Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, March 28, 2006

Gambar UPM

Gambar sahaja dulu, ye !

Image hosting by TinyPic
Tawanan Perang. Balik dari War Game, melalui Hutan Lalang.

Image hosting by TinyPic
Ni posing nih, menang ke kalah ?

Image Hosted by ImageShack.us
Di Canyon. Morning Jog.

Image Hosted by ImageShack.us
Berebut Air. Perempuan cari air, lelaki bunuh Jenderal.

Image Hosted by ImageShack.us
" Andai kata kami jalan semua, taburlah bunga di atas jalan .... "

Image Hosted by ImageShack.us
Balik dari War Game. Adelah bend salah yang dibuat peserta nih, sampai kena denda tak habis-habis ..

Image Hosted by ImageShack.us
Bergambar ramai sebelum pulang ke UPM.

Friday, March 24, 2006

Kerja Kosong Di KEM LAMBAIAN DANAU

Iklan Kerja Kosong yang saya letakkan di blog ni, mendapat berbagai respons. ( alahai, puas fikir, apa respons in malay - minda ku beku lak ! )

Ada yang SMS, ada yang misscall.

Ada yang email.

Ada juga yang berlakon. ( Part nih, sebenarnya kecik hati dibuatnya. Anda begitu hampir dengan saya, u can just ask me anything, anytime, u want. Lagi mau berlakon. Sedey weh ! Teringat masa mula-mula kenal ko dulu. Macam mana saya menerima anda. I took u in, bebs :( Ampeh ko nih. Biarlah. Harap-harap saya pun boleh terus berlakon seperti anda. Sabarlah wahai hati. )

:(

Tapi ramai juga yang genuinely nak mintak kerja.

+++++++++++++++

Thanks to Encik *** yang telefon dari NS pagi tadi. Encik, sila minta mereka-yang-berminat-nak-kerja tu emailkan kepada saya di lambaiandanaukem@yahoo.com info-info yang saya inginkan.

Ikut seperti di bawah :

Borang Permohonan

1. Nama Penuh
2. Alamat Tetap dan No. Telefon
3. Alamat Tempat Belajar / Bekerja dan Emel Add
4. Handphone No.
5. Kelulusan Tertinggi
6. Pengalaman Berkaitan 'Outdoor' atau 'Motivasi' (takde pengalaman, pun tak pe)
7. Siapa Perlu Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan

Contoh :
1. Syarifah Diana binti Syed Dahlan
2. 123, Jalan 4, Taman Merak Kayangan, Air Keroh 75450, Melaka. 06-2789123
3. Tahun 2, Kolej Pandai-Pandai Belaka, Bangi, Selangor. dianadahlanlawa@yahuu.com
4. 012-3456789
5. Diploma Sains Sukan
6. PLKN, peserta 'wall climbing' peringkat Kolej.
7. Ayah - Encik Syed Dahlan Syed Dalib. 123, Jalan 4, Taman Merak Kayangan, Air Keroh 75450, Melaka. 06-2789123

Tidak perlu tulis surat. Cuma tuliskan info-info yang diinginkan itu dan juga soalan-soalan yang berkaitan, jika ada.

Jika ada masalah, sila telefon 019-3682498. Terima Kasih.

Thursday, March 23, 2006

Ini Bukan Entri 2003

Lama dah tak tulis blog style 2003. Dulu, entri blog ni semuanya tentang segala yang berlaku. Sapu sampah, tulis. Repair tandas, tulis. Gaduh laki bini, tulis. hehe. Cam bodoh jer !

Hari ni nak mengulang cara entri 3 tahun lepas lah weh !

++++++++++++

25 minutes too late.

Em, bukan lagu MICHAEL LEARNS TO ROCK iyer.

Pagi ni, saya mencuci pinggan. Sinki saya depan tingkap dan dari tingkap dapur, saya dapat melihat pemandangan Stesyen Minyak Esso. Tengah sedap mengusya kereta-kereta yang banyak di Esso ( korangs nih, isi minyak jer, tak ensap ker minyak mahal hah ? ) tiba-tiba sebuah lori dengan ganasnya melanggar sebuah motorsikal. Eh, lori ni main lari jer. Tak stop pun, tengok apa khabar si-penunggang motor. Orang tuh dah terjerit-jerit kesakitan. Saya berlari ke telefon. Nak telefon Balai Polis. Mak, sedang bergayut. (Entah dengan sapa tah ?). " Mak, japs, nak telefon polis, ada accident ", saya. Takut Tokeh Esso lom datang. Abang Usop tuh, petang baru datang Pam Minyak. Biarlah saya sahaja yang menelefon.

