Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, October 27, 2010

Clifford School, Kuala Kangsar, Perak


Bila dapat panggilan dari Clifford School, Kuala Kangsar; Pak Let bagaikan, biar betul sekolah ni, datang ke Melaka nak bercamping. Sekali, oh, cikgunya ex-campers KLD - Cikgu Siva Anand.


Suatu masa dahulu, semasa Cikgu ni masih belajar di sebuah IPTA, dia join sekali Kem Pemulihan Akademik. Result Cikgu Siva molek bagus sahaja tetapi biasalah, walaupun Universiti dah bagi peluang pada pelajar-pelajar yg keputusannya tak bagus pergi ke Kem untuk proses penyedaran, masih sahaja ramai yang ponteng. Yang keputusan bagus pula yang pergi sebab mereka tahu di Kem Pemulihan Akademik boleh belajar macam-macam yang pastinya boleh menyedarkan diri. Pada Kem yang dihadiri Cikgu Siva, ada seorang peserta bukan sahaja bermasalah Akademik tetapi juga bermasalah Disiplin. Alhmadulillah, sekarang ex-camper tu dah berkerjaya dan teratur hidupnya. Jadi, kata Cikgu Siva semasa penyerahan anak-anak buahnya pada Pak Let, "buat macam Pak Let buat pada kami dulu"

Anak-anak Clifford ni adalah bakal pemain bolasepak negara. Wah sayang, masinlah hendaknya mulut Mama kamu ni ye ! Mereka pelajar sekolah sukan (Rancangan Khas Sukan) dan mereka adalah footballers sekolah. Sprinter pun mereka.

Fasi pula bila tahu 'Budak Sukan' yang datang, semualah berebut nak 'duty' Group Clifford. Tak dapatlah, OTAIs atau Kontraktor Kelas 'A' dah masuk nama dulu .. hehehe. Along, Cicha dan Toyak yang jadi Fasi mereka.

Siapalah yang tak mahu jaga peserta hebat, kan ? Apa sahaja aktiviti, semua join bersungguh-sungguh.

Clifford Cheers, hebat ! hebat !

The 40 guys yang makan nasi untuk 100 people at every meals. They really appreciate my cooking. Tak de complain apapun. Memanglah rezeki yang berkat. Mama sayang, kamu !

Along dan mereka, Water Confidence. Along seronok betul kerja dengan budak-budak ni. Ada 2 rekod Kem tercipta - OTOS dan Obstacles-Run-Around-The-Camp. Sayangnya tiada gambar untuk kedua-dua aktiviti. Saya lupa masa untuk OTOS, tapi Rekod baru Kem untuk Obstacles Run ialah 8 minit (rekod lama 13 minit).

Bestkan, bersungguh-sungguh mendayung. Selepas Sekolah Clifford, ada sekolah tu, Ya Rabbi, punyalah pemalas dan tidak bersemangat - dia boleh lepas tidak mendayung langsung sampai Pak Let terjun dari rakit !




Harapan saya semoga anak-anak bukan sahaja hebat bersukan tetapi mesti hebat juga dalam pelajaran. Ingat falsafah Rakit, OTOS dan Obstacles. Hidup mesti menempuh halangan. Lagi banyak halangan dan cubaan yang kita hadapi, lagilah 'kuat' diri kita.

Cheers lagi ! Yang ni khas untuk STUDI, sebelum STUDI beransur pergi :)

Hebat pun di padang, dalam kayak adalah sedikit kelam kabut. Kiri dan kanan pun lupa mana :) Yang angkat paddle tu anak saya, Cikgu Siva Anand.

Petang, berkayak di danauku :)

Keluar dari Safari 3. Safari 1 dah habis dimusnahkan manusia yang tak berotak sangat.




Malam sudah datang

Siang sudah pergi

Sekarang kita pulang


Senjakala senjakala

Esok datang lagi


Masa paling seronok untuk berkayak ialah waktu petang, selepas Asar dan waktu pagi selepas Solat Suboh. Lepas Suboh boleh tengok burung-burung semua keluar dari sarang mencari rezeki. Dahlah angin pagi bertiup perlahan - damainya ! Petang pula burung-burung balik ke sarang dan tengok matahari mula nak beradu; pun sangat aman dan damai !

Masa untuk berperang. Wah ganas, kau yer !

Punyalah laju askar bergerak, kesian kat Pengadil Otai yang baju kuning tu. Dia dah la coverage dah dapat tak dapat sangat tu ...

Oh, amboi, boleh bersila lak kau yer, dik !

Wah ni Jenderal ker ni ?

Pengadil OTAI yang suruh askar pulangkan peluru sebab Pengadil takut 'dipelurukan'. heheh

Paspornya mana ? Kok masuk ikut paya lho. Kamu ke sini mahu kerja kontrak, ya, Mas ? heheheh

Again, the cheers that i love !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...