Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, January 25, 2005

Kem Remaja Cemerlang 2005


Di Dataran, mekap sebelum berjuang untuk negara !

Tentative Title saja tu.

Bulan May, semasa cuti semester nanti akan ada program perkhemahan (summer camp ? huh ?) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Program ini adalah usahasama Kem Lambaian Danau - Insan HRD Resources. Objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang cerdas dan cergas. Pandai. Balance serba-serbi. Kalau pandai tapi nak berbasikal pun tak reti, kesian juga. Atau asyik dengan aktiviti tapi malas belajar pun tak bagus juga. Memberi peluang untuk bergaul secara sihat dengan kawan-kawan sebaya. Study Skills oleh Insan HRD.

Program ini akan dilaksanakan pada 2 tarikh. 30 Mei - 2 Jun dan 6 Jun hingga 9 Jun. 4 hari 3 malam.


Celah pokok gelam. Gambar oleh Dino. Dia memang jurugambar perang, setiap kali perang, Dinolah tukang ambil gambarnya. Lepas ambil gambar, dia ada tugas lain. Kerja Majlis pulak, pungut sampah :)


Kami masih 'workout' segala yang berkaitan. Hampir selesai sebenarnya. Dateline untuk semua kerja siap adalah pada 15 Februari 2005. Form akan siap pada end Februari. Bermula Mac, mula jual pakej tu.

Akan update lagi pasal program ni. Bamz, tolong boleh ? Buatkan blog untuk program ni, eh ? So that akak and encik nordin boleh update kat situ. takyah nak kacau dari hutan ini. tenks in advance :)

+++++++++++++++++++++++

Lesson untuk Azlee dan Asri. Meletak gambar di blog.

Ni cara akak, yang akak rasa senang.

1. Akak guna Tinypic. Senang, tidak perlu bukak akaun dan tiada limit nak simpan berapa gambar pun. Cuma image yang besar dari 250K akan mereka auto resizekan.

2. Pilih gambar dan simpan dalam My Pictures dulu

3. Bukak Tinypic dan uploadkan gambar.

4. Copy image source ke entry korangs.

5. Kalau tak jadik - ym atau tepon atau sms atau gi tunggu bawah apartment Bamz. suruh dia setelkan masalah ! hehe


Iha dan Pak Man. Tengok ko pandai ker tak letak gambar. Sila letak gambar Iha ni. Gambar Pak Man tu, bolehlah di blurkan. hehe.

++++++++++++++++++++++

Tepi tasik ku

Dengan tiupan angin kencang sekarang, malas sungguh rasanya nak bekerja. And i have good reason to melepak dalam hammock, bawah pokok di tepi tasik - 'cari idea pasal program summer camp!'

Serius. Cuaca memang tengah best sekarang ni. Dok bawah pokok nenasi tu, baring dalam hammock. Lelapkan mata sikit, relax ... sambil tu dengar air tasik yang berombak .. huh heaven ! Sampai bila pun takkan jemu begini.

Hehe.

++++++++++++++++++++++

Asal sukahati arini ? hehe.

Suka ah, Februari dah penuh - Matrik NS 1, Teknik Jasin, Kluang HighSchool, MMU Cyber, SMK Agama Kluang, Matrik NS 2 - 760 pax untuk Feb. hehe

alhamdullilah, alhamdulillah, alhamdullilah

++++++++++++++++++++++

Saturday, January 22, 2005

Aidil Adha di Kem

Teringat setahun lalu, menyambut Aidil Adha di Kem bersama Bamz dan anak-anak.

Tahun ini, Asri dan Azlee pula yang tidak balik ke kampung beraya. Jom, beraya di Kem.

Jadinya petang Khamis tu saya berdua dengan Abang 'bertungkus-lumus' memasak :) Chewah, cam banyak sangatlah masak ! Masak benda-benda biasa sahaja - ketupat, rendang ayam, rendang daging dan kuah kacang. Kuah lodeh, plan masak pagi-pagi raya.


