Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, November 14, 2012

Apsere Adventure 4.0 . Apa kami buat di sana ?

Berenang dan terjun tiruk dari houseboat. Wah masing-masing perasan macam Pandelela Rinong. Dia orang kata best, air sejuk dan bersih.

Wan Jay

Fafar

Nadzrin

Bean

Angah
Syikah
Abang Is

AG



Paan

Dak Mat

Bang Bell

Fendi

Wahid


Main-main.

Pemain Raja Botol yang terkeluar. Sila hafal sifir 7 !

botol !

Abang Is dan Nadzrin. Wahid dan Bang Bell dah terkeluar

Final Raja Botol

Buaya ker biawak ?

Adi, penuh semangat. Balik dari Kenyir terus demam muntah-muntah. Sian, Adi.




Lepas tu minum teh o panas sorang semangkuk. Heaven !



bersambung ...











Tuesday, November 13, 2012

Apsere Adventure 4.0 Part Two

Sekejap saja, hari dah gelap. Macam tulah bila di hutan. Tapi walaupun gelap, langit cerah malam tu. Malam 12 Zulhijjah dengan bulan yang hanpir penuh. Cantiknya malam !




Maghrib yang jauh dari civilisation. Semua diingatkan jaga diri baik-baik. Kalau jadi apa-apa, kami berada 7 jam jauhnya dari jeti di pengkalan. Suasana sunyi. Tiada bunyi kereta. Tiada bising-bising. Yang bising sedikit pun ungka-ungka yang mahu pulang ke sarang. Best ! Aman damai sungguh. Tambah lagi dengan udara bersih dan segar dari oksigen yg dikeluarkan oleh pokok-pokok hutan ditebing Sungai Chaching ni.

Makan malam yang enak. Nasi putih dengan ayam lemak cilipadi, sayur kacang goreng dengan carrot dan lampan goreng.

Malam tu habiskan dengan memancing oleh kaki-kaki pancing. Yang lain, karaoke dan main kad. Houseboat ni disediakan dengan karaoke set dan astro decoder. Tapi tak dapat siaran pun. Eh ada ke tak ? Macam tak rasanya. Untuk berkarok, bawalah CD sendiri kalau tak merasalah nyanyi lagu "kau kunci hatiku .. sambil buat action kunci pintu dan lagu janji manismu ... ulang-ulang sampai semua tenggiling, memerang, monyet, ungka, kera keluar nak bunuh diri tak tahan telinga kena siksa.



Percutian kali ni, memang tak nak beraktiviti bagai. Cuma nak rehat dan enjoy view dan udara Kenyir. Kami penat sangat akhir-akhir ni, dengan business baru yg baru nak bertapak. Weekend focus pada Kem. Weekday fokus pada Sambal  Dalam Botol. Fasi-fasi pun sama. Kesian tengok anak-anak ni. Isnin - Jumaat, kuliah. Jumaat - Ahad, kerja. Kerja kena tip-top. Result pun kena tip-top. Karang bawah 3.0 kena cuti jadi fasi. Alhamdulillah ramai yang DL setiap semester. Er, ke hampir semua orang ?

Malam tidurlah bila mahu. Semua tidur pun, kecuali Bean, Wahid dan Ahmad. Tu yang dapat 2 ekor belida besar.




Bukan mereka ni yang dapat, posing jer. Tiga orang ni seekor ikan pun tak dapat. hehehe Siap pergi sungai Cicih lagi dan naik bot kehulu kehilir. Tak gak dapat ikan. Kami yang di houseboat ni pun dapat gak lampam .. heheh 




Pemancing yang sangat tabah. Kau nak karaoke, main kad, terjun boat buatlah apapun. Dia tak heran, tetap setia pegang batang pancing. Lepas suboh sejuk-sejuk gitu pergi Sungai Cicir mancing, dia ikut sama. Balik dari sungai, pegang joran semula. Boat bergerak, kau nak rehat ? Pergilah. Dia tetap tabah pegang batang pancing dia. Tapi, dia tetap tak dapat ikan ... hehehe




Cik Abang ni nasib dapat sebarau seekor, kalau tak, confirm dikutuk seumur hidup. Setakat sebarau, hujan-hujan kat Tebat pun leh dapat setengah beledi, bat !



