Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, April 27, 2005

Selamat Pagi

:)

Tah apalah punya tajuk.

Been busy. Dari orang keluar hari tu, tak habis-habis lagi kerja.

Bila ada grup masuk tak henti-henti, Kem memang semak dan kotor. Nak kemas, orang ada. Tak kemas, serabut. Dan masa mengemas pun tak de. Tengahari orang keluar, petang orang masuk. Mana nak sempat si-Geger dan Kemang nak berkemas.

Gotong-royonglah. Beramai-ramai kemas. Nasib fasi-fasi tengah cuti semester dan ada di Kem. Semua sekali kena tolong. Fendie dah repair dah pintu-pintu bilik air. Ganas ape ke tah budak-budak peserta nih, pintu tandas pun boleh tercabut. Azlie kemas bilik, Bob Azrin menyapu. Semua bekerja :)

Ada 2 grup punya lapuran belum buat. Kem Kecemerlangan Pelajar Negeri Johor dan SMK Munshi Ibrahim. Kem Kecemerlangan tuh, PPD yang handle. Module dia orang.

++++++++++

SMK Munshi Ibrahim

Macam-macam terjadi. Program yang mereka ambil, Kem Remaja Lasak. Sesuai sungguh, sebab mereka ni 'tak lasak'. Puas nak 'push' mereka biar berani, biar cergas sedikit !

Ada seorang yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.

Azizi.

Malam pertama, aktiviti wajib, Night Walk. Berjalan-jalan menikmati keindahan malam. Hirup udara segar. Tajamkan skill 'deria dengar'. Tengok langit malam yang cantik berseri dengan bintang bertaburan.

Selepas 45 minit berjalan ramai-ramai, berkumpul di 'antara 2 tokong'. Kat sini nanti, peserta akan balik ke Kem seorang, seorang.

Macam biasa, yang melepaskan mereka, PakLet, Toyak dan saya. Saya biasanya cuma diam-diam sahaja. Just kena ada sana sebab kalau ada peserta perempuan yang pengsan ker, sakit perut, lelah semput dan berbagai-bagai penyakit yang sempat mereka reka masa tu. Adalah tukang pujuk, tukang gertak dan tukang marah yang berkhidmat.

Malam tu, ada kes tetiba semput dan satu lagi kes tetiba pening tahap takleh nak bangun lagi lah.

Dah biasa, dah ramai peserta macam tu so dah reti sesangat apa nak buat :) Tak boleh tulis kat sinilah tapi :)

Back to Azizi.

Azizi ni, tingkatan 4.

"Auntie, saya takut"
"Ala, apa nak takut. Abang-abang fasi ada tepi jalan tu. Mengawas korang. Ada ramai tu. 10 abang ada sepanjang jalan tu"
"Ala, takutlah"
"Ish, ko kan lelaki. Tengok tu, budak form 2 pun jalan seorang."
"Ala ...."

"Azizi, awak jalan", kata PakLet. Dia jalanlah. Terpaksa. Saya suluhkan dengan torchlight besar, sebab kesian. Memang dia takut sungguh tu.

" Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa", aik, tetiba Azizi dah ada depan kita orang balik. Dia lari balik ke kami. "pot pet pot pet', bebel saya. PakLet panggil Azizi, 'slow talk'.

Toyak terus dengan tugas melepas peserta. Semuanya berjalan dengan baik. Tiada masalah.

"Auntie, lepas ni saya ye. Saya dah berani nih. PakLet dah nasihat saya"
"Okay, camtulah orang lelaki"

Kami pun melepaskan dia. Lepas dia, seorang peserta form 3. Sembang-sembang dengan peserta lain. Usik-usik mereka, nyanyi-nyanyi lagu 'Pulanglah'. haha. Seronok sungguh menghabiskan malam tu.

Tiba-tiba terdengar suara jeritan yang hebat ! Saya dan Toyak berlari ke arah suara tu. Azizi menjerit dan menangis dan sedang peluk peserta Tingkatan 3 yang baru berlepas.

Nampak kami dekat, dia peluk Toyak pulak. "Hantarlah saya, saya takut. Takmo jalan seorang". Rupa-rupanya, dia takutkan Azlie. Mamat ni, duduk atas pokok, memerhatikan peserta lalu. Sejuk malam tu, dia pakai telekung lama. Sambil tu, bila ada peserta lalu dia kibas-kibas telekung. Sajer sebab dia suka main-main Superman ni. Rasa macam Superman jer duduk atas pokok tu, kan Lie. Azlie pujuk Azizi sebab Azlie fasi untuk kumpulan Azizi. Tak rela Azizi dipujuk hantu. Nangis. Fendie dan Madas pun tolong pujuk.

Azizi tetap peluk Toyak dan letak muka dia atas perut Toyak yang labu sayong tu. Bila Toyak tolak dia, dia mula nak peluk saya pulak. Terjerit-jeritlah kami marah dia. Tak senonohlah, main peluk-peluk. Dia tak kira, tetap nak peluk kita orang. Sungguh 18X budak nih ! Akhirnya Cica datang, nak menyelamatkan keadaan. Cica lak, dia nak peluk ! Haru-biru sungguh kami dibuatnya !

Entah macam mana lah dia menghabiskan perjalanan malam dia malam tu.

Kesian ada, gelak memanglah gelak.

Tapi bermula malam tu, kami bagi special attention kat dia. Tolong dia 'build up his self-confidence'.

Memang seronok bersama SMK Munshi Ibrahim. Anak-anak yang peramah dan berbudi bahasa.

++++++++++++++++

Alhamdulillah.

Hari ni dikejutkan dengan pelukan dan ciuman dari anak-anak. Harijadi saya.

Semoga saya menjadi insan yang lebih baik bermula hari ini.