Ni gambar Madas, semasa Fasis Training. Nyanyi lagu Kasih Latifah. hehe

Siap memasak, sudah Maghrib. Saya pulang selepas menghidangkan dinner untuk semua di Kem - suami, anak-anak, Asri, Azlee , Kemang dan Geger.

Mereka semua tidur di Kem, saya balik rumah meneman Mak.

Esoknya lepas Suboh saya ke Kem semula.

Beraya kami di Kem. The guys gi Masjid.

++++++++++++++++++++++++++++++

Kami ramai-ramai, bawa meja Anjung Kelana dan letak di pelantar pejabat. Letak kerusi sekali. Hidangkan makanan Raya

kami kat situ. Orang-orang bujang yang siapkan. Dengan alas mejanya, susun ala buffet gitu. Lawa !

So, siapa datang boleh makan di pelantar sahaja.

++++++++++++++++++++++++++++++

Azlee kata macam mana nak buat blog ? Hehe. Beritahu dia, cikgu saya - Bamz. Tapi jomlah, rasanya bolehlah kalau nak buat blog senang-senang tu.

Pilih theme. Saya pilihkan tema untuk Azlee . Azlee , di Kem 'dituduh' sebagai Mat Bunga Kem. Manakan tidak, setiap grup ada sahaja budak perempuan yang jatuh cinta padanya. Bukan budak sahaja, cikgu budak pun jatuh cinta sama.

Dia hensem, berbudi bahasa, jiwang karats dan pendengar yang baik. (huh, ko kena belanja aku ni, li !)

Tapi dia memang sangat hensem. Ahli Persatuan Fasi Fit pulak tu :)

Nak buatkan untuk Asri pulak. Mamat ni ganas :) Suka outdoor, tegas orangnya. Di Kem, dialah harapan untuk semua aktiviti. Kalau berkayak dia pergi dulu, kalau jungle-trekking pun dia dulu.

Memang lasak orangnya. Hensem juga orangnya ni.

Kena buatkan blog yang ganas jugak ! Huh, camne ni ? Sekali datang idea. Asri baru sahaja beli scooter baru ( huh gurls - TZM sudah tarak ! meh, menangis !). TZM sudah dijual.

Akhirnya untuk Asri lahirlah From TZM to Scoot !

Pls clicks at my new links to read KLD's Fasis Journal


Couple yang paling kami sayang, Fendie dan Renee

++++++++++++++++++++++++++++++

Raya Haji lagi.

Ramai jugak datang beraya. Hehe

Petang tu kami berkumpul ramai-ramai. Suami dan saya, anak-anak, Geger, Asri, Azlee , Kemang, Raup, pG dan Cica. Siap makan, ada kerja pula.

Lupa nak beritahu, kami sedang mengemas kawasan tepi tasik. Pokok-pokok menerung dan umbai dah habis dah. Bukan racun, bukan tebas tapi kami cabut ! Iyer, cabut. Cam nak mampos - tangan luka-luka, bahu cam nak patah ! Habis juga mencabut. Tapi memang lepak habis. Berendam dalam air masa mencabut.

Ada kayu-kayu dari jeti lama atau pelantar orang bela ikan yang lama dalam tasik tu. Kayu ni yang selalu buat enjin bot rosak dan kayak tersangkut. Dah 2,3 kali cuba nak keluarkan tapi tak boleh.

Semalam, ramai-ramai mereka buat. Macam-macam cara, tarik dengan bot, nak gergaji - semua tidak berjaya. Akhirnya tarik ramai-ramai. Selepas berhempas pulas, berjaya juga !

Asri pula repair bangku-bangku besi yang patah. Kami dah beli 'welding set'.

Bosan nak membayar upah. Setiap kali, beratus-ratus kena bayar. Dia dah train si Geger dah. Nanti pandailah Geger.

Raya pun bekerja juga.