Abang ni yang dapat belida-belida besar tu. Sempat jual kat Cina atas houseboat dalam perjalanan balik sebab kami tak reti makan. Orang kampung cakap, makan belida, nanti sakit tulang.



Abang Is. Hero sebenar. Nanti cerita kisah dia :)

Saya, Pak Let dan Nadzrin tidur di beranda houseboat. Punyalah sejuk. Padahal kita orang tidur siap pakai sweater dan socks. Sedap tidur. Kami bangun awal pagi sebelum pukul 5 lagi. Memancing lagi. Dapat banyak baung. Aduhai, suasana Suboh yang sangat tenang, sangat aman. Dengan kabus sejuk yang buatkan saya rindu suasana di Kem Lambaian Danau satu ketika dahulu sebelum seorang manusia bodoh (cerdik sebenarnya) menggunakan alasan pembangunan untuk mengkayakan poket sendiri :(

Group memasak bangun awal. Sarapan. French toast dan nasi goreng yang tersedap di dunia !

Group memancing pergi ke Sungai Cicir. PakLet kata tempat tu cantik. Berkabus macam cerita Lord of the Ring. Pergi pukul 7.30 pagi, balik pukul 1.30 petang. Mereka dapat baung, sebarau dan Abang Is dapat kelah 2 ekor. Geng driver bot cakap kelah hidup harganya RM 120 sekilo. Wah ! Dan Abang Is inilah kali pertama dia memancing. Lepas ni kalau nampak budak muka macam kat atas tu kat tepi Tasik UPM, confirmlah tu Abang Is. Training baling pancing.

Yang tinggal di houseboat, minta kebenaran nak diving dan swimming. BA tak cukup. Yang rasa pandai berenang cakap, mereka boleh berenang. Banyak cantik. Tasik tu punyalah dalam sampai airnya biru. Oleh sebab saya jadi tukang jaga mereka, senang jer saya cakap, "siapa berani masuk tasik, mama lempang". Habis cerita. Sambunglah main kad dan superspontan apatah bagai. Tak boleh karaoke sebab gen-set tak nyala. Driver kata, nanti gen-set panas. Tapi rasanya nak save fuel. Kang tak cukup fuel kang macam mana nak pam air dan kenalah bergelap malam nanti. Bukan ada pam minyak tengah tasik ni.

Bosan gak bila tiada aktiviti. Makan tidur jerlah. Yang bertugas masak lunch, masak lunch.Siap lunch, kami mula bergerak ke Airterjun Lasir. Kena bertolak awal untuk sampai sebelum Maghrib.

Klik untuk besarkan gambar. Dari Sungai Chaching ke Airterjun Lasir.


bersambung ...










Monday, November 12, 2012

Apsere Adventure 4.0 Kenyir, Terengganu

Destinasi Tasik Kenyir, Terengganu.

 26-29 Oktober 2012. Petang Aidul Adha, kami berkumpul di Kem. Excited ! Bertolak tepat 8 malam, lepas Maghrib. Kami pergi dengan 5 kereta.




 Dari Kem, ke Muadzam Syah. Singgah Petronas untuk toilet break/solat. Masih segar semuanya ! Bermulalah percarian makan malam. Alahai kedai tutup ! Kan orang beraya. Berhenti di Al-Mukhtafibillah Syah pun tiada kedai makan. Kami teruskan perjalanan.

Untuk catatan, peserta apsere malam tu -
 Captiva, Pak Let - extra driver Mama dan Angah (haha),penumpang Ayin dan Nana
 Nabira, Amad - extra driver Wahid dan Abang Is,penumpang Cebean dan Fizzy
Colorado - Along extra driver Yan dan Erin, penumpang Toyak dan Syika
Persona AG - driver AG extra driver Fafar, penumpang Cicha dan Paan
Saga Angah - driver Fendi extra driver WanJay tapi Wahid drive dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi. Penumpang Adi dan Nabil

Sampai Kuala Berang, pam minyak dan cari 7-E. Makan maggi cawan jer. Pun happy, pun kenyang. Kami di Kuala Berang, pukul 3 pagi. Lambat sebab berkonvoi. Pak Let depan sekali yang lain-lain tengah. AG atau Along bergilir belakang sekali sebagai sweeper.

 Sejam lagi ke Pengakalan Gawi ! Yeay ! Semua orang kembali excited.


