Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, February 28, 2005

Mengantuk :)

Mengantuk sangat nih. Saya tidur kurang 10 jam dalam masa 3 hari ni.

Menerima peserta dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (Sessi 2) dan SMK Agama Johor, Kluang. Ramai minggu ni - dengan kami semua rasanya lebih 350 orang, kot ? Tak boleh kira sebab cikgu-cikgi dan pegawai-pegawai ada yang bawa anak isteri.

Semua orang sibuk di Kem. Pak Haji punya sibuk sampai minggu ni dia tukar nama. "Jangan panggil PakHaji, panggil Uncle Robert". Tekanan sungguh ni .. Dan kami pun panggillah dia Uncle Robert, kecuali Bamz. Bamz lain, dia panggil PakHaji, 'Larling". Orang lain takleh - dia orang couple, dah declare dah .. panggil manja-manjalah gitu. Hehe

Cam boss dialah UngkuNor .. darling-darling, honey-honey .. hahahahaha (orang tua tak senonoh kita orang nih ..)

Bila mengantuk, saya agak kurang kawalan. Maaf.

+++++++++++++++++++++++++++

Lapuran Program Kolej MNS (Bamz buat report SMK Agama ye Bamz, bile ko senang nanti dan dah habis semua paper :))
Kem Komandan : PakLet, Asst. KK : Asri. Fasi : Iha, Zack, Along, Asyraf, Azlee, Azim, Aizam, Cica, Toyak, Madas, Fendie dan Ikmal.

Mengikut fax yang diterima, KMNS akan menghantar 202 orang peserta.

Perkara pertama bila menerima peserta ialah kira dulu jumlah peserta. Kira-kira, eh .. ada 199 orang sahaja. Kira lagi dan lagi. Sah. Cuma 199 orang sahaja. Yang 3 orang tu, terkantoi la ye :)

Forward to Nightwalk :)

Selalunya, saya dan Iha tolong melepaskan peserta. Minggu ni, nak bertukar angin sebab lama tak jadi hantu. Gian pulak. Jadinya PakLet dan Toyak yang melepaskan peserta. Kami yang lain, jadi hantu.

Laluan NightWalk bermula dari Kem-Jalan Tanah Merah-Tapak War Game-Mini Canyon-Jalan Lombong-Tokong Cina-Jalan Tanah Merah-Simpang Tiga-Jalan Tar-Kem LD. Berjalan tanpa ada satu punca cahaya pun. Tapi malam tu, bulan terang. Pemandangan cantik, macam Suboh hari. Cuma cuaca agak panas.

Toyak dan Cica jalan dulu. Diikuti Asyraf dan Along. Saya, Azlee, Iha dan Staff Hamzah sebagai sweeper di belakang sekali. Kami bawa juga Aizat (panggil saya, abang Ngah- mamat nih kata) yang berumur 10 tahun, anak kepada Ketua Unit KoKu KMNS, Encik Zulbahrin.

Yang lain, ikut jalan depan dan ada yang naik jeep bersama Pak Let. Kami berkumpul depan Tokong Cina. PakLet bagi briefing kat peserta dan arahan kepada kami. Tinggalkan PakLet dengan Toyak dan menuju ke port masing-masing.

Checkpoint Satu : Asyraf dan Azim
Checkpoint Dua : Along dan Kemang
Checkpoint Tiga : Staff Hamzah
Checkpoint Empat : Iha dan saya
Checkpoint Lima : Azlee dan Abang Ngah

Asri, Pakdi (fasi pinjaman dari Grup sekolah Agama), Madas, Zack, Aizam dan Fendie adalah hantu-hantu yang tiada port. Meronda seluruh kawasan.

Bila jadi hantu, perlulah ada costume. Macam-macam jenis hantu :) Ada hantu comey (Zack), ada hantu anjing (abang Ngah), ader hantu bunga (Azlee. Ader ker tengah jadi hantu sempat mengurat. Hi. Jangan takut dik, abang ni ..)Ada hantu kucing (Asri) dan macam-macam jenis hantu. Paling menyerlah kehantuannya ialah Along Bunga (bukan mat bunga, gelaran bunga belakang tu sebab bapak dia ada business nursery bunga). Along tak perlu costume, tak perlu merangkak-rangkak cam Zack - dia duduk tepi jalan jer dan peserta-peserta akan terjerit-jerit bila nampak dia. Yang paling tak menyerlah tentulah Zack (kena bagi training kat Zack ni)- merangkaklah, melompat lah. Peserta cuma cakap, "hi bang/asalamualaikum bang/adik peserta sekolah agama ye, dik ?"