Tepon Balai Polis Jasin. Operator perempuan bersuara manis menjawab. Sambungkan saya dengan Bahagian Trafik. (Dah rugi berapa minit nih). Saya beritahu Abang Polis tu, "Bang, cepat yer, lori tuh main lari sahaja tuh". Harapan saya, semoga Polis boleh kejar pemandu lori yang langgar lari tu.

Sham, jiran sebelah. Abang iparnya. Abang Ah Seng, Supervisor kat Esso dan beberapa orang jiran sedang sibuk menolong orang-kena-langgar.

Polis belum sampai.

Someone hantar dia ke Hospital Jasin.

Polis belum sampai.

Budak-budak Carwash meletak signboard depan motorsikal.

Polis belum sampai.

Saya, bosan menengek tepi tingkap. Pergi basuh bedsheet Kem (masuk mesin jer).

Polis belum sampai.

Sembang ngan Sham. (Thru tingkap)
" Tak sampai pun polis, Kak ", Sham
" Tah lah Sham" , saya
" Kalau berlari pun dah sampai, kan Kak ", bakal pengantin. (Sham nak kawen, 2 April nih)
" hehe ", kami.

Bukan jauh pun Balai dengan Rumah kami.

Kalau nak lukis peta, arahannya camni sahaja:

Pejabat Cawangan Trafik, Medan Selera Norita Open Air, Simpang ke JKR, Church, Rumah Arwah Nek Siti, Rumah Makcik Dr. Azhari, Rumah Cikgu Aisyah, Rumah Arwah Tok Amin, Tadika Islam Yati, Rumah Makcik Leka, Esso.

Berlari pun sampai, Bang !

25 minit baru nak sampai.

Lagu ni sekadar hiburan. Tiada kena mengena dengan sesiapa biarpun yang hidup atau yang telah mati. Harap Maklum.


25 MINUTES. MICHAEL LEARNS TO ROCK


After some time I've finally made up my mind
she is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
to tell her I love her
and I'm sorry 'bout the things I've done
I find her standing in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looks so happy in her wedding dress
but she's crying while she's saying this

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
Against the wind I'm going home again
wishing me back to the time when we were more than friends
But still I see her in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looked so happy in her wedding dress
but she cried while she was saying this

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
Out in the streets
places where hungry hearts have nothing to eat
inside my head
still I can hear the words she said

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
I can still hear her say.......


++++++++++

Aiff dah besar !

Tahun lepas (Raya Cina) ada Projek Basah 1.5. Antara program paling best pernah kami buat. Tok, Spyz dan Basrie datang, bawak anak isteri. Programnya macam Kem Keluarga. Santai-santai. Lepak-lepak. Dugong-duging.

Makan-makan.Bukan sahaja Tuan Kem, peserta pun masak sama. (Tin buat Easy-Peasy Pudding yang best giler - resepi ada kat Jom Masak-Masak)

Ahad lepas, Afiff datang dengan Umi dan Babahnya - Shila dan Spyz. Ya, Allah - budak ni dah berlari bebs ! Cepatnya masa berlalu. Teringat tahun lepas, Spyz jenuh mencari dia, dia sedap tidur di Pondok Fasi. Comelnya dia dalam dukongan Asri.

Affif - pemegang rekod peserta termuda Kem !

p.s. Spyz, thanks sudi datang menjenguk kami ! Shila, thanks bagi pisang salai dan maruku. Habis kita orang makan, masa episod dapat gaji Ahad tuh !

p.s.s Tin, jangan risau. Mereka tidak meninggalkan apa-apa kali ni :) Bila nak bawak Afimon datang nih ?

++++++++++++++

Fakulti Pendidikan UPM. Anis, menunggu pics yg dijanjikan tuh ! Cepatlah Anis, Mama nak tulis report nih !

++++++++++++++

Minggu ni, peserta Kem, budak-budak kenits !

