Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, December 31, 2004


Hujan Lagi

Keadaan di Kem sejuk. Hujan tak berhenti turun dan angin tasik bertiup sentiasa.

Sejuk.

Tidur malam berselimutkan 'sleeping bag' pun terasa sangat sejuk. Bangun dan pakai setokin, pakai sweater, barulah boleh lelap.




Entah macam manalah Toyak, Sham, Jepun dan Geger yang tidur di Pangkin Fasi. Kat situ, lagilah sejuk sebab 'di atas' air.

+++++++++++++++++++

Peserta-peserta dari Maktab-maktab Perguruan balik hari ni.

Dah balik pun, pukul 11.30 tadi.

Kemas-kemas sekejap dan solat Jumaat. Saya tinggal seorang.

+++++++++++++++++++

SELAMAT TAHUN BARU 2005



Apa azam baru anda ?

Saya ingin :

1. Menjadi hamba, isteri, ibu dan anak yang sempurna
2. Mahu perniagaan kami bertambah maju
3. Dan mahu ini ..

sebuah rumah kayu kecil di tepi tasik ....

+++++++++++++++++++

Kami akan bercuti esok dan bekerja semula pada hari Isnin. Ada lagi persediaan persekolahan yang belum siap lagi.



Esok, ada tetamu nak datang ke rumah. Sepupu saya, Shari, Bamz dan Bed. Minah-minah bertiga ni, students MMU. Datanglah, lama tak jumpa. Di Kem, kami semua tak panggil Bed, tapi panggil dia Mak Bedah. Kucai yang bagi nama ni. Dia datang sini masa dia kecik dulu - umur 18 tahun. Dah besar dah dia sekarang !

Jumpa esok !

+++++++++++++++++++

Wednesday, December 29, 2004

Tsunami dan Sekolah Bermula

Sejuk.

Sedari malam tadi hujan turun. Disertai dengan tiupan angin tasik. Pagi ni rasa tak sanggup nak menghadap air.

Dugaan yang teramat sedikit.

Bayangkan dugaan dan penderitaan mangsa tsunami. Rumah hilang dan keluarga hilang. Takut sungguh dengan peringatan yang Allah swt berikan ini. Macam mana tsunami terjadi ? Baca sini. Saya baru sahaja print page ni untuk anak-anak. Sejak kejadian berlaku, saya updatekan diri dengan mengsurf site-site yang memberitakan peristiwa ini.


Sri Lanka


Patutlah patut, semenjak seminggu lalu cuaca tidak menentu. Angin bertiup kuat, lebih dari biasa. Langit mendung tapi hujan tak turun. Dan air tasik berombak besar.

Paling saya sedihkan kematian saudara seagama saya di Aceh. Mayat-mayat dikebumi dengan jentolak. Beribu-ribu mayat dalam sebuah liang besar. Darurat, dan mereka tidak mahu wabak penyakit pula melanda.



Tiba-tiba bunyi dari wind chime tidak lagi menghiburkan saya.

++++++++++++++++++++++++++++



Minggu depan sekolah akan bermula.

Rutin harian pun akan bermula semula.

Pukul 5 pagi bangun, mandi, siapkan sarapan, kejutkan anak-anak dan suami, Suboh dan siapkan anak untuk ke sekolah.

Pukul 7 pagi - anak semua ke sekolah dihantar Babah. Saya, masak lauk untuk makan tengahari. Kemas rumah. Nasi, Mak akan masak kemudian.

Pukul 8 pagi - sudah di pejabat. Beri tugasan kerja Jepun dan Geger. Merayau sekeliling Kem. Siapkan tugasan lain jika ada grup nak masuk.

Pukul 12.30 tengahari. Balik, jemput anak di sekolah.

Pukul 1 petang. Bagi anak makan dan Zohor.

Pukul 2 hingga 4 petang. Anak-anak buat homework. Babah gi Kem balik.

Pukul 5 petang, Ustaz datang ajar mengaji dan fardhu ain - dia handle anak-anak. Dia orang solat Asar sama-sama Ustaz. Mama, tengok citer Ara. (Pastu sambung tengok industan lak)

Pukul 6 hingga 7, masa rekreasi anak-anak. Main-main ikut suka.

Pukul 7 - makan malam dan Maghrib

Pukul 8 hingga 9 - Nana dan Nadzrin study. 9.30 malam, tidur

Pukul 8 hingga 10 - Iwan dan Hafidz study. 10.30 malam, tidur

Saya tidur pukul 10.