Walaupun Along hebat tapi Along jadi hantu yang tertewas malam tu. Dia kena belasah dengan peserta :) Hilang machonya seorang hantu. Ganas ko, Bona :)

Peserta ada yang berani, ada yang penakut sangat. Ada yang terjerit-jerit dan ada yang mengaji. Ada yang tak boleh jalan, menangkup muka, ada yang lari bagaikan juara 100 m. Macam-macam jenis :)

Peserta ramai, bila dah pukul 2 pagi, dah letih dan bosan jadi hantu. Kami tanya peserta, ramai tak lagi kat belakang. Huh, semua budget takmo layan. Sure dah niat dalam hati, kalau ditegur, jangan jawab - "cobaan, cobaan, cobaaaaaannnnnnn ... "Hantu-hantu pun mencari Hantu Dapur, si Kemang yang bawak bekal biskut. Layan biskut sekeping dua :)

Tiba-tiba nampak ada jeep lalu. Saya beritahu Iha, "Iha, tahan PakLet .. takyah kita menapak balik". Iha pun tahan, dengan costumenya - kain gebar yang mengerbang. Saya pun mahu menuju ke jeep, mahu buka pintu dan lompat naik. Tiba-tiba ..

"Maaf je Cik Hantu .. saya rasa Cik Hantu salah keter ..." ,teguran santun memikat kalbu, mamat dalam jeep. (maaf Bamz, tidak dapat dipastikan kehenseman mamat-mamat ini)
"Ingat PakLet ...heheh ", jawab Iha yang tersipu-sipu malu dalam costume hantu.

Nasib baiklah mamat-mamat dalam kereta tu baik. Malu giler, kan Iha ? Dan hantu-hantu semua gelakkan kami.

Ala, memang takleh menulislah. Kejap Asri, kejap Lie, kejap Ikie. Esok ajelah.

Thursday, February 24, 2005

Minggu Sibuk Lagi

Tak boleh nak cerita, betapa letih, betapa sibuk minggu ni.

Hari Isnin langsung tak larat nak bukak mata. Tidur sepanjang hari :) Dengan period painnya, dengan tak cukup tidur. Malam Sabtu tidur pukul 2.30 pagi selepas balik Nitewalk. Malam Ahad pun tidur 2.30 pagi selepas check peserta dengan Azlee.

Fasi-fasi pun begitu agaknya - yang student KUTKM dengan report Sarjana Muda. Iha di MMU dengan Midterm Exam. Kesian Iha, tengah exam pun datang bertugas sebab tak cukup fasi.

Staffs di Kem (Geger, Kemang dan Toyak) - mana nak sapu tapak, nak kemas dewan-dewan, nak cuci bedsheet, nak pam air .. melambak-lambak kerja. Nasiblah di sini - yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Semua orang - di dapur, fasi, bahkan Tuan Tanah pun bekerjasama. Falsafah kami - kalau hati suka, kerja jadi tidak penat. Penat-penat pun masih gelak-gelak.

Minggu lepas, Tompel jadi hiburan. Dia bawa gelfren tapi beritahu bukan gelfren, kawan sahaja. Apa lagi semua dok mengusik Yani yang lawa dan sweet. Azlee, si-mat bunga yang bukan main lagi. Last-last, keluar jugak angin si-Tompel " ringan jek aku nampak pokok gelam ni ..." kata Tompel semasa Azlee usik Yani dalam perjalanan nak berperang. Hehe..

Pun ada Kucai, tak habis-habis mengusik semua orang.

Di ajarnya semua peserta 'Tepuk PakLet Hensem'.
'Tepuk, tepuk' (tepuk tangan, bukan sebut tepuk)
Peewwitt (sambil tangan bengkok ke kanan)
Tepuk, tepuk
Peewwitt sambil tangan bengkok ke kiri)
Nak sign ... (Peserta kena minta tandatangan Kem Komandan dan Fasi)

Mentang-mentanglah tangan buah hati kekasih saya tu tak lurus, habis semua budak diajarnya membengkokkan tangan. Biarlah bengkok macam tu Cai - dialah dihati !

Begitulah. Tetamu datang, tetamu pergi. Macam-macam jenis peserta. Dan kami telah faham bagaimana nak melayan semua jenis peserta.

Kalau budak kecil (tadika dan sekolah rendah - jangan buat aktiviti insan tersayang. Karang habis semua melalak nak Mak. Menangis ni penyakit berjangkit pulak tu, seorang mula ramailah yang berjangkit. Bayangkan kalau 50-70 orang menangis. Dengan kami-kami pun menangis sama karang sebab tak terpujuk.

Kalau grup pakcik-pakcik, JANGAN sesekali buat karaoke. Habislah kena dengar lagu P. Ramlee sampai ke pagi. Confirm. Juga jangan start aktiviti yang berjoget-joget. Mamposlah dia takmo tido sampai pagi. Grup macam ni kena panggil Pak Imam, pukul 10 pakcik-pakcik dah mengantuk. Leh la sama-sama tido. Hehe ..