Yeay ! Sure kita tak tidur, fasis ! Azlie, tak mo booking, tido ngan mereka ? :))

Tuesday, March 21, 2006

Pics by http://opthomopg.fotopages.com/

A Picture Blogs a Thousand Words !!!

Image hosting by TinyPic
Sunset at Kem Lambaian Danau. Jasin, Melaka.

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan


Image hosting by TinyPic
Pokok periuk kera yang terdapat banyak di KLD. Nature Walk @ KLD

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa


Image hosting by TinyPic
Di Mini Canyon. Mukabumi yang terjadi dari hakisan air dan angin. Morning Walk @ KLD

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan


Image hosting by TinyPic
Milik siapakah gadis ini ? hehe ... Iha, atas Bukit Tuah, pemandangan belakang ialah Gunung Ledang. ( Nampak tak pemancar TV3 tuh ? )

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


Image hosting by TinyPic
Kolej Matrikulasi Johor 2006 Ice Breaking @ KLD

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah


Image hosting by TinyPic
Ice Breaking @ KLD

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka


Image hosting by TinyPic
Group Work during Ice Breaking.

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat
sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Image hosting by TinyPic
Outdoor Activity @ KLD

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Image hosting by TinyPic
Construct the Raft. KMJ 2006 @ KLD

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"



Image hosting by TinyPic
Nana Zack ker ? Gambar cun by PG

Image hosting by TinyPic
Peserta dan Fasis KLD. Posing sebelum aktiviti 'melambai'

Image hosting by TinyPic
"Keras Cokeng, gua cakap, lu .... ", Cicha membentang kes depan Iha, Kucai dan Asri.

Image hosting by TinyPic
Hantu-On-Duty :) Baru balik dari Night Walk.

Image hosting by TinyPic
Johnny ............ !!!!!!! Saper tuh yang lahir tahun anjing yer ?

Image hosting by TinyPic
Kami@KLD Dari kiri : Awek KMJ, Hiedy, Cicha, Sara, Kucai, Matger, Along, Dino, PG, Asri, Toyak, Saya, Awek KMJ, PakLet (dukong Iqqey), Azlie. Berdiri di depan : Aiman, Zack, Qistina.

++++++++++++++++++++++++

Moral dari entry ini : Kalau malas nak memblog, curi sahaja gambar, selit-selit lagu dan walla, siap dah entriku !!!

P.S Banyak gambar cuns di Fotopages Encik PG.Klik sahaja link Tanje-Tanje Fotopages di LINK FASI KLD.

Thursday, March 16, 2006

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi Johor datang lagi.


Image hosting by TinyPic KMJ MANTAPPPPP !!!!
Pic by Abang PG. Klik Chil' OuT..SponSor bY matE! to view KMJ pics @ KLD


Kalau dulu dengan Program Pemulihan Akademik, kali ni pula dengan Leadership Program. Pesertanya cuma 80 orang dengan Pegawai Pengiringnya Puan Noryani, Cik Ros, Encik Khairil, Encik Azree dan Sarjan. (Ni semua kamceng Kem nih !) Yang datang ni, pemimpin-pemimpin pelajar di KMJ.

(ada ex-campers datang lagi ! Adilah, Arif, Danny, Fahmy..... )

Day One

KMJ sampai awal - pukul 11.30 pagi. Berkumpul di Anjung Kelana untuk sessi talikmat program dan undang-undang Kem dengan Pak Let.

Makan tengahari dan peserta-peserta lelaki bersiap untuk Solat Jumaat di Masjid Chinchin.

Petang ni, aktiviti 'Water Confidence'. Dengan cuaca panas sekarang ni, memang seronok dapat berendam. Macam-macam style, anak-anak ni ! Sampai ke sudah, masih fail untuk buat 'satu barisan lurus'. 2 orang cramp - nasib baik Ayahanda anda, Pak Let tahu sports massage - cepat skets boleh baik semula !

Malam, 'Ice Breaking'. Tema minggu ni, irama Malaysia - Dikir Barat, Nasyid, Zapin, Dondang Sayang, Ulek Mayang dan Boria. Cheers kumpulan, ikut irama lagu. Part ni yang tak tahan lawak tu. Kiut sungguh budak-budak nih ! Kumpulan Ulek Mayang dengan 'kepak, kepak' entah mana tah dia dapat irama tuh tah ! Semua cheers 'menggegar kan perasaan' tetiba bila Dikir Barat, ala-ala longlai manje gitu. Tak tahan ! Semua orang tergelak. Tak pernah begini sebelum ni. Kreatif sungguh ! Terhibur !