Huh, tinggal berapa hari jer lagi ni, boleh bangun lambat !

Monday, December 27, 2004

MP Ipoh, MP Baru Pahat dan MP Raja Melewar



Ucapan Tahniah kepada Presiden dan ahli-ahli GengJurnal kerana telah berjaya mengadakan gathering 2004 dengan jayanya !

Huh, sakan korangs yer :) Jeles kita yang tak pergi ni :)

Tahniah juga kepada pemenang-pemenang anugerah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sibuk di Kem.



Maktab-maktab Perguruan di atas tu masuk hari Ahad sehingga hari Sabtu depan.

Pak Haji telah mula bercuti. Pak Haji, setiap musim Haj akan bercuti sehinggalah habis musim Haji nanti. Awal Februari baru dia balik dari Mekah.

Di Kem, saya dengan Geger, Jepun dan Sham kena masak. Walaupun GangDapur tu boleh diharap, tapi boss dia blur jugak nih. Apalah nak saya 'menu'kan sampai hari Sabtu nanti.

Tadi masak John Labu Masak Lemak Cili Padi dengan Siti Kacang Panjang. Ikan masak kicap, sambal belacan, ulam kacang botol dan ikan masin. Okay kot, sebab semua habis. Licin !

Petang ni pengat pisang oleh Encik Sham.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masak dengan Sham sambil sembang dan gelak-gelak.

Kesian Sham, keluarga dia tak bagi dia ke UK untuk sambung belajar. Kena kerja untuk bantu keluarga. Dia baru lepas konvo, Lawa (hehe) Mamat ni pakai blazer dan berjubah. Blazer tuh, saya beli bundle jer Kak G ... Alah, cam tak biase jer.. kat Kem ni sapalah yang berduit banyak nak membeli barang branded .. kan PG ? (woi, bile nak dtg repair PC akak ?)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Di Kem, angin sedang bertiup kencang. Wind chime buluh (beli kat KK) berbunyi sakan. Best bunyi dia, bagaikan orang menari tarian buluh. Semua tempat - Anjung Makan baru, Anjung Kelana, Anjung Kasih dan pejabat saya gantungkan wind chime. Suka dengar bunyian yang dibuatnya.



Kumpulan cikgu-cikgi tu, merupakan kumpulan pengakap - ambil kursus manik kayu. Sambil kami di dapur, sambil join mereka menyanyi ..

Tong tong tong tong
Makitong kitong
Ari mambo
Sausuba ...


Menyanyi jer kerja :)

Tapi seronok. Berpoya-poya punya stail camping. Really, bebudak nih sampai kol 3 pagi dok buat menatang gadget segala. Tak tido-tido.

Yang herannya, semua non-Muslim, kecuali seorang sahaja. Belum sempat nak interview Puan-Puan dan Tuan-Tuan Pensyarah lagi sebab musabab ni lagi. Sibuk bebs, masak sakan !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, December 21, 2004

Sabah Lagi


2050 feet above sea level. Mesilau, Sabah



Makan lagi di Kinabalu Park.

Dan hari ini, Kinabalu Park, sejuk giler. Tak makan di patio seperti pertama kali. Makan dalam Coffee Housenya. Nampak ramai climbers yang baru turun makan di situ. Teruja the boys, tengok orang-orang tu dengan hiking bootsnya. Tua-tua pun fit :)

Ramai backpackers. Mat-mat Salleh yang sedang lari dari kesejukan winter di tempat mereka.


Ida dan Nana up on top of View Tower, Perkasa Hotel, Kundasang


Kami bertolak balik ke KK.

Singgah di Gundu Tuhan. Hajat hati nak membeli hammock yang kami nampak bergantungan semasa dalam perjalanan ke Kundasang hari tu. Warna-warni hammocknya. Tapi bila bertanya hari ni, mahal sangat pulak, tidak padan dengan kualitinya yang cuma di ikat dari tali rafia. Tak beli :)


Nana lead the way. Canopy Walk, Perkasa Hotel, Kundasang.


Singgah lagi di sebuah tempat (lupa nama) yang terletak 'dalam awan'. Hehe. Serius ni. Masa ni memory camera Li dah penuh dah, jadi ambil dengan camera handphone yang saya tak reti nak upload ke PC. So, takleh tengok gambar kami 'dalam awan'.

