Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, April 13, 2005

Budak-budak..

Budok-budok Sekolah-sekolah Rendah Muor

Saya dah lama tak ke sana. Dah berbulan-bulan. Bila dah lama ni, ada sajalah kurangnya, masalahnya. Maklumlah dah lama. Lama kebanyakan daripada kita macam keladi. Makin lama, makin menjadi ;)

Kem dah makin besar. Dah makin lawa. Dah makin selesa. Dulu kami-kami tidur kat pangkin itu saja. Hujankah, ributkah, panaskah, di situlah kami berteduh. Dah semacam ada ikatan harmoni pula antara pangkin itu dengan kami. Saya pun tidak lena kalau tidak lelapkan mata di pangkin. Rindu pada pangkin, mungkin?

Sekarang pangkin itu masih ada. Masih di situ. Cuma sekarang kami dah ada Rimbun, kami dah ada Pandan yang selesa. Dulu pun ada, tapi untuk pelawat saja. Sekarang semua dah upgrade. Bukan sahaja perkhidmatan untuk pelawat, malahan untuk orang-orang kem sendiri. Bekerja makin riang, hati makin gembira :)

..............

Yang masuk itu kanak-kanak. Budak-budak. Budak-budak, kanak-kanak, kalau tak ke sana ke mari, bukanlah namanya budak-budak. Kalau diam saja masa kita bercakap, kalau tidur saja bila dah malam, kalau semuanya senyap-senyap saja, tak boleh la pula dipanggil kanak-kanak.

Dah jadi peliklah pula budak-budak kalau diam saja.

Budak-budak ini ikut panggilan orang Melaka (ataupun Chin Chin saja sebenarnya), terjal. TERJAL ni letaknya antara jahat dan nakal. Nakal tu kira biasa, jahat tu dah teruk sangat. Jadi budak-budak ni masih ada baiknya, cuma dah mula belajar nak jadi jahat.

Bak kata hadith yang lebih kurang bermaksud: Sesungguhnya anak-anak itu lahir ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi Majusi atau Nasrani

Kami di kem percaya pada prinsip ini. Kami percaya kanak-kanak ini masih suci, masih boleh dibentuk. Mereka ini rebung, bukan lagi buluh yang keras. Oleh sebab itu kami di kem tidak marah-marah sesuka hati. Kami tidak maki-maki. Kami layan mereka umpama adik-adik dan anak-anak kami sendiri (ya, saya dah gatal nak kawin :p ).

Kami cuba sedaya kami memenuhi 3 hari 2 malam dengan sesuatu. Supaya nanti mereka akan pulang menjadi manusia yang

Tabah mindanya, kuat fizikalnya dan mulia pekertinya. Insyaallah.


.....................

Bekerja sama budak-budak seronok. Tapi seronok dan lelahnya sama naik. Ya Allah, budak-budak. Agaknya semacam inilah lelah ibubapa kita menjaga kita dulu. Tak boleh duduk diam. Bukan saja duduk diam, mulut pun tak boleh diam.

Pok-pek, pok-pek, pok-pek 24 jam.

Nak makan, nak minum, nak sembahyang, nak buat aktiviti. Pendek kata setiap masa lah. Saya jerkah sampai keluar urat-urat merih, diamlah 5 saat. Pastu, bising balik. Datang Pakdi dengan gaya lebih efektif. "Ok, ok, kami diam." Tahan la 15 saat. Datang Azlee denga muka garang, duduk di kerusi kat depan dewan. "Abang Azlee garang, baik diam." Kira mukjizat kalau boleh diam lebih 20 saat.

Tapi dengan budak-budak, kita juga mesti jadi budak-budak. Marah kami, kuat mana pun, marah budak-budak. Marah tak suka, marah tak berkenan, marah nak bagi duduk diam. Marah kami bukan marah dendam.

Biasanya yang kami marah itulah yang kami sayang. Dah besar ni, makinlah kita faham kata-kata orang tua. "Kami marah ni pasal kami sayang".