Thanks for the surprise kids ! Abang Ruddy yang jumpa kad tu :) Abang Ruddy singgah breakfast tadi dan pakai kereta Mama hantar Nenek. Dia nampak kad tu kat stereng kereta. Terima kasih banyak-banyak. Mama sayang anak-anak Mama jugak :)

Mak, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan ogy. Ogy sayang Mak !

Darling, terima kasih !

+++++++++++++++

Few days ni menghabiskan baca archives seorang insan yang istimewa yang dianugerahkan Tuhan pengalaman dan ujian yang tak semua dapat merasainya. Semoga anda sentiasa di bawah lindunganNya di mana juga anda berada. Amin !

Friday, April 22, 2005

Entri Terpanjang Abad Ini

KEM LAMBAIAN DANAU MASUK SURATKHABAR. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELEFON DAN SMS KAMI BERDUA. Baca tentang KLD di sini Thanks TokRimau, bagi link ni. Credit gambar-gambar dalam artikel tu untuk TokRimau dan PG.

++++++++++++++++++++

Kolej Komuniti Melaka
Sabtu dan Ahad. Fasi : Pakdi (Asst. Kem Komandan), Asri, Madas, Toyak, Cica, Bob Azrin, PG, Dino. Kolej Komuniti datang untuk Program Pembangunan Diri. Banyak ceramah untuk kumpulan ini. Bagaimanapun saya tidak bekerja untuk kumpulan ini, jadi tidak boleh komen.

Terima kasih Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka kerana sudi memilih Kem kami sebagai tempat berkhemah.

++++++++++++++++++++

Projek Basah
Basrie, kita berjaya !

Banyak sungguh halangan yang ditempuhi Basrie, alhamdulillah Basrie tetap gagah disokong sahabat-sahabatnya (saya tak nak tulis ajk kat sini). Attokz, Diman, ND, Iwan, Salina, Langsat, Lin dan siapa sahaja anda yang telah bersama menyokong Basrie. Terima kasih kepada anda semua dan juga semua yang datang.

Kak Yah, Ros dan Ajun dari Batu Pahat. Tin, Tipah, Sarah, Sabrina, Mushroomcute dan Ayares dari JB. TokRimau dari Lumut. Nida, Yati, Azmir, Aziz, Pulut Hitam, Khalid, Munirah, Has (Amoi), Nesloice (akak dah ingat nama Nuar), Rahim (Bean ker nih?), Mar Chempakasari dan Wakdin dari KL. Orang kampung saya, Pak Bear.

Dan Ahad datang Spyz, Shila, Memel, Ariff dan Affif.

First lesson learnt, kan Basrie. Belum pun ke Projek Basah, jiwa anda telah kental kerana telah menghadapi ujian-ujian :) Seperti yang saya dan Basrie selalu bincangkan dalam telefon, apa pun sambutannya kita tetap akan teruskan Projek ini. Malah di Kem, kami semua telah mendaftar untuk jadi ahli GeJu. FendieHensem, KucaiHensem dan AzleeHensem adalah ahli-ahli baru GeJu :)

Saya perlu menjaga keutamaan perniagaan saya. Biarlah tidak untung untuk bersama kawan-kawan, tetapi saya tidak mahu rugi. Untuk lebih selamat, tarikh itu saya jualkan juga kepada Kolej Komuniti. Mereka datang untuk 2 hari sahaja.

Hari Pertama
Salina telefon dari Serdang beritahu mahu bertolak. Masa tu sedang sibuk mengatur anak-anak Seg Hwa yang akan pergi berperang. Riuh rendah mereka sedang nyanyi lagu 'Barisan Jalan'.

Sedang bersibuk-sibukan itu, Sal sampai dengan Nesloice, BeanSeng, Munirah dan Langsat. Baru tahu, cantiknya nama betul Langsat. Suruh Sal lepak-lepak sebentar. Racun Sal, Munirah dan Langsat makan buah Nenasi. Sedapkan, Sal ?

Attokz, Basrie, Has dan Yatie sampai. Minta Attokz dan Basrie bawa kawan-kawan yang dah sampai makan dulu. Entah apa-apalah yang dimakan mereka. Maaf, akak tak layan masa ni.

Mereka pandai-pandai bawa diri melayan diri sendiri. Kami fasi-fasi semua, menghantar Seg Hwa yang hendak pulang. Lepas tu yang lelaki pergi Solat dan yang perempuan berehat di pejabat yang telah jadi serupa kongsi Indon (maaf Pak, saya kurang ajar nih!). Sudah 2 minggu kami bercamping di pejabat.

Pendaftaran Projek Basah dibuat di Anjung Kelana. Mendaftar dan dapat tagnama yang cantik, buku latihan, towel good morning dan majalah-majalah yang dibawa oleh Attokz.
Kami minum petang, sementara menunggu yang lain sampai. Muka Basrie, nampak 'jiwa kacaunya'. Risau dia menunggu kawan-kawan yang entah bila akan sampai. Sekejap sahaja risau. Lepas tuh ramai lagi yang sampai.

Hujan lebat dan kami lepak dalam Anjung Kasih sambil makan Pengat Pisang. Bear sampai dengan membawa Ros, Ayares, Kak Yah dan Ajun. Seronok dapat jumpa lagi Ros yang cute :)

Sessi kenal-kenal sekejap dan PakLet minta semua salin pakaian, pakai kasut untuk aktiviti Obstacles-Run. Basrie, dia minta kali ni GeJu datang sebagai peserta, bukan datang cuti-cuti seperti dulu. Semua kena buat aktiviti. Salina sahaja yang tidak beraktivti dan jadi jurugambar. ND yang injured kakinya pun turut serta mengambil gambar. Puas pesan dia, jaga kaki. Kuat semangat ND bersama-sama menjayakan Projek Ini.