Teruskan perjalanan. Bila kenyang, udara segar, driver bagus drive, hehe , masa untuk lelapkan mata lah ! Driver saya kata Abang kata lontaran suara cukup bagus, full volume gitu !

Sedar-sedar, abang kejutkan sudah sampai ke Karambunai. Huh, mana lak ni ?

Nexus Karambunai sungguh cantik ! Pasirnya sehalus tepung. Patutlah mahal giler harga bilik dia.

Saya dan Mak tengok cultural dance kat lobby tu. Kesian penari tu penat kot, menari tarian yang sama sepanjang shif, muka dia mencuka ! Bila nak ambil gambar, barulah mahu senyum :)

++++++++++++++++++++++++

Balik ke KK dan masa ni saya sudah penat sesangat ! Singgah makan di Anjung Selera.

Tidur, tidur !

++++++++++++++++++++++++

Kami pulang ke KL pada hari Rabu.

++++++++++++++++++++++++

10/12/2004 - Wedding Anniversary yang ke-17. Honeymoon lagi !

++++++++++++++++++++++++

Sekarang ni kerja, kerjalah pulak. Projek landscaping di Kem. Banyak dah buat, banyak lagi nak kena buat jugak. Ada ayam Jepun dan ayam serama di Kem. Mak Muar bagi. Nak buat bird feed, nak cari burung-burung. Konon nak buat aviary lah ni :)

++++++++++++++++++++++++

Panggilan kerja !


Saturday, December 18, 2004

Pine Resort-Poring Hot Springs-Mesilau-Kinabalu Park

+++ Gambar, sila klik di My Fotopages, entry ni dah terpanjang ! +++

Pine Resort terletak tepi lereng ! Chaletnya menarik, sebuah rumah dibahagikan kepada 4 bilik, 2 diatas dan 2 dibawah - macam townhouse gitu. Setiap bilik ada 2 katil, bilik air/tandas, kemudahan biasa seperti cofee making facilities, tv, dll.

Chalet kami - chalet P betul-betul di lereng. Tapi menariknya, buka pintu bilik boleh terus tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Biarpun begitu, bukan senang nak melihat puncak Kinabalu. Ditutup kabus dan awan selalu. Kami anak beranak melepak depan bilik, ada beranda yang luas.

Lepas checked-in, kami merayau ke Ranau. Tak jumpa pun rumah Linda :)

Dari Ranau, ke Poring Hot Springs. Hujan pulak. Ada jambatan gantung ! Kami suka ni :)

Tapi saya tidak suka Poring. Banyak anjing. Kotor. Tepi-tepi kolam mandi, anjing bersepah-sepah. Geli sungguh. Anak-anak nak mandi tapi saya tak benarkan. Sampaikan depan pintu utama pun anjing bersepah.

Makan masaalah juga di sini. Tak berani nak makan mana saja. Yang bernama macam orang Islam pun, tidak tahu Islam atau tidak. Akhirnya untuk makan malam kami makan di KFC. Yang ni tak takut, sebab Ayah Fathi (fasi Kem) Pegawai Agama KFC. Dia jamin KFC, halal. Kami tak makan pun di Coffee House Pine Resort sebab waswas.

Malamnya tidur lambat sebab ada aktiviti best. Tapi tak boleh tulis di sini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

++++++++++++++++++++++++++++++

MasyaAllah, bangun pagi dengan (Suboh awal sini) dihadiahkan dengan pemandangan paling cantik pernah saya tengok ! Puncak Kinabalu betul-betul depan mata.

Mulalah berangan-angan, kalaulah saya punya duit yang banyak, mau sahaja pindah ke sini. Udaranya sungguh segar. Abang dan Nana batuk-batuk teruk sejak dari KL, sampai sini dua-dua jadi sihat. Udaranya benar-benar menyegarkan.

Anak-anak bangun pagi-pagi lagi dan meronda sekitar Resort. Mat Salleh ramai sini, ada jugak jumpa orang Banting, Selangor. Apa lagi, beramah mesralah ! Tapi anak-anak suka bermesra dengan warga tempatan. Sekejap sahaja dah pandai berbah, bah ! Lemah lembut orang Sabah bercakap. Tak macam kami, orang Melaka. Berbual macam nak bergaduh ! Ala-ala samseng gitu !

Checked out dari Pine Resort setelah puas bergambar sakan.