++++++++++++++++++++++++++++

Saya nak pergi buat links baru ni.

Family Photo. Kami anak-beranak.

Tuesday, January 18, 2005

Rakit Safari

Ada 3 aktiviti berakit di KEM LAMBAIAN DANAU. Rakit Race, Rakit Crusie dan Rakit Safari. Rakit Safari bermakna berakit di kawasan Safari Kem. Kawasan Safari ini ialah kawasan di mana banyak burung-burung dan juga sekumpulan monyet tinggal. Ianya ialah kawasan paya. Pokok-pokok gelam, umbai dan periuk kera (berbagai spesis) banyak terdapat di sini.


Sebelum berakit, kena pastikan anda telah memakai BA. Jangan lupa kuncikan semua klips BA. Ditengah tu, yang berposing dengan paddle (dibuat khas utk ahli-ahli Persatuan Ayam Serama Kem) ialah Cik Budak Tembam . Yang terbaring atas boya ialah Encik Jepun. Berdiri di belakang Cik Tembam, Encik Pakdi (Instructor Persatuan Labu Sayong Kem). Yang lawa sebelah Pakdi tu, Renee. Walaupun lawa, awek ni mempunyai sedikit masalah penglihatan.



Rakit baru nak berlepas dari Jeti Belakang.


Kawasan Safari terbahagi kepada 6 bahagian - Safari 1 hingga 6. Ini adalah kawasan yang telah pihak Kem teroka. Ada juga kawasan yang masih belum kami teroka. Tasik yang mengelillingi Kem memang luas, 104 ekar.


Kena berdiri. Yang tinggi tu anak saya, Iwan dan yang tak tinggi tu Leftenan Muda Kucai. Depan Iwan, Ruddy. Kawasan yang sedang dilalui ini penuh dengan rumputair. Memang susah nak berdayung.


Bila berakit di kawasan Safari, keadaan amat mencabar. Adakala pendayung perlu terjun ke tasik, angkat rakit dan tarik rakit ke tempat yang boleh didayung semula. Rakit tersangkut dicelah-celah rumput air dan umbai, pendayung tersangkut didahan pokok .. ini merupakan perkara biasa.

Aktiviti ini selalunya kami berikan kepada peserta 'Teambuilding' dan Kem Lasak. 'Teamwork' sangat mustahak. Semua kena bekerja. Yang perlu terjun, terjun. Yang kena angkat rakit, kena angkat rakit.



Toyak kena turun dari rakit. Rakit tak boleh nak bergerak. Manakan tidak, 3 ahli Persatuan Labu Sayong berada atas rakit ni - Cikgu Nazri (Setiausaha Kehormat, Asyraf dan Toyak (ahli seumur hidup))



Jungle trekking ker rafting ni ?


Bagaimanapun semuanya berbaloi bila anda dihidangkan dengan pemandangan paling indah di tasik ini. Lepas berpenat pula, sekali lagi anda akan dihidangkan - dengan makan tengahari yang sedap oleh Pak Haji kami !

Friday, January 14, 2005

Gambar PG semasa Fasis Training


Safari 4. Kawasan Safari ialah kawasan memerhatikan burung-burung exotic yang jarang sekali dijumpai di tempat lain. Rumpun-rumpun yang rendang itu - pokok periuk kera. Kami ada berjuta pokok-pokok ni !
Sam berkayak di depan sekali dengan dikuti oleh Kumpulan Aramaitey. Sedang relax, tidak berdayung itu ialah instructor Persatuan Labu Sayong Kem Lambaian Danau, Saudara Pakdi


Laluan mencabar. Paling teruk kumpulan yang pertama sekali masuk ke Safari 4 sebab kena buka jalan untuk rakit-rakit lain. Pokok-pokok dalam air tu dipanggil 'umbai'. Suatu masa dahulu, orang-orang kampung ambil umbai ini untuk dibuat tikar.