Berlumpur semuanya petang tu. Dah kotor, berendam berdugong-duging di jeti belakang. Saya tinggalkan mereka dan pergi cari makan di Patio Dapur. Oh, TokR dah sampai. Ajak makan, tidak mahu. Sudah makan dengan Toyak di Kedai Akak Sajen. Tok memang dah biasa sangat di KLD. Tahu dah dia nak kemana sahaja. TokR dari Lumut terus sahaja ke KLD. Sotong yang PakHaji buat sambal aritu, TokR yang bawa. Sotong Pulau Pangkor tuh (dia beli kat Lumut, Tin).

Malam kami buat ice breaking, biar semua berkenal-kenal dan yang kenal semoga bertambah rapat. PakLet bahagikan peserta kepada 3 kumpulan. Kuning = Morrok, Merah = C'MerahPadi dan Hijau= Dugong Bersimpuh Ayu. Saya suka cheers atau hakka kumpulan Morrok. Ganas ! Macam All Blacks, bebs :)

Kami datang, kami datang
Rempuh !
Kami tawan, kami tawan
Menang !
Hoi, langkah mayat kami dulu ! (part nih tak ganas. kena sebut lembuts skets ye noqs! hehe)


Main Raja Botol, Main Tali dan lain-lain mainan minda. Mushroom Cute juara Raja Botol. One lesson learnt here, GeJu lemah sifir 7. Dapat sehingga 7x4=28. Saya antara yang paling dulu terkeluar. Ada tak sesiapa leh bagi kursus matematik kepada GeJu. Saya nak join :)

Sambil main-main minum milo dan nescafe.

Kami bersiap untuk aktiviti Night Walk. TokR dan Tin berdua menjaga Kem. Kami semua keluar dari Kem. Sabrina dan Sarah saya dan PakLet bawa. ND pun ikut kami dengan membawa sehelai kain putih. ND berkhidmat sebagai 'hantu' malam tu. Sabrina, si-comel tu bila tengok orang ramai-ramai berjalan dalam gelap, dia nyanyi,"hoy, hoy hoya hoy .." cam lagu penyamun tuh. Pastu bila dah jeep dah stop, gelap, takut. Dia nyanyi pula lagu "pulanglah ..." Pandai betul dia nyanyi ikut tema. Kiut jer.

Jiwa kental perlu lepasi ujian takut, perlu tabah hadapi cobaan..cobaan..cobaan ...

Ada juga yang menjerit. Basrie, sebab Tuan Pengarah Projek Jiwa Kental, telah diuji oleh fasi-fasi extra kami ! hehe, rezeki awak tu.

Malam, balik dan tidur.

Hari Kedua
Bangun pagi, senam pagi dan berjogging ke Mini Canyon.

Bali ke Kem, bersarapan dan bersiap untuk aktiviti berakit. Setiap kumpulan buat 2 rakit. Macam-macam jenis rakit. Aerodynamic ada, rakit biasa ada, macam-macam ada. Yang menang kumpulan PakBear, C'Merah Padi. Berbaloi Aziz, BeanSeng dan Ayares tidak minum pagi kerana mengikat rakit.

Sesungguhnya, berakit itu amatlah mencabar ! Bisa bikin jiwa kental jadi kacau :) Ada kaki cramp, tangan terseliuh, tangan luka dan ketiak cramp pun ada. Berjaya juga ditamatkan aktiviti ini. Buka rakit. Aktiviti dugong-duging lagi sebelum makan tengahari.

Makan tengahari, solat dan rehat sebentar. Fendie mencari peserta, tetapi peserta tidur :) Biarkan mereka rehat, sebab cuaca panas untuk bertempur di medan perang.

Sekadar menambah, fasi-fasi untuk Kumpulan GeJu, PakLet letakkan yang ber'jiwa bunga'. Fendie, Azlee, Sham dan Yanie. Dino join bila dia tidak bertugas sebagai Imam Kem. Yang bertugas untuk GeJu ni paling miang sabar, paling santun dan jenis tak berkisah. Kalaulah Asri yang in-command, puas juga GeJu kena ketuk ketampi, kots ! Tapi Fendie paling cool, biarlah dia yang tunggu dan cari peserta. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Pertama kali jadi Kem Kom, Fendie lulus dengan cemerlang.

Back to Projek Basah.

WarGame. Bersiap untuk berperang. Fendie arahkan peserta untuk berkumpul dan mekap. Nak pergi perang, perlu mekap juga. Biar lawa. Semua bersemangat. Menyanyikan lagu 'Barisan Jalan'. Berkawad ke Medan Perang. Baru masuk medan, PakLet arahkan Fendie bawa peserta balik sebab hujan. Takut kilat atau pokok rebah. Apapun, keselamatan diri perlu diutamakan. Peserta balik dengan comot-comot begitu, berkumpul menyanyi di Patio Anjung. ND, main gitar dan nyanyi.

Hujan berhenti dan peserta ke Medan Perang semula. Lewat petang baru pulang dan mandi manda di tasik lagi.

Malam, kami bakar ikan fresh yang baru ditangkap dari tasik. ND suka ikan bakar. PakHaji bakar ikan, dia duduk menghadap.

Iwan dan Hafiz datang. Thanks Iwan, dalam sibuk berexam sempat juga singgah menjenguk kami.

Lepas dinner, Fendie bagi sedikit masa untuk buat persembahan. Kami fasi-fasi jadi Hakim. Persembahannya ala-ala GeJu Idol la gitu. Kumpulan Morrock buat sketsa pasal mesyuarat AJK Projek Basah. Kelakar tetapi mendalam sungguh isinya ! Terlebih lagi kepada yang faham kepada keadaan. Azmir dari Morrok menang aktor pembantu terbaik.
Kumpulan C'MerahPadi menarik juga lakunan mereka. Ala-ala Apprentice dengan PakBear sebagai Dollah Trumpet. Good idea tapi saya dah termuak sangat dengan 'jiwa kacau, jiwa kental'. Sorry, saya yang tak faham konsep :) Bukan saya sahaja, Sham dan Yanie jadi risau bila anda semua nak jual jetty kami. Jetty buruk tu, amatlah kami semua sayang. Tak faham, rupa-rupanya nak jual GT. Sorry ye ?