Kami ke Mesilau. Tempat paling saya suka sepanjang percutian ini. Sungguh cantik, sungguh hijau dan sungguh menyegarkan. Kalaulah saya boleh menukar gaya kehidupan, mahu sahaja jadi petani di Mesilau ni !

Dalam perjalanan ke Mesilau Resort kami melalui Kinabalu Golf. Nampak banyak log kabins. Jumpa kebun cendawan dan ladang lemb susu (dairy farm). Kebun sayur jangan ceritalah, sungguh banyak. Setor-setor sayurnya di tepi jalan sahaja. Nampak kobis dan tomato berbukit-bukit :)

Jalan dari jalan besar ke Mesilau Resort tu tak berapa elok. Separuh tempat, jalannya tak bertar. Memandu off road gitu.

Berbaloi bila sampai ke Mesilau. Tempatnya cantik. Chalet-chalet di bina dicelah-celah pokok oak. Paling cantik, pejabat Ranjer Taman Mesilau. Berandanya dibina dengan bertiangkan pokok oak hidup :)

Kami ke tempat pameran. Berkenalan dengan seorang adik. Lupa namanya tapi ada ambil gambar dengan dia, dibawah 'hanging rock of Mesilau'. Berumur 19 tahun, dia adalah guide ke Puncak Kinabalu melalaui Mesilau Trail.

Dah berapa kali naik ?
Sudah tidak boleh kira, bah !


Kami pakat-pakat, mau pergi Nature Walk. Seorang guide, bernama Encik Sakibin akan membawa kami. Panggil saya, Mr.Bean. Baik dan ramah orangnya. Jarang sekali bah, orang tempatan mahu memanjat. Dia juga hairan tengok Nana (my 6 yr old daughter) pun ikut serta. Tak per, kami keluarga outdoor. Kalau dalam hutan, kami okay. Kami tak okay di bandar, tempat besar sahaja. Maklum, orang kampung.

Memanjat dan berjalan tepi lereng tu agak mencabar. Salah kasut pulak tu, saya pakai futsal :)

Mesilau terkenal dengan orchidnya dan periuk kera (much, much bigger than KLD's- boleh serkup kepala, buat topi). Oleh kerana terlalu tinggi, kawasannya diliputi oleh 'moss' (lumut ?). Kena jalan berhati-hati sebab licin. Kami dikenalkan oleh Mr. Bean satu tumbuhan yang dipanggil 'Little Angel Trumpet'. Orang tempatan menggunakannya untuk mengubat barah payudara. Ianya ditumbuk dan lekatkan di tempat yang ada barah itu. Ubatan ini akan menyedut keluar barah.

Kami banyak bertanya dan Mr. Bean seronok dengan kami. Akhirnya, Nature Walk yang sepatutnya 1 jam jadi 2 jam dan kami memanjat sehingga 2050 kaki atas paras laut. Seram juga bila pandang bawah nampak sungai Mesilau sayup gitu. Yang lasak, anak-anak. Selamba sahaja, bagaikan tak tahu penat. Saya, dah rasa macam nak pengsan. Melintasi jambatan gantung, memanjat tepi-tepi lereng, melihat base camp penyelidik-penyelidik zaman dahulu, lihat burung-burung kecil dan pemandangan cantik Puncak Kinabau dari dekat, akhirnya kami turun semula ke Pejabat Ranjer.

Dapatkan sijil memanjat dari Park Warden. Dia yang baik, melayan kami. Suka dia tengok Nana yang kecil tapi berjaya memanjat tanpa bantuan. Dia jalan sendiri, paling depan bersama Mr. Bean. Ucapkan terima kasih pada Mr. Bean.

Bye-bye Mesilau !

Singgah lagi di Kundasang, membeli sayur-sayuran. Segar-segar walaupun harganya biasa sahaja. Nana minta belikan bunga, tapi di sini bunga mahal tak seperti di Cameron Highland. Beli cauliflower, leeks, pucuk timun (pertama kali jumpa), broccoli, sayur licin dan sayur manis (2 sayur akhir ni, tak pernah jumpa di Melaka).

Lepas beli sayur, Li kata jom ke Kinabalu Park lagi untuk lunch. Makan lagi :) Portion besar giler lagi :) Tambah tembamlah saya ! Rugi sahaja bakar 2 kg di Mesilau.

To be continued ...

Sunday, December 12, 2004

Cuti-cuti Sabah. Kundasang and Kinabalu Park

Hendak memeluk, tangan tak sampai !

