Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, May 21, 2006



Image and video hosting by TinyPic
Ni tapak untuk tempat ambil wudhu', depan tandas puteri. Asri buat ni.

Image and video hosting by TinyPic
Penuhkan tapak dengan batu-batu merah, yang ni depan tandas lelaki.

Image and video hosting by TinyPic
Kerja menolak tanah bermula.

Image and video hosting by TinyPic
Cuaca mendung dan macam nak hujan. Tapi kerja diteruskan juga.

Image and video hosting by TinyPic
Kwek (driver JCB) sedang bekerja.

Image and video hosting by TinyPic
Dah nampak pejabat !

Image and video hosting by TinyPic
Progress masa petang.

Image and video hosting by TinyPic
Bilik mandi baru. Badang-badang Kem sedang kerja keras. Syafiq, Matger, PG dan Azim.



++++++++++++++

Apsere Adventure 2006

Dah beli tiket dah. Pukul 8 malam, 29 Mei 2006. Express Wau. Naik di Tampin dan turun di Jerantut. Will reach Jerantau at 0045 hours.

Beli juga akhirnya. Menunggu dua orang VIP yang payah sungguh nak sms/tepon/YM/pesan kat member, pergi atau tidak. Yelah, orang busy. Nama pun VIP, kan ? Dah lah tak nak sms/tepon/YM/pesan kat member. Kita telefon pun tak nak angkat.

Ni tiket dah beli dah, jangan pulak mengatal nak cancel tak nak pergi.

Monday, May 15, 2006

Di Tepian Danau

So long, dearest Pondok Fasi !. Pondok Fasi atau nama rasminya D Tepian Danau diruntuhkan untuk Projek Baru Kem. Sedihnya kami. Selama 3 tahun, di sinilah tempat fasi-fasi lelaki tidur, berehat, simpan kasut (bank kasut di tangga pondok) dan berbagai kegiatan lagi yang tak cukup ruang untuk tulis di sini.

Image and video hosting by TinyPic
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Image and video hosting by TinyPic
Pondok fasi, dari depan. Kat sini ada 2 sofa lama, yang saya bawa dari rumah. Sofa tu, sofa pertama saya yang Mak dan Ayah belikan selepas kahwin. Selalunya sofa tu jadi tempat tidur Ayap dan Toyak. Ular pun pernah tidur atas sofa ni. Tapi dah bakar dah sofa ni semalam :(

Image and video hosting by TinyPic
Dari kiri : Toyak (pegang winter green yang bersejarah), PG, Cicha, Matger, Azlie, Syafiq, Fendie dan PakLet. Depan, bongkok : Asri. Kami posing sebelum Pondok Fasi dipecahkan. Soft toys Nana yang jadi permainan dan teman tidur fasi, diarahkan Pak Let supaya dibakar. Dapat selamatkan seekor ayam sahaja. ( Kat tangan Azlie)

Image and video hosting by TinyPic
Poster ni, dah ada di Pondok sejak Pondok siap dahulu. Budak SMK Teknik Bukit Katil bagi kat Pak Man. Kenapa simpan poster ni ? Selain kenangan untuk Pak Man juga kenangan untuk saya sebab group ni sejak 2003, hinggalah sekarang, masih belum bayar upah penat kami !

Image and video hosting by TinyPic
Tangga tempat fasi-fasi lepak main guitar, usik aweks dan lain-lain. Selalunya kat bawah tangga ada banyak kasut-kasut fasi-fasi.

Image and video hosting by TinyPic
Tak boleh bawa kasut ke atas Pondok. Baca signboard ni.

Image and video hosting by TinyPic
Kerja-kerja memecah bermula pada pukul 8 pagi tadi. Matger dan Syafiq atas bumbung. Fendie tukang angkat zink bersama Pak Let. Toyak sampai pukul 8.30 pagi.

Image and video hosting by TinyPic
'Tukang pecah rumah'

Image and video hosting by TinyPic
Gambar ni saya ambil pukul 12.30. Zink dan rangka atas juga dinding dah habis dibuka.

