Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, October 27, 2010

Clifford School, Kuala Kangsar, Perak


Bila dapat panggilan dari Clifford School, Kuala Kangsar; Pak Let bagaikan, biar betul sekolah ni, datang ke Melaka nak bercamping. Sekali, oh, cikgunya ex-campers KLD - Cikgu Siva Anand.


Suatu masa dahulu, semasa Cikgu ni masih belajar di sebuah IPTA, dia join sekali Kem Pemulihan Akademik. Result Cikgu Siva molek bagus sahaja tetapi biasalah, walaupun Universiti dah bagi peluang pada pelajar-pelajar yg keputusannya tak bagus pergi ke Kem untuk proses penyedaran, masih sahaja ramai yang ponteng. Yang keputusan bagus pula yang pergi sebab mereka tahu di Kem Pemulihan Akademik boleh belajar macam-macam yang pastinya boleh menyedarkan diri. Pada Kem yang dihadiri Cikgu Siva, ada seorang peserta bukan sahaja bermasalah Akademik tetapi juga bermasalah Disiplin. Alhmadulillah, sekarang ex-camper tu dah berkerjaya dan teratur hidupnya. Jadi, kata Cikgu Siva semasa penyerahan anak-anak buahnya pada Pak Let, "buat macam Pak Let buat pada kami dulu"

Anak-anak Clifford ni adalah bakal pemain bolasepak negara. Wah sayang, masinlah hendaknya mulut Mama kamu ni ye ! Mereka pelajar sekolah sukan (Rancangan Khas Sukan) dan mereka adalah footballers sekolah. Sprinter pun mereka.

Fasi pula bila tahu 'Budak Sukan' yang datang, semualah berebut nak 'duty' Group Clifford. Tak dapatlah, OTAIs atau Kontraktor Kelas 'A' dah masuk nama dulu .. hehehe. Along, Cicha dan Toyak yang jadi Fasi mereka.

Siapalah yang tak mahu jaga peserta hebat, kan ? Apa sahaja aktiviti, semua join bersungguh-sungguh.

Clifford Cheers, hebat ! hebat !

The 40 guys yang makan nasi untuk 100 people at every meals. They really appreciate my cooking. Tak de complain apapun. Memanglah rezeki yang berkat. Mama sayang, kamu !

Along dan mereka, Water Confidence. Along seronok betul kerja dengan budak-budak ni. Ada 2 rekod Kem tercipta - OTOS dan Obstacles-Run-Around-The-Camp. Sayangnya tiada gambar untuk kedua-dua aktiviti. Saya lupa masa untuk OTOS, tapi Rekod baru Kem untuk Obstacles Run ialah 8 minit (rekod lama 13 minit).

Bestkan, bersungguh-sungguh mendayung. Selepas Sekolah Clifford, ada sekolah tu, Ya Rabbi, punyalah pemalas dan tidak bersemangat - dia boleh lepas tidak mendayung langsung sampai Pak Let terjun dari rakit !




Harapan saya semoga anak-anak bukan sahaja hebat bersukan tetapi mesti hebat juga dalam pelajaran. Ingat falsafah Rakit, OTOS dan Obstacles. Hidup mesti menempuh halangan. Lagi banyak halangan dan cubaan yang kita hadapi, lagilah 'kuat' diri kita.

Cheers lagi ! Yang ni khas untuk STUDI, sebelum STUDI beransur pergi :)

Hebat pun di padang, dalam kayak adalah sedikit kelam kabut. Kiri dan kanan pun lupa mana :) Yang angkat paddle tu anak saya, Cikgu Siva Anand.

Petang, berkayak di danauku :)

Keluar dari Safari 3. Safari 1 dah habis dimusnahkan manusia yang tak berotak sangat.




Malam sudah datang

Siang sudah pergi

Sekarang kita pulang


Senjakala senjakala

Esok datang lagi


Masa paling seronok untuk berkayak ialah waktu petang, selepas Asar dan waktu pagi selepas Solat Suboh. Lepas Suboh boleh tengok burung-burung semua keluar dari sarang mencari rezeki. Dahlah angin pagi bertiup perlahan - damainya ! Petang pula burung-burung balik ke sarang dan tengok matahari mula nak beradu; pun sangat aman dan damai !

Masa untuk berperang. Wah ganas, kau yer !

Punyalah laju askar bergerak, kesian kat Pengadil Otai yang baju kuning tu. Dia dah la coverage dah dapat tak dapat sangat tu ...

Oh, amboi, boleh bersila lak kau yer, dik !

Wah ni Jenderal ker ni ?