Balik dari Manukan, kami lepak sehari di rumah Li dan Ida. Dia orang tinggal di Likas Square Business Suite. Tak jauh dari The Peak, Signal Hill, tempat jutawan Sabah yang kena bunuh baru-baru ni.

KK best juga. Jalannya lurus dan papantandanya clear. Makan di OceanView Seafood Restaurant. Huh, dengan butterred prawnsnya, chilied lobsternya, ketamnya, steamed fishnya .. semua segar-segar. Boleh pilih nak yang mana dari aquarium. Tapi belum ada nampaknya perusahaan keropok lekor. ( Jom Dino, meniaga kepok lekor ..)

+++++++++++++++

Awal pagi Ahad, kami bertolak ke Kundasang. Di sini kami pandu 'a rented jeep', RAV4. Abang missed jeep lasak dia yang tinggal di KL. RAV4 tu best jugak, senang drive tapi kurang lasak. Dari KK ke Kundasang dalam 2 jam. Nadzrin dan Hafidz excited, nak cari rumah Linda AF2 bila tengok papantanda ada tulis Ranau.

Pemandangan cantik dan udara sungguh segar. Halfway thru,di Gundu Tuhan kami turunkan cermin tingkap utk nikmati semua ni. Huh, sejuknya melebihi sejuk di Cameron/Fraser/Genting. Sejuk giler, bebs !

Selepas Gundu Tuhan (kenapa ye, tempat ni nama camni ?) kami berhenti sekejap di tempat jual hasil tani di Kundasang. Beli durian (mahal), buah tampoi (pertama kali makan seumur hidup), mata kucing dan langsat. Buah mahal bebs, maybe sebab kami jarang sekali beli buah. (U dun have to when u have 13 acres of orchard :) Pengakuan riak ni.)


Sekeluarga depan entrance to Kinabalu Park Resort

Siap membeli-beli, kami ke Kinabalu Park. Kinabalu Park, seperti Manukan Island dibawah pengurusan Sutera Resorts. Kami lunch di Kinabalu Parks. Saya dapat order saya dulu. Mak oi, makan big portion giler, sampai rasa cam waitress tu bagitau cook, makcik yang makan ni size XXXL, jadi portion kena sama dengan size badan. Tengah melopong tengok mee goreng seafood sekilo setengah dia boh dalam pinggan, sampai order Nana. Sama gak banyak. Tak jadik nak harass waitress lawa-yang-suka-jeling-laki-aku-tu. Habis jugak sekilo :)


Nana dan Ayin pakai snowcap sebab sejuk sangat. Awek waitress lawa in yellow nyonya kebaya


Lepas tu tengok exhibiton dan tengok orang naik Gunung Kinabalu ( u can go thru Timpohan Gate, near to Kinabalu Park or Mesilau trail from Mesilau). The boys dan Babah plan nak naik lagi 2 tahun when Amir will be 17, Hafidz 15 and Nadzrin 10). We came unprepared pun.


Uncle dan Ayin, Kinabalu Park


Dari Kinabalu Park, kami ke Pine Resort, Kundasang untuk check-in di sana. Chalet belum siap pulak. Jalan-jalan dulu ke Perkasa Hotel.

.. to be continued ...

Cuti-cuti Sabah. Tunku Abdul Rahman Parks.

Lama sungguh tidak memblog !

Kami sekeluarga bercuti ke Sabah. Puas sungguh ke laut, pulau dan gunung :)

Sabah best. Seafood murah dan segar-segar. Makan je la kerja. Dengan spirulina tak bawak, estime tak bawak segala vitamin mak-neneknya tinggal rumah. Nasib tak apa-apa. Memang dah put on 20 kg agaknya ni.

+++++++++++++++++++++

Manukan Island.

Salah sebuah dari pulau di Tunku Abdul Rahman Parks. Kami berada di sini selama 3 hari 2 malam. Tinggal di Manukan Island Resort. MasyaAllah, dari dalam bot lagi dah terasa betapa cantik dan hijaunya pemandangan di sini. Banyak aktiviti yang kami buat - berenang dan snorkelling(dari pagi hingga petang), anak-anak pergi jogging dan jungle trekking, Ida dan Hafidz pergi parasailing, main beach volleyball (team mama-babah kalah and we owe team uncle-busu satu trip parasailing ) dan makan, makan, makan ... Hari-hari beach BBQ lunch. Tapi masakan Sabah agak kureng with our tekak kampung. Manis ma .. tapi sebab seafoodnya segar, sedaplah.