Image and video hosting by TinyPic
Tengahari tadi kami makan lauk asam pedas ikan tenggiri yang saya masak. Ada letak daun kesum dan bendi. Ni Fendie. Fendie kerjanya membuka semua paku-paku dan angkat papan untuk dikumpulkan depan Bayu.

Image and video hosting by TinyPic
Kayu-kayu yang telah dibuka dikumpul depan Bayu. Kami nak guna kayu-kayu ni untuk besarkan jeti.

Image and video hosting by TinyPic
Ni tempat lepak fasi yang terletak depan Pondok. Lepak ramai-ramai di sini.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Will update on SMK Banang Jaya and The President Visit to KLD soon. Hari ni, penat sangat. Berat sungguh papan yang saya kena angkat tadi.

Wednesday, May 10, 2006

Ini Bukan Blog Puteri dan Apsere Adventure

Entah apa merasuk, entah apa menyampuk. Saya, menukar kulit blog jadi merah jambu. Sawan hari ulangtahun kot ? Umur naik setahun lagi, lalu gatal-gatal DHI ditukarkan warna kulit. Sudahlah tidak macho lagi seperti namanya.

Pun, tidak perasan kepada ketidakmachoan DHI sehinggalah Cik Ina kita menegur begini :

ina: lawa nyer blog ni. mcm puteri umno. akak ahli puteri ye ? hidup puteri umno !!!!!!!!!!!

Wah, perkataan 'akak ahli puteri' tuh amat bisa pada pembacaanku. Tolong !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dah tua dik, mana boleh jadi puteri lagi. hehehehehe.

+++++++++++++

Apsere Adventure

Di Kem, asyiklah bercerita pasal Apsere Adventure. Semua sedang teruja.

Minggu lepas Encik Kamal datang untuk ceramah KK Selandar. Encik Kamal beri banyak info mengenai Taman Negara Pahang. Menarik. Mesyuarat minggu ni, akak akan update.

Fendie beli pancing ( ker batang pancing ? apa perkataan yang betulnya ? ). Sedang training dengan Matger di Zorro Point, dekat Zone War Game. PakLet pun mancing sama. Semalam dapatlah keli 20 ekor, sudah digoreng dan disambalkan. Dimakan hingga habis juga. Fendie belajar cara baling pancing, cara yang Toyak panggil, baling 'lingo'. Entah apalah tu.

Toyak dah bersiap-siap dengan segala bekas, tin dan tempurung segala. Mahu bawa bekal telur kerengga, anak lipan, ulat tematu (betul ker namanya ni ? ) dan segala anak cencorot, katak dan entah apa binatang kecil lagi. Harus lari semua orang dalam keretapi dari kita semua nanti.

Called Kucai. Kucai konvo 1st June. PakLet suruh Kucai jumpai NC mintak tukar tarikh. Okay, okay toksah risau korangs. Dah betulkan Kucai balik dah. Selamba rock, Mamat tuh ! Bayangkan dia betul-betul pi jumpa Naib Canselor, minta tukar tarikh konvo. Nasib dah halang tadi dah. Tahu lah dia tu, dia buat betul-betul. Mati lah Cikgu Kamarudin dengan Cikgu Markonah bom Kem. Tapi Kucai akan ikut kita dan balik pada 31st May. Kalau dia tak nak balik, kita ikat, campak dia dalam bas. Paksa juga dia balik untuk konvo.

Yang belum confirm, cepat-cepat confirm sebab nak booked tiket keretapi ni.

Ni tentative program kita.

24 - 26 Mei - SK Cina Chinchin
26-28 Mei SK Abdullah, Muar

27 Mei - Tipah Fendie Konvo. Congrats dear Tipah from all of us at KLD :)

28 malam - semua tidur Kem dan siap-siap. Khemah tumpang kereta Abang Icam. Icam, wife dan Burn naik kereta.

29 pagi - Breakfast @ Bidin. Adventure begins. Bertolak naik bas ke Alor Gajah. Naik bas salin-salin untuk lebih adventure. Banyak berjalan, banyak aweks untuk dingorat, kan ?
Alor Gajah - Tampin. Lunch @ Tampin. Lepak-lepak. Solat.
Tampin to Kuala Tembeling.

