Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, December 08, 2005

Entri untuk adik-adik fasi :)

Jeti Baru





Image hosted by TinyPic.com
Dalam rembang senja .Jeti Putera yang penuh bersejarah. Imej oleh Ayares Snaplink


Jeti lama yg penuh bersejarah, kini tiada lagi. Dah diruntuhkan. Kita orang kosongkan tempat tu, biar senang peserta nak turunkan rakit. Taklah kena turun kiri kanan lagi. (Kita orang = akak, PakLet, Matger, Kemang dan Toyak. Chica cuma datang sebagai mandur sahaja. Macam lah tak cukup mandur sorang nih)



Image hosted by TinyPic.com
'Water Confidence' di Jeti Putera. Pic by Saiful, Kolej Dato' Onn, UKM


Buat pulak jeti baru, sebelah 'jeti baru' yang lama tuh. (Korang faham, kan geng ?)

Panjang jeti tu, 30 kaki x 5 kaki. Yang mahal tuh, jeti tuh siap ada 'corner-corner'. Susah citer ah, nanti korang tengok sendiri.
Jeti tu bermula di bawah pokok menibung depan surau.

Cara-cara jeti dibuat :

1. Ukur kedalaman air, saiz jeti dan area nak buat jeti tu.(Saiz jeti ikut kayu-kayu sedia ada. Tak mampu nak beli kayu baru.)
2. Potong (gergaji, eh?) kayu-kayu.
3. Tanda tempat utk pacak tiang-tiang.
4. Mula ketuk tiang. Ni kerja MatGer. Orang lain try gak, tapi tiang langsung tak masuk
5. Siap tiang utama, pasang alang-alang, pastu pasang tiang sokongan pulak.
6. Pastu pasang 'lock-lock' semua, supaya jeti teguh.
7. Pasang lantai
8. Letak tempat gantung towel
9. Pasang lampu-lampu.

Rupa-rupanya Matematik Bertukang ni lebih payah dari Matematik Masakan, geng ! Ukuran kena tepat. Kalau Matematik Masakan, semua kena lebihkan. Tak boleh tepat, apatah lagi kalau Pakdi dan Fakiha on-duty.

Dan, orang-orang yang bertukang ni tak tabah mindanya. Kurang sabar. Perlu didaftarkan untuk Program Pembangunan Diri.

Kesian mandur seorang yang tak bergaji nih, asyik ler dimarahi. Manalah Puan Mandur kenal apa itu 'cak', 'kuku kambeng' dan jenis-jenis kayu. Nampak cam serupa jer. Rupa-rupanya ada kayu 2x2, 2x3, 2x4 bla bla bla ...

Chica pun kena gak. Dia bagi idea, 'buat tangga cam tangga helikopter'. Tak perlulah ditulis reaksi tukang-tukang tuh semua. Korang sure leh bayangkan, kan ?

Hehe.

Miss u, guys !

1 comment:

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
» » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...