Baru keluar dari Safari 4 dan sedang menuju ke Jeti. Cuaca baik semasa fasi training hari tu. Jika tidak, angin bertiup kencang hingga air tasik berombak kuat.

Kumpulan Sengal. Berdiri tu, Ruddy. Depan Ruddy ialah Hafidz. Sebelah Hafidz, Siti dan depan Siti tu Leman (Presiden UPG, MMU Melaka). Yang lain, tak kenal nama.

Kem Lambaian Danau dikelilingi oleh tasik air tawar seluas 104 ekar. Kalau negeri Melaka tak ada air, PAM akan pam air dari tasik ini. Musim lumut membiak, air pun jernih dan bersih.

Semua gambar-gambar ini adalah hakmilik Haffizi aka pG Thanks for sharing, pG !

Akhirnya berjaya juga !

Sepanjang minggu merana.

Merana sebab printer-fax-scan HP rosak. Sekejap-sekejap orang telefon tanya bila nak hantar quotations. Macam tak nak berniaga jer kata Cikgu Sorang ni. Bisa nyer telinga dengar.

Kedai yang repair bendalah HP tu kata, minggu depan. Dah 2 kali minggu depan dah.

Akhirnya beli juga. Nak yang begini begitu yang bagus. Yang pakai plain paperlah. Yang ada memory banyaklah. Yang boleh guna untuk copy dan scanlah. Yang lorat-lorat gini mahal pulak. Tak cukup cash. Pinjam dari Mem Besar. Kang bayar ye, Mak !



Sebab fax machine tu sangat diperlukan.

Sekarang senang hati sebab telah berjaya menghantar quotations ke :

SMK Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka

High School, Keluang

SMK Palong Timur, Segamat

SMK Batu 5, Jalan Ipoh, KL

SMK Munshi Ibrahim, Labis

Maktab Perguruan Ilmu Khas, KL

Institut Latihan Perindustrian (dah terima Encik Bakar ? Thanks sebab baca blog saya :) )

Wahai Fax Machine baruku : Selamat Menjalankan Tugas !!!

++++++++++++++++++++++++++++

Happy Birthday, dear Sis !



Harijadi adik kesayangan yang ke dia-tak-suka-kalau-baca-tapi-banyak-pakai-jari-kaki-tangan-tak-cukup

We Luv You, Ida

Ogy, Abang Let, Iwan, Hafidz, Nadzrin and Nana

++++++++++++++++++++++++++++

Minggu ni takde grup masuk. Kami anak beranak tidur di Kem malam ni. Esok, nak main layang-layang.


Jadi layang-layang di Manukan Island, Sabah


Happy weekends, frens !

++++++++++++++++++++++++++++

Jap, jap, dun go away yet !

Semalam takde letrik, kan ? Apa sedang anda lakukan ketika itu ? Saya tengah goreng sayur untuk lunch :)

Lepas tu, pergi office, bersungguh hendak mengfax quotations. Letrik takde kat Kem juga. Sedih, tak sempat nak menghantar. Cikgu dah balik ke rumah.

Macam-macam komen di TV dan suratkhabar. Headlines NST hari ni best jugak - "It has never happened. Should not have happened. Cannot happen". haha, oledi happened ma !

Saya suka baca komen Encik Ini. .

Wednesday, January 12, 2005

Orang cuci mata, kita cuci tikar



Gambar Mini Canyon, tempat burung-burung tiung pasir buat sarang. Lubang-lubang tu, sarang merekalah. Photo credit to : Baiti

+++++++++++++++++++++++

Oh, banyaknya nak mencuci !

Minggu program MMU lalu, hujan setiap hari. Bermula Jumaat malam sehinggalah malam hari Sabtu barulah hujan berhenti. Sepagi Sabtu peserta menjalankan aktiviti dalam hujan. Triathlon buat dalam hujan. Berkayak, naik basikal, caterpillar walk semuanya dalam hujan !