30, 31, 1 June - Taman Negara, Pahang

2nd June - Bertolak balik

And guys, ada big group on 5th June - 350 pax. Semua orang yang sedang cuti ni, kerja yer ? 5 days 4 nights. Sepeninggalan kita nanti, Pakcik Bujang dan Haji Yusof akan siap-siapkan apa yang patut. Lepas rehat, 4th kita mula kerja yer ? Hujung bulan ada satu lagi big group - TOT KUIM - pun lebih 300 pax.

+++++++++

Minggu ni - SMK Banang Jaya.
Fasi on duty - Asri, Fendie, Azlie, Azim, Mus, Alif, Adilah, Azim, Matger, Syafiq, Toyak dan Cicha.

ada meeting on Apsere Adventure juga. Nanti Asri akan beritahu tarikh dan masa. ( dia boss project nih, kan ? )

liepenang dan dori_assary

Tahniah !!!!!

Asri dan Azlie dah selesai dengan Projek Sarjana Muda. Selesai satu bab lagi dalam kehidupan. Bab sebagai pelajar Universiti di KUTKM. Dan bab lainnya sedang menunggu. Best of luck, guys !

Bukan mereka sahaja, saya juga sedang meninggalkan helai-helai penting dalam sejarah hidup saya. Kepada saya, mereka merupakan helai yang penting, yang tak mungkin saya lupakan. Tapi kehidupan perlu diteruskan. Remember the 'Butterfly Story' yang Encik Kamal ceramahkan selalu ?

Saya akan merindukan mamat-mamat nih ! Bila dah kerja nanti sudah kurang masa untuk berYM, berkonferasi ( uh ! )apatah lagi nak beramai-ramai jadi hantu.

Dan saya simpan YM Chat kami hari ni, buat saya renung-renungkan di masa depan.

+++++++++

Chat dengan Azlie aka Mat Bunga Kem aka Abang Piling

liepenang: alhamdulillah...
liepenang: dah abih dah,,,,,
G: tahniah
liepenang: nasib baik xkena byk tanya
G: sumer ok ?
liepenang: ok.....
G: wah leh konvo lah lie .. alhamdulilah
liepenang: heheheh
liepenang: lom lagi....
liepenang: fee belum bayau....
G: oooooooo
G: tak pe, cari keje
liepenang: hhheheeh
G: paling penting tuh grad
liepenang: xpe duit xder masalh
liepenang: janji sumer dah settle,,,,,
G: dah wat sujud syukur ?
liepenang: lom lagi..
liepenang: hehhhe
liepenang: mlm ni la....
G: ishhhhh wat ler
liepenang: jap lagi nak pi pantai kundur.....
G: kan dah lega dah nih
liepenang: jamuan klas
G: wah enjoy dulu ek
liepenang: hehehhehe
G: hehehehe
liepenang: (gambar shisha)
G: amboi !
G: shisha ker tuh?
liepenang: aah (gambar shisha)
liepenang: hahahhahhaha
G: ishhhhhh lama lak kita tak main shisha kan?
liepenang: tu la
liepenang: suh kucai baawak...
G: ok gak kan
G: hehehe
G: leh main dlm ketapi

