Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, April 22, 2005

Entri Terpanjang Abad Ini

KEM LAMBAIAN DANAU MASUK SURATKHABAR. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELEFON DAN SMS KAMI BERDUA. Baca tentang KLD di sini Thanks TokRimau, bagi link ni. Credit gambar-gambar dalam artikel tu untuk TokRimau dan PG.

++++++++++++++++++++

Kolej Komuniti Melaka
Sabtu dan Ahad. Fasi : Pakdi (Asst. Kem Komandan), Asri, Madas, Toyak, Cica, Bob Azrin, PG, Dino. Kolej Komuniti datang untuk Program Pembangunan Diri. Banyak ceramah untuk kumpulan ini. Bagaimanapun saya tidak bekerja untuk kumpulan ini, jadi tidak boleh komen.

Terima kasih Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka kerana sudi memilih Kem kami sebagai tempat berkhemah.

++++++++++++++++++++

Projek Basah
Basrie, kita berjaya !

Banyak sungguh halangan yang ditempuhi Basrie, alhamdulillah Basrie tetap gagah disokong sahabat-sahabatnya (saya tak nak tulis ajk kat sini). Attokz, Diman, ND, Iwan, Salina, Langsat, Lin dan siapa sahaja anda yang telah bersama menyokong Basrie. Terima kasih kepada anda semua dan juga semua yang datang.

Kak Yah, Ros dan Ajun dari Batu Pahat. Tin, Tipah, Sarah, Sabrina, Mushroomcute dan Ayares dari JB. TokRimau dari Lumut. Nida, Yati, Azmir, Aziz, Pulut Hitam, Khalid, Munirah, Has (Amoi), Nesloice (akak dah ingat nama Nuar), Rahim (Bean ker nih?), Mar Chempakasari dan Wakdin dari KL. Orang kampung saya, Pak Bear.

Dan Ahad datang Spyz, Shila, Memel, Ariff dan Affif.

First lesson learnt, kan Basrie. Belum pun ke Projek Basah, jiwa anda telah kental kerana telah menghadapi ujian-ujian :) Seperti yang saya dan Basrie selalu bincangkan dalam telefon, apa pun sambutannya kita tetap akan teruskan Projek ini. Malah di Kem, kami semua telah mendaftar untuk jadi ahli GeJu. FendieHensem, KucaiHensem dan AzleeHensem adalah ahli-ahli baru GeJu :)

Saya perlu menjaga keutamaan perniagaan saya. Biarlah tidak untung untuk bersama kawan-kawan, tetapi saya tidak mahu rugi. Untuk lebih selamat, tarikh itu saya jualkan juga kepada Kolej Komuniti. Mereka datang untuk 2 hari sahaja.

Hari Pertama
Salina telefon dari Serdang beritahu mahu bertolak. Masa tu sedang sibuk mengatur anak-anak Seg Hwa yang akan pergi berperang. Riuh rendah mereka sedang nyanyi lagu 'Barisan Jalan'.

Sedang bersibuk-sibukan itu, Sal sampai dengan Nesloice, BeanSeng, Munirah dan Langsat. Baru tahu, cantiknya nama betul Langsat. Suruh Sal lepak-lepak sebentar. Racun Sal, Munirah dan Langsat makan buah Nenasi. Sedapkan, Sal ?

Attokz, Basrie, Has dan Yatie sampai. Minta Attokz dan Basrie bawa kawan-kawan yang dah sampai makan dulu. Entah apa-apalah yang dimakan mereka. Maaf, akak tak layan masa ni.

Mereka pandai-pandai bawa diri melayan diri sendiri. Kami fasi-fasi semua, menghantar Seg Hwa yang hendak pulang. Lepas tu yang lelaki pergi Solat dan yang perempuan berehat di pejabat yang telah jadi serupa kongsi Indon (maaf Pak, saya kurang ajar nih!). Sudah 2 minggu kami bercamping di pejabat.