Bila dah hujan, Kem lecak. Bila lecak, semua tikar-tikar jadi pengesat kakilah.
Itulah semua tikar-tikar kotor.

Hari ni Geger dan Kemang basuh semua tikar - tikar di Anjung Kasih dan Surau. Pasang tiang di Dataran, sidaikan tikar dan pancut dengan air.



Nasib baik sedang musim angin kuat. Cepatlah kering nanti.

+++++++++++++++++++++++

Pangkin Fasi telah dikemas oleh Geger dan Kemang. Sedap mata tengok dah kemas macam tu. Lepas ni, wahai fasi-fasi, kalau berani sepah-sepahkanlah. Dengan barang yang korangs sepah, dengan korangs-korangs sekali akak cempak masuk tasik.

+++++++++++++++++++++++

Pakcik saya ada di Kem semasa saya menulis ni.

Nak tumpang relax kejap

Elok dia tu, tengah lepak baca suratkhabar. Bising pulak dia, angin tiup suratkhabar :) Sambil baca sambil mengomen :) Kacau ah, orang nak menaip :)

Dah okay, suruh dia baring di kerusi malas di pelantar luar pejabat. Amboi, siap lelap-lelap mata lak. Tentu rasa best tu, dibuai angin tasik dan diringi irama buluh dari wind chime atas kepala dia.



Di Kem ni, memang tempat merehatkan kepala. Adalah 2-3 orang kawan, kadang-kadang datang untuk 'tumpang' relax. Bukan apa, relax dengan tidur atas jeti. Seronok agaknya 'tidur atas air'.

Macam sekarang ni, pukul 10.50 pagi, kipas angin pun tak 'on'. Suasana masih sejuk. Rasa segar dan nyaman. Petang hari pula mandi di jeti belakang. Alhamdulillah kami dapat berada dan melakukan kerja di tempat kami suka.

Bunyi macam relax jer !

Kalau tengok tikar kat luar tu, taulah macam mana kami bekerja :)

+++++++++++++++++++++++++++

Lain kali jangan beli printer yang semua dalam satu - Printer HP kami yang boleh scan, print dan fax tu rosak. Banyak quotation yang perlu dihantar. High School Kluang dan SMK Sultan Alauddin dah telefon banyak kali dah. Alamak ai !

Perlu beli sebuah fax, mungkin.

Printer dah hantar ke agent untuk direpair tapi bila call asyik ler belum siap.

++++++++++++++++++++++++++






Friday, January 07, 2005

Selamat Jalan Jepun
Selamat Datang Kemang


Jepun telah mengucapkan selamat tinggal pada Kem Isnin lalu.

Setelah 2 tahun berkhidmat, Jepun berhenti kerja. Tak tahulah memang benar-benar nak berhenti atau dah terlanjur kata. Isnin lalu setelah diberi cuti 2 hari- Sabtu dan Ahad, dia datang lambat. Sepatutnya datang kerja pukul 7.30 pagi, datang pula 8.30 pagi.

Terkantoi dengan saya. Abang bagitau Geger dan Jepun, hari Isnin dia datang lambat. Dia lambat sebab hantar Nana ke sekolah (hari pertama). Saya, kerja macam biasa.

Saya sampai Kem pukul 7.30 seperti biasa. Pintu pagar masih bertutup. Pukul 8.30 baru sampai. Kerja banyak, selepas Maktab-maktab Perguruan keluar hari tu masih belum mengemas. Dia ditegur.

Pastu semua kerja macam biasa. Kami balik lunch.

Petang bila datang, Geger kata Jepun berhenti kerja. Dia dah serah kunci gate depan. Kami diam sahajalah. Dah banyak, banyak kali dia buat begini.

Hilang sabar. Tapi decide untuk tunggu esok. Kalau dia tak datang pukul 9 pagi, kita ambil pekerja baru.