++++++++++++

Chat dengan Hero Kayak KLD aka Abang Yaribba aka Abang Askar

asri fasi: dah bru blk...
G: sumer ok, kan asri?
asri fasi: a'ah ok ...beresssssssssssss
G: alhamdulillah
G: tahniah yer
asri fasi: tak kna teau...
G: bagus lah tuh
G: penat korang 2-3 bulan nih
asri fasi: a'ah
G: dah leh grad lah nih
asri fasi: cuma tgu tuk buat hard cover je tesis tu...
G: akak chat ngan lie gak nih. dia pun ok sumer, alhamdulillah
G: tuh biase lah
asri fasi: tp sbl tu kna edit skt2 lg..
G: ok lah tuh
G: janji sume rdah ok
asri fasi: tu la, syukur laaaa dah lps sume..
G: akak pun heppi sgt dengar
asri fasi: TQ
G: leh carik keje, leh kawen ... heheheh
asri fasi: keje tu dah blh cari dah, tp kawin tu.......kna cari calun dlu laaa
G: hehehehe
G: kat kem takde citer lain- asyik ler taman negara
asri fasi: mgu ni kita bicang pls tmn negara ye kak G
G: tuh lah paklet tunggu korang
G: surat fendi dah wat mlm tadi, dah hantar kat bam, kat zack
asri fasi: tp ade gak fesi lame yg tak leh g
asri fasi: mcm pak D
G: sape?
G: tuh yg tak best tuh
asri fasi: Z blh ikut tak, dia dpt cuti tak?
asri fasi: pak D dia tak leh dpt cuti lame cam tuuu
G: fendi hantar surat dah, harap2 zack leh pergi
G: ooooooooo
G: tak best kan pakdi takde
asri fasi: tp hedy blh ikut, kira dia jd bujang laaaa
asri fasi: tu laaa
G: nnt kita wat gathering last lah kat Kem
asri fasi: kawan lama tak leh g mmg la tak best...
asri fasi: mkn blh kot...
G: kumpulkan semua org, nnt korang dah keje, payah nak kumpul ramai2
G: ishhhhhhhh sedey ah !
asri fasi: tp banyak benda lain lg kita blh sedih kan.....
G: sedeyyyyyyy
asri fasi: so jgn la sedih sngt......nt sume org jd sedih plk
G: tp heppi gak tengok semua dah grad, dah berjaya
asri fasi: mgu ni group masuk tak ramai sngt kan.....?
G: tinggal johnie2 jer nnt
G: 80 org lebih kots. masuk cikgu ngan anak beranak dia orang ngan fasi lebih 100
.
asri fasi: a'ah
G: asri ader kan
asri fasi: sek mna tu
G: banang jaya
asri fasi: saya ngn lie ade...
asri fasi: oooo
asri fasi: diorang pernah masuk dlu..
G: fendie, toyak, cicha, azim, aliff
G: ha ah
G: yg abg angkat muafa tuh
G: yg ruddy, muafa, iha, dino pergi training tuh

asri fasi: ooooo
G: iha tadi call tak leh dtg, dia exam next week
asri fasi: ooo
G: nnt kena bincang pasal trip ni nnt
asri fasi: tu laaa klw sume AJK tu ada blh la nak bincang skt psl tmn negara tu....
G: nnt akak tanye iha, kot dia leh dtg kejap ker
asri fasi: psl iha dia pegang psl travl kan
G: ha ah
G: dah start cari keje tak ?
asri fasi: bru skt jeee
asri fasi: lps settle sume bru nak cari betul2
G: dah boleh carik sikit2 dah nih
G: mintak member rekemen
asri fasi: hr ahad ari tu saya masuk badang melaka....best ....kak g
G: yg bamz ckp asri menang tuh yer ?
asri fasi: tu la ada dah tanya mmber yg ade dtg sni klw2 tmpt diorang nak pakai org
asri fasi: a'ah rezeki anak2..................
G: dpt apa ?
G: ngan pg tuh menang tak ?
asri fasi: dpt sijil ngn duit jee
G: wah, brapa juta ?
asri fasi: ngn PG tu tak menang ..........yg tu kayak nye...kami masuk slalom double
G: abis apa yg menang ?
asri fasi: yg kaya saya dpt marathon double 3 KM (RM100.00 kna bahagi dua)...
G: yg tutup mata ?
asri fasi: yg satu lg kayak sprint single tutup mata dpt no satu RM200.00
G: ooooooo
G: leh wat duit binding psm tuh asri
asri fasi: yg hr ahad bru ni.saya masuk badang melaka lak...
asri fasi: hadiah smpi no 8
asri fasi: saya dpt no 8 laaa..mmg tak target nak msk pun last2 minit je bru teringin nak masuk...tu yg dpt no 8 tu..
asri fasi: dpt la hadiah RM150.00
G: ok lah tuh
asri fasi: tp mmb best ...walaupun dia nye task taf2
G: dia buat kat mana ? tasik air keroh gak ker ?
asri fasi: yg badang dia buat kat ngn Kg Morten , tp muara sungai melaka tu...
G: oooooooo
asri fasi: ok la kak g saya nak g solat dlu , pas ni nak g train budak kayak KU plk
G: ok, ok. take care asri
G: jumpe ari jumaat
asri fasi: diorang training tu MASUM ni esok dah nak pegi..
G: oooooo
asri fasi: ok

++++++++++++

Wednesday, May 03, 2006

Ulangtahun Kelahiran, Johnie KLD dan Apsere Adventure 2006.