Midnight, masa untuk 'Night Walk'. PakLet suruh Kucai bagi penerangan. Biasa, style askar. Explain, explain skets lebih kurang. Entah budak faham, entah tidak :) Suara garang. (Kalau Madas pun camni gak. Garang nyer lah .. aduh lah mat askar ! )

"Kalau anda diganggu, cakap sahaja, cobaan, cobaan, faham ?", Kucai
"Fahaaaaammmm, bang ", Semua peserta


Dan malam tu, betul-betul ada yang menjawab begitu.

Di bawah sinaran cahaya rembulan, di atas bukit batu merah, di bawah pohon petai belalang. Kami berdua, ditemani asap dari kotak telur buat penghalau nyamuk-nyamuk. Menahan seorang peserta, S (bukan nama sebenar), seorang pemimpin berpangkat besar di KMJ. S (bukan nama sebenar) sedang termengah-mengah menahan perasaan setelah dikejutkan oleh 'Hantu K' (juga bukan nama sebenar).



"Siapa nama awak ?", PakLet
"cobaannnnnn ... cobaannnnnnnnnn", peserta yang sedang takut giler menjawab.
"ishhhh", PakLet
"Ramai lagi kat To'kong ?", PakLet
"cobaaaaaaannnnnnnnnnnnn ......." peserta, sebelum pecut lari.


hehehe. ciss penakutlah korang !

Goodnight, bebeh !

++++++++++++

Esoknya, pagi-pagi dengan senampagi.

Aktiviti hari ni ialah 'Obstcles Run' dan Berkayak. Kayak macam biasa, dengan Hero Kayak Kem, Abang Asri Dibantu Abang Cicha. Fasi lain bertugas menjaga Obstacles Run.

**** selingan. Kat bawah entri ni ada slide shows pasal aktiviti Obstacles

Petang, aktiviti berakit. Yang bagusnya dengan mereka ni, semuanya beria-ia untuk menang. Bersungguh-sungguh. Semasa Race dan semasa Sprint.

Petang, makan bubur kacang durian. Sedap, kan ?

Malam, sessi ceramah dengan Encik Kamal. Belajar pasal persahabatan. Kisah Rama-rama. Kisah Sekawan Angsa - 'The V Factor'.

Saya paling suka ceramah Sekawan Angsa. Bukan anda sahaja, anak-anak sayang. Saya yang tua ni, pun beroleh banyak ilmu dan pemahaman tentang konsep persahabatan dan kejujuran dalam bersahabat. Alhamdulillah, diberi Allah ilmu yang sungguh bermakna.

Lepas ceramah, aktiviti 'Blind and Dumb Walk'.

Buta dan Bisu. Si-Buta tidak tahu ada Si-Bisu dalam kumpulannya. Bila tidak trust sahabat, gitulah jadinya. Ada yang bergaduh, mula panas baran. Ada yang duduk, tak mahu berjalan lagi (si-Alif lah ni). Sampai akhir, tiada yang sampai pada destinasi. Masalah budak pandai, selfish, tidak mahu bergantung pada sahabat, semuanya mahu buat sendiri dan degil ! Kena ceramah, dalam hutan, pagi-pagi buta begitu. Belajar kita lagi, kan dik ?

Goodnight, sleep tight ye sayang !

++++++++++++

Last day, tentulah 'War Game'.

Belajar lagu Barisan Jalan. Berceloreng celorong, berkawad dan berlatih berperang dahulu. Kasihan anak-anak Mama, dari kacak hensem, jelita lawa, sudah jadi comot-comot :)

Tapi yang bagusnya bila balik dari berperang, semua sudah seia dan sekata. Semoga anda semua jadi team yang kuat dan bermuafakat sampai bila-bila. Alif Y dan Wawa memang Tok Batin dan Mak Dara yang hebat !

Tiba juga saat berpisah. Alahai, bukan jauh sangat pun. Kalau rindu, bila-bila sahaja boleh datang menjenguk kami :)

Jumpa lagi. Take Care, anak-anak Mama dan PakLet. Luv ya !