Pelajar bermasalah, motivasi, study skill, kem rekreasi ... itulah tetamu kami setiap minggu

Apapun seronok. Tiap-tiap minggu belajar benda baru.

++++++++++++++++++++++++

Minggu ni ada 2 lagi Grup besar - Kolej MNS dan SMK Agama Kluang. Dengan pegawai-pegawai dan kami semua, ada 350 orang di Kem. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tiada masalah, tiada kemalangan, tiada kecederaan. InsyaAllah.

Minggu ni di Kem

Kumpulan Satu
PakLet (Kem Komandan), Asri (training Asst Kem Komandan), Iha, Azlee, Asyraf, Madas, Cica, Toyak, Zack dan Fendie

Kumpulan Dua
PakMan (Kem Komandan), Ruddy(Asst Kem Komandan), Bamz, Azfar, Azim, pG, Pakdi

Dapur
Pak Haji, Geger, Raup, Sham, Kemang

++++++++++++++++++++++++

Sekarang ni fasi-fasi semua sibuk nak berblog. Inilah nak promote lagi.

Aini : Budak Tembam Sez

Asri : From TZM to Scoot

Azlee : Bukan Cinta Biasa

Dino : Back To Start

Fendie : Pandangan Hidup

Kucai : Kucai Hensem

PG : Hanya Tuhan Yang Tahu
    Biar semua glamer. Dalam name card, boleh lah letak. Zack, ko takmo bukak balik blog ko ker ? Karang kena tuduh buta IT kang Zack ..

    Wednesday, February 23, 2005

    Kolej Matrikulasi NS 2 .. sambungannya

    Baca blog kroni KLD di Links Fasi
    ++++++++++++++++

    seperti dijanjikan, ini dia pantun-pantun anda semua :)

    Kumpulan Yap Ah Loy :

    Pokok senduduk pokok mengkudu
    Guna senduk kacau budu
    Kami duduk menuntut ilmu
    Lambaian Danau tempat dituju

    Pokok mengkudu dibuat ubat
    Pokok senduduk sakiti kaki
    Yap Ah Loy memanglah kuat
    Gunung tinggi sanggup didaki

    Kumpulan Tun Sri Lanang :

    Pokok senduduk pokok mengkudu
    Indah dipetik tika dinihari
    Jikalau gagal jangan terkedu
    Boleh cuba di lain hari

    Kumpulan Tun Perak

    Pokok senduduk berlalih seni
    Tepian mengkudu cengkamnya rebah
    Tun Perak tampil terkini
    Maju ke depan yakin dan tabah

    Kumpulan Mat Kilau
    Mengkudu hijau tumbuh tinggi
    Renek senduduk tumbuh melata
    Indahnya Kem Lambaian Danau ini
    Kenangan kami simpan bagaikan permata

    Kumpulan Burhanuddin Helmi

    Jalan-jalan tengok pokok senduduk
    Sambil tengok pokok mengkudu
    Dalam lumpur kami kena duduk
    Di Lambaian Danau menuntut ilmu


    Kumpulan Onn Jaafar (fasi panggil kumpulan ni kumpulan Onn Jay .. bukan J.Onn) :

    Pokok senduduk pokok mengkudu
    Mari kita duduk dahulu

    Kumpulan Tun Sambanthan

    Pokok senduduk tumbuh melata
    Merimbun disini pokok mengkudu
    Meronda nitrophilia nama saintifiknya
    Jangan terperanjat, kami pun tahu

    Kumpulan Bahaman punya .. yang upsere nebete tuh !

    ++++++++++++++++++++++++

    Pergi jungle trekking bukan setakat berjalan-jalan tengok pemandangan sahaja. Kena menjawab banyak soalan. Tetapi, memang lawak sungguh jawapan-jawapan yang adik-adik Kolej MNS. Berair-air mata PakLet masa membaca sampai Yani kena pergi ambilkan tissue. Kami pun tak kering gusi gelak sama.

    Balik dari jungle trekking, makan tengahari dan solat Zohor.

    Selepas pukul 2.00 petang, masa untuk membina rakit dan Rakit Race bermula.

    Tun Perak yang handal menjadi juara :)

    ++++++++++++++++++++++++

    Malam Persembahan. Ada persembahan yang okay ada yang tidak. Paling kami suka kumpulan yang nyanyi lagu 'Semangat Yang Hilang'. Lagu fav. GengKem tu. Kami pun menyanyi sama-sama. Habis persembahan, supper.

    Suruh tidur, tak nak tidur. Entah apa yang nak dibuat lagi memalam begini. Akhirnya, pukul 2.30 pagi Azlee dan saya offkan lampu. Baru senyap :)

    +++++++++++++++++++++++

    Hari Ketiga, Ahad

    War Game. Perang telur dalam lumpur. Macam-macam style.