Menyambut ulangtahun kelahiran minggu lepas, 27 April. Thanks to my family - Abang, Mak, anak-anak, adik-adik dan adik-adik ipar atas doa' yang semoga dimakbulkan untuk saya. Semua hantar kad termasuk anak saya yang jauh di KK. ( Iqi, mama tak kira, mama nak juga JD tuh .. paksa mummy cari juga untuk mama tau !) Saya sayang mereka semua. Abang dan anak-anak, thanks bagi saya hadiah yang sungguh 'bermakna' tu. I love you !

Thanks so much untuk Asri - akak dah print dah ucapan tuh, dan semoga doa' tu dimakbulkan jua - Amin ! Thanks Iha, thanks Fakiha for the call ! Thank you Icam, kawan dari kecil for being the first to wish me this year. Suka dia, saya dah ikut sama tua dengan dia :(

Tiada apa yang saya mahu dari kehidupan ini. Selain dari sentiasa di bawah lindunganNya, diberikan rezeki yang baik untuk saya nikmati sekeluarga dan semoga saya tidak lagi lalai mengerjakan semua suruhanNya. Amin ! Pun begitu, saya sentiasa meminta agar anak-anak diberikan kehidupan yang baik, semoga mendapat kejayaan dalam kehidupan mereka dan juga tidak lalai dari mengerjakan segala perintahNya. Saya juga mohon semoga diberikan hati yang baik dan semoga saya dapat berkongsi kasih sayang yang saya ada dengan semua orang yang saya sayang.

Dan juga semoga anak-anak saya di Kem yang bakal grad mendapat pekerjaan yang bagus-bagus, gaji besar - semoga boleh belanja kami makan sate. ( Aup dengan Zack, masih hutang kita belanja gaji pertama, kan guys ? )

+++++++++++

Johnie KLD

Johnie adalah panggilan untuk 'Junior Fasi'. Fasi-fasi yang masih dalam training, yang belum pandai kerja. Dipanggil Johnie, bukan Junior.

Bukan mudah untuk menjadi seorang Johnie apatah lagi menjadi seorang Fasi. Dua minggu lepas, ada seorang Trainee datang membuat 'on the job training'. Dia seorang yang mempunyai berbagai sijil dalam bermacam bidang. Tetapi kerana asas yang berlainan, cara dia tidak sama dengan cara Kem.

Ada banyak sijil memang bagus. Tetapi yang paling penting ialah anda. Diri anda sendiri. Sebab yang bekerja anda, bukan sijil-sijil tersebut.

Disiplin penting, begitu juga perwatakan diri. Rambut pendek dan kemas. Dari PakLet hinggalah ke Alif yang baru bekerja termasuk Pakcik Bujang, semuanya berambut pendek.

Pakaian juga kemas. Walaupun kami pakai baju free sahaja bila bekerja ! Memang banyak baju free bila bekerja di sini. Selalunya, organisasi yang buat program akan menghadiahkan baju-baju kepada fasi-fasi yang bertugas. Ada juga baju dari 'Bank Baju'. Kasut pun tak perlu beli. Ada banyak kasut di 'Bank Kasut'. Takpun, pakai sahaja 'Adidas Jawa'.

Fasi-fasi yang ada hari ni telah bersama Kem sejak 4 tahun lepas. Dari mereka tahun pertama, tahun ni semuanya dah grad atau tinggal semester terakhir. Zack, Pakdi dan Fendi dah grad. Semester akhir - Asri, Iha dan Azlie. Hiedy, Kucai dan PG dah tahun 3. ( er, ye ker Kucai tahun 3 ?)

Mereka 4 tahun dulu bukanlah seperti mereka hari ni. Sekarang adik-adik nampak abang Fendie dan abang Asri, konfiden sahaja bercakap depan beratus-ratus peserta. Tak gentar, tak mengelabah pun menyusun ayat. Bukan ada skrip, kan ? Boleh melawak lagi. Dengan budak kecil, begini caranya. Orang tua lain pula. Nampak konfiden sahaja, kan ?