Dan restaurant staffsnya baik-baik. Apa tak, lepas makan, mesti minta nasi lebih. Buat bagi ikan makan. Bila malam, kami bagi ikan makan di jeti, di bawah lampu spotlight. MasyaAllah, ikan punyalah banyak .. geram sungguh tengok ikan bawal, ikan todak dan macam-macam ikan lagi. Campak nasi dan ikan berebut-rebut makan. Lepas tu bila ikan dah banyak, barracuda pulak datang, cuba tangkap mereka .

Tu kalau malam, kalau siang pulak. Sambil bersnorkelling pegang ayam BBQ dan bagi ikan makan. Ikan tu selamba jer makan dari tangan kami. Huh, geram sungguh. Tapi tak boleh tangkap tau. Karang kena RM 500.00. Baca mengenai Sabah Parks di link atas tu.



Kami berjiran dengan pelancung dari Sweden. Abang dengan riaknya menayangkan kepandaian dia berbahasa Jerman dengan minah tu. Tak jeles, dah tua dah. (Need ironing gitu, Bamz !) hehe. Chalet dia diapit oleh chalet-chalet kami. Anak-anak pulak main bola depan chalet. Takut dia marah ke apa, tapi dia best :)

Chalet Manukan memang cantik. Bedroom dia 4 star. Bedspread dari kain pua dan pertama kali jumpa hotel tak kedekut bantal. Katil kami ada 6 bantal dan 6 cushions ! Nana tenggelam tidur celah bantal sorang-sorang .Ambil 3 chalets - the boys satu, Mak dan Ida satu dan kami. Uncle kerja dan hari akhir baru datang.

Depan chalet ada tempayan air dan gayungnya dari tempurung. So guys, lepas ni di Kem mandilah kamu semua dengan tempurung. Idea dicuri dari Manukan dan dah pesan kat Aherq supaya simpan tempurung :)

Kami juga berkenalan dengan seorang Marine Biologist dari UK. Anak-anak yang buat kawan dulu, sebenarnya. Menurut dia,
Tunku Abdul Rahman Parks adaah salah satu taman laut tercantik yang pernah dia lawati. Mamat ni best, tapi bila dah mesra gitu. Letih la pulak kena belajar bio :) Yang masih diingat cuma starfish, sea urchin dan .. eh, 2 jer ni saya ingat kots?

Paling seronok tengok Ida dan Hafidz parasailing. Hafidz dah biasa berparasailing di Penang, dan bila tengok di Manukan pun ada, dia mulalah gian. Saya takut. Serius.

Selepas sunburnt giler semua (pakai sunblock pun tak jadik sebab panas terik pun dok dalam air), kami tinggalkan Manukan.
Bye Siti, bye Simon, bye Erlinda !

Thursday, December 09, 2004

UKM : Oh, minggu tanpa tuan tanah :)

Jumaat
3 Disember 2004


Sepatutnya ini minggu cuti. Minggu senang-lenang bersama anak bini dan cucu-cucu rakan-rakan. Tapi rasa kosong pula bila mahu rehat-rehat begitu saja kalau kau ini aktif orangnya.

Fon Madas dan Madas tak boleh datang. Jadi kiranya aku ganti secara sukarela.

Seperti biasa aku sampai pada waktu ayam sudah masuk tidur. Mujur ada Asri dan kereta kompeni, bolehlah datang menjemput beta aku di depan Balai Polis Tangkak. Aku memang suka tunggu depan balai polis kerana bimbangkan kehormatan diri.

Waktu tiba, semua fasi bertugas dan kem komandan bertugas dah ada. Minggu ini ada kelainan, biasanya cuma ada fasi bertugas saja namun kali ini kami juga ada kem komandan bertugas kerana Pak Let bercuti; Pak Man. Asri, Pakdi, Cica, PG, Azim, Asyraf, Toyak, Rauf dan Liza adalah fasi bertugas. Dan kira la aku sekali. Geng dapur seperti biasa Jepun, Geger, Pak Aji dan Sham.

Kumpulan sudah dibahagi sebelum aku sampai. (Alamak, aku lupa la nama kumpulan). Cuma yang pasti ada bermacam-macam warna. Ada kuning, ada oren dan warna-warni lain. 6 kumpulan semuanya. Seperti biasa, setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan nama kumpulan, moto dan hakka masing-masing. Semua berseronok dan semua memberi kerjasama.