    Kumpulan Merah, kalah setiap game. Asyik-asyik Jenderal dia terbunuh. Camner leh jadi begitu wahai budak milo ?

    Habis penat berperang, nak menyejukkan badan sebelum mandi. Menyanyi-nyanyi dulu. Lepas tu, laporpo watakungsi ... landing time. Lepas seorang. seorang terjun ke tasik, membersihkan badan.

    ++++++++++++++++++++++

    Masa untuk berpisah. We really had a good time with u guys :)

    Ni pantun Pak Let masa ucapan di majlis penutup :

    Toyak, Asri, Along dan Cicah
    3 hari bertentang mata
    Berlumpur sudah, berendam sudah
    Penat sungguh tidak terkata

    Panas mentari bagaikan disalai
    Mandi dijeti beralas papan
    Ilmu dan pengalaman tidak ternilai
    Menjadi penduan di masa hadapan

    Penat mengikat si-buluh panjang
    Asyik-asyik terputus tali
    Jika ada umur yang panjang
    Boleh kita berjumpa lagi

    Terima kasih Kolej MNS, pegawai-pegawai yang best-best .. jumpa lagi minggu ni :)

    +++++++++++++++++++++++

    Angin tasik bertiupan segar .. hinggakan tidak perlu pasang kipas dalam pejabat. Terujanya untuk melepak di bawah pokok nenasi tu, berbuai dalam hammock. Apakan daya .. kerja banyak sedang menunggu ... Masih mode busy giler .. iyer bamz, handphone masih belum dicharge pun .. hahahha. Hanya melawat blog kroni sahaja. Mode rindu kat UngkuNor .. Aqilah, Anis, Sarah, Memel, Arif ... Affif dan Bina .. kat couple-couple bahagia mak-bapak budak2 ni jugak :)

    Sunday, February 20, 2005

    Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

    Penatnya. Tapi kugagahkan jua diri ini bekerja !

    Kolej MNS masuk hari pada hari Jumaat 18/2 dan keluar hari ni 20/2. Selain mereka ada 2 lagi grup di Kem - Maktab Perguruan Ilmu Khas dan MMU Cyberjaya.

    Ramai di Kem dan kami sungguh sibuk.

    Jumaat

    Pukul 4 petang, 5 buah bas tiba dari Kuala Pilah. Turun 194 orang pelajar dengan muka risau-takut-suspense-blur. Hehe.

    Upacara penyerahan peserta. Mereka adalah tanggungjawab Kem sehingga hari Ahad nanti.

    Did the usual thingy - taklimat program, undang-undang Kem, the do's and dun's, body check, bag check, rampas-merampas ..... PakLet memperkenalkan kami semua.

    Habis semua, solat Asar dan pasang khemah. Siap pasang khemah terus makan malam. Makan malam di Kem awal, pukul 6.30 petang. Malam ni, untuk kuliyah Maghrib, kuliyahnya diberi oleh Imam Haris. Habis kuliyah sudah masuk waktu Isya', terus sahaja solat Isya'.

    Pukul 9.30 malam, acara 'ice breaking'. Berkenal-kenalan antara satu sama lain. Buat cheers, moto kumpulan dll. Main game. Nyanyi-nyanyi.

    Supper.

    Mula nite walk pukul 12.00 malam. Dari Kem ke Tapak War Game, kawasan pokok senduduk, mini Canyon, Tokong Cina, Jalan Tanah Merah, Simpang Tiga dan balik semula ke Kem. Terjerit-jeritlah peserta bila hantu-hantu menjalankan tugas.

    Sesungguhnya fasi-fasi KLD amat bagus bila menjalankan tugas. Di air boleh, di hutan boleh, di gunung boleh, masak boleh, menyanyi boleh - jadik hantu tentulah amat boleh :) Jangankan peserta - saya, Iha dan Yani pun disergah juga.

    Oh, ada cerita yg lari topik sikit ni. Suatu malam, ada trak polis lalu. Disangka Kucai yang semasa tu bertugas sebagai hantu - PakLetnya lalu (kat Kem, Geng Ayam Serama Kucai dan Zack sahaja yg berani mengusik PakLet, yang lain cukup ajar :))). Kucai sergahlah driver trak tu - terperanjatlah polis yang memandu. Sudahlah polis tu bawa mayat seorang lelaki Cina yang meninggal (bunuh diri ker kena bunuh tah?) Kesian sungguh mamat polis tu dan lebih kesian pada PakLet yang kena tahan malu berjumpa OCS Chinchin. Cerita lanjut, kena tanya Kucai ...

    Back to Kolej MNS. Pukul 2.30 pagi baru habis nite walk. Tido.

