Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, February 13, 2005

Affif pergi Trekking

Projek Basah 1.5. Saya lebih suka panggil Kem Keluarga Lasak.

TokRimau, Tin, Tipah, Sarah dan Sabrina
Spyz, Shila, Memel, Ariff dan Affif
UngkuNor, Amir, Arif, Anis dan Azib
Basri, Lin dan Aqilah




Campingsite di malam hari


Boleh dikatakan ini adalah Kem Keluarga yang paling seronok pernah kami kendalikan. Semua orang, termasuklah baby Affif dan Aqilah yang belum reti bercakap tu, dengan sportingnya join semua aktiviti. Affif dan Aqilah pergi trekking, bebs !



Azib yang comel


Aktiviti kami dihari pertama.
Mereka sampai selepas pukul 12.30, kecuali UngkuNor yang sampai sebelah petang. Makan tengahari dulu. Anak-anak kecil semua sudah tidak sabar. Lepas sahaja makan semua dah bersedia dengan BA, float dan goggle masing-masing.

Lepas solat Zohor dan Jama' Asar, buat rakit dulu. Ada 2 kumpulan. Kumpulan PakLet : Basri, Lin, Geger, Asri, Pakdi, Spyz, Sarah dan Arif. Kumpulan Toyak : TokRimau, Azlee, Fendie, Tipah, Tin, Sabrina dan Kemang. Shila, Aqilah dan Affif naik Bot Bayu Tasik.

Sebelum berakit, 'water confidence' dulu. Rasanya ini adalah acara yang paling budak-budak kecik tu suka. Memang dah terlebih-lebih confidencenya :)

Berakit. Lepas tu, berendam lagi.

Malam, lepas Maghrib -sessi berpoya-poya. Kami main game.

Lepas tu, aktiviti berurut pula. Tok, Spyz, Basri, Fendie, Azlee dan Pakdi kena urut. Hilang macho masing-masing. Terjerit tertolong sampai satu Kampung Chinchin dengar (seronoknya menambah-nambah ..)

Dah ringan badan masing-masing, kami bersembang-sembang pula. Azlee dan Asri diperkenalkan kepada Presiden GeJu. Mereka dah ada blog. Macam-macam kami sembang sehingga tak sedar dah pukul 4 pagi. Seronok gelak-gelak dan usik mengusik. Pukul 4 pagi. Saya, UngkuNor, Tin, Basri dan Azlee surrender. Ingatkan semua orang masuk ke kabin tidur.

Saya bangun prepare breakfast pukul 6.45 pagi. Tengok Tok dan Fendie masih bersembang ? berdebat ? berbahas ? Tak tidur mereka berdua. Spyz tukang teman. Huh !



Asri : dua puluh enam
PakLet: botol
Asri:botol
Paklet:botol
Asri:botol
..


apakebende yang kami buat ni .. ?

Hari Kedua
Berendam dulu. Lepas tu berkayak. Berendam lagi. Makan. Tidur. Semua orang tidur sehingga Kem sunyi sepi. Lagipun kami semua seronok menikmati tiupan angin. Keluarga Basri lepak di port kesukaan mereka - dalam hammock bawah pokok Nenasi. Sorang, satu hammock.


Basri berposing sakan bersama anak dan menantu. heheh


Lepas Asar baru beraktiviti semula. Pergi berbasikal. Ibu-ibu dan bapa-bapa naik basikal. Anak-anak kecuali Amir dan Arif, naik jeep dengan datuk dan nenek saya dan PakLet. Risau juga tengok mereka menjerit-jerit bila PakLet drive off road dan jalan tidak rata. Ingatkan takut, rupanya suka. Huh, lasak sungguh budak-budak ni. UngkuNor yang tak reti berbasikal naik motor dengan Toyak. Jangan risau Kamarul, walaupun mereka masuk semak tapi Arif ada jadi bodyguard Ibunya. Kucai, Kemang dan Geger ikut sama.



Berbasikal ke Mini Canyon dan Tasik Biru


Jauh berbasikal. Kem-Tasik Biru-Route Trekking 3-Antara 2 Tasik-Bukit Batu-Mini Canyon-Bukit Pasir-Mini Canyon-Route Night Walk Remaja Lasak-Tapak War Game-Jalan Tanah Merah-Kem.

Memang jauh. Balik, minum-minum. Berendam (lagi)

Malam kami ada BBQ dinner. PakBear (orang Jasin) datang. Cica pun ada tolong bakar ikan. Tin ada buat pudding untuk kami semua. Sedap pudding Tin yang sejuk. Kejap jer, licin !

Lepas tu, semua ke opis. Kami tengok video yang TokRimau buat. Best, tapi takmo citer sini. Tunggulah dari Tok.


UngkuNor ambil gambar Tok ambil gambar


Malam kedua, semua sudah insaf. Habis tengok wayang, semua masuk tidur :)

Hari Ketiga
Mulanya bercadang mahu main layang-layang. Tapi kanak-kanak guna kuasa veto mereka - NAK MANDI TASIK !!!! Berendam lagi. Semua seronok main lompat jauh - lari dari jeti dan terjun ke tasik.

Saya tulis ringkas-ringkas sahaja ni - untuk lebih lanjut, bolehlah periksa blog sahabat-sahabat saya ni.

Mata takbley mo bukak lagi. Gud night :)

9 comments:

PakBear said...

kak g..
enjoy sangat gi menjengah KLD di malam pekat likat mencari jalan sendiri. huahuahua...
KLD, cantik dan permai.. jauh dari kesibukan kota... terasa aura ke'advnture'an nya!
timakasih atas belanja makan malam yang best... timakasih kerana berana saya menumpang kasih malam tue sambil menonton vodeo terlampau versi tok R dan foto2 panas kak ungku.
it was nice meeting u!!
cheerish!

Tok Rimau said...

Tenang-tenang air di tasik
Kayak kuning mudik ke tambatan
Bila terkenang hati terusik
Budi yang baik jadi ingatan

Tok Rimau said...

Sarung tripod tu saya tercicir beberapa kali. Saya rasa di KLd saya tercicir atas meja kat ampai. Lepas tu tercicir lagi kat PC. Takdir. Ini alamat saya.


ghazali bunari
FPPSM,81310 UTM
Skudai, Johor

Zareda said...

Kak gee
Belom ada jodoh antara kita nak bertemu. Zar ada antar sms pada kak gee tapi rasanya kak gee dah tukar no kot.

Kali ni kalau zar ke melaka zar akan cari kak gee sampai dapat.. cedihnya zar

Lan said...

Lan:
Uihh..bestnyer!rugi tak pi hari tu. apa nak buat, poket dah ringan masa tu...

ct said...

askum & apa kabar mr. bro afxzal. sihat ker? wah! dah ada mcm2 lg yer.. syoknye

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »

Anonymous said...

Keep up the good work »

Anonymous said...

This is very interesting site... »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...