Yang menang malam tu, Kumpulan Dugong Duduk Bersimpuh. Sketsanya pendek dan padat tetapi memikat hati. Saya suka lakonan Diman. Menjadi ! Pulut hebat ! Juga Kak Yah. Natural jer Kak Yah tu.

Minum malam dan tidur ! Er, Tipah sahaja tak tidur sebab telah dikidnap oleh fasi-fasi untuk dijadikan hantu. Ampun Tok !

+++++++++++

Hari Ketiga
Berkayak.

Kayak Safari dan Basic Kayak. Puas rasanya semua berkayak. Komen Fasi, Sarahmon hebat ! Dia berjalan atas raft kayak. Bagus betul self-confidence anak dara kecil tu. Syabas Sarah ! Fasi KLD salute u :)

Spyz sampai bersama keluarga. Dia kata nak memancing tapi entahlah. Dia kena jaga Affif untuk memberi laluan kepada Shila dan saya mengayam ketupat. Besar-besaran juga hasil kami aritu.

Habis berkayak, kena cuci kayak pulak. Mandi-manda di jetty lagi. Shila dan anak-anak join yang lain. Lepas tu Affif dikidnap oleh fasi pula untuk dijadikan bahan cium-ciuman. "hehe abang spyz .. kami takde aweqs mo kiss, kiss affif jer la !" , kata fasi-fasi KLD. Selepas satu jam, barulah Affif dijumpai Spyz di Pangkin Fasi.

Makan dan masa untuk berpisah.

GeJu, kami di Kem seronok bersama anda semua. Terima Kasih, terima sayang kepada semua yang sudi datang. Kalau lalu jalan depan Kem tuh, sudi-sudikanlah menyinggah melawat kami. Semoga persahabatan ini berpanjangan.

++++++++++++++++

Kisah kereta-kereta.
1. Kereta Iwan?Hafiz?
Termasuk dalam lubang depan Dataran Gemilang. Ramai-ramai mengangkat. Berjaya.
2. Kereta Maria
Bateri kong. Nasib Fendie pakai Kanchil dan Abob ada di Kem. Mereka buat-kerja-apa-kenama-entah untuk okaykan balik bateri kereta Mushroomcute.
3. Kereta Basrie
Kayak Attokz capsize. Kamera Attokz dan kunci kereta Basrie ada bersamanya. Habis kamera basah dan kunci kereta Bas berkubur dalam tasik kami. Nazri (partimer kat Kem) tolong settlekan masalah. Jadinya kereta Bas sekarang sudah jadi kereta MacGyver. Kami semua hebat Bas, semua boleh buat :)

+++++++++++++++++

Seperti biasa, Spyz telah meninggalkan barang-barang dia sekeluarga. Lampin Affif, semangkuk bubur Affif dalam fridge dapur dan teethers atas tilam PakLet. Akak akan hantarkan macam biasa kat tempat biasa, okay ?
hehe
++++++++++++++++

Tuesday, April 19, 2005

SMK Cina Seg Hwa

Entry ini untuk Cikgu Mokhtar, pembaca setia DARI HUTAN INI.

Seg Hwa masuk dari 13 hingga 15 April 2005. Pesertanya seramai 210 orang. Dengan cikgu-cikgu dan fasi-fasi, ada lebih kurang 250 orang di Kem.

Fasi ramai yang 'on duty' : Bob Azrin, Fendie, Asri, Pakdi, PG, Ruddy, Sham, Yanie, Hiedy, Toyak, Cica, Azlee dan didapur ada Pak Haji, Adi, Lawin, Kemang dan Geger.

Asri ialah Asst. Kem Komandann untuk kumpulan ini.

Untuk kumpulan ini, sekolah minta kami buat program yang mencabar. Jadinya sebelum peserta masuk, kami menghabiskan 2 hari menyiapkan aktiviti dan 'test run' aktiviti-aktiviti baru.

Bukan senang untuk buat aktiviti yang mencabar. Tahap disiplin peserta kena tinggi. Kena cepat, cekap dan bekerjasama. Untuk pastikan mereka berdisiplin, kami perlu tegas. Adui, sehari semalam masih belum okay ! Bisingnya bukan main. Tetapi aktiviti tetap berjalan lancar. Kesian jugak bila tengok mereka asyik kena denda. Siapa suruh degil ?

Hari Pertama
Sebaik sampai, peserta diberi taklimat tentang program dan undang-undang Kem.
Petang buat Obstacles-Run-Around-The-Camp dan Water Confidence. Tengah-tengah aktiviti berjalan, hujan pulak. Sekarang ni memang musim hujan. Tengahari panas sangat, lepas tu masuk waktu Asar, hujan. Hujan rahmat, kami suka. Alhamdulillah. Biar air tasik penuh semula :)

Break masa hujan tu. Berkumpul di Kantin untuk minum petang. Haduilah budak-budak ni, punyalah bising. Main ketuk chafing dish punya top untuk suruh mereka diam. Diamlah jugak. Few minutes sahaja.

Hujan berhenti dan sambung semula aktiviti. Pukul 7.30 baru habis aktiviti. Itupun, obstacle terkahir, masuk hutan tu kami arahkan ke tempat lain. Dah gelap gelita dalam hutan, takut peserta sesat pula.

Malam buat sessi ice breaking. Ada pertandingan 'hakka'. Kumpulan Fendie menang. Lepas ice breaking, semua bersiap keluar Kem untuk jungle-survivor.

Hari Kedua.
Bangun pagi, bersenam dan sarapan pagi. Hari ni kami ada aktiviti mini amazing race. Aktiviti yang sungguh mencabar. Oleh sebab ini adalah aktiviti baru, jadi saya tak nak ceritakan pasal aktiviti ni. Nak cuba, datanglah sini !