    Sabtu

    Pagi ni kami pergi jungle trekking. Jungle trekking bermula pukul 7.30 pagi. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. PakLet lepaskan mereka setiap 12 minit. Hari ni trekking bawa breakfast sekali yg telah dipack oleh PakHaji dan GengDapur. Dan breakfast 'at where u r at 8.30 am'. Tepat jam 8.30 pagi semua orang sekali bersarapan. Ada yang tepi sungai, dalam hutan, di mini canyon, atas bukit dan di antara 2 tasik. Seronok berkelah begitu dan tengok kawan-kawan semua makan sekali.

    Kumpulan Satu dan Dua bersama Asri dan Pakdi. Memang kebiasaannya Asri akan jalan dulu bila pergi trekking. Abang Askar, dia tahulah apa nak buat jika berlaku hal-hal yang tidak patut semasa di perjalanan.

    pG dan Asyraf pula. Yang berdua ni pun okay. Menjadi backup kepada Asri dan Pakdi. Kumpulan 3 - Kucai, Tompel Fikry dan Yani. Empat - Iha, Along Yusof dan Azlee. Kumpulan terakhir Ustaz Zul dan Toyak. Mereka bertindak sebagai sweeper. Yang di Check Point penting, saya dan PakLet. Tetapi kali ni kami ditemani oleh dua orang pegawai Kolej MNS - Encik Syah dan Encik (? ayo, lupe ah, nama encik ni ).

    Semasa berjalan, kena juga menjawab soalan.

    Ada satu soalan berbunyi begini :

    Buat pantun dengan pembayangnya pokok senduduk dan pokok mengkudu. Sebelum itu pastikan mana pokok senduduk dan mana pokok mengkudu. Apakah nama saintifik pokok mengkudu ?

    Jawapan paling best kami terima :

    Anak Cina naik perahu
    Pergi berlatih seni karate
    Kalau saudara ingin tahu
    Namanya Upsere Nebete (inilah nama saintifik pokok mengkudu).

    MasyaAllah penpandai jer korang !

    Rupa-rupanya mereka tanya fasi mereka, Kucai. Terjemahan perkataan Upsere Nebete ni ialah 'suka hati mak lu'. Jangan pergi tengok mana-mana kamus. Ni perkataan ciptaan budak-budak ni. Masa tu Kucai terjawab begitu dan merekapun terus tulis.

    Sebelum balik tadi, Pakdi dan Asri dah jawab dan betulkan jawapan. PakLet dan bacakan kepada peserta.

    Ayam berkokok itik menyudu
    Boleh disembelih buat sate
    Morinda Citrfolia nama mengkudu
    Pembetulan dari Upsere Nebete.

    Ingat ye adik !

    Esok sambung ....

    Thursday, February 17, 2005

    Dun Play-play

    Setelah puas seronok berbasahan bersama Gegar Geju, masa untuk serius bekerja semula.

    Memungut benda tinggal dan menghantar semula kepada tuannya :) Senang hati bila dah tahu harta benda kepunyaan Cik Memel Spyz telah sampai ketangannya.
    Encik TokRimau, beg tripod anda dan duit iklan GT akan dikirimkan kepada Tok melalui Fikry, pelajar Sains Islam (fasi KLD) bila dia kembali ke UTM Isnin nanti.

    Dan juga CikNana ada booked tarikh untuk Projek Basah 2.0

    ++++++++++++++++++++

    Hujung minggu ni kami ada 3 grup - Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan MMU, Cyberjaya.

    Saya telah menyiapkan schedule untuk fasi-fasi. Bila ramai begini, seminit pun tidak boleh lalai. Kena cekap mengurus makan minum dan aktiviti peserta. Kena ikut jadual masa yang PakLet telah sediakan. Saya bersyukur PakHaji dah sampai dari Mekah pada hari Selasa. Rasa nak lompat-lompat suka ! Nasiblah dia dah balik. Kalau tidak entah macam manalah saya nak bersilat memasak untuk lebih 300 orang !

    Ramai fasi bertugas minggu ni. KUTKM - Asri, Azlee, Fendie, Pakdi dan pG. Dari JB - Asyraf dan Fikry. Orang kampung Chinchin - Geger, Kemang, Toyak, Cicadinho dan Muafa. Anak dan anak saudara saya - Iwan dan Azfar. MMU - Iha seorang sahaja sebab fasi-fasi MMU sedang belajar untuk Midterm exam. Ruddy, Jejawa Pujaan (jejaka jawa pujaan) pun tengah busy dengan projek tahun akhirnya - litar yang dibuatnya masih belum menyala ! Minggu depan semua kena bekerja lagi termasuk Zack dan Tembam. Next week pesertanya lebih ramai dari minggu ini.