+++++++++++++

Kerja Kosong masih ada dibuka. Wynn, boleh sahaja cuba :)

Tapi untuk yang SMS tuh, elok-elok lah skets. Kami tak ambil orang yang kurang ajar. Takyah nak bagi syarat-syarat kat kami. Anda yang mintak nak bekerja untuk kami. Bukan kami yang bekerja untuk anda. So, ikut term kami, lah yer kawan !

+++++++++++++

Happy Birthday, dear Sara !



Image hosting by TinyPic


+++++++++++++

Lupa tulis pulak, minggu lepas yang bekerja dan yang bersama :

Zack, Asri, Iha, Kucai, Toyak, Cicha, PG, Adi, Syafiq, MatGer, Pakcik Bujang..
Azlie, Sara, Pakdi,Hiedy , Dino.

Iha masak lagi Kek Batik. Tapi semua komplen, konon jemu. Eleh, habis sampai tak cukup, kan Iha ? Minggu ni kalau Iha datang hari Jumaat, cakaplah nak masak apa. Nanti boleh beli bahan.

Er, Iha , masak spaghetti, nak ? Ko ajak Asri masak. Dia terror skets :) Resepi carik kat Jom Masak-Masak !!!

++++++++++++++

Untuk yang nak riak, klik sini : Link Popularity Check

Mesti baca ni : An Open Letter To Datuk K Mustapha

Thursday, March 09, 2006

~ chat'te over a latte ~

Minggu lepas, Kelab Kayak, UIA datang. Mereka memang selalu datang ke sini. Saiful, Aziz dan Din memanglah regular di Kem ni. Tp mereka jarang ambil full program dengan kami.

Penulis dan pemilik blog di atas, yang namanya Sembang Kopi ni, Wynn.

Wynn cerita pasal pengalamannya di Kem Lambaian Danau.

Satu jer nak komen Wynn - pasal Night Walk tu, saya yang bertahun-tahun, setiap minggu menghadapi pengalaman itu pun masih kagum, masih terpesona dengan Keindahan CiptaanNya !

here's wynn's experience at my beloved Kem Lambaian Danau :

pengalaman paling manis ku
sebagai midterm, cikgu syful (his actual ejaan) wat midterm kitorang kat sungai cin cin, melaka. ape ye rasanye wat midterm kat melaka? isk, kalu ko tanye akuh: BEST!

kitorang camping 3hari 2malam kat kem lambaian danau, jasin. bertolak kul 5 lebih, sampai destinasi dah nak isyak dah. sebab malam, tak ley nak budget view tasek tuh cane. 1st thing we did, kitorang wat icebreaking. obviously sebab walopon dah bape kelas bersama, still tak tau name sesama sendiri. setelah puas memecah-belahkan ice itu, kitorang pi nitewalk yang di lead oleh fendi. encik fendi ni one of the fasi's yang berkhidmat kat sini. tot he's from around, rupanye org kajang. yang akuh pi citer pasal dia ni apsal?

that nite was superb! never in my life, tak ponah dalam idup den tengok bintang yang secantik, sejelita, seanggun bintang2 kat situ. imagine, walking in the dark with the stars shining soooooo bright as if we can easily pluck it with our own bare hands... subhanallah! rase nak tidoq dalam sleeping bag, facing the beauty of the nite...

esok-nye, kitorang pon stat di-bizi-kan dengan aktiviti2 yang physically tired but was not mentally tortured. waktu water-confidence, masing2 balas dendam terjun dalam tasek. akuh maseh malus2 kucing waktu tu, ye laa... tak kondifen dengan jaket loose yang akuh pakai. waktu rafting, masing2 jadik arkitek bertauliah. dok plan rekaan rakit yang mantap. tapi, hanye mampu dapat nombe 2 je, penat seh! hehe... pastu kitorang blaja water-rescue. ape nak wat bile kite ter-keluar dari kayak. iza yang tadi-nye tak kondifen dalam air, berjaya naik masuk kayak within 3mins. senyum iza sepanjang hari. but the best part was, kayak safari. instead of ber-kayak kat tempat yang steady, cikgu bawak kitorang kayak kat area yang penuh dengan lalang2 air yang tinggi-minggi. memang susah nak go thru route gitu, tapi memang best! silap tak nampak itik liar je, cikgu kate area tuh memang banyak itik2 gitu.

