Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, January 10, 2016

Pasukan Hoki, Politeknik seMalaysia

Pasukan hoki yg dibentuk untuk pertandingan Liga Hoki Remaja Malaysia. Program kecergasan dan teambuilding.



Cergas !

Klinik Kayak dengan Along

Kenal mana kiri, mana kanan

Berkayak sampai hujung tasik

Pemain hoki berkayak. Tangan perlu kuat.

Tasik luas pun nak juga berlanggar

OTOS. One team, one spirit. Untuk aktiviti ini peserta diberi tube tayar dan berusaha berdayung dengan tangan ke destinasi yang ditetapkan. Team tidak boleh berpecah langsung. Kalau berpecah, anda gagal.

Mereka memilih formasi sebaris

Bertahan sambil menunggu semua sedia di atas tube

Menuju destinasi


Berjaya !


Aktiviti Teambuilding Team Hoki Politeknik seMalaysia :
OTOS, Kayak, Log Race, Wargame, Zapin Ayam, Solo Drop, Night Walk, Obstacles Run

MRSM TUN GHAFAR BABA. TINGKATAN 5, 2016. 4-6 JANUARI.

Selamat Tahun Baru 2016 !

Resolusi tahun baru saya, mahu tulis blog semula. Rindu, nak menulis seperti dulu.

++++++++

Hari pertama persekolahan 2016 kami menerima pelajar-pelajar  dari MRSM TGB, Jasin.

Program orientasi, motivasi dan teambuilding tingkatan 5. Kem Komandan ialah Pak Let, Asst Kem Kom, Along dibantu oleh Cikgu Hafiz, Abang Toyak, Abang Polo, Kak Zu, Haikal, Nadzrin, Tajul, Zaim, Abang Azwan, Angah, Daus, Amir, Kak Yan, Kak Umi, Kak Dewi, Kak Lina, Abang Zack dan Faiz.

++++++++
Day One
MRSM sampai sebelum pukul 3 petang. 430 orang, sebelas bas.

Pasang khemah dan berkumpul di dewan. Aktiviti petang ini, lelaki pergi senam petang dan perempuan buat Water Confidence. Oleh sebab ramai kami harus pandai menguruskan peserta mengikut ruang waktu yang telah ditetapkan dalam jadual. Sebelum Maghrib, semua peserta siap makan malam. Lepas tu solat dan tazkirah sehingga waktu Isya'.

Selepas Isya', kami buat Ice Breaking dan malam disudahi dengan Bacaan Yassin dan Solat Hajat.

++++++++++
Day Two
Awal pagi, peserta perempuan bersenam pagi dan lelaki pula buat Water Confidence.


Sejuk! Pasrah je sebab lagi takut kat Along.

Aktiviti pagi ini ialah KLD Explorace, Tenggek Burung Trail. Laluan menyeberang parit, aktiviti dalam belukar tenggek burung, panjat bukit, menyelusuri tepi tasik hijau, laluan puyu betuk, giant skipping di Sarang Ponti, minum sirap sejuk tepi tasik, menyeberang parit lagi dan banyak aktiviti lagi sebelum tamat race. Kesemuanya ada 10 checkpoints.

Tengok gambar, ye 

Muka masih ceria, belum penat !

Meredah canyon untuk ke Bukit Tuah. 

Check point 4. Rumah Kemang. Qu Puteh !

Meredah parit di lalauan puyu-betuk. Fasi menjaga keselamatan.

Because two is better than one. Rubik Cube in the jungle.

Lompat si katak lompat !

"kereta pun tiada bawak kau jalan-jalan ...."

Parit terakhir sebelum sampai ke Kem.

tinggal satu je lagi check point !


Petang, aktiviti berakit. Rakit adalah aktiviti kesukaan setiap group yang datang ke Kem. Tasik yang mengeliling  KLD adalah seluas 105 ekar, memang puas berdayung. 

Dengan Abang Haikal. Bakal engineer kapalterbang.

Yang penting ialah kerjasama. Tak ikat rakit betul-betul, rakit pecah dan berenanglah ke tepian :)

Posing dengan abang fasi. Abang Daus ialah pelajar undang-undang di UIA. Hensem tetapi tiada gelfren. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Aband Daus pernah kecewa setelah cinta pertamanya semasa berusia 6 tahun tidak berjaya. Rakan sekelasnya di tadika itu telah menolak cinta suci Abang Daus. 

Sedia untuk berdayung. Fighting !, bak kata Kwangsoo (tak faham, sila google Runningman)

Petang tu, angin kencang. Tapi masih nyaman. 

Kak Zu kita yang cantik dengan adik-adik comelnya. Perempuan pink kalau berdayung mesti lemah lembut. Tah bila le nak sampai. Tengok abang-abang macho sebelah tu. Dayung sampai ke atas gitu.

Ni boss kami punya rakit. Berani tak letak gambau dia. Group yang Pak Let bawa ni dapat nombor satu. Pengalaman banyak ni. Tabik, boss !


Day Three
Selepas Suboh kami, fasi-fasi dah bersedia untuk aktiviti hari terakhir. Obstacles-Run, OTOS dan Cross Country.

Sebelum Pilot Splash

Selepas Paya Selut

Terpaksa letak. Biasalah gugurls, gambar tengah aktiviti tak kasi letak. Takut tak lawa basah berlumpur bagai. Dapat posing-posing gini suka le. Letak la. Semoga happy yg dik.

Guys tak kesah. Ambil je la bila-bila, tetap boleh berqu puteh gitu. Tapi rasa nak lempang juga bila tengok. #koingatkoKimK

Meredah paya lumpur di War Zone.


Sekejap sahaja sudah 3 hari 2 malam. Thanks untuk semua fasi dan Geng Dapur. Thanks Abang Amari dan Abang Trano untuk Tenggek Burung Trail yang cantik. 

Thanks MRSM TGB kerana memilih kami setiap tahun. Untuk adik-adik yang kami sayang, semoga anda mendapat straight A+s untuk SPM. Fokus pada study, jangan main-main. Solat hajat setiap hari dan share ilmu dengan kawan-kawan. Insha Allah kita akan berjaya. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...