Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, March 06, 2006

UKM dan UIA

Image hosting by TinyPic
Pemandangan Gunung Ledang dari Tasik Hijau. Pic oleh Cik Nettbiru.



MasyaAllah, apa nak saya tuliskan untuk lapuran minggu ni ? Lama saya termenung. Memikir dan mecari-cari nama yang saya ingat untuk Kumpulan kali ni. Saya kenal Mak Dara, Mai. Sebab dia ada tegur saya dua tiga kali. Dan beberapa orang yang lain.

Saya kenal Yati. Yati yang bagi kaunseling pada Toyak. Budak-budak fasi, bila tahu Yati ni bakal jadi Kaunselor, tiba-tiba semua punyai masalah. Tapi Yati bagi keutamaan pada Toyak. Berat masalah Toyak. Kes Toyak dan Abby. Tak, tak, Abby bukan seorang aweks. Abby ialah lembu kesayangan Toyak.

Yang lain, tak begitu kenal.

Tiba-tiba, saya rindu pada anak-anak saya minggu lepas - Group GEMILANG ENTREPRENEURSHIP LEADERSHIP CAMP. Minggu ni tiada anak-anak yang terjerit-jerit minta nasi, minta saya manjakan, menangis nak dipeluk (ni Zura dan Sya nih - hahahaha), yang nakal (zurahot, firdaus). Aduhai, we miss u guys ! Budak baik cam Nani Rubberband, Paan dan Umi, Mama ingat jugak.

Naper panggil Nani, rubber band. Dia nak getah gelang. Pastu susah-payah beritahu orang dapur,

Nani : mintak saya getah sayur, ada ?
Adi : (geleng kepala)
Nani : getah tempe ?
Adi dan Matger dan Syafiq : (beramai-ramai geleng pala)
Mama : (mula menyoalsiasat potpetpotpet ... )
Nani : (dok menyebut segala benda getah dalam dunia)
Mama : (hampir give up) nak rubber band ker ?
Nani : hah, rubber band
Mama : orang kampung Chinchin mmg sebut getah rubberband gitu, Nani. Mintak abang Toyak, kat setor banyak benda nih.

La, saya tulis lapuran grup mana lak nih ?

Okaylah, back to this week group.

Kami ada UKM - Kolej Idris al-Marbawi dan Universiti Islam Antarabangsa, Kelab Kayak.

++++++++++++++

Minggu ni minggu ramai fasi. Asst Kem Komandan ialah Zack. Ada Asri, Azlie, Iha, Toyak, Cicha, Dino, PG, Pakdi dan Fendi.

Minggu ni Pakdi dan Asri ada Projek Burger. Belanja kami burger pulak. Burger special yang dimarinate. Hampir sahaja burger tu dimarinate dengan pulut hitam. Mintak Matger lada hitam, diberi pulut hitam :) Tapi Pakdi, kalau Pulut Hitam pun, sure habis. Minggu depan, kita makan apa pulak yer ?

Ni makanan untuk clubbing session lepas balik dari 'Night Walk'.

Helloooooooooooooooo ! Iha buat Kek Batik. Resepi saya, tapi dia yang mengodek dengan ditolong Syafiq dan Adi. Pandai dah anak dara ni masak. Sedap, Iha !

(Eh, Asri apsal tak minum Coke tuh ? Ada lebih lagi sebotol )

+++++++++++++++

Itu sahaja lapuran untuk minggu ini. Sekian, Terima Kasih. Sila jenguk ke blog-blog GengLasak KLD untuk cerita lanjut (jika ada).

Abang Azlie Aku Anak Desa

Abang Dino Back To Start

Abang Zack Diriku Bagai Tapak Sulaiman

Abang Asri From TZM To Scoot

Abang PG Hanya Tuhan Yang Tahu



2 comments:

wynn said...

kak ogy tak citer psl prog kayak uia tuh pon... majuk arr :(
hehe... tak ley nak salahkan akak gak. pasal most of our prog tak libatkan fasi's sgt. lagipon, kitorang ni group kecik je (16org). but, as my 1st time here in KLD, there's nothing but a very beautiful and extrodinary lembah danau! rindu banget kat tasek yang cantik dan damai, rindu pada bintang2 pada waktu malam... semoga umur ku panjang, dan dapat kembali ke lembah danau lagi...

Anonymous said...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
custom motorcycle insurance canada shareware digital photography mortgage broker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...