Pengadil OTAI yang suruh askar pulangkan peluru sebab Pengadil takut 'dipelurukan'. heheh

Paspornya mana ? Kok masuk ikut paya lho. Kamu ke sini mahu kerja kontrak, ya, Mas ? heheheh

Again, the cheers that i love !

Sunday, October 24, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail Bakri Muar (STUDI)

Been there, done that ! STUDI was here :)



Pak Let, kalau orang 'Muor' datang, sukanya dia. Maklumlah orang kampung dia, kan. Habis semua peserta dia tanya, "Bakri, batu berapa ?"

STUDI sampai awal dan saya, kalau peserta sampai awal memang lah risau - takut tak makan lagi. So, heavy tea snacks. Bukan snacks lagi dah tapi dah macam dinner :)

Masa Studi datang ni, cuaca kurang baik. Melaka-Muar dilanda jerebu. Pesan peserta, minum air banyak-banyak. Minuman adalah 'free-flow' di KLD. Kalau dahaga datang sahajalah ke Anjung Makan, air akan sentiasa ada. Air sejuk manis (sirap ker, air barli ker, air sarsi ker) dan air suam.

Bergotong-royong pasang khemah. Pasang khemah atas tapak-tapak yang dipenuhi pasir, agak selesalah. Kalau malam tak sejuk sangat. Badan pun tak sakit macam kalau tidur atas tanah.

'Ice-breaking' di pulau. 'Ice breaking' bukan semestinya buat di Dewan. Mana-mana pun boleh. Kadang di tepi hutan, tepi tasik, di Canyon, belakang dapur, pun jadi !

Cicha dan peserta semasa Cicha bagi briefing tentang 'Water Confidence' Habis aktiviti, Cicha juga yang debrief.

Bukan boleh ikut suka terjun ke air. Basahkan kaki dulu. Dengar arahan. Basuh muka. Perlahan-lahan baru boleh 'tidur' atas air :)

The boys dah berani dah. Belajar mengapung diri sambil diawas oleh Fasi.

Girls biasalah, sedikit penakut. Tapi Cicha bagi motivasi dan tunjukajar. Lama-lama mesti pandai.

Wah, semua dah yakin berada di air !


Aktiviti hari kedua, Rakit. Peserta dan Fasi sedang ikat rakit.




Ini rakit yang menang.

Petang pula, aktiviti 'Obstacles-Run'. Balancing.

Salah satu obstacles, water crawling. Kalau nasib baik, boleh jumpa ikan.

Pilot Splash

Crawling lagi

Pun crawling :)

Lake Crossing

Malam sessi bersama Fasi dan Pak Let.


Jumpa lagi, STUDI !

Monday, October 04, 2010

Semoga Bahagia Hingga ke Syurga dan Anugerah dari Syurga. 3

Zack dan Wan dapat isteri, Asri pula dapat anak lelaki. Anugerah dari Syurga buat Asri dan Suraya, MUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN MUHAMAD ASRI. Tahniah Asri dan Sue ! InsyaAllah, ada rezeki hujung tahun nak berjumpa dengan Adam. (Panggil Adam ye, Asri. Biar pandai macam Adam cucu saya ..hehe)


Zaman teruna. Asri paling kanan. Terjun di Lata Berkoh.

Zaman teruna-dara semasa Apsere Taman Negara Pahang

Asri dan Suraya semasa Majlis Persandingan

Anugerah dari Syurga buat Asri dan Suraya. "Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan baik pekerti, ya Adam "

MUHAMMAD ADAM HAZIQ BIN MUHAMAD ASRI

Friday, October 01, 2010

Semoga Bahagia Hingga ke Syurga dan Anugerah dari Syurga. 2

Azwan yang pertama sekali kahwin dalam batch dia. Murah rezeki Wan ni. Habis belajar, tak menganggur pun terus dapat kerja. Semoga lepas kahwin ni, bertambah-tambah senang dan murah rezeki buat Wan dan Dibah, InsyaAllah.

Kami sekeluarga pergi awal sebab Along ada kursus di campus, kami pula ada urusan lain selepas tu. Untung orang datang awal ni - lauk dan nasi semua tengah panas. Asam pedas daging dan ikan keli bercili adalah sangat marvelous ! Kenduri kawen kalau lauk kampung memanglah sedap. Dekat rumah Zack tak tahan nangka cili padi dengan perut dan gulai asam keladi. Peh, terbaik sungguh !

Dan Wan yang segak dan kacak berbaju purple pun marvelous gak. Bagus budak-budak ni, bila kawen terus ubah gaya - siuman dan matang. dah dewasa, anak-anak saya :)

Berdebar ..

Ingat pesanan ni ...


Selamat Pengantin Baru, Azwan dan Adibah

Jasin, Melaka

Wan dan Fasi-fasi Kem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...