Banyak yang telah mereka lalui. Terlalu mahal pengalaman 4 tahun tu. Mereka grad dengan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti. Mereka juga grad dengan Pengalaman Mahal Mengendalikan Manusia dari KLD.

4 tahun dulu, Fendie dengan rantai tangan dan rantai lehernya. Dengan rambut 'iron'nya. Asri, si-panas baran. Sekarang, siapa paling cool di Kem ? Hensem pulak dah tuh, semua yang dah besar nih :) Dulu, Mat Piling pun tak hensem macam sekarang. Dulu aweks peserta saja mengurat Mat Piling, sekarang dengan cikgi-cikgi dan pegawai-pegawai sekali mengurat dia

Abang Zack 4 tahun lepas, dengan kupiah kaler-kalernya. Nak kata ala Raihan bukan, ala Rabbani bukan. Sekarang semua sudah jinak ! Kak Iha dulu, asyik jadi mangsa gurauan dan bulian. Kucailah si-tukang buli. Kesian Iha bila Kucai dan Abob ada. Sekarang, berani kacaulah, kan Iha ?

Abang Toyak dan Abang Cicha jer yang sama sahaja :)

Bukan terus-terus sahaja mereka boleh handle peserta.

Masa mula-mula mereka kerja dulu, KLD sangat miskin. Bangunan yang ada cuma tandas dan sebuah bangsal. Dewan yang dibuat dari Kayu Gelam dan Zink. Kami tidur ramai-ramai kat situ. Kalau hujan, tarik tikar, buat tutup badan. Lelap juga sehingga pagi. Sehingga nak kejut, PakLet kick baru nak bangun.

Tapi kami happy. And sometimes i feel i'm happier then. Zaman anak-anak kecik lagi :)

Dan kerja fasi, bukanlah mengikuti aktiviti sahaja. Kalau ada emergency - baik tandas tersumbat ker, pintu tandas tercabut, kunci pegawai hilang, kereta pegawai tak boleh start - pun kena setel juga.

Tanyalah orang lama, pengalaman mereka. Yang baik, jadikan contoh dan yang tak elok, elakkanlah.

Selamat Menjadi Johnie.

++++++++++

Apsere Adventure 2006

List Confirm Pergi : PakLet, Kak G, Ayin, Nana, PG, Cicha, Toyak, MatGer, Asri, Iha, Fendie, Zack, Abob, Along Bunga, Azlie, Azim, Apek, Kucai dan Hiedy.

Kita akan naik keretapi dari Tampin ke Kuala Tembeling.

Tak boleh nak bayangkan masing-masing punya perangai.

Along Bunga, FendieAzlie dan Azim - akan kacau aweks sepanjang gerabak.
Pakdi, Asri, PG akan interview pekerja KTMB - dan check semua enjin yang ada dalam keretapi tuh.
Cicha akan kacau MatSalleh dan speaking bahasa yang dia jer faham tu.
Toyak dan PakLet akan check semua lubuk yang kelihatan dari ketapi - 'ada puyu tak tuh?'
Kucai, Abob, Zack akan kacau semua orang

mau agaknya , driver ketapi, tepon headquaters dia'

" Encik, chop sekejap boleh ? " Encik Driver
" Iye, apa hal " Encik Boss dia lah ni
" Ada 20 orang yang tah dari mana nih, suruh dia orang turun dulu boleh ? "

wah, kena behave tau guys. kang orang halau kita ker, kurung kita dalam gerabak haiwan ker. kesian kita.

encik kamal pun nak ikut. leh cari makan nih, kita organise kem kat taman negara, siap ada penceramah motivasi terkenal !

Fasi on-duty minggu ni, nanti PakLet telefon. KK Selandar confirm, KK Alor Gajah ada problem pulak.

Tuesday, May 02, 2006

SM Sains Muar, SMK Cina Seg Hwa, Literasi Melayu, dan MMU Cyberjaya

Sekolah Menengah Sains, Muar.
MasyaAllah, dah lama sangat SMS Muar masuk dan keluar sampai lupa cerita peristiwa yang berlaku. Saya Cuma ingat kumpulan ni ada peserta-peserta yang bernama unik – lelaki bernama Rina dan Angela. Selalu gitulah, tak terlupa pada yang pelik dan unik.