Sebelah petang, aktiviti berakit pula. Ada kumpulan yang okay, ada yang tak okay. Cuma 3 kumpulan berjaya menamatkan perlumbaan. Tapi fighting spirit Kumpulan Seg Hwa memang dipuji. Kerjasama mereka memang antara yang terbaik. Sentiasa tolong menolong dan memberi semangat kepada kawan-kawan.

Malamnya ada 2 aktiviti menjadi pilihan peserta. Funtime atau Night Compass Marching. Ramai yang memilih nak ber'funtime'.

Lights Off at 2 am.

Hari Ketiga
Hari ni hari berperang. Ramainya askar ! Kumpulan dikecilkan kepada 5 kumpulan dari asalnya 10 kumpulan.

Perang bagaikan perang koboi ! Bisingnya ! Macam biasa, 'orang-orang mati' yang sibuk memberi arahan dari tapak kubur. Tapi seronok tengok mereka seronok. Habis comot amoi-amoi cun semua :)

Balik dari berperang, bersihkan diri, bersihkan Kem.

Makan Tengahari.

Menunggu kedatangan Tuan Pengetua. Macam magic, semua kembali lawa dan bergaya. Smart dengan uniform masing-masing. Berbaju kadet polis, kadet bomba, pandu puteri dan lain-lain.
Kumpulan yang menang untuk kali ini ialah Kumpulan Cenderawasih. Bangga Bob Azrin :) Bob, abang fasi pelajar Sains Sukan dari Uitm, Shah Alam.

Sedih pula nak berpisah. Kiss Kaleen :) Amoi yang teruk kena marah dengan saya pada hari pertama !

Kami suka mereka ini. Seperti yang ditulis tadi, teamwork mereka memang tiada bandingan. Sentiasa bekerjasama. Mereka bukan sahaja memikat hati kami di Kem, malah orang-orang kampung pun suka pada mereka. Semasa Amazing Race, ada yang diberi minum air kopi, air mineral, makan biskut .. Ada yang kasutnya pecah, diberi olah nenek dikampung, selipar. Ada yang ditumpang oleh orang kampung naik motor, naik bas ke Balai Polis Chinchin pun ada. Mereka anak-anak yang berbudi bahasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Mereka contoh kepada kita semua bahawa sesungguhnya kita adalah bangsa Malaysia. Semangat senegara yang harapnya akan kekal sampai bila-bila.

Balik selepas makan tengahari. Beramai-ramai fasi semua menghantar peserta naik bas di pintu pagar Depan.

Selamat Jalan Seg Hwa, semoga berjumpa lagi.

Thursday, April 14, 2005

Happy 14th Birthday, Hafidz sayang !!!

Ridzwan Hafidz Rosli, putera kedua kesayangan Babah dan Mama. Lahir pada 14 April 1991. Awal pagi 28 Ramadhan. Babah dan Mama bawak balik Hafidz ke rumah pada hari bantai Raya. Pandai Hafidz, kecil-kecil lagi dah nak pungut duit Raya.

Rupa-rupanya sampai ke besar, Hafidz memang pandai buat duit dan simpan duit ! Mama memang kagum dengan perancangan kewangan Hafidz. Hafidz boleh pergi berjumpa dengan pegawai bank minta dia terangkan macam mana Hafidz boleh buat keuntungan yang lebih - duit masuk Amanah Saham atau FD atau simpan sahaja !

Sejak dari awal tahun, 1 Januari lagi Hafidz dah siapkan pelan kewangan Hafidz. Berapa Hafidz akan dapat dari duit belanja sekolah, hadiah wang untuk A's yang dipungut masa peperiksaan, duit Uncle dan Busu bagi, duit Raya dll. Aduhai, complete sungguh ! Siap tolak perbelanjaan dll. My future investment manager !

Hafidz macam semua anak-anak Mama, paling bijak dalam subjek matematik. Dah boleh mengira dari umur 4 tahun. Dan setiap kali exam, selalunya, insyaAllah dapat 100 % dalam subjek ni. Lemah Sejarah dan Bahasa Melayu. Improve weh !

++++++++

Tak boleh tulis panjang .. Mama busy !

++++++++

Doa Mama dan Babah buat Hafidz, semoga Hafidz terus jadi anak yang soleh, abang dan adik yang baik pada abang dan adik-adik Hafidz. Semoga Hafidz stay smart dan pandai selalu, semoga semua cita-cita Hafidz tercapai. Jadilah hamba yang taat kepadaNya. Selamat Harijadi ke-14 anakanda tersayang ! Mama loves you so much ! So Much honey !

Wednesday, April 13, 2005

Budak-budak..

Budok-budok Sekolah-sekolah Rendah Muor

Saya dah lama tak ke sana. Dah berbulan-bulan. Bila dah lama ni, ada sajalah kurangnya, masalahnya. Maklumlah dah lama. Lama kebanyakan daripada kita macam keladi. Makin lama, makin menjadi ;)

Kem dah makin besar. Dah makin lawa. Dah makin selesa. Dulu kami-kami tidur kat pangkin itu saja. Hujankah, ributkah, panaskah, di situlah kami berteduh. Dah semacam ada ikatan harmoni pula antara pangkin itu dengan kami. Saya pun tidak lena kalau tidak lelapkan mata di pangkin. Rindu pada pangkin, mungkin?

Sekarang pangkin itu masih ada. Masih di situ. Cuma sekarang kami dah ada Rimbun, kami dah ada Pandan yang selesa. Dulu pun ada, tapi untuk pelawat saja. Sekarang semua dah upgrade. Bukan sahaja perkhidmatan untuk pelawat, malahan untuk orang-orang kem sendiri. Bekerja makin riang, hati makin gembira :)

..............