    PakMan akan jadi Kem Komandan untuk MMU, Cyberjaya. Toyak jaga MPIK dan Pak Let Kem Komandan untuk Kolej Matrikulasi. Jurulatih Kanan - Cikgu Zul. Imam ialah Imam Haris dari Masjid Chinchin.

    +++++++++++++++++++

    Pagi ni pergi mencari barang dengan Azfar. Bawa bone-shaker. Bone shaker tu kecil, manalah muat barang-barang banyak. Sudahnya, tengahari kena pergi lagi. Kena ambil frozen foods yang diorder dekat Cold Storage Hinly. Rindukan Tembam dan Iha, ajak dia orang pergi sekali. Iha ada kelas, Bamz saja yang ikut.

    Bamz tak pernah lagi ke Kampung Pantai. Sempatlah menjadi tourist guide kepada Bamz. Heboh dia, " hey, old skoolsnyer !". Orang Melaka, mesti tahu Kampung Pantai dan Kampung Jawa tempat barang-barang murah. Saya perlu beli 24 gulung tali rafia qualiti terbaik ( sorry ah spyz .. bas.. tok .. aritu pakai tali chekai punya !) Kalau beli di Jasin, harganya RM 8.60 segulung, tapi di Kampung Pantai cuma RM 7.00

    Tunjuk Bamz kedai jual bedsheet dan bantal segala mak-nenek yang murah. Tunjuk dia juga kedai jual bakul sia. (bakul merah bertingkat-tingkat berlukis sekelilingnya) Kalau beli di tempat pelancung, mahal. Kat situ, paling murah tau, Bamz.

    Yang paling saya suka bedsheet bersulam style lama-lama yang mereka import dari Negeri China. Halus sungguh kerjatangannya. Sekarang susah nak cari di kedai biasa. Bila ada duit lebih, saya beli buat koleksi. Mungkin sayalah tukang menghabiskan set mereka. Orang sekarang semua nak linens dari Aussino.Saya orang kampung yang bertaste kampung :) Tapi beli barulah Basri - dia orang tak de jual bundle benda ni.

    +++++++++++++++++++

    Semasa saya menaip ni, Geger dan Kemang sedang melayan MPIK. Mereka sampai dulu. Pesertanya tak ramai, 50 orang. Perempuan 40 orang, lelaki 10 orang. Toyak dan Azfar sedang pam boya. Cica check enjin Bot Bayu Tasik. Sham G kopek bawang. PakLet jaga enjin pam air di Tapak WarGame. Air di kawasan peperangan tu kering, terpaksa kami pam air dari tasik sebelah tapak tu.

    Sekejap lagi nak balik, rindu kat anak-anak.

    +++++++++++++++++++

    Saya ada baby. Hadi Iqmal yang sangat disayangi ! hehe.. he's not mine :) My new nephew. Anak Ida dan Li.

    ++++++++++++++++++

    Sedikit pasal Projek Basah

    Paling cute, aktiviti suami-isteri kena ikat tali tu. Sila mengaku sapa punya dialog ni :

    "Masuk bawah I"

    Ishhh .. tak tergamaklah nak menulis :) Hehe. Tapi cute sangat tengok Tin, Shila dan Lin lalu celah 'toot', bawah 'toot' ... hehe .. okay, okay tak citer kat dia orang. :)

    Sunday, February 13, 2005

    Affif pergi Trekking

    Projek Basah 1.5. Saya lebih suka panggil Kem Keluarga Lasak.

    TokRimau, Tin, Tipah, Sarah dan Sabrina
    Spyz, Shila, Memel, Ariff dan Affif
    UngkuNor, Amir, Arif, Anis dan Azib
    Basri, Lin dan Aqilah




    Campingsite di malam hari


    Boleh dikatakan ini adalah Kem Keluarga yang paling seronok pernah kami kendalikan. Semua orang, termasuklah baby Affif dan Aqilah yang belum reti bercakap tu, dengan sportingnya join semua aktiviti. Affif dan Aqilah pergi trekking, bebs !



    Azib yang comel


    Aktiviti kami dihari pertama.
    Mereka sampai selepas pukul 12.30, kecuali UngkuNor yang sampai sebelah petang. Makan tengahari dulu. Anak-anak kecil semua sudah tidak sabar. Lepas sahaja makan semua dah bersedia dengan BA, float dan goggle masing-masing.

    Lepas solat Zohor dan Jama' Asar, buat rakit dulu. Ada 2 kumpulan. Kumpulan PakLet : Basri, Lin, Geger, Asri, Pakdi, Spyz, Sarah dan Arif. Kumpulan Toyak : TokRimau, Azlee, Fendie, Tipah, Tin, Sabrina dan Kemang. Shila, Aqilah dan Affif naik Bot Bayu Tasik.