Esok paginya tak datang pun. Terus sahaja telefon 'orang-orang kampung' yang pernah datang untuk minta kerja. Berkenan dekat seorang ni, kawan Geger. Suruh dia mula
kerja, esoknya. Namanya Hairi, tapi dipanggil Kemang :) Apa-apalah sahaja nama gelaran orang kampung ni !

Pukul 5 petang Jepun datang, bawa surat resign. Macam biasa dia lakukan sebelum ni.
Sebenarnya, routinenya begini : dia kata nak berhenti, kami telefon pujuk dia. Esoknya dia datang, bawa surat, kami pujuk lagi. Pastu dia menangis, saya pun menangis. Pastu okay-okay semula. Dia kerja semula. Pastu bila-bila angin merajuk datang. Buat lagi.

Segalanya dalam dunia ini ada akhirnya, kan ?

Siapa dalam Kem ni tak kena pujuk dia ?
Pak Man
Pak Haji
Ustaz Zul (siap pergi rumah dia !)
Cica
kami berdua, jangan ceritalah - entah berapa puluh kali !

Semuanya kerana dia anak yatim, dia susah, dia tanggung Mak dia. Saya taklah sebaik tu untuk rela selamanya dengan perangai begini. Bukan tak kesian, tapi dah dia yang nak berhenti, berhenti sahajalah ! Tiada pujuk-pujuk lagi. Sudah bosan !

++++++++++++++++++++++++++++++

Catatan atas tu saya tulis masa geram masih bersarang. Hari ni semasa kami sibuk-sibuk menyiap peralatan untuk Perkhemahan SRM, MMU Melaka. Dia datang.

Maafkan saya Kak G. Saya banyak salah selama ni .....

Alahai kesian pulak ! Tahu pulak dari kawan-kawan dia, dia sibuk mencari kerja sana-sini. Apalah yang nak dibuat lagi. Saya berdoa dan berharap agar dia mendapat kerja yang lebih baik, dapat gaji banyak dan apa sahajalah yang dia mahukan selama ni. Segala-gala yang terbaik untuk dia, itulah harapan saya. Saya akan kenang masa susah dan senang kami bersama. Jutaan terima kasih atas segala budi, pertolongan dan persahabatan kita selama ni. Jepun masih adik akak :)

Tapi untuk bekerja semula, tidak mungkin.

+++++++++++++++++++++++++++++

Bila kita bertindak, jangan lupa orang juga ada perasaan.

Saya pernah dikatakan 'ambil free service' sebab tidak membayar elaun fasi. Macam manalah nak bayar, bila tidak dipanggil duty dan datangnya pun bukan bekerja. Bangun tidur lambat, minta tolong pun buat tidak sepenuhnya. I'm running a business. Kalaulah saya pula yang minta bayar duit makan, duit tempat tidur, duit minyak ambil dan hantar pula, macam mana ? Siapa pula yang berhutang ye ?

+++++++++++++++++++++++++++

Huh, emo pulak malam-malam begini :)

Tapi bila difikir semula, alahai budak-budak ! Tapi saya masa seumur mereka sudah mahu kawin pun :)

+++++++++++++++++++++++++++

Malam ni, sekejap lagi mahu pergi 'night-walk'. Lama tak pergi. Kami tengah gian nak jadik hantu ni :) Siap ah, MMU !

Lupa pulak, grup MMU kali ramai lelaki. Heran lak :) Selalu kalau pelajar Universiti yang masuk - 2/3 perempuan dan 1/3 lelaki. Tu pun yang lelaki tu bercampur dengan 'mahasiswa golongan ketiga' - atau panggilannya secara sebutan rock 'auw-auw'.