malam, acara bbq; kepak ayams+ikan patins. puas abg ajis, abg hasrat, abg amer mengerjakan bbq itu. tak elok membazir ye? heh.... puas meratah, malam tuh kena masuk utan lagi. tapi kali ni, untuk acara self-confidence. kalu semalam jalan ramai2, kali ni kena jalan balik kem sorang2. gerun akuh! tapi sepanjang jalan dollah dok memberikan kata2 semangat kat akuh, "baca zikir la illa ha illallah banyak2, rilex, tarik napas...'. akuh pon pelik gak, asal bersungguh2 abg long ni 'rilex'kan akuh? rupa2nye, pasal dia dah nampak bende tu dulu... naseb baik dia tak bgtau akuh, kalu waktu dia nampak tu dia terus kasitau, memang selamat laa si dollah kena peluk dengan akuh. sape suroh?

last day kat kem. kitorang ade kayak maraton+eco challenge. dua-dua BEST! pasal ape? pasal kedua2 games telah dimenangi oleh kumpulan akuh!!!!! macam tak caye akuh dengan ina ley kayak laju tak renti2 pusing satu tasek tuh, macam tak caye waktu eco challenge hanye cepat 2 minit dari the group before...


group akuh menang! keseluruhan! yeahuuuuuuu ^_^
sebelum balek, akuh sempat melontarkan pandangan wat kali terakhir ke arah lembah danau yang indah itu. macam tak caye, lepas ni dah tak dapat tengok tasek itu lagi. macam tak caye, lepas ni dah kena kembali ke realiti.... aktiviti camping kali ni was the best camping trip i've ever had. the program was almost perfect; the camp, the view, the facilities, the fasi's.... everything! dan kalu lepas ni orang tanye, apekah kenangan paling manis yang pernah anda lalui?... i will absolutely answered, "lembah danau".
seperti kata mereka,
"dari hutan ini, life is anything but a dream....."

+ hope to be there again

+++++++++++

more than words...

.:lembah danau:.
the view from my khemah

gamba ni dollah yg shoot. sunset yang cantek..


cikgu syful bumbum atas boyan. comel!!!



happy faces



budak laki berdugong-duging

komang JUARA!

[fid, akuh, kak long, ina, faizal, abg ajiz (sibuk je :P)]


Monday, March 06, 2006

UKM dan UIA

Image hosting by TinyPic
Pemandangan Gunung Ledang dari Tasik Hijau. Pic oleh Cik Nettbiru.



MasyaAllah, apa nak saya tuliskan untuk lapuran minggu ni ? Lama saya termenung. Memikir dan mecari-cari nama yang saya ingat untuk Kumpulan kali ni. Saya kenal Mak Dara, Mai. Sebab dia ada tegur saya dua tiga kali. Dan beberapa orang yang lain.

Saya kenal Yati. Yati yang bagi kaunseling pada Toyak. Budak-budak fasi, bila tahu Yati ni bakal jadi Kaunselor, tiba-tiba semua punyai masalah. Tapi Yati bagi keutamaan pada Toyak. Berat masalah Toyak. Kes Toyak dan Abby. Tak, tak, Abby bukan seorang aweks. Abby ialah lembu kesayangan Toyak.

Yang lain, tak begitu kenal.

Tiba-tiba, saya rindu pada anak-anak saya minggu lepas - Group GEMILANG ENTREPRENEURSHIP LEADERSHIP CAMP. Minggu ni tiada anak-anak yang terjerit-jerit minta nasi, minta saya manjakan, menangis nak dipeluk (ni Zura dan Sya nih - hahahaha), yang nakal (zurahot, firdaus). Aduhai, we miss u guys ! Budak baik cam Nani Rubberband, Paan dan Umi, Mama ingat jugak.

Naper panggil Nani, rubber band. Dia nak getah gelang. Pastu susah-payah beritahu orang dapur,

Nani : mintak saya getah sayur, ada ?
Adi : (geleng kepala)
Nani : getah tempe ?
Adi dan Matger dan Syafiq : (beramai-ramai geleng pala)
Mama : (mula menyoalsiasat potpetpotpet ... )
Nani : (dok menyebut segala benda getah dalam dunia)
Mama : (hampir give up) nak rubber band ker ?
Nani : hah, rubber band
Mama : orang kampung Chinchin mmg sebut getah rubberband gitu, Nani. Mintak abang Toyak, kat setor banyak benda nih.