Yang masuk itu kanak-kanak. Budak-budak. Budak-budak, kanak-kanak, kalau tak ke sana ke mari, bukanlah namanya budak-budak. Kalau diam saja masa kita bercakap, kalau tidur saja bila dah malam, kalau semuanya senyap-senyap saja, tak boleh la pula dipanggil kanak-kanak.

Dah jadi peliklah pula budak-budak kalau diam saja.

Budak-budak ini ikut panggilan orang Melaka (ataupun Chin Chin saja sebenarnya), terjal. TERJAL ni letaknya antara jahat dan nakal. Nakal tu kira biasa, jahat tu dah teruk sangat. Jadi budak-budak ni masih ada baiknya, cuma dah mula belajar nak jadi jahat.

Bak kata hadith yang lebih kurang bermaksud: Sesungguhnya anak-anak itu lahir ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi Majusi atau Nasrani

Kami di kem percaya pada prinsip ini. Kami percaya kanak-kanak ini masih suci, masih boleh dibentuk. Mereka ini rebung, bukan lagi buluh yang keras. Oleh sebab itu kami di kem tidak marah-marah sesuka hati. Kami tidak maki-maki. Kami layan mereka umpama adik-adik dan anak-anak kami sendiri (ya, saya dah gatal nak kawin :p ).

Kami cuba sedaya kami memenuhi 3 hari 2 malam dengan sesuatu. Supaya nanti mereka akan pulang menjadi manusia yang

Tabah mindanya, kuat fizikalnya dan mulia pekertinya. Insyaallah.


.....................

Bekerja sama budak-budak seronok. Tapi seronok dan lelahnya sama naik. Ya Allah, budak-budak. Agaknya semacam inilah lelah ibubapa kita menjaga kita dulu. Tak boleh duduk diam. Bukan saja duduk diam, mulut pun tak boleh diam.

Pok-pek, pok-pek, pok-pek 24 jam.

Nak makan, nak minum, nak sembahyang, nak buat aktiviti. Pendek kata setiap masa lah. Saya jerkah sampai keluar urat-urat merih, diamlah 5 saat. Pastu, bising balik. Datang Pakdi dengan gaya lebih efektif. "Ok, ok, kami diam." Tahan la 15 saat. Datang Azlee denga muka garang, duduk di kerusi kat depan dewan. "Abang Azlee garang, baik diam." Kira mukjizat kalau boleh diam lebih 20 saat.

Tapi dengan budak-budak, kita juga mesti jadi budak-budak. Marah kami, kuat mana pun, marah budak-budak. Marah tak suka, marah tak berkenan, marah nak bagi duduk diam. Marah kami bukan marah dendam.

Biasanya yang kami marah itulah yang kami sayang. Dah besar ni, makinlah kita faham kata-kata orang tua. "Kami marah ni pasal kami sayang".

Kanak-kanak ni manja. Kanak-kanak ni mengada-ngada. Sakit perutlah. Nak ke tandaslah. Inilah, itulah. Ada sahaja yang tak kena. Tapi kita yang dah tua ni kena faham. Mereka inginkan perhatian. Mereka ingin ditunjukkan kasih sayang.

Kata Kak G:

"Budak-budak ni, kalau kita peluk dia, kita usap rambut dia, terus hilang sakit. Terus taknak balik rumah. Pasal yang sakit itu bukan kat sini (sambil tunjuk perut), tapi kat sini(sambil tunjuk kepala)"

Kerja dengan kanak-kanak kelakar. Saya tak boleh lupakan Zul, Hairi. Zul yang jika jumpa kami akan angkat sebelah tangannya, tundukkan sedikit kepala dan cakap "Assalamualaikum". Betul-betul macam orang tua. Hairi yang Toyak panggil 'dugong' (atau duyung?). Budaknya gempal. Dia sangat 'blurr'. Toyak panggil dia berkali-kali "Hairi, hairi, hairi (ulang ini sampai anda rasa penat)" , tapi dia langsung tak berpaling. Toyak letih, panggil dia "dugong" dan aih, berpaling pula.

Tapi jika diikutkan statistik, memang budak-budak ini terjal. Ada yang pernah pukul orang dengan batang paip, ada yang lepak-lepak sampai 1 malam dan macam-macam lagi lah. Tapi itu statistik, itu yang lepas. Kata orang: "Barang yang lepas jangan dikenang".

Saidina Umar sebelum peluk Islam pun dipanggil orang jahat juga. Pernah bunuh orang, malahan musuh nombor satu Islam. Umat Muhammad buat dosa, selagi belum kiamat dan belum hilang nyawa, boleh bertaubat.

Tak semua jadi 'rebellious' pasal tak cukup perhatian, keluarga tak aman. Ada juga yang tak aman pasal keluarga 'terlebih ambil berat'. Semuanya mak bapak nak buat. Semua nak dia tanggung, sampai anak tak faham apa makna hidup. Untuk apa dia ada kaki tangan, kalau tak perlu guna. Takkanlah tangan setakat untuk makan dan basuh berak. Takkanlah kaki takat nak masuk keluar bilik. Tidur dan bangun tidur.

.......

Banyak yang boleh dipelajari. Banyak yang masih boleh dibaiki. Bukan oleh budak-budak itu saja, malah saya dan awak. Aku dan engkau. Kita ada banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman.

Harapan kami di kem, budak-budak itu akan balik dan mendapat sesuatu. 3 hari 2 malam terlalu pendek untuk kami membentuk yang bernama 'insan', namun sekurang-kurangnya kami sudah menanam suatu benih dalam jiwa mereka.

Benih keyakinan, benih keinsafan. Dan kalaupun benih yang baik ini tidak bercambah secepat kisah 'Jack dan the Bean", ia pasti akan menunjang dan sentiasa berakar di hati anak-anak ini. Insyaallah.

Masih Letih


Letih melayan 70 orang kanak-kanak bermasalah dari sebuah daerah di Malaysia.

Mereka keluar hari Ahad. Tapi letihnya masih belum hilang.