Park kereta di Pengkalan Gawi (Gawi Jetty) dan kami naik houseboat ke Sungai Chaching (Chaching River) kat bawah sekali peta ni.




Sampai sahaja di Pengkalan Gawi, pukul 3.30 pagi. Gelap. Kami called Hamzah, tuan punya houseboat yg kami tempah melalui Ujang (yes, the famous cartoonist Ujang) . Hamzah kata kami boleh bawa barang-barang ke Houseboat. Budak-budak ni, kalau gotong royong memang takde masalah. kejap jer semua barang dah sampai. Sya berdua lenggang kangkong jer jalan. Er, takgak lenggang nya sebab mencabar nak turun ke boat. Laluan gelap, lecak dan suasana sejuk gila !

Sampai-sampai group memasak satu dah keluarkan rendang, kuah kacang dan ketupat yg kami bawa untuk breakfast hari pertama.  Panaskan rendang dan kuah kacang. Potong ketupat. Air kopi dan teh. Wah ! 

Dan pagi-pagi tu juga, sambil siapkan sarapan, Toyak tabur umpan yang dia bawa dalam sangkar. Dapat 6 ekor lampan ! Terjerit-jerit semua suka. Yang driver-driver, tidur. Dengar kami menjerit-jerit suka, habis semua bangun.

Driver-driver  tiada duty memasak. Yang lain ada duty memasak sepanjang percutian. Satu group masak 2 kali. Masak pun tak susah sebab dah sediakan paste rempah dan bahan memasak. Campak paste, campak ayam/daging letak santan, didihkan,  siap ! Paste bukan beli tapi paste dari R&D kilang Mama G Food Industries   

Kami memang bawa banyak makanan. Beras jer 3 bag, susu, gula, ayam, ikan keli, daging, sayur-sayur, ais, biskut (harus Mastura - biskut rasmi KLD) dan macam-macam. Maklum, semua kuat makan. Pekakas memasak tak perlu bawa, mereka dah sediakan. Dan ada bahan-bahan memasak juga yang ada dalam houseboat, boleh guna. Tapi orang berbudi, kenalah pandai berbahasa. Nanti, bekalan yg kita tak habis, tinggalkan pula untuk next guests.Ada freezer dan blender untuk kegunaan kita. Cuma boat ni ada 3 gelas sahaja. Mungkin group terdahulu dah pecahkan kot. No problemo, minum jer dalam mangkuk. Bukan mangkuk kecil tapi mangkuk tomyam tu kami guna untuk minum. Lagi senang, takyah tambah-tambah. 

 

Kami diberi pilihan, nak santai-santai atau nak memancing. Kami kata nak view dan nak nature at it's best. Pulau herba, santuari-santuari semua, tidak mahu. Mahu keindahan ciptaan Allah swt. Yang manusia buat, tak nak. Memancing tu naklah.

Kami dibawa ke Taman Negara. Perlu bayar RM 5.00 seorang untuk permit. Dari Pengkalan Gawi, bertolak pukul 9.30 pagi sampai ke Sungai Chaching pukul 4.30 petang. Tidak berhenti langsung boat. Houseboat kami ada 6 bilik, satu bilik boleh tidur 3-4 orang. Tapi kami bukan semua tidur dalam bilik pun, tidur mana suka saja. 

MasyaAllah cantiknya view dalam perjalanan ke Taman Negara. (Sungai Chaching ni terletak dalam negeri Pahang). Tak tercerita betapa cantiknya keindahan ciptaanNya. 


 

 Kami senyap sahaja, tengok view. Lepas tu ada yang tertidur. Ada yang masak, buat cekodok bilis paling sedap dalam dunia. Air tasik bersih, udara segar, pemandangan cantik tapi tiada line telefon. Kami terputus hubungan dengan dunia luar, terasa kami dalam dunia kami sendiri. Just us, the KLD family. 

Puas tengok air, hutan-hutan dan batang-batang kayu baru sampai ke Sungai Chaching. Jauhnya !  Boat berlaboh ditepi sungai. Kaki-kaki pancing, mula memancing. Kami disediakan 3 speed boat. Along, AG dan Bean naik boat untuk memancing. Yang lain, memancing lampam dari houseboat. yang bertugas memasak, masak dinner.




Bangga bila masak ikan tangkapan sendiri ! 


bersambung .. 
  





 





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...