La, saya tulis lapuran grup mana lak nih ?

Okaylah, back to this week group.

Kami ada UKM - Kolej Idris al-Marbawi dan Universiti Islam Antarabangsa, Kelab Kayak.

++++++++++++++

Minggu ni minggu ramai fasi. Asst Kem Komandan ialah Zack. Ada Asri, Azlie, Iha, Toyak, Cicha, Dino, PG, Pakdi dan Fendi.

Minggu ni Pakdi dan Asri ada Projek Burger. Belanja kami burger pulak. Burger special yang dimarinate. Hampir sahaja burger tu dimarinate dengan pulut hitam. Mintak Matger lada hitam, diberi pulut hitam :) Tapi Pakdi, kalau Pulut Hitam pun, sure habis. Minggu depan, kita makan apa pulak yer ?

Ni makanan untuk clubbing session lepas balik dari 'Night Walk'.

Helloooooooooooooooo ! Iha buat Kek Batik. Resepi saya, tapi dia yang mengodek dengan ditolong Syafiq dan Adi. Pandai dah anak dara ni masak. Sedap, Iha !

(Eh, Asri apsal tak minum Coke tuh ? Ada lebih lagi sebotol )

+++++++++++++++

Itu sahaja lapuran untuk minggu ini. Sekian, Terima Kasih. Sila jenguk ke blog-blog GengLasak KLD untuk cerita lanjut (jika ada).

Abang Azlie Aku Anak Desa

Abang Dino Back To Start

Abang Zack Diriku Bagai Tapak Sulaiman

Abang Asri From TZM To Scoot

Abang PG Hanya Tuhan Yang Tahu



Wednesday, March 01, 2006

Amboi ! - utk anak-anakku usahawan muda UIA

A-ha, ada yang ponteng sekolah yer ? Tak bestlah korangs :(

Okay sambung kisah jual-menjual. Semua peserta bersiap untuk ke Tangkak, menjual barang. Antara barang yang perlu dijual - baju batik, keychain, brick game, pen, bag dan lain-lain. Dari KLD. PakLet, Dino dan Zack turut sama ke Tangkak. Yang lain ada kerja di Kem. Pam air dan turunkan barang-barang rakit.

Orang dapur siapkan makanan BBQ - nasi lemak, sambal udang, sambal ikan bilis, ayam madu, ikan patin, hotdogs dan ulam-ulaman. MatGer menyiapkan kicap cili padi special dia.

Pak Let dan LT menceritakan berbagai lagak usahawan muda menjual. LT siap tapekan 'perlakuan' seorang 'jurujual terlampau'. hehe.

Anak-anak saya ni, nak kena achieve target jual barang. Akhirnya Kumpulan Satu paling awal habis jual barangannya. Dan yang untung paling banyak ialah Kumpulan 3. Semua balik keletihan. Macam biasa, saya usik Mak Dara, Umi - 'senyum Umi, senyumlah sayang !' . Muka Umi memang muka letih giler :)

Penat beraktiviti pagi, pergi menjual barang - kemudian bersambung pula dengan aktiviti berakit. Pasang rakit dahulu. Setiap fasi menyelia satu kumpulan. Selalunya di Kem, kumpulan yang diselia oleh Abang Asri atau Abang Toyak yang menang. (Eh, Abang Zack - minggu lepas (UPM) Abang menang, kan bang !) Toyak, pakar mereka rakit dan Abang Asri tentulah bagus mengajar peserta mendayung. Kan Hero Kayak tuh !

Keputusan Rakit Race - Kumpulan Biru (Abang Azlie). Minggu ni memang minggu bertuah Abang Azlie. Jam yang hilang minggu lepas, dah jumpa. Jumpa masa menyelam dalam tasik dan 'masih bernyawa'. Tak jejas apa pun.

Tempat kedua Kumpulan Merah - Abang Toyak dan tempat Ketiga, Kumpulan Oren - Abang Asri.