Pendaftaran Projek Basah dibuat di Anjung Kelana. Mendaftar dan dapat tagnama yang cantik, buku latihan, towel good morning dan majalah-majalah yang dibawa oleh Attokz.
Kami minum petang, sementara menunggu yang lain sampai. Muka Basrie, nampak 'jiwa kacaunya'. Risau dia menunggu kawan-kawan yang entah bila akan sampai. Sekejap sahaja risau. Lepas tuh ramai lagi yang sampai.

Hujan lebat dan kami lepak dalam Anjung Kasih sambil makan Pengat Pisang. Bear sampai dengan membawa Ros, Ayares, Kak Yah dan Ajun. Seronok dapat jumpa lagi Ros yang cute :)

Sessi kenal-kenal sekejap dan PakLet minta semua salin pakaian, pakai kasut untuk aktiviti Obstacles-Run. Basrie, dia minta kali ni GeJu datang sebagai peserta, bukan datang cuti-cuti seperti dulu. Semua kena buat aktiviti. Salina sahaja yang tidak beraktivti dan jadi jurugambar. ND yang injured kakinya pun turut serta mengambil gambar. Puas pesan dia, jaga kaki. Kuat semangat ND bersama-sama menjayakan Projek Ini.

Berlumpur semuanya petang tu. Dah kotor, berendam berdugong-duging di jeti belakang. Saya tinggalkan mereka dan pergi cari makan di Patio Dapur. Oh, TokR dah sampai. Ajak makan, tidak mahu. Sudah makan dengan Toyak di Kedai Akak Sajen. Tok memang dah biasa sangat di KLD. Tahu dah dia nak kemana sahaja. TokR dari Lumut terus sahaja ke KLD. Sotong yang PakHaji buat sambal aritu, TokR yang bawa. Sotong Pulau Pangkor tuh (dia beli kat Lumut, Tin).

Malam kami buat ice breaking, biar semua berkenal-kenal dan yang kenal semoga bertambah rapat. PakLet bahagikan peserta kepada 3 kumpulan. Kuning = Morrok, Merah = C'MerahPadi dan Hijau= Dugong Bersimpuh Ayu. Saya suka cheers atau hakka kumpulan Morrok. Ganas ! Macam All Blacks, bebs :)

Kami datang, kami datang
Rempuh !
Kami tawan, kami tawan
Menang !
Hoi, langkah mayat kami dulu ! (part nih tak ganas. kena sebut lembuts skets ye noqs! hehe)


Main Raja Botol, Main Tali dan lain-lain mainan minda. Mushroom Cute juara Raja Botol. One lesson learnt here, GeJu lemah sifir 7. Dapat sehingga 7x4=28. Saya antara yang paling dulu terkeluar. Ada tak sesiapa leh bagi kursus matematik kepada GeJu. Saya nak join :)

Sambil main-main minum milo dan nescafe.

Kami bersiap untuk aktiviti Night Walk. TokR dan Tin berdua menjaga Kem. Kami semua keluar dari Kem. Sabrina dan Sarah saya dan PakLet bawa. ND pun ikut kami dengan membawa sehelai kain putih. ND berkhidmat sebagai 'hantu' malam tu. Sabrina, si-comel tu bila tengok orang ramai-ramai berjalan dalam gelap, dia nyanyi,"hoy, hoy hoya hoy .." cam lagu penyamun tuh. Pastu bila dah jeep dah stop, gelap, takut. Dia nyanyi pula lagu "pulanglah ..." Pandai betul dia nyanyi ikut tema. Kiut jer.

Jiwa kental perlu lepasi ujian takut, perlu tabah hadapi cobaan..cobaan..cobaan ...

Ada juga yang menjerit. Basrie, sebab Tuan Pengarah Projek Jiwa Kental, telah diuji oleh fasi-fasi extra kami ! hehe, rezeki awak tu.

Malam, balik dan tidur.

Hari Kedua
Bangun pagi, senam pagi dan berjogging ke Mini Canyon.