English proverb says:

Too much play and no learn made Jack a dull boy

Mungkin itulah maksud Pak Man. "Korang bukan budak-budak. Korang pemimpin. Kalau korang memimpin dan macam budak-budak, korang akan diperbudak-budakkan".

Bergembira sememangnya bagus. Tapi gembira tanpa kawalan buat kumpulan daripada UKM ini lupa matlamat. Kerna terlalu berseronok, tugas yang diberikan tidak diselesaikan dengan baik dan hasilnya tidak memuaskan. Pak Man memulakan sesi pertama 'brain wash' yang baik. Semua terdiam dengan nasihat dan komen yang diberi Pak Man.

Good leader learnt from mistakes. And they never make the same mistakes again.

Acara seterusnya adalah night-walk. Semua yang ada berkobar-kobar selepas mendengar ceramah. Night-walk seperti biasa dalam satu kumpulan yang besar sambil diiringi oleh fasi-fasi. Pak Man paling depan jadi peneroka penunjuk jalan.

Wah, ini kali pertama sejak berbulan-bulan tak menjadi fasi. Ada perubahan pada laluan night-walk. Perjalanan pergi melalui laluan hutan. Lalu ikut jalan tanah liat nak ke tapak war game. Barulah thrill macam ni. Berpusing-pusing dan berhalang-halangan. Masuk semak, keluar semak, lalu Grand Canyon dengan tanahnya yang putih bersih dan sunyi.

Aku baru perasan jalan bila nampak tokong Cina di tengah-tengah hutan tu. Jalan pulang masih ikut jalan tar seperti biasa. Seperti biasa juga, 'hantu-hantu' komited dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disebabkan rakan 'seper'hantu'an' aku, Khalid takde (Khalid dah buka kedai printing di Melaka, tahniah :) ), maka terpaksalah aku menjadi hantu secara solo. Mula-mula semangat masih berkobar-kobar, jadi aku tunggulah dalam semak. Tapi bila orkestra nyamuk bermula, aku keluar dan tercangak di tepi jalan.

Apa yang seronok bila jadi hantu adalah menghayati perasaan hantu itu sendiri.

Bak kata Prof Scott Peck:

" It is an enthuism for me when an entity(ghost) make funny of people".


Bayangkan manusia yang melangkah megah. Bayangkan perempuan berjalan dengan mulut tak lepas bersoksek-soksek. Bayangkan mereka-mereka yang tiba-tiba berlari selaju Micheal Johnson. Cukuplah kenangan bilamana 5 kali aku menegur mereka yang tengah berjalan, dengan niat tulus ikhlas (bukan nak mengorat,ya) sekadar untuk bertanya:


"Ramai lagi ke kat belakang?"

Lalu mulut yang macam machine-gun tadi jadi macam silencer. Diam sepi terus. Ada yang mengucap panjang. Kadang-kadang terfikir juga alangkah mulianya hantu-hantu yang sentiasa membuat manusia ringan berzikir pada nama tuhannya :)


Bila semua sudah tiba di kem, ada peserta-peserta yang menunding ke arah aku. "Itu hantunya". Alangkah tak senonohnya, sehensem aku dituduh sebagai hantu pula..


Biasalah malam pertama, siapa mahu tidur awal,kan? (Eh, korang yang fikir bukan-bukan :p )


.......................................

Sabtu
4 Dismeber 2004


Jam 6.15, semua sudah bersedia untuk menunaikan solat Subuh. Saya bangga dan kagum punya rakan-rakan semacam ini. Komited dengan solat walaupun di dalam hutan. Biasalah, imam satu takde (Ustaz Zul), maka akulah yang mengambil alih. Pagi-pagi buta itu aku mengambil peluang untuk mengucapkan selamat datang kepada para peserta sekali lagi. Sekadar menambah kemesraan dengan cara yang berbeza pula.

7 pagi, Asri memulakan senaman pagi. Melampau la Lans Koperal ni. Senaman pagi ala-ala askar dilakukan. " Tu baru sikit, Dino.." Entah, aku ni pun dah lama tak bersenam waktu pagi-pagi, padanlah jika tercungap-cungap juga.