Nantilah bila sudah hilang penat, baru tulis report. Atau kalau Dino sihat, dia tolong tuliskan :)

Have a nice day, dear reader :)

++++

Ni lagu fav. darling saya. For u, honey!


Angin Malam

Broery

Berhembus angin malam
Mencengkam
Menghempas
Membelai wajah ayu
Itu lah kenangan yang terakhir dari mu

Ku dekati diri mu
Kau diam
Tersungging senyuman di bibir mu
Itu lah senyuman yang terakhir dari mu

Chorus:

Di iring gemuruh angin
Meniup daun daun
Alam yang jadi saksi
Kau serahkan jiwa raga

Angin tetap berhembus
Tak henti
Walaupun sampai akhir dunia
Tapi tak lagi kau berada di sisi ku

Chorus:

Di iring gemuruh angin
Meniup daun daun
Alam yang jadi saksi
Kau serahkan jiwa raga

Engkau telah tiada
Sayang ku
Hanya lah kenangan yang abadi
Oh angin malam
Bawa daku kepada nya

Wednesday, April 06, 2005

Promosi

Promosi

(Siaran ini adalah dibayar)

Di satu malam yang sunyi, dengan tiupan angin berderu-deru mengacau ketenangan air tasik hingga tasik tenang jadi bergelombang. Di Kem kami sedang melayan peserta-peserta yang datang untuk President Programme, MMU. Saya dan Zack boring sangat dan kami berdua surf. Baca-baca blog femes seperti Jongkang Jongket, Tok Rimau dan blog favourite kami masa tu, blog Toksik. "Jom Zack, kita buat blog Kem".

Kami pun register dengan Blogspot dan mula mengodek. Tapi Zack, adalah Zack yang tak semenggah. Dia ajar saya, cara tak semenggah juga. "Apa Kak G nak, view source dan copy paste jer". Dan itulah yang saya lakukan mula-mula dulu. Links orang, quotes orang, gambar pun main curik gak ! Itu dulu, long long time ago. Sekarang, sudah pandai ma !

Saya decide audience saya. Saya mahu tujukan blog ini untuk pembaca-pembaca yang minat outdoor dan orang-orang yang surf untuk cari tempat berkhemah. Dan dengan blog ni, saya telah kumpul ramai pelanggan tetap :)

Okay, ni promosi blog fasi-fasi Kem.

++ Budak Tembam Sez ++
Minah ni memang sudah berblog semasa dia join KLD. Budak Tembam Sez. Nama sahaja ganas, sebenarnya Bamz kami tak tembam, malah dia kiut orangnya. Lemah lembut dan gila menyanyi. Jangan bagi dia mic ! Dia boleh berkaraoke dari malam hingga ke Suboh :) Blog Bamz menceritakan kehidupan dia di kampus MMU Melaka dan suka duka seorang remaja yang sedang belajar menghadapi liku-liku kehidupan yang mencabar.

From TZM to Scoot
Milik Asri. Baru sahaja dilancarkan. Asri mahu mesra-mesrakan diri dengan ilmu internet dan inilah hasilnya. Asri kami ni, orangnya tegas. Menjadi harapan PakLet. Jika ada grup susah, ramai dan bermasalah disiplin, Mamat Askar inilah yang diharap sebagai Asst Kem Komandan. Dia sangat berdisiplin dan matang. Contohnya semasa sebuah organisasi ni buat program. Sudah pukul 2 pagi, peserta dan pegawai masih tak habis-habis dengan 'satu aktiviti kurang matang'. Sekali Asri tiup wisel, bagi command dengan peserta dan dengan pegawai-pegawai semua masuk tidur !

Kenapa diberi nama From TZM to Scoot ? Dulu Asri ada TZM. Smart motor dia tu. Sekarang sudah beli dan pakai scooter pulak.

Bukan Cinta Biasa
Milik Mat Bunga Kem . Entah kenapa, ramai perempuan mudah jatuh cinta pada Azlee. Mungkin sebab dia hensem, manis dan sopan. Kalau ada grup masuk, paling kurang 20% dari perempuan grup tu akan jatuh cinta pada Azlee. Tak cukup peserta, cikgu yang bawa peserta pun turut jatuh cinta. Kami tak kisah sebab cikgu akan datang lagi nanti bawa peserta. Kan dah ada regular guest ?

Bukan Cinta Biasa dipilih sebagai nama blog sebab Tuan Punya Blog minat lagu dan penyanyi lagu ni. Dia suka pada gambar Siti pakai tudung pink tu. Comel !

Back to the Start
Milik Dino Di luar sana orang kenali dia sebagai Sharafudin, Cill, Din, Abang Hensem .. tapi pada kami dia adalah Dino kami. Biarlah blog dia bukan seperti dia yang kami kenali. Kita tak kisah, kan geng ?

Blog Back to the Start adalah blog yang baik. Maklumlah Penulisnya pelajar jurusan Psycology di UIA. Go and read his blog, memang mencabar minda anda !

Pandangan Hidup
Ini Fendie punya. Bekas Mat Bunga Kem. Telah berpencen atas sebab-sebab telah dingorat dan telah berpunya. Fendie buka blog atas sebab-sebab yang unik. Dia telah tewas dan kemudian diberi kemenangan percuma oleh Tok Rimau dalam acara debat-tak-tidur-sampai-pagi semasa Projek Basah 1.5.

Dan hasil dari debat itu, Fendie telah buka blog. Kenapa dia pilih tajuk Pandangan Hidup ? Ada misteri yang menyelubungi tajuk ini. Hanya yang datang ke Kem berpeluang menemuramah Fendie mengenainya. Ianya bukanlah seperti yang anda fikirkan. Ianya adalah sangat Fendie !

PinkSara KucaiOren
Asalnya Kucai Hensem. Disebabkan oleh kemalasan Kucai, Sara juga telah menulis sama. Apa-apa sahajalah. Dan pastinya Sara boleh menulis lebih baik dari Kucai. Lupa pulak, Sara ialah GIRLFRIEND Kucai.