Bali ke Kem, bersarapan dan bersiap untuk aktiviti berakit. Setiap kumpulan buat 2 rakit. Macam-macam jenis rakit. Aerodynamic ada, rakit biasa ada, macam-macam ada. Yang menang kumpulan PakBear, C'Merah Padi. Berbaloi Aziz, BeanSeng dan Ayares tidak minum pagi kerana mengikat rakit.

Sesungguhnya, berakit itu amatlah mencabar ! Bisa bikin jiwa kental jadi kacau :) Ada kaki cramp, tangan terseliuh, tangan luka dan ketiak cramp pun ada. Berjaya juga ditamatkan aktiviti ini. Buka rakit. Aktiviti dugong-duging lagi sebelum makan tengahari.

Makan tengahari, solat dan rehat sebentar. Fendie mencari peserta, tetapi peserta tidur :) Biarkan mereka rehat, sebab cuaca panas untuk bertempur di medan perang.

Sekadar menambah, fasi-fasi untuk Kumpulan GeJu, PakLet letakkan yang ber'jiwa bunga'. Fendie, Azlee, Sham dan Yanie. Dino join bila dia tidak bertugas sebagai Imam Kem. Yang bertugas untuk GeJu ni paling miang sabar, paling santun dan jenis tak berkisah. Kalaulah Asri yang in-command, puas juga GeJu kena ketuk ketampi, kots ! Tapi Fendie paling cool, biarlah dia yang tunggu dan cari peserta. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Pertama kali jadi Kem Kom, Fendie lulus dengan cemerlang.

Back to Projek Basah.

WarGame. Bersiap untuk berperang. Fendie arahkan peserta untuk berkumpul dan mekap. Nak pergi perang, perlu mekap juga. Biar lawa. Semua bersemangat. Menyanyikan lagu 'Barisan Jalan'. Berkawad ke Medan Perang. Baru masuk medan, PakLet arahkan Fendie bawa peserta balik sebab hujan. Takut kilat atau pokok rebah. Apapun, keselamatan diri perlu diutamakan. Peserta balik dengan comot-comot begitu, berkumpul menyanyi di Patio Anjung. ND, main gitar dan nyanyi.

Hujan berhenti dan peserta ke Medan Perang semula. Lewat petang baru pulang dan mandi manda di tasik lagi.

Malam, kami bakar ikan fresh yang baru ditangkap dari tasik. ND suka ikan bakar. PakHaji bakar ikan, dia duduk menghadap.

Iwan dan Hafiz datang. Thanks Iwan, dalam sibuk berexam sempat juga singgah menjenguk kami.

Lepas dinner, Fendie bagi sedikit masa untuk buat persembahan. Kami fasi-fasi jadi Hakim. Persembahannya ala-ala GeJu Idol la gitu. Kumpulan Morrock buat sketsa pasal mesyuarat AJK Projek Basah. Kelakar tetapi mendalam sungguh isinya ! Terlebih lagi kepada yang faham kepada keadaan. Azmir dari Morrok menang aktor pembantu terbaik.
Kumpulan C'MerahPadi menarik juga lakunan mereka. Ala-ala Apprentice dengan PakBear sebagai Dollah Trumpet. Good idea tapi saya dah termuak sangat dengan 'jiwa kacau, jiwa kental'. Sorry, saya yang tak faham konsep :) Bukan saya sahaja, Sham dan Yanie jadi risau bila anda semua nak jual jetty kami. Jetty buruk tu, amatlah kami semua sayang. Tak faham, rupa-rupanya nak jual GT. Sorry ye ?

Yang menang malam tu, Kumpulan Dugong Duduk Bersimpuh. Sketsanya pendek dan padat tetapi memikat hati. Saya suka lakonan Diman. Menjadi ! Pulut hebat ! Juga Kak Yah. Natural jer Kak Yah tu.