    Sebelum berakit, 'water confidence' dulu. Rasanya ini adalah acara yang paling budak-budak kecik tu suka. Memang dah terlebih-lebih confidencenya :)

    Berakit. Lepas tu, berendam lagi.

    Malam, lepas Maghrib -sessi berpoya-poya. Kami main game.

    Lepas tu, aktiviti berurut pula. Tok, Spyz, Basri, Fendie, Azlee dan Pakdi kena urut. Hilang macho masing-masing. Terjerit tertolong sampai satu Kampung Chinchin dengar (seronoknya menambah-nambah ..)

    Dah ringan badan masing-masing, kami bersembang-sembang pula. Azlee dan Asri diperkenalkan kepada Presiden GeJu. Mereka dah ada blog. Macam-macam kami sembang sehingga tak sedar dah pukul 4 pagi. Seronok gelak-gelak dan usik mengusik. Pukul 4 pagi. Saya, UngkuNor, Tin, Basri dan Azlee surrender. Ingatkan semua orang masuk ke kabin tidur.

    Saya bangun prepare breakfast pukul 6.45 pagi. Tengok Tok dan Fendie masih bersembang ? berdebat ? berbahas ? Tak tidur mereka berdua. Spyz tukang teman. Huh !



    Asri : dua puluh enam
    PakLet: botol
    Asri:botol
    Paklet:botol
    Asri:botol
    ..


    apakebende yang kami buat ni .. ?

    Hari Kedua
    Berendam dulu. Lepas tu berkayak. Berendam lagi. Makan. Tidur. Semua orang tidur sehingga Kem sunyi sepi. Lagipun kami semua seronok menikmati tiupan angin. Keluarga Basri lepak di port kesukaan mereka - dalam hammock bawah pokok Nenasi. Sorang, satu hammock.


    Basri berposing sakan bersama anak dan menantu. heheh


    Lepas Asar baru beraktiviti semula. Pergi berbasikal. Ibu-ibu dan bapa-bapa naik basikal. Anak-anak kecuali Amir dan Arif, naik jeep dengan datuk dan nenek saya dan PakLet. Risau juga tengok mereka menjerit-jerit bila PakLet drive off road dan jalan tidak rata. Ingatkan takut, rupanya suka. Huh, lasak sungguh budak-budak ni. UngkuNor yang tak reti berbasikal naik motor dengan Toyak. Jangan risau Kamarul, walaupun mereka masuk semak tapi Arif ada jadi bodyguard Ibunya. Kucai, Kemang dan Geger ikut sama.



    Berbasikal ke Mini Canyon dan Tasik Biru


    Jauh berbasikal. Kem-Tasik Biru-Route Trekking 3-Antara 2 Tasik-Bukit Batu-Mini Canyon-Bukit Pasir-Mini Canyon-Route Night Walk Remaja Lasak-Tapak War Game-Jalan Tanah Merah-Kem.

    Memang jauh. Balik, minum-minum. Berendam (lagi)

    Malam kami ada BBQ dinner. PakBear (orang Jasin) datang. Cica pun ada tolong bakar ikan. Tin ada buat pudding untuk kami semua. Sedap pudding Tin yang sejuk. Kejap jer, licin !

    Lepas tu, semua ke opis. Kami tengok video yang TokRimau buat. Best, tapi takmo citer sini. Tunggulah dari Tok.


    UngkuNor ambil gambar Tok ambil gambar


    Malam kedua, semua sudah insaf. Habis tengok wayang, semua masuk tidur :)

    Hari Ketiga
    Mulanya bercadang mahu main layang-layang. Tapi kanak-kanak guna kuasa veto mereka - NAK MANDI TASIK !!!! Berendam lagi. Semua seronok main lompat jauh - lari dari jeti dan terjun ke tasik.

    Saya tulis ringkas-ringkas sahaja ni - untuk lebih lanjut, bolehlah periksa blog sahabat-sahabat saya ni.

    Mata takbley mo bukak lagi. Gud night :)

    Saturday, February 12, 2005

    Kem Keluarga Lasak

    Hm ... Projek Basah sudah jadi Kem Keluarga Lasak.

    Esok-esoklah menulis tentang cerita di Danau. Ada gambar dan biarlah gambar-gambar yang menceritakan .

    Ucapan terima kasih sepenuh kasih sayang kami kepada :

    TokRimau, Tin, Tipah, Sarah dan Sabrina (Bina takmo balik !)
    Spyz, Shila, Memel (iye Bamz- dia bertambal comel, rambut ala-ala Lady Di), Ariff dan Affif(pemegang rekod peserta paling muda pernah bercamping)
    UngkuNor, Amir, Ariff, Anis dan Azib
    Basri, Lin dan Aqilah

    Anda semua bukan sahaja sahabat GengJurnal kami tetapi telah menjadi keluarga KLD.

