Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, February 20, 2005

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Penatnya. Tapi kugagahkan jua diri ini bekerja !

Kolej MNS masuk hari pada hari Jumaat 18/2 dan keluar hari ni 20/2. Selain mereka ada 2 lagi grup di Kem - Maktab Perguruan Ilmu Khas dan MMU Cyberjaya.

Ramai di Kem dan kami sungguh sibuk.

Jumaat

Pukul 4 petang, 5 buah bas tiba dari Kuala Pilah. Turun 194 orang pelajar dengan muka risau-takut-suspense-blur. Hehe.

Upacara penyerahan peserta. Mereka adalah tanggungjawab Kem sehingga hari Ahad nanti.

Did the usual thingy - taklimat program, undang-undang Kem, the do's and dun's, body check, bag check, rampas-merampas ..... PakLet memperkenalkan kami semua.

Habis semua, solat Asar dan pasang khemah. Siap pasang khemah terus makan malam. Makan malam di Kem awal, pukul 6.30 petang. Malam ni, untuk kuliyah Maghrib, kuliyahnya diberi oleh Imam Haris. Habis kuliyah sudah masuk waktu Isya', terus sahaja solat Isya'.

Pukul 9.30 malam, acara 'ice breaking'. Berkenal-kenalan antara satu sama lain. Buat cheers, moto kumpulan dll. Main game. Nyanyi-nyanyi.

Supper.

Mula nite walk pukul 12.00 malam. Dari Kem ke Tapak War Game, kawasan pokok senduduk, mini Canyon, Tokong Cina, Jalan Tanah Merah, Simpang Tiga dan balik semula ke Kem. Terjerit-jeritlah peserta bila hantu-hantu menjalankan tugas.

Sesungguhnya fasi-fasi KLD amat bagus bila menjalankan tugas. Di air boleh, di hutan boleh, di gunung boleh, masak boleh, menyanyi boleh - jadik hantu tentulah amat boleh :) Jangankan peserta - saya, Iha dan Yani pun disergah juga.

Oh, ada cerita yg lari topik sikit ni. Suatu malam, ada trak polis lalu. Disangka Kucai yang semasa tu bertugas sebagai hantu - PakLetnya lalu (kat Kem, Geng Ayam Serama Kucai dan Zack sahaja yg berani mengusik PakLet, yang lain cukup ajar :))). Kucai sergahlah driver trak tu - terperanjatlah polis yang memandu. Sudahlah polis tu bawa mayat seorang lelaki Cina yang meninggal (bunuh diri ker kena bunuh tah?) Kesian sungguh mamat polis tu dan lebih kesian pada PakLet yang kena tahan malu berjumpa OCS Chinchin. Cerita lanjut, kena tanya Kucai ...

Back to Kolej MNS. Pukul 2.30 pagi baru habis nite walk. Tido.

Sabtu

Pagi ni kami pergi jungle trekking. Jungle trekking bermula pukul 7.30 pagi. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. PakLet lepaskan mereka setiap 12 minit. Hari ni trekking bawa breakfast sekali yg telah dipack oleh PakHaji dan GengDapur. Dan breakfast 'at where u r at 8.30 am'. Tepat jam 8.30 pagi semua orang sekali bersarapan. Ada yang tepi sungai, dalam hutan, di mini canyon, atas bukit dan di antara 2 tasik. Seronok berkelah begitu dan tengok kawan-kawan semua makan sekali.

Kumpulan Satu dan Dua bersama Asri dan Pakdi. Memang kebiasaannya Asri akan jalan dulu bila pergi trekking. Abang Askar, dia tahulah apa nak buat jika berlaku hal-hal yang tidak patut semasa di perjalanan.

pG dan Asyraf pula. Yang berdua ni pun okay. Menjadi backup kepada Asri dan Pakdi. Kumpulan 3 - Kucai, Tompel Fikry dan Yani. Empat - Iha, Along Yusof dan Azlee. Kumpulan terakhir Ustaz Zul dan Toyak. Mereka bertindak sebagai sweeper. Yang di Check Point penting, saya dan PakLet. Tetapi kali ni kami ditemani oleh dua orang pegawai Kolej MNS - Encik Syah dan Encik (? ayo, lupe ah, nama encik ni ).

Semasa berjalan, kena juga menjawab soalan.

Ada satu soalan berbunyi begini :

Buat pantun dengan pembayangnya pokok senduduk dan pokok mengkudu. Sebelum itu pastikan mana pokok senduduk dan mana pokok mengkudu. Apakah nama saintifik pokok mengkudu ?

Jawapan paling best kami terima :

Anak Cina naik perahu
Pergi berlatih seni karate
Kalau saudara ingin tahu
Namanya Upsere Nebete (inilah nama saintifik pokok mengkudu).

MasyaAllah penpandai jer korang !

Rupa-rupanya mereka tanya fasi mereka, Kucai. Terjemahan perkataan Upsere Nebete ni ialah 'suka hati mak lu'. Jangan pergi tengok mana-mana kamus. Ni perkataan ciptaan budak-budak ni. Masa tu Kucai terjawab begitu dan merekapun terus tulis.

Sebelum balik tadi, Pakdi dan Asri dah jawab dan betulkan jawapan. PakLet dan bacakan kepada peserta.

Ayam berkokok itik menyudu
Boleh disembelih buat sate
Morinda Citrfolia nama mengkudu
Pembetulan dari Upsere Nebete.

Ingat ye adik !

Esok sambung ....

2 comments:

Zareda Norman said...

kak gee, bleh tinggalkan no HP kak gee pada yahoo msg zar. May be kalau ada mase zar drop by kat KLD pada 3/3 sebab zar ada seminar kat melaka

Tok Rimau said...

Pokok cecendolis cincauisma dari keluarga mamakteho.

Tok tergolak besar baca cerita hantu dgn polis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...