Tempat terkakhir, Kumpulan Abang Zack. Dengan peserta, dengan Abang Zack sekali, PakLet denda berakit terus ke Rumah Kayak :)

Naik ke darat, ramai yang mencari Ina dan Wawa - minta ubat untuk tangan. Manjanya !

+++++++++++++

Selepas Solat Maghrib dan Jama' Isya' sessi makan-makan pula. Kami mendapat 'daun undangan' yang cantik dari Usahawan Muda UIA. Menjemput semuanya ke Majlis Makan Malam. Ni nak ajar anda semua, bagaimana melayan tetamu yang diundang :)

Mama layan Cloud Nine dan Nips ajer. Oh, Mamee jugak !

Pakdi dan Hiedy datang. Join sekali :)

Lepas makan, kemas-kemas. Tengok slide show. Pastu CD rosak pulak. So sorry ! Alex main kots ! (Sapa kenal Alex ?)

Sessi kupasan aktiviti.

:)

:)

:)

+++++++++++++

Sebelum Suboh, hujan. Fasi bangun untuk tugas rescue. Tapi dah nak Suboh, tak perlu nak pindah pun. PakLet keluarkan arahan malam semalam, Nature Walk pukul 7.15 am. Belumpun pukul 7.00 pagi. LT dah tiup wisel. Nak menangis Mama, tengok anak-anak dihujankan di Dataran !

Minta dengan Abang Zack / Abang Asri bagi anak-anak makan dulu, sebab kami di dapur dah siap masak dah. Lepas makan sahajalah baru pergi Nature Walk. Hujan turun lebat nih.

Abang Asri kata, tak boleh sebab peserta dah terima arahan dari LT. Undang-undang Kem, siapa in-command, tak boleh langgar arahan yang diberi.

Mana tahu undang-undang askar. Yang tahu, undang-undang seorang IBU. Anakku sejuk, anakku berhujan, anakku letih tak cukup tidur !

Sian, anak Mama :(

+++++++++

War Game. Lupa nak tanya PakLet apa terjadi. Khabarnya PakLet naik hangin sedikit. hehe.

+++++++++

Kita bertemu untuk berpisah. Pelukan terkakhir untuk anak-anak yang disayangi. 3 hari bersama anda semua, tidak akan kami semua lupakan. Anda semua begitu pandai mengambil hati ! Esp Yahya dan Annuar. Datang jumpa Mama, ucap terima kasih.

Pa' An dan Umi - Tok Batin dan Mak Dara, kumpulan ni. Rajin dan berbudi bahasa.

Sya yang sakit dan Zura yang sedih tak dapat pergi Obstacles.

Oh, semuanya lah - tak tertype kat sini.

Kami - Pak Let ( Kem Komandan ), Abang Zack ( Asst. Kem Komandan ), Abang Asri, Abang Lie, Abang PG, Abang Toyak, Abang Cicha, Abang Dino, Abang Kucai, Abang Syafiq, MatGer dan Pakcik Bujang (pakcik yang 24 jam menyapu tuh !) akan mengenang anda semua. Jumpa lagi !

Brother Latif, Sister Ina, Sister Wawa, Brother Amir, Brother 'pakai key merah' (sorry, i forget ur name !), 'brader-brader driver yang world' dan LT. Terima kasih kerana sudi berhutan 3 hari 2 malam bersama kami. InsyaAllah, ada rezeki , kita berjumpa lagi.

Brother Amir, email kan gambar-gambar ye !

++++++++

Pakdi dah kerja. Jadi Engineer. Kami bangga.

Pakdi dah dapat 'first gaji' bulan pertama. Pakdi datang Kem, bawa satay, belanja kami semua.

Thanks Pakdi, thanks Hiedy :)

Semoga Allah perkenankan rezeki yang berlimpah-ruah untuk Pakdi.

Bulan depan, belanja lagi ye. 'First gaji, bulan kedua pulak ye'

++++++++

Amboi-amboi, minyak naik harga lagi !

Katanya, duit subsidi tuh, nak guna untuk pembangunan negara. Betul gak tuh, dapat bina jambatan-jambatan reput tuh, nak bayar duit upah Bush deting ngan pakcik tuh lagi ..

Emmmmmmmmm

++++++++

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali

Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang

Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
MUsahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Korus:
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih

Jadikah bersih, hatipun bersih

Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa

Awak yang payang membelah ruyung
MOrang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...