Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, June 30, 2003

Semangat Yang Hilang
Letih sangat hari ni. What a busy week ! Nadzrin dan Rina demam dan weekend lepas pulak kami buat 'P****dent Programme untuk University 'yang satu ni'. Peserta-peserta terdiri dari students yang pointernya kurang dari 2.0. Anak-anak yang pandai, ada juga yang result SPM 10 A ! Entah apalah yang dibuatnya di U, sampai begini jadinya. Dia orang sampai pukul 10 malam. Letih dan lapar. Ada yang baru habis exam petang tadi. Muka sedih semua.
Apapun, kami bagi makan dulu. Pastu dirikan khemah, bersihkan diri dan solat. Berkumpul semula di Dataran untuk 'ice breaking'. Muka bertambah sedih. Sessi bermula dengan Abang. Nak bagi mereka 'okay' balik. Pastu ada game 'raja botol'. Tujuan game ni untuk tengok dia orang ni concentrate ke tidak dalam kelas. Hhmm result tak berapa bagus, banyak main-main dalam kelas ni. Abang terangkan pada mereka how important untuk mereka pay attention in class .., ajar mereka menggunakan 'deria dengar' , lepas tu sessi 'ilang ngantuks' dengan Man. Nampak mereka dah okay, dah terdengar gelak-gelak kecil. Ambil hati mereka dulu, sebelum ke sessi-sessi 'berat'. Tak guna marah-marah pun. Paling penting jangan perli-perli dan hina-hina. Tegur terus terang. Lagi mudah difahami. Lebih baik jika bawa berbincang. Dan ambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan di lakukan.


Esoknya keadaan bertambah baik. Semua yang Muslim kecuali yang uzur, ke surau untuk solat Suboh, di imamkan Adi. Lepas tu ada morning exercise dan jogging ke Tasik Biru. Kalau badan sihat, senang nak belajar. Harap-harap mereka faham tujuan kami. Jangan dok je dlm bilik, exercise dgn main 'counter strike' sampai Suboh, kan adik ?

Pastu ada triathlon (mereka hebat, pecahkan rekod Kem) Buat under 30 minutes dan tetiap kumpulan tu ada perempuan. Rekod yang dipecahkan dibuat bukan calang-calang orang, abang-abang P*lis semasa Hari Keluarga P*lis aritu. Petang, buat 'obstacle-run-around-the-camp'. Bertatih, memanjat, merangkak, jatuh, panjat lagi, berlari, bermandi lumpur, meredah air tasik, lari dalam lubang gelap, lari ikut tayar dan berbagai halangan lagi. Semuanya dibuat dengan baik. Habis aktiviti, abang explain apa yang tersirat disebalik aktiviti yang dilakukan. Mendengar penerangan Abang, saya ikut terharu tengok mereka memahami dan mendalami tujuan aktiviti yang mereka lakukan.

Mereka balik pukul 9.40 malam. Balik dengan doa dan harapan, tidak mahu datang ke sini menjadi peserta program ini lagi. Kalau datang biarlah dengan program-program lain pula. Selamat berjaya adik !!!


last test

Saturday, June 28, 2003

Thursday, June 26, 2003

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...