic
Posing depan Mutiara Resort. Cari my former boss, Encik Masood rupanya dia dah jadi Boss kat Putra Hotel, KL. Tak rock sungguh kerja kat 'town' ah, boss !!!

Image and video hosting by TinyPic
Posing lepas naik Canopywalk. Orang yang naik jerlah. Yang tak naik tak ambik gambar ...

Image and video hosting by TinyPic
Dalam Gua Telinga. Yang mata terbeliak tuh, phoographer NanyangSiangKLD. Dia tengah nak merakamkan aksi-aksi terlampau kelawar-kelawar dalam Gua ni. Ishhhh .. nampak cam korang gi NightWalk kat Kem jer. Bawak torchlight Nightwalk .. pakai uniform Nightwalk ..

Image and video hosting by TinyPic
We stayed at Tembeling View Chalet. Owner dia Hajjah Rosnah tu baik sangat. Kami bayar makan kat dia RM 20.00 per person untuk 3 meals - b'fast, lunch dan dinner. Sedapnyer dia masak, masih teringat sampai hari ni - patin tempoyak, jantung pisang, ayam kampung cili padi, tomyam .. macam-macamlah. Chalet ni famous ngan Backpackers sahaja. So jiran kami, semua Mat Salleh dan Japanese - Dalam gambar ni Tessa dan Sophie dari Holland dan Natalie dari Switzerland. Kami juga kawan dengan Yuki (Japanese) dan Wolf dari German. Wolf ni music teacher. Dia goreng guitar lagu rock lelama sampai Bamz jatuh cinta, gua cakap sama lu, bebs !! Aktiviti malam kami inilah, 'piling' aweks matsalleh, layan guitar kat warung makbapak si-Mahirah (lupa nama mereka - tapi wife matsalleh, hubby melayu), main tengteng (siap ada pengadil cum linesman-Toyak), main ginrummy (kad jer tak main duit) dan main chess. Takde kerje sangat, basuh ulat tematau (ulat dr pokok sagu yang kami bawa dari Jasin untuk dijadikan umpan pancing ikan) pastu atur ulat dan suruh ulat-ulat tu race. Pastu tak der kerja lagi, main sumbat ulat dalam mulut. Sian Matsalleh tu jerit-jerit, " you people are gross, gross ...no, no, no ..." hehe. Tu baru ulat ulat tematau, kan geng. Dia lom jumpa lagi pet-pet kita yang lain .. ni kat Kem tengah gila simpan lipan jadi pet. Shafiq dah dapat sekor dah .. eh, lari citer lak .. Tapi akhirnya kami bagikan ulat-ulat tu kat ikan Kelah di Kelah Santuctuary. Disebabkan Kuala Tahan adalah Taman Negara, segala apa yang ada dan hidup di Taman Negara tidak boleh diganggu dan ditangkap.

Image and video hosting by TinyPic
Lata Berkoh. Kena naik bot ke sini. RM 120 untuk satu bot (4 orang). Tempat ni bahaya untuk mandi. Tapi kami mandi juga. Dun worry, kami ada mengambil langkah-langkah keselamatan dan the best swimmers among us sahaja yang terjun - Shafiq, Asri, Matger, Toyak, Cicha anak Katak Hijau, Fendie, Bon dan Iha. Best sangat tempat ni, air bersih, udara bersih. Kat sini kami berkenalan dengan Mr dan Mrs Chew. Mereka ni couple yang berusia early 50s. Mereka berkhemah berdua sahaja dalam hutan. Romantik, kan ! Kami pungut sampah untuk bawak balik ke Kuala Tembeling. Nasib baik tak jumpa manusia-manusia bingai yang sepah-sepahkan sampah tak reti pungut bawak balik tu. Kot tak, ader yang lebam kena pam sedas dua.


Image and video hosting by TinyPic
Dah nak balik dah. Bas ni, namanya Bas Latip. RM 6.00 dari Taman Negara ke Jerantut. Tapi Pakcik Latip ni, rock habis. Drive siap chilok sana sini sampai rebah-rebah kitaorang. Very the sporting gituh ! Sepatutnya perjalanan 1.30 jam tp sejam dah sampai, bebs. Masa balik, sessi kutuk Fendie yang baru putus cinta. Habis segala lagu sedih dalam dunis dinyanyikan untuk Fendie. Last-last bila dah habis lagu, nyanyi lak lagu Kem. Pakcik Latip berhenti tengah jalan, ingatkan nak halau kitaorang bising (bas tuh kitaorg jer, takder org lain, so buat cam bas sendirila). Rupanya Pakcik Latip balik rumah japs. Cute Pakcik tu tau ! Sapa gi Taman Negara kalau jumpe dia, kata kitaorg kemsalam eh.

Image and video hosting by TinyPic
Ni jadual gi Taman Negara. Masa gi kami naik bas kol 5.30 pagi. Kami sampai Jerantut dari Tampin at 0045 hours. Supper, pastu bentang flysheet kat tanah lapang depan stesyen keretapi tu dan tidur. selamber jer tidur tengah-tengah dunia tu. kalau bukan dengan genglasak rasenyer tak sanggup buat camni.
Image and video hosting by TinyPic
Stesyen keretapi Jerantut. Tengah tunggu keretapi ni. Yang tak larat tidur dulu. Yang penting, kena berada belakang line kuning yer sedara-sedara !!!

Image and video hosting by TinyPic  <a href=
Matger, Ayin dan PakLet. Tidur di Jerantut.
++++++++++++++
Nanti update lagi, banyak cerita nak tulis. Tapi kena habiskan 'busy-busy' nih dulu. Checkout PG's blog. Ada update rasanya tuh.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...