Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, March 23, 2006

Ini Bukan Entri 2003

Lama dah tak tulis blog style 2003. Dulu, entri blog ni semuanya tentang segala yang berlaku. Sapu sampah, tulis. Repair tandas, tulis. Gaduh laki bini, tulis. hehe. Cam bodoh jer !

Hari ni nak mengulang cara entri 3 tahun lepas lah weh !

++++++++++++

25 minutes too late.

Em, bukan lagu MICHAEL LEARNS TO ROCK iyer.

Pagi ni, saya mencuci pinggan. Sinki saya depan tingkap dan dari tingkap dapur, saya dapat melihat pemandangan Stesyen Minyak Esso. Tengah sedap mengusya kereta-kereta yang banyak di Esso ( korangs nih, isi minyak jer, tak ensap ker minyak mahal hah ? ) tiba-tiba sebuah lori dengan ganasnya melanggar sebuah motorsikal. Eh, lori ni main lari jer. Tak stop pun, tengok apa khabar si-penunggang motor. Orang tuh dah terjerit-jerit kesakitan. Saya berlari ke telefon. Nak telefon Balai Polis. Mak, sedang bergayut. (Entah dengan sapa tah ?). " Mak, japs, nak telefon polis, ada accident ", saya. Takut Tokeh Esso lom datang. Abang Usop tuh, petang baru datang Pam Minyak. Biarlah saya sahaja yang menelefon.

Tepon Balai Polis Jasin. Operator perempuan bersuara manis menjawab. Sambungkan saya dengan Bahagian Trafik. (Dah rugi berapa minit nih). Saya beritahu Abang Polis tu, "Bang, cepat yer, lori tuh main lari sahaja tuh". Harapan saya, semoga Polis boleh kejar pemandu lori yang langgar lari tu.

Sham, jiran sebelah. Abang iparnya. Abang Ah Seng, Supervisor kat Esso dan beberapa orang jiran sedang sibuk menolong orang-kena-langgar.

Polis belum sampai.

Someone hantar dia ke Hospital Jasin.

Polis belum sampai.

Budak-budak Carwash meletak signboard depan motorsikal.

Polis belum sampai.

Saya, bosan menengek tepi tingkap. Pergi basuh bedsheet Kem (masuk mesin jer).

Polis belum sampai.

Sembang ngan Sham. (Thru tingkap)
" Tak sampai pun polis, Kak ", Sham
" Tah lah Sham" , saya
" Kalau berlari pun dah sampai, kan Kak ", bakal pengantin. (Sham nak kawen, 2 April nih)
" hehe ", kami.

Bukan jauh pun Balai dengan Rumah kami.

Kalau nak lukis peta, arahannya camni sahaja:

Pejabat Cawangan Trafik, Medan Selera Norita Open Air, Simpang ke JKR, Church, Rumah Arwah Nek Siti, Rumah Makcik Dr. Azhari, Rumah Cikgu Aisyah, Rumah Arwah Tok Amin, Tadika Islam Yati, Rumah Makcik Leka, Esso.

Berlari pun sampai, Bang !

25 minit baru nak sampai.

Lagu ni sekadar hiburan. Tiada kena mengena dengan sesiapa biarpun yang hidup atau yang telah mati. Harap Maklum.


25 MINUTES. MICHAEL LEARNS TO ROCK


After some time I've finally made up my mind
she is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
to tell her I love her
and I'm sorry 'bout the things I've done
I find her standing in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looks so happy in her wedding dress
but she's crying while she's saying this

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
Against the wind I'm going home again
wishing me back to the time when we were more than friends
But still I see her in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looked so happy in her wedding dress
but she cried while she was saying this

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
Out in the streets
places where hungry hearts have nothing to eat
inside my head
still I can hear the words she said

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late
I can still hear her say.......


++++++++++

Aiff dah besar !

Tahun lepas (Raya Cina) ada Projek Basah 1.5. Antara program paling best pernah kami buat. Tok, Spyz dan Basrie datang, bawak anak isteri. Programnya macam Kem Keluarga. Santai-santai. Lepak-lepak. Dugong-duging.

Makan-makan.Bukan sahaja Tuan Kem, peserta pun masak sama. (Tin buat Easy-Peasy Pudding yang best giler - resepi ada kat Jom Masak-Masak)

Ahad lepas, Afiff datang dengan Umi dan Babahnya - Shila dan Spyz. Ya, Allah - budak ni dah berlari bebs ! Cepatnya masa berlalu. Teringat tahun lepas, Spyz jenuh mencari dia, dia sedap tidur di Pondok Fasi. Comelnya dia dalam dukongan Asri.

Affif - pemegang rekod peserta termuda Kem !

p.s. Spyz, thanks sudi datang menjenguk kami ! Shila, thanks bagi pisang salai dan maruku. Habis kita orang makan, masa episod dapat gaji Ahad tuh !

p.s.s Tin, jangan risau. Mereka tidak meninggalkan apa-apa kali ni :) Bila nak bawak Afimon datang nih ?

++++++++++++++

Fakulti Pendidikan UPM. Anis, menunggu pics yg dijanjikan tuh ! Cepatlah Anis, Mama nak tulis report nih !

++++++++++++++

Minggu ni, peserta Kem, budak-budak kenits !

Yeay ! Sure kita tak tidur, fasis ! Azlie, tak mo booking, tido ngan mereka ? :))

1 comment:

Anonymous said...

What a great site » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...