SMK Cina Seg Hwa
Saya menunggu-nunggu kedatangan gambar-gambar dari Jurugambar Seg Hwa. Si-‘Dewa Kekayaan’ yang menjadi jurugambar berjanji akan mengemelkan gambar-gambar, tapi sampai hari ni, tiada jua bayangnya. Saya ada terima gambar (hardcopy) dari Safiyah. Tapi tak de scanner. Tak boleh scan untuk letak di sini. Cantik-cantik gambarnya, dengan berbagai posing dengan abang-abang fasi.

Untuk Seg Hwa, kami lantik 2 Asst. Kem Komandan – Asri dan Fendi. Dengan peserta ramai dan aktiviti-aktiviti baru, kerja jadi banyak dan peserta perlu perhatian setiap masa. Selain dari fasi bertugas – Iha, Cicha, Toyak, Azlie, Azim dan Angah, ada juga jungle guide yang bertugas. Haji Yusof, Lan, Ah Lau, Jin Keong, Iz dan Elo.

Seg Hwa buat Kem Remaja Lasak 5.

Hari Pertama
1. Meneroka tanah depan Pintu Besar KLD. Site ini juga telah dinamakan dengan rasminya (ishh okay ker ayat ni?) sebagai Tapak 3 Lambaian Seg Hwa. Setiap kumpulan perlu mengemas tapak sendiri, bina gadget dan pasang tents. Hujan lebat lewat petang menyebabkan tapak depan tuh licin dan berselut. Fasi mengikat tali-tali sebagai pemegang ketika berjalan. Aktiviti malam, Night Walk dan ada kumpulan yang tak tidur malam, menyiapkan gadget.

Hari Kedua
1. Morning Exercise untuk memanaskan badan.
2. Sarapan Pagi.
3. BadangRace. Selepas sarapan, peserta akan keluar dari Kem. Mereka perlu buat berbagai ‘task’ dan menjawab soalan-soalan.

Sebahagian peserta akan berdayung ke ‘Pokok Durian’ membawa boya-boya dan paddles. Kemudian, meninggalkan boya dan paddles, berenang kembali ke jeti. Tak jauh, dalam 800 meter pergi dan 800 meter balik sahaja.

Selepas semua berkumpul, memulakan perjalanan. Jalan Merah-Tapak War Game-Canyon-Bukit Tuah-Puyu Ker Betuk-Sempadan Johor Melaka-Rumah PAM-Rehat dalam Hume Gergasi-Ladang Kelapa Sawit- Gelunsur- Buluh Tolak Rakit- Ladang Getah – Tebang Buluh Rakit – Angkat Buluh- Reban Ayam- Tepi Tasik Biru- Lunch di Tepian Tasik- Kampung Cina- Pokok Pisang- Ladang Getah-Jalan Merah- Pokok Durian-Ikat Rakit- Berdayung Balik ke Kem.

18 kilometer.

Keluar pagi – sampai ketika hampir waktu Maghrib. Fasi dan peserta semua letih longlai !

Kumpulan yang menang ialah Kadet Polis yang berentap dengan Pengakap.

Macam-macam peristiwa yang berlaku.
1. Peserta pengsan (lupa nama – kawan Safiyah). Saya dan Azim bawa balik ke Kem.
2. 3 orang peserta sesat. Saya dan Azim dah tunjukkan jalan dan lukis atas tanah, arah mana perlu tuju, dia sesat juga. Kumpulan Iha. Dah lah Iha kena tolong pikul buluh, risau ahli kumpulan sesat lagi. Akhirnya, ada orang hantar mereka ke Kem. Dan saya kena bayar RM 2.00 duit minyak si-penghantar.

Hari Ketiga.
1. Streching
2. Sarapan Pagi
3. ‘War Game’
4. Majlis Penutup

Bye, Seg Hwa !!!

Literasi Melayu, MMU Cyberjaya

Kem Komandan, Zack dibantu oleh Cicha, Alif, Adilah dan Mushi. Program Senggang Santai – Berpoya-poya sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...