Minum malam dan tidur ! Er, Tipah sahaja tak tidur sebab telah dikidnap oleh fasi-fasi untuk dijadikan hantu. Ampun Tok !

+++++++++++

Hari Ketiga
Berkayak.

Kayak Safari dan Basic Kayak. Puas rasanya semua berkayak. Komen Fasi, Sarahmon hebat ! Dia berjalan atas raft kayak. Bagus betul self-confidence anak dara kecil tu. Syabas Sarah ! Fasi KLD salute u :)

Spyz sampai bersama keluarga. Dia kata nak memancing tapi entahlah. Dia kena jaga Affif untuk memberi laluan kepada Shila dan saya mengayam ketupat. Besar-besaran juga hasil kami aritu.

Habis berkayak, kena cuci kayak pulak. Mandi-manda di jetty lagi. Shila dan anak-anak join yang lain. Lepas tu Affif dikidnap oleh fasi pula untuk dijadikan bahan cium-ciuman. "hehe abang spyz .. kami takde aweqs mo kiss, kiss affif jer la !" , kata fasi-fasi KLD. Selepas satu jam, barulah Affif dijumpai Spyz di Pangkin Fasi.

Makan dan masa untuk berpisah.

GeJu, kami di Kem seronok bersama anda semua. Terima Kasih, terima sayang kepada semua yang sudi datang. Kalau lalu jalan depan Kem tuh, sudi-sudikanlah menyinggah melawat kami. Semoga persahabatan ini berpanjangan.

++++++++++++++++

Kisah kereta-kereta.
1. Kereta Iwan?Hafiz?
Termasuk dalam lubang depan Dataran Gemilang. Ramai-ramai mengangkat. Berjaya.
2. Kereta Maria
Bateri kong. Nasib Fendie pakai Kanchil dan Abob ada di Kem. Mereka buat-kerja-apa-kenama-entah untuk okaykan balik bateri kereta Mushroomcute.
3. Kereta Basrie
Kayak Attokz capsize. Kamera Attokz dan kunci kereta Basrie ada bersamanya. Habis kamera basah dan kunci kereta Bas berkubur dalam tasik kami. Nazri (partimer kat Kem) tolong settlekan masalah. Jadinya kereta Bas sekarang sudah jadi kereta MacGyver. Kami semua hebat Bas, semua boleh buat :)

+++++++++++++++++

Seperti biasa, Spyz telah meninggalkan barang-barang dia sekeluarga. Lampin Affif, semangkuk bubur Affif dalam fridge dapur dan teethers atas tilam PakLet. Akak akan hantarkan macam biasa kat tempat biasa, okay ?
hehe
++++++++++++++++

4 comments:

Salina said...

ingat bunga nenasi je ada, rupanya buah nenasi pun ada.

kelat sikit lah kak, tapi betul rasanya mcm jambu air.

err..terasa gatal kaki nak pegi sana lagi. hehehe.

Irwandy said...

wahh...terasa popular plak bila Kak G sebut nama saya byk kali..ND..ND..ND...heheh...InsyaAllah, saya nak dtg lagi nanti...tak puas sbb injured! Kalau bleh nak buat 4 hari 3 malam plak...:D...terima kasih Kak G!

spyz said...

cuba gak mancing, tapi asyik sangkut lumut, dah panas lagi pun..
ke hulu ke hilir saya cari afiff.. tgk kena gomol rupanya.. sib baik afiff bawah umur.. hehe..
teethers tu aje kak g.. itu pun kalo tak menyusahkan.. lepas ni kena buat checklist lah kot kalo gi KLD :-)

Nida Shaari said...

Thanks kak G dan tuan tanah serta fasi-fasi (yang sedap mata memandang)..

kali kedua menjejakkan kaki ke KLD masih terasa nak datang lagi.. lagi.. dan lagi..

paling rindu acara berakit dan terbalikkan rakit tengah2 tasik.. BEST dapat berenang di tengah-tengah tasik.. rasa x nak naik ke darat.. (bukan lupa daratan ye..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...