Anak-anak yang sangat disayangi !
Mereka ni best, walaupun teruk sangat dicabar :) Berakit, Danau Race, OTOS, Water Confidence dan War Game, semuanya mencabar minda dan fizikal. Tambah lagi dengan pembentangan kerja kumpulan - Projek Juta-Juta ! yang menangis ada, gaduh ada, marah kami pun ada :)
Terima Kasih kepada Tuan Haji Mastor yang tidak jemu-jemu bawa peserta ke KLD dan juga Pengetua Kolej 13, YM Dr. Tengku Azam Shah - yang sporting dan sentiasa mengambil berat 'adik-adik' Kolej 13. Juga pada Geng Kolej 13 - Encik Arif, Encik Tajul, Zul dan lain-lain.
Jumpa lagi !

Bina Rakit. Rakit ni tak menang, tapi lawa :)

Penatnya berdayung keliling tasik !

OTOS - jenuh Fasi cuba putuskan tapi tidak berjaya. Kolej 13 juga pegang rekod OTOS Kem, masih belum dipecahkan :)

Sebelum Tubing Race

Tubing Race

Danau Race bermula - cewah, boleh lenggang kangkung kamu yer !

Sempat melawat dan bertanya khabar pada Makcik yang tak sihat ni

Anyam ketupat - satu tugasan semasa Danau Race

Standing in the eyes of the world .. di Palung Lama , sedang mencari tinggalan bijih timah

Mini Canyon, tengok sarang burung tiung pasir

Entering War Zone :)

War Game

Balik dari War Game - kena denda lah nih !

Yang disayangi dan dirindui !
No comments:
Post a Comment