Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, March 16, 2006

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi Johor datang lagi.


Image hosting by TinyPic KMJ MANTAPPPPP !!!!
Pic by Abang PG. Klik Chil' OuT..SponSor bY matE! to view KMJ pics @ KLD


Kalau dulu dengan Program Pemulihan Akademik, kali ni pula dengan Leadership Program. Pesertanya cuma 80 orang dengan Pegawai Pengiringnya Puan Noryani, Cik Ros, Encik Khairil, Encik Azree dan Sarjan. (Ni semua kamceng Kem nih !) Yang datang ni, pemimpin-pemimpin pelajar di KMJ.

(ada ex-campers datang lagi ! Adilah, Arif, Danny, Fahmy..... )

Day One

KMJ sampai awal - pukul 11.30 pagi. Berkumpul di Anjung Kelana untuk sessi talikmat program dan undang-undang Kem dengan Pak Let.

Makan tengahari dan peserta-peserta lelaki bersiap untuk Solat Jumaat di Masjid Chinchin.

Petang ni, aktiviti 'Water Confidence'. Dengan cuaca panas sekarang ni, memang seronok dapat berendam. Macam-macam style, anak-anak ni ! Sampai ke sudah, masih fail untuk buat 'satu barisan lurus'. 2 orang cramp - nasib baik Ayahanda anda, Pak Let tahu sports massage - cepat skets boleh baik semula !

Malam, 'Ice Breaking'. Tema minggu ni, irama Malaysia - Dikir Barat, Nasyid, Zapin, Dondang Sayang, Ulek Mayang dan Boria. Cheers kumpulan, ikut irama lagu. Part ni yang tak tahan lawak tu. Kiut sungguh budak-budak nih ! Kumpulan Ulek Mayang dengan 'kepak, kepak' entah mana tah dia dapat irama tuh tah ! Semua cheers 'menggegar kan perasaan' tetiba bila Dikir Barat, ala-ala longlai manje gitu. Tak tahan ! Semua orang tergelak. Tak pernah begini sebelum ni. Kreatif sungguh ! Terhibur !

Midnight, masa untuk 'Night Walk'. PakLet suruh Kucai bagi penerangan. Biasa, style askar. Explain, explain skets lebih kurang. Entah budak faham, entah tidak :) Suara garang. (Kalau Madas pun camni gak. Garang nyer lah .. aduh lah mat askar ! )

"Kalau anda diganggu, cakap sahaja, cobaan, cobaan, faham ?", Kucai
"Fahaaaaammmm, bang ", Semua peserta


Dan malam tu, betul-betul ada yang menjawab begitu.

Di bawah sinaran cahaya rembulan, di atas bukit batu merah, di bawah pohon petai belalang. Kami berdua, ditemani asap dari kotak telur buat penghalau nyamuk-nyamuk. Menahan seorang peserta, S (bukan nama sebenar), seorang pemimpin berpangkat besar di KMJ. S (bukan nama sebenar) sedang termengah-mengah menahan perasaan setelah dikejutkan oleh 'Hantu K' (juga bukan nama sebenar).



"Siapa nama awak ?", PakLet
"cobaannnnnn ... cobaannnnnnnnnn", peserta yang sedang takut giler menjawab.
"ishhhh", PakLet
"Ramai lagi kat To'kong ?", PakLet
"cobaaaaaaannnnnnnnnnnnn ......." peserta, sebelum pecut lari.


hehehe. ciss penakutlah korang !

Goodnight, bebeh !

++++++++++++

Esoknya, pagi-pagi dengan senampagi.

Aktiviti hari ni ialah 'Obstcles Run' dan Berkayak. Kayak macam biasa, dengan Hero Kayak Kem, Abang Asri Dibantu Abang Cicha. Fasi lain bertugas menjaga Obstacles Run.

**** selingan. Kat bawah entri ni ada slide shows pasal aktiviti Obstacles

Petang, aktiviti berakit. Yang bagusnya dengan mereka ni, semuanya beria-ia untuk menang. Bersungguh-sungguh. Semasa Race dan semasa Sprint.

Petang, makan bubur kacang durian. Sedap, kan ?

Malam, sessi ceramah dengan Encik Kamal. Belajar pasal persahabatan. Kisah Rama-rama. Kisah Sekawan Angsa - 'The V Factor'.

Saya paling suka ceramah Sekawan Angsa. Bukan anda sahaja, anak-anak sayang. Saya yang tua ni, pun beroleh banyak ilmu dan pemahaman tentang konsep persahabatan dan kejujuran dalam bersahabat. Alhamdulillah, diberi Allah ilmu yang sungguh bermakna.

Lepas ceramah, aktiviti 'Blind and Dumb Walk'.

Buta dan Bisu. Si-Buta tidak tahu ada Si-Bisu dalam kumpulannya. Bila tidak trust sahabat, gitulah jadinya. Ada yang bergaduh, mula panas baran. Ada yang duduk, tak mahu berjalan lagi (si-Alif lah ni). Sampai akhir, tiada yang sampai pada destinasi. Masalah budak pandai, selfish, tidak mahu bergantung pada sahabat, semuanya mahu buat sendiri dan degil ! Kena ceramah, dalam hutan, pagi-pagi buta begitu. Belajar kita lagi, kan dik ?

Goodnight, sleep tight ye sayang !

++++++++++++

Last day, tentulah 'War Game'.

Belajar lagu Barisan Jalan. Berceloreng celorong, berkawad dan berlatih berperang dahulu. Kasihan anak-anak Mama, dari kacak hensem, jelita lawa, sudah jadi comot-comot :)

Tapi yang bagusnya bila balik dari berperang, semua sudah seia dan sekata. Semoga anda semua jadi team yang kuat dan bermuafakat sampai bila-bila. Alif Y dan Wawa memang Tok Batin dan Mak Dara yang hebat !

Tiba juga saat berpisah. Alahai, bukan jauh sangat pun. Kalau rindu, bila-bila sahaja boleh datang menjenguk kami :)

Jumpa lagi. Take Care, anak-anak Mama dan PakLet. Luv ya !

+++++++++++++

Kerja Kosong masih ada dibuka. Wynn, boleh sahaja cuba :)

Tapi untuk yang SMS tuh, elok-elok lah skets. Kami tak ambil orang yang kurang ajar. Takyah nak bagi syarat-syarat kat kami. Anda yang mintak nak bekerja untuk kami. Bukan kami yang bekerja untuk anda. So, ikut term kami, lah yer kawan !

+++++++++++++

Happy Birthday, dear Sara !



Image hosting by TinyPic


+++++++++++++

Lupa tulis pulak, minggu lepas yang bekerja dan yang bersama :

Zack, Asri, Iha, Kucai, Toyak, Cicha, PG, Adi, Syafiq, MatGer, Pakcik Bujang..
Azlie, Sara, Pakdi,Hiedy , Dino.

Iha masak lagi Kek Batik. Tapi semua komplen, konon jemu. Eleh, habis sampai tak cukup, kan Iha ? Minggu ni kalau Iha datang hari Jumaat, cakaplah nak masak apa. Nanti boleh beli bahan.

Er, Iha , masak spaghetti, nak ? Ko ajak Asri masak. Dia terror skets :) Resepi carik kat Jom Masak-Masak !!!

++++++++++++++

Untuk yang nak riak, klik sini : Link Popularity Check

Mesti baca ni : An Open Letter To Datuk K Mustapha

1 comment:

Anonymous said...

Best regards from NY! video editing programs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...