Kanak-kanak ni manja. Kanak-kanak ni mengada-ngada. Sakit perutlah. Nak ke tandaslah. Inilah, itulah. Ada sahaja yang tak kena. Tapi kita yang dah tua ni kena faham. Mereka inginkan perhatian. Mereka ingin ditunjukkan kasih sayang.

Kata Kak G:

"Budak-budak ni, kalau kita peluk dia, kita usap rambut dia, terus hilang sakit. Terus taknak balik rumah. Pasal yang sakit itu bukan kat sini (sambil tunjuk perut), tapi kat sini(sambil tunjuk kepala)"

Kerja dengan kanak-kanak kelakar. Saya tak boleh lupakan Zul, Hairi. Zul yang jika jumpa kami akan angkat sebelah tangannya, tundukkan sedikit kepala dan cakap "Assalamualaikum". Betul-betul macam orang tua. Hairi yang Toyak panggil 'dugong' (atau duyung?). Budaknya gempal. Dia sangat 'blurr'. Toyak panggil dia berkali-kali "Hairi, hairi, hairi (ulang ini sampai anda rasa penat)" , tapi dia langsung tak berpaling. Toyak letih, panggil dia "dugong" dan aih, berpaling pula.

Tapi jika diikutkan statistik, memang budak-budak ini terjal. Ada yang pernah pukul orang dengan batang paip, ada yang lepak-lepak sampai 1 malam dan macam-macam lagi lah. Tapi itu statistik, itu yang lepas. Kata orang: "Barang yang lepas jangan dikenang".

Saidina Umar sebelum peluk Islam pun dipanggil orang jahat juga. Pernah bunuh orang, malahan musuh nombor satu Islam. Umat Muhammad buat dosa, selagi belum kiamat dan belum hilang nyawa, boleh bertaubat.

Tak semua jadi 'rebellious' pasal tak cukup perhatian, keluarga tak aman. Ada juga yang tak aman pasal keluarga 'terlebih ambil berat'. Semuanya mak bapak nak buat. Semua nak dia tanggung, sampai anak tak faham apa makna hidup. Untuk apa dia ada kaki tangan, kalau tak perlu guna. Takkanlah tangan setakat untuk makan dan basuh berak. Takkanlah kaki takat nak masuk keluar bilik. Tidur dan bangun tidur.

.......

Banyak yang boleh dipelajari. Banyak yang masih boleh dibaiki. Bukan oleh budak-budak itu saja, malah saya dan awak. Aku dan engkau. Kita ada banyak yang boleh dipelajari daripada pengalaman.

Harapan kami di kem, budak-budak itu akan balik dan mendapat sesuatu. 3 hari 2 malam terlalu pendek untuk kami membentuk yang bernama 'insan', namun sekurang-kurangnya kami sudah menanam suatu benih dalam jiwa mereka.

Benih keyakinan, benih keinsafan. Dan kalaupun benih yang baik ini tidak bercambah secepat kisah 'Jack dan the Bean", ia pasti akan menunjang dan sentiasa berakar di hati anak-anak ini. Insyaallah.

3 comments:

Ogy said...

Akak teringatkan Ismail yg akak peluk tu. lepas kena peluk, terus hilang sakit perut, terus ellap tidur. comey kan dia, dino !

and yg paling akan tidak lupa, mamat yg tulis surat kat makbapak dia tu. "kehadapan ayahanda dan bonda. adinda di sini sehat belaka ..". huh, meriah gelak bebs !

maybe pasni kita should suggest kat pak jas buat kem bahasa lak !

but i love them, really do. comey-comey. ko ingatkan tak epol, ketua kumpulan hijau yg blur tuh ? pendek merayap jer dia, kan ? and sadiq segaraga si debab comey giler tuh ?

harap-harap kalau tak boleh ikut semua yg kita ajarkan, boleh buat pengurusan diri tu pun dah alhamdulillah.

Ogy said...

err dino lupa lak .. thanks for updating eh !

ko pun .. akak sayang gak ! ahaks !

Anonymous said...

Very nice site! »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...