Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, December 14, 2005

Boys Brigade 1st Company Melaka & Kolej Tun Perak, UPM

Baru sahaja selesai 2 grup. KTP keluar pukul 3 petang tadi.

++++++++++++

Boys Brigade

Awal mereka sampai, pukul 11 pagi hari Jumaat.

Fasi cuma handle lepas Solat Jumaat. Saya sahaja di Kem, bagi mereka makan tengahari.

Boys Brigade nih, tentulah semua lelaki. Seronok sungguh mengendalikan mereka. Berdisiplin dan berbudi bahasa.

More reports soon.

+++++++++++++

Kolej Tun Perak.

Gambar sahaja lah dulu, ya ! I'm tired lah adik-adik :) Boleh rehat malam ni jer. Esok, dah nak kena beli/order barang dah. Jumaat pagi, UTM masuk. Sabtu pulak SMK Agama Shah Alam.

Semua gambar oleh KTP.

Image hosted by TinyPic.com
Peserta-peserta bergambar depan Anjung Putera bersama Ayahanda KTP, Prof Dr Jasni dan Kem Komandan.

Image hosted by TinyPic.com
Balik dari Klinik Kayak. Depan Rumah Kayak.

Image hosted by TinyPic.com
Asri dan Toyak, Kayak Safari.

Image hosted by TinyPic.com
"Kulihat hijauuuuuuuuu ........... "Laluan Kayak Safari 5 .

Image hosted by TinyPic.com
Kayak Safari

Image hosted by TinyPic.com
Dara KTP. Dari kiri : Mariani, Jaa, Mary, Ada, Miera, Mimi dan Ekin

Image hosted by TinyPic.com
Presentation. Syawal, tidak jemu-jemu menerangkan pasal 'Pentadbiran' kepada pelabur-pelabur.

Image hosted by TinyPic.com
BBQ. Kami panggang ayam, sausage dan baked fish.

Image hosted by TinyPic.com
Sambal Kicap Cili Padi Power by Matger. Resepi : Cili padi, bawang putih, bawang merah yang di goreng. Blend dengan kicap manis dan perahkan asam limau.

Image hosted by TinyPic.com
Khidmat Masyarakat, SK Chinchin. Menebal pokok palma depan pagar sekolah. Hanis, Yus dan Faez.

Image hosted by TinyPic.com
Afzan, Khidmat Masyarakat. Menulis sifir di
dinding kelas.

Image hosted by TinyPic.com
Siti Manja, buah hati Azlie.

Thursday, December 08, 2005

Entri untuk adik-adik fasi :)

Jeti Baru





Image hosted by TinyPic.com
Dalam rembang senja .Jeti Putera yang penuh bersejarah. Imej oleh Ayares Snaplink


Jeti lama yg penuh bersejarah, kini tiada lagi. Dah diruntuhkan. Kita orang kosongkan tempat tu, biar senang peserta nak turunkan rakit. Taklah kena turun kiri kanan lagi. (Kita orang = akak, PakLet, Matger, Kemang dan Toyak. Chica cuma datang sebagai mandur sahaja. Macam lah tak cukup mandur sorang nih)



Image hosted by TinyPic.com
'Water Confidence' di Jeti Putera. Pic by Saiful, Kolej Dato' Onn, UKM


Buat pulak jeti baru, sebelah 'jeti baru' yang lama tuh. (Korang faham, kan geng ?)

Panjang jeti tu, 30 kaki x 5 kaki. Yang mahal tuh, jeti tuh siap ada 'corner-corner'. Susah citer ah, nanti korang tengok sendiri.
Jeti tu bermula di bawah pokok menibung depan surau.

Cara-cara jeti dibuat :

1. Ukur kedalaman air, saiz jeti dan area nak buat jeti tu.(Saiz jeti ikut kayu-kayu sedia ada. Tak mampu nak beli kayu baru.)
2. Potong (gergaji, eh?) kayu-kayu.
3. Tanda tempat utk pacak tiang-tiang.
4. Mula ketuk tiang. Ni kerja MatGer. Orang lain try gak, tapi tiang langsung tak masuk
5. Siap tiang utama, pasang alang-alang, pastu pasang tiang sokongan pulak.
6. Pastu pasang 'lock-lock' semua, supaya jeti teguh.
7. Pasang lantai
8. Letak tempat gantung towel
9. Pasang lampu-lampu.

Rupa-rupanya Matematik Bertukang ni lebih payah dari Matematik Masakan, geng ! Ukuran kena tepat. Kalau Matematik Masakan, semua kena lebihkan. Tak boleh tepat, apatah lagi kalau Pakdi dan Fakiha on-duty.

Dan, orang-orang yang bertukang ni tak tabah mindanya. Kurang sabar. Perlu didaftarkan untuk Program Pembangunan Diri.

Kesian mandur seorang yang tak bergaji nih, asyik ler dimarahi. Manalah Puan Mandur kenal apa itu 'cak', 'kuku kambeng' dan jenis-jenis kayu. Nampak cam serupa jer. Rupa-rupanya ada kayu 2x2, 2x3, 2x4 bla bla bla ...

Chica pun kena gak. Dia bagi idea, 'buat tangga cam tangga helikopter'. Tak perlulah ditulis reaksi tukang-tukang tuh semua. Korang sure leh bayangkan, kan ?

Hehe.

Miss u, guys !

Wednesday, December 07, 2005

Lama sungguh tidak memblog !

2 bulan kot !

Banyak peristiwa suka-duka yang dilalui selama tu.

+++++++++++++++++

Harijadi Along dan Nana - 27 Oktober 2005. Along, 16 tahun dan Nana, 7 tahun.

Puasa dan Raya.

Bamz dan Uminya kemalangan.

Pemergian Allayarhamah Shima, Umi Bamz di minggu pertama Raya.

Pemergian jiran sebelah rumah, Arwah Shila meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Meninggal dan dikebumi pada hari yang sama dengan Allahyarhamah Datin Endon.

Pengkebumian Arwah Dr. Azahari.

Mengemas, mengemas, mengemas Kem ......

Buat bilik mandi baru, jeti baru .......

Pastu, dah ada 2 grup masuk - Kolej Komuniti Alor Gajah dan Kolej Komuniti Selandar.

Minggu ni, ada Anglo Chinese School.

+++++++++++++++

Banyak sungguh, kalau boleh nak saya tulis.

Macam mana, kami semua berkumpul di Hospital Tangkak sebaik mendapat tahu, Bamz kemalangan bersama Ibunya. Masa tu, berdoa dan berharap semoga mereka berdua beranak akan selamat. Tapi Allah swt Maha Kaya. Tak sempat saya mengenali arwah Shima, dia lebih dulu pergi. Allah sayangkan dia. Al-Fatihah.

Allahyarham Dr. Azahari. Dia saudara dan jiran saya. Ex- Jasin English School pasti kenal bapanya, Pak Haji Husin Kantin. Bani Yamin, adiknya classmate saya. Al-Fatihah untuk Zahari.

++++++++++++++

Okay semua, dah update dah nih !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...