++++++++++++++++++++++++++

Tadi gayut dengan Q. Saja telefon dari meja yang dekat dengan tingkap. Nak suruh Q dengar bunyi air tasik yang berombak-ombak di luar tingkap :) Q kawan masa baru-baru berblogging dulu. Saya, Q dan Seri Adriani. Banyak sejarah yang kongsi bersama :)

+++++++++++++++++++++++++
yay! tembam rulez!!!
Bamz dan Iha

Semalam, akak basuhkan sleeping bags korangs. Hari ni Pakdi pinjam Bamz punya. Iha punya pun dipinjam. (Untuk lebih suspense takmo tulis sapa pinjam Iha punya. Hehe .. taklah .. tak tahu sapa pakai ko punya :))

Nanti akak akan rewash.

Terpaksa pinjam sebab lupa bawa dia orang punya. Biaseler boys, kan tak senonoh !

*** Huhu bamz ... akak curik img dari source ko. sapa soh disablekan right click ! Nak copy takleh, curik ajelah :)

++++++++++++++++++++++++

Night Walk Now !

Wednesday, January 05, 2005

Minggu Pertama Tahun Baru

Dari 1 haribulan hinggalah semalam masih musim hujan-hujan. Tsunami. Dunia turut bersedih dengan peringatan yang diberikan. Beribu-ribu orang mati. INNA LILLAHI WA INNA ILAIHIRAJI'UUN. We belongs to HIM indeed.


Subhanaullah. Lihatlah kebesaran Allah swt !



Bencana Tsunami masih diberitakan TV dan suratkhabar. Menyeru bantuan rakyat. Tapi agak sedih juga bila tengok ada yang mengambil kesempatan 'berglamor' atas kesusahan orang. Patutker nak menghantar bantuan pun perlu beruniform. Berbaju tee dan bertopi serupa. Meluat sungguh saya. Tapi inilah negara saya. Apa sahajalah untuk berglamor akan dibuat oleh orang-orang ini.

+++++++++++++++++++++

Hari ini bila sampai pukul 7.30 pagi tadi, cuaca baik.

Dan sekarang matahari sedang memancar menerangi tasik. Angin masih bertiup kencang. Kesian Geger yang sedang menyapu, habis daun-daun yang dikumpul di tiup angin.



Lain-lain macam biasa. Pokok-pokok sakat dan keladi menghijau ditimpa air hujan. Suasana Kem segar dan sunyi. Cuma sesekali terdengar bunyi 'wind chime' berlaga ditiup angin.



++++++++++++++++++++++

Kami berdua ber'brain storming' - gaduh skets-skets untuk menyiapkan senarai harga baru 2005. Sebenarnya semua sudah siap bulan November lalu. Tapi ada yang tak puas hati, jadi kena buat semula semuanya. Alhamdulillah, sudah siap. Tinggal nak type 3 lagi program baru.

Tahun ni juga untuk Motivasi PMR dan SPM, Kem akan bekerjasama dengan Insan Resources. Program Motivasi Insan tahun lepas bagus, jadi kami akan gunakan module dia. Kami siapkan tempat, Encik Nordin buat program.

+++++++++++++++++++++

Minggu ni kami akan menerima peserta-peserta seramai 100 orang dari University Multimedia, Melaka. Secretariat Rakan Muda. Program Rekreasi.

Fasi yang bertugas minggu ni : Asri, Pakdi, Madas, Toyak, Cica dan Zack. Juga Pak Man.

+++++++++++++++++++++

Rumah.

Sekolah dah bermula. Semua anak-anak dah bersekolah semula.

Tuan Puteri kesayangan dah masuk darjah satu :) Babah yang menghantar dan menunggu. Hari pertama sahaja tunggu, lepas rehat dah ditinggalkan. Saya dah mulakan routine pukul 5 pagi. Anak dan rumah kena siap sebelum ke Kem. Tapi sekarang kerja separuh hari sahaja. Pukul 1 petang dah balik terus.

Semua dah macam biasa semula. Anak balik sekolah, bagi makan. Tengok buku dan homework anak. Pukul 4.30 petang Ustaz datang untuk mengaji dan fardhu 'ain.

Inilah dunia saya - anak, rumah dan Kem :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...