Pukul 8 lebih, kumpulan bertugas menolong geng dapur mengisi air dan sarapan. Semua makan dan kenyang. (Bak kata Jepun : Yang ni pun perut macam stokin). No comment

Lebih kurang jam 8.30, acara Jungle Trekking bermula. 2 kumpulan digabung menjadi satu, jadi cuma tinggal 3 kumpulan Jungle Trekking saja. Pak Man seperti biasa adalah chief-de-mission. Dalam sibuk-sibuk mahu bertolak, felo-felo Kolej UKM mahu memancing. Kurang pasti samada banyak atau langsung tiada ikan yang ditangkap, cuma tahunya mereka memancing di jeti kedua.

Saya menolong Cica bersiap untuk aktiviti rakit pada waktu petang. Angkat buluh, paddle kayu (berat pula) dan kerjakan mana-mana tiub bermasalah.

Tengah hari, lebih kurang jam 12, semua peserta sudah pulang. Mereka mandi-manda di tasik dan makan. Menerima saranan saya, mereka berjemaah secara jamak dan Qasar. Dihimpunkan Zohor dan Asar sekaligus. Ini memudahkan lagi perjalanan aktiviti di petang hari nanti.

Jam 2, semua sudah bersedia untuk aktiviti berakit. Pertama-tamanya pastilah penerangan daripada Pak Man. Kemudian acara merekacipta. Seperti biasa, dengan kehadiran engineer-engineer banyaklah rekaan-rekaan rakit yang terbaru dan unik diketengahkan. Ada yang mementingkan konsep aerodinamik, ada yang cuba berpegang pada keselesaan pengguna. Saya berdiri di sebelah Pak Aji. Bekas askar ini tentulah banyak idea yang bukan sekadar bernas malahan praktikal. Saya diam saja mendengar ceramah.. :)

Letih memerah kepala untuk rekabentuk terbaik, ada acara makan petang. Malang sekali acara makan-makan ini tiada pertandingan, jika tidak pasti ramai akan berusaha bersungguh-sungguh bertanding :)

Jam 4.30 rasanya, tibalah masa untuk menguji kenderaan di treknya. Jika kereta formula One di litar Sepang, maka rakit formula One pula di tasik kem. Saya kurang pasti siapa yang menang kerna banyak sangat warnanya. Lagipun saya ini semacam mengkarung, bertukar-tukar warnanya. Mana-mana kumpulan yang kalah akan saya sokong. Yalah, kan gentleman sedikit lagaknya :p

Perlumbaan terpaksa dihentikan awal dan ada rakit terpaksa ditunda. Saya ingat warna kumpulannya tapi biarlah saya rahsiakan untuk menjaga aib mereka. Kilat memancar dan langit mula gelap.

Seterusnya pasti boleh dijangka. Hujan turun dengan selebat-lebatnya. Kalaulah diibaratkan dengan manusia, meraung merataplah jenis tangisan hujan itu. Dalam kekalutan hujan itu, kami berseronok. Mandi hujan! (Mampus kena leter bila Kak G baca ini). Tak puas lagi berseronok, Cica dengan serius bertanya:

"Budak-budak tu ok ke?"

Berlarilah kami. Macam cerita berlari ke langit pula. Cuma bezanya kami berlari ke khemah. Pelajar-pelajar UKM semuanya dah selamat bercanda di dewan kantin dan di surau. Kami ini berbasah-basahanlah menyelamatkan mana-mana khemah yang cuba dimasuki air. Memang agak lebat hujan itu hinggakan terbentuk beberapa aliran-aliran air mengalir ke arah tasik. Tapi itulah adat hidup, sudah berpanas, kita berhujan pula.


Malamnya semua dah letih. Saya mengimamkan solat Maghrib+Isyak berjamaah secara Jamak dan mengadakan sedikit tazkirah. Meminta maaf jika hujan ini menyusahkan tetamu yang datang dan mengaitkan erti kepayahan dengan alam.

Lepas makan malam (seperti biasa, masakan yang enak daripada Pak Aji and the gang), peserta daripada UKM ini melakukan aktiviti dibawah kelolaan jawatankuasa mereka sendiri. Kami? Oh, kami kan bagus-bagus semua.. Tak elok kita mengganggu majlis orang, jadi kami memerhati daripada pondok fasi. Betul, kami tengok dengan mata celik. Mana ada tidur :)


.................... (panjang sangatlah bila laporan ini terperinci. Nanti taip lagi. Lab HS ni pun buka sampai 10.30 saja. Sehingga aku rajin lagi :) )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...