    Banyak perlu dicerita - Rimau Bikin Filem, Rumah Urut, Model Rela yang Macho ... macam-macam. Punyalah seronok sampai tak tidur hingga kepagi.

    p.s. Anak-anak bujang akak kirim salam pada Tipah. Jangan marah ye Tok :)

    Gambar-gambar oleh TokR dan UngkuNor. Akak curik. Sapa suruh simpan dalam PC kita !


    Bon Jovi bikin rakit



    Comel-comel yang suka berendam



    Azlee, posing atas rakit(Sila ambil gambar ni utk dipost di blog anda)



    Friday, February 04, 2005

    Dello Sudah di Meja dan Projek Basah 1.5




    Seminggu tidak dapat menjenguk blog ! Dello, si-komputer Dell tiba-tiba meletup, dan tidak boleh diguna. Setelah puas berbodoh-bodohan mendengar dan bercakap dengan computer, akhirnya berjaya berhubung dengan manusia di Syarikat Dell di Penang tu. Cepat jugak mereka repair dan selepas 4 hari (working days - dia ambik dipertengahan minggu) Dello sudah kembali bertengek di meja saya, didepan tingkap menghadap tasik ..

    Check dulu email. Dino mintak sebutharga. Dino : tolong telefon, boleh ? Kalau tidak boleh guna telefon, tolong beritahu akak ye :) Dino tak boleh guna telefon bukan sebab telefon tiada credit, tapi sebab doc dia tak bagi.

    Checked guestbook. Attokz, akak dah 2 kali telefon awak tapi awak tak angkat :) Awak jer yang telefon bila awak free, ye ?

    +++++++++++++++++++++++++



    Mau berbasah-basah lagi ?

    Projek Spyz ni. Ingin datang bersama kawan-kawan. Kalau datang sekarang memang cuaca tengah elok. Angin bertiup kencang. Air tasik bersih (bukan musim lumut mati). Memang seronok.

    Dah tengok program yang dirancang oleh Tok Rimau. Boleh juga tambah satu dua aktiviti lagi. Tak mahu berakit ? Jomlah, Tok. Berakit lah best. Adventure gitu. Juga aktiviti main layang-layang. Ramai yang bawa anak-anak, kan ? Bagi mereka
    peluang buat layang-layang. Barang-barang nak buat layang-layang boleh beli di Kedai Aherq. Tali, kertas mahjong dan gam.

    Kalau malas buat, beli yang dah siap 30 sen jer sebuah. Tapi tak thrilllah :)

    Kalau tidak mahu beraktiviti pun boleh relax-relax tepi tasik, baring-baring berbuai atas hammock. Bawa buku. Boleh baca-baca kalau tak lelap :)

    Apa anda perlu bawa :

    1. Keperluan ibadah anda
    2. Pakaian sukan - t-shirt, seluar track dan kasut sukan. Bawa yang lama, ye.
    3. Pakaian untuk tidur. Walaupun sekarang musim panas, di sini tetap sejuk bila malam. Maklumlah, Kem ni dikelilingi air. Jadi bawa seluar panjang, baju lengan panjang dan setokin lebih untuk guna bila tidur. Anda akan tidur dalam khemah kecuali yang ada anak kecil. Ada 5 kabin dan bilik-bilik ni untuk yang berbaby kecil. Bapa-bapa tidur dalam khemah.
    4. Tutup kepala - topi, cap, key .. gudmorning towel pun boleh
    5. Selipar Jepun dan pakaian mandi.
    6. Towel dan toiletries

    Bagaimana ke Kem Lambaian Danau

    1. Jika anda dari lebuhraya PLUS.
    2. Exit di Tol Tangkak
    3. Belok ke kanan ke bandar Tangkak dan pandu terus hingga anda berjumpa traffic light (1.5 km lebih kurang). Traffic light ni betul-betul depan Balai Polis Tangkak.
    4. Belok ke kiri.
    5. Pandu terus hingga ke sempadan Johor-Melaka. (traffic light ke sempadan - lebih kurang 5 km). Ada papantanda besar Selamat Datang ke Melaka.
    6. Jumpa simpang tiga. Belok ke kiri
    7. Pandu terus hingga berjumpa Balai Polis Chinchin (lebih kurang 1.5 km)
    8. Ada papantanda KLD lebih kurang 100 meter dari Balai Polis Chinchin.
    9. Ikut papantanda (jalan naik bukit, belakang SK Chinchin)
    10. Pandu terus hingga ke KLD (1.3 km)

    Jumpa di Kem.

    Oleh sebab tarikh tu memang tiada booking, berapa ramai pun geng yang datang, kita on jer projek, ye spyz ?



    +++++++++++++++++++++++

    Gambar-gambar credit to pG. Thanks, pG !
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...