Mereka dua insan unik. A very special couple. Couple yang kami sayang ! Sarasuka sangat warna pink dan Kucai tentulah kaler Oren. Motor dia kaler oren, hp oren, baju oren, kasut oren ...

Belasah Aje Ape-Ape
Tajuk ni, pilihan Hiedy. Hiedy, GIRLFRIEND Pakdi. Beria-ria dia nak berblog jugak. Blog terbaru antara blog-blog fasi. Semoga Hiedy dan Pakdi rajin-rajin update. Nanti esok-esok boleh tunjuk kat anak-anak.

Kami baru sahaja kenal Hiedy walaupun dia dah lama jadi GF Pakdi. Kira dah confirm lah tu, baru berani bawak balik jumpa family !

Hanya Tuhan Yang Tahu
Mamat ni kiranya setaraf dengan Bamz. Blog dia ada lagu, ada dedication dan tak pakai template free yang Blogger bagi. Dia pakai skin Blogskin ! hehe Yang mahal tu, ada boh lagu walaupun lagu oldskool - Abba gitu ! Dancing Queen gitu ! harharharharharhar ..

Kat Kem, dia adalah Baby kami. Sukahati kami sahaja 'mengkembangcina'kan dia. Tapi memang dia adik kesayangan. Yang paling sayangkan dia, tentulah Pakdi. Mana pergi berjalan, bawa dia ! Sila-sila baca Blog dia. Sayang tanje-tanje Mama !

++++++++
Kamus Kem

Mengkembangcina = kembang cina ialah panggilan untuk orang gaji. Mengkembangcina bermaksud menjadikan seseorang tu maid.
Tak semenggah = tak senonoh, perangai yang buruk.

++++++++
Untuk bersembang dengan fasi-fasi KLD sila ke Tagboard di PinkSara KucaiOren. Boleh sembang di sana ! Sekarang sedang topik "Kesetiaan Kepada Pasangan"

Friday, April 01, 2005

This is for my Nadzrin

Happy Birthday, Sayang !

Image hosted by TinyPic.com


Selamat Ulangtahun Ke-9 buat puteraku : RIDZWAN NADZRIN ROSLI. Dah besar, sayang Mama. Anak Mama yang hensem dan bijak. My straight A's boy ! Mama sayang, sayang, sayang, sayang, sayang dia !

Ayin lahir pada pukul 6.16 petang, 2 April, 1996. Ayin lahir di Hospital Pan*tai, Melaka dan disambut oleh gynae Mama, Dr. Chia KS. Kelahiran yang sangat Mama dan Babah tunggu, sebab masa tu Angah dah 5 tahun. Kami berdua memang nak sangat baby.

Macam mana Ayin lahir, Mama akan beritahu bila Ayin dah besar sikit nanti, okay ?

Mama dan Babah doakan semoga Ayin menjadi insan berguna - anak yang soleh, hamba yang taat dan orang yang berguna. Juga semoga Ayin berjaya mencapai cita-cita Ayin, ingin menjadi peguam.

Ayin kiut. Mama suka tengok senyum Ayin. Sweet sangat ! Bila Mama penat, dan Ayin peluk Mama dan cakap, "I love you, Mama." Hilang penat Mama dan happy sangat Mama rasa.

Kadang-kadang Mama geram jugak kat Ayin sebab :
1. Subject lain Ayin boleh dapat 100%, tapi bila subject Bahasa Arab kenapa cukup makan jer ? Belajarlah Bahasa Arab lebih sikit, sayang. Kena pandai semua subjectlah.

2. Ayin degil. Bila gaduh dengan Baby, Mama suruh stop, Ayin tak nak. Nak jugak jerit-jerit kat Baby. Ayin kan Abang, kenalah pandai beralah dengan adik. Nanti, dia tak hormat kat Ayin. Ni dah 9 tahun ni, start jadi abang yang baik, okay darling ?

3. Ayin suka kacau Nenek tidur. Tidurlah bilik Ayin, asyik tumpang bilik Nenek. Kesian Nenek, kena tidur sejuk-sejuk sebab tak nak Ayin panas. Pergi tidur balik, bilik Ayin, okay ?

4. Suka cempak-cempak baju. Ni last warning ni. Ayin dah besar dah, tak boleh cempak baju kotor lepas pakai atas katil. MASUKKAN DALAM BAKUL LAUNDRY AYIN. Busu sampai belikan hadiah birthday Ayin, laundry basket besar gedabak tu. Tahu apa jadi kalau anak Mama langgar perintah last warning, ni kan ?

Ayin anak Mama yang berpendirian tetap. Tak mudah terpengaruh. Suka England dan Chelsea, walaupun Chelsea tu asyik ler kalah ooppss .. sorry bukan kalah. Tak menang selalu. Suka Kumpulan Spider. Tak suka Rap walaupun dua-dua abang suka rap dan pasang lagu rap selalu. Ayin tetap rock ! Fav Ayin tentulah si-Hippo dan Dog, Awimbawe. Kucailah ni, bawa balik cd nih, Ayin sampai ketagih dah !

Suka PS. Bila cuti sekolah dan Babah bagi kebenaran main Playstation, Ayin akan main sampai datelinenya. On the dot, gitu. Babah kata last day untuk main ialah Hari Jumaat. Ayin akan main sehingga pukul 12 malam tepat, hari Jumaat. Hehe !

Ayin dan abang-abang dan baby buat Mama dan Babah happy. Buat kami berdua rajin kerja untuk senangkan Ayin adik-beradik. Thanks sayang sebab buat Mama rasa Mama ibu yang baik untuk Ayin. I Love You, Baby !

Thanks Allah.

Image hosted by TinyPic.com
Ridzwan Nadzrin, Ridzwan Amir n Uncle. Perkasa Hotel, Kundasang, Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...