Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, February 19, 2008

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Februari 1 hingga 3.

Kumpulan paling best ! Walaupun ramai, tapi tak terasa penat dan rasa 'happy' sahaja bersama mereka. Dari saat mereka sampai sehinggalah melambai mereka di atas bas, mereka buat kerja kami senang sangat :)

Tema minggu ini ialah jenama kasut (really, kami dah hampir kehabisan idea pasal tema kumpulan. Tak nak recycle idea sebab nanti susah nak ingat peserta). Kasut Asadi, Kronos, Adidas (pastu ditambah jawa), Nike (tambah siam), Bata, Cap Ayam, Penguin, Fung Keong, Warrior ... alamak, lagi 2 apa ek ?

Cheers yang bagus-bagus sehingga susah nak pilih pemenang. Lagu kumpulan pun bagus-bagus juga. Paling saya suka tentulah Lagu Kronos .. kami Kronos.. kami Kronos ... kami Kroooonoooosss .... Cheers paling saya suka cheers Asadi yang part arigato, arigato, hait .. hait .. hait .. Comel tau !

Tepati masa, rajin, bertanggungjawab semuanya. Next week dah study week, kan ? Good Luck semuanya, semoga semuanya dapat result bagus-bagus dan dapat course idaman di Universiti kelak.

Selamat Datang, KMNS ! Fasi-fasi menjemput masuk peserta-peserta. Mereka datang dengan 10 buah bas.

Mendirikan khemah di Tapak Puteri

Khemah Puteri bewarna merah telah siap di pasang.

Malam Ice Breaking

Kumpulan Asadi dengan Cheers mereka

Taklimat Aktiviti Sebelum Danau Race

Tubing Race to get 'message in the bottle'

Pemandangan Gunung Ledang semasa Aktiviti Danau Race sedang dijalankan

Abang-abang Fasi menjaga keselamatan adik-adik peserta semasa aktiviti

Baca check-point betul-betul dan hafal 'password' Tak boleh tulis password, tau !

Panjat Bukit Tuah

Menunggu giliran untuk redah Paya Selut

Tepukan abang-abang fasi untuk kumpulan yang menang !

Water Confidence. Sebelum dibenarkan masuk ke tasik, mesti tahu cara memakai BA dengan betul. Abang Cicha sedang beri penerangan.

Abang Asri mengajar cara untuk mengapungkan diri dengan betul

Dah pandai mengapungkan diri :)

Ni kira dah pass nih, dah boleh buat formasi dalam air !

Aktiviti Obstacles Run. Meredah hutan paku resam dan periuk kera untuk ke Lake Crossing

Di Pilot Splash.

Posing sebelum naik bas balik ke Kolej

Bersalam dengan Abang-abang Fasi sebelum pulang ke Kolej

Dengan perempuan, abang-abang senyum jer :)

Bersih, lawa dan kacak semula untuk balik Kolej ! Semoga Program ini menjadi Kenangan Terindah dalam hidup adik-adik


Kenangan bersama kawan-kawan dan Abang Faiq

Thursday, February 14, 2008

SMK Datuk Ibrahim Yaakob, KL

Ini adalah kunjungan ketiga SMK DIY biarpun dahulu mereka datang sebagai SMK Jalan Ipoh. Program kali ni ialah Kepimpinan Pengawas Sekolah.

Miss u guys dan nak tanya sikit, dah hafal sifir tujuh ? :P

Bina Rakit dan belajar mengendalikan rakit

Rakit dah jauh meninggalkan daratan

Menunggu pertukaran pendayung

Jarak dekat, semua sedang bersungguh untuk menang

Rescue Boat sedang berkawal menjaga keselamatan peserta.

Danau Race, dari kampung hendak ke hutan

Baca pantun

Menunggu giliran untuk meredah Paya Selut

Bukit Tuah

Kena ambushed

Wednesday, February 13, 2008

Kolej Matrikulasi Johor

Pemulihan Akademik.

Betapa berusahanya Encik Hasan, Puan Sariah dan Encik Yazid. Setiap detik, setiap aktiviti bersama pelajar-pelajarnya. Dari Program ini - harapannya kami - pelajar kembali rajin berusaha, belajar dengan cara yang betul, dapat keputusan yang bagus dan paling penting berjaya ke Universiti.

Semoga segala usaha, airmata dan penat lelah yang kita harungi bersama, tidak adik-adik lupakan. Kami di KLD berdoa semoga adik-adik berjaya dalam final exam adik-adik. Good Luck and Take Care.

Malam Pertama di KLD

Keluarga KMJ

Night Walk untuk pemangkin keyakinan diri

Selamat Pagi putera-puteri !

Senam pagi lepas Suboh.

Pagi tu, bekalan air di Kampung Chinchin terputus, tandas BUSUK , jadi kami buat rantaian manusia untuk angkat air dari tasik, penuhkan tong air dan juga cuci tandas !

Gotong-royong, kejap jer dah siap semua kerja !

Anak-anak terunaku ! Posing dengan Cikgu mereka.

Jangan lupa janji-janji mahu rajin belajar !

Sessi kaunseling kumpulan kecil. Dengan Abang Blue dan Farah

Ni dengan Abang Faiq

Dengan Abang Iwan

Lelaki, dengan Abang Kudin

War Game

Kalah, mati dan berehat dikubur sebelum pusingan berikutnya.

Bergambar ramai di Tapak Wargame
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...