Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!
Showing posts with label Family 2155. Show all posts
Showing posts with label Family 2155. Show all posts

Friday, November 14, 2008

Ridzwan Nadzrin

Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang diberikan, Ya ALLAH.

Malas sebetulnya nak letak post personal, tapi tak perlah. Promosi skets , heheh.

Okay Nadzrin dapat 5A. Ketua Pengawas, kan ? Takkan tak leh dapat 5A. Hehe.

Seperti anak-anak saya yang lain, Nadzrin ni bukannya jenis yang belajar. Balik sekolah, main game. Punya tak kuasa dia nak tengok buku kat rumah, homework pun buat kat sekolah. Tuition pun yang sekolah bagi jer. Kami memang tak hantar anak-anak tuition.

Tapi anak-anak kami, selalu dapat kesempatan belajar 'cara belajar'. Cara mengingat, cara fokus dalam kelas dan sebagainya. Nadzrin, gunapakai 100% cara belajar yang Encik Kamal ajarkan. Cara yang folderkan otak - mana input nak simpan, dan macam mana nak keluarkan balik bila perlu. Dan paling penting, dia amat fokus dalam kelas. Mengikut Encik Kamal, ini cara belajar paling baik.

Nadzrin setiap tahun, adalah pelajar terbaik bagi matapelajaran Matematik. Boleh dikatakan setiap kali periksa, dapat 100%. Bagi Nadzrin, dia enjoy buat Matematik. Macam buat puzzle. Seronok menyelesaikan. Sebab kami dah tanamkan pada anak-anak - ni subject main-main, enjoy-enjoy ! hehe.

Anak-anak juga perlu exercise dan bersenam, berpeluh itu menyihatkan badan. Seperti abang-abang dan babahnya - aktiviti outdoor tu sangat penting bagi mereka. Camping, main kayak, ikut GengLasak beradventure ke hutan-hutan adalah minat utama dia. Sampai ter'over' kadang-kadang.

Doa dan harapan saya semoga Nadzrin akan terus berjaya di masa akan datang.

Ucapan tahniah sebab dapat 5A juga kepada anak-anak yang pernah datang Kem Cuti Sekolah

1. Firas Izzat Seman
2. Phiravin Nair
3. Suhashini
4. Ashavini
5. Vasanthan
6. Nur Shazwani Anis
7. Farah Haziqah
8. Anis Nazirah Kamarul

dan Zul Faizin , dapat 4A dan 1B

teruskan usaha !

yang Mama G tertinggal nama, sorry yer !

Ni gambar Nadzrin skets :P


Dengan Abang-abang GengLasak.


Jalan kaki, pergi Bus Stop, Kuala Tahan

Posing depan Anjung Kelana

Align CenterAtas canopy. Abang-abang lari, dia pun lari, Selamba jer tinggi-tinggi gitu.

Main tengteng depan Tembeling View Chalet, Kuala Tahan

Swimming di Lubuk Simpon, Taman Negara Pahang

Tuesday, July 03, 2007

Beribu Batu

29 Julai 2007. Kami akan menghantar anak saya, Along dan dua orang fasi Kem - Daus dan Fati ke UiTM Sarawak. 2 hari sebelum bertolak, Fati dapat tawaran ke Maktab. Jadi Cikgu. Jadi, Fati tolak tawaran ke UiTM. Tiket kapalterbang yang telah dibeli, buang begitu sahaja. Cadangan asal - saya, suami dan Faiq akan menghantar budak-budak bertiga ni. Kami akan terbang dari Senai Airport. Kerry ditugaskan menghantar kami. Jadi kami akan pergi dengan 2 kereta. Ida akan drive kereta dia sebab adik-adik semua nak menghantar Along ke Senai.

Esok paginya (29/6), Babah bangun pagi dan beritahu dia mabuk dan hendak pitam. Kerry sampai dan saya mintak Kerry bawa kami ke Klinik dulu. Allah hu Akbar ! Darah Babah naik dan Doktor nasihatkan, jangan terbang. Saya pasrah sahaja - pergi seorang sebab Faiq tak jadi pergi (Fati, adik Faiq - Fati tak pergi, Faiq pun taknak pergi). Babah cadangkan saya bawa Angah. Telefon beritahu mak, suruh Angah pack baju. Kena rush sebab kena beli tiket untuk Angah. Tapi Ida decide untuk pergi sebab dia risau membiarkan saya seorang dengan Angah.

Kami sampai rumah dari Klinik pukul 9.45 pagi. Nasib baik, kami minta Daus dan keluarganya bertolak dahulu. Mereka tinggalkan Jasin satu jam lebih awal - 8.45 pagi. Tiket untuk Ida belum ada, dan flight akan berlepas pukul 12.45 pm. Peluk-peluk dan cium-cium - sedih Along nak tinggalkan Babah, Nenek, adik-adik dan Bibik.

Ida drive ke Senai dan sampai Senai airport pukul 11 pagi. Nasib Ida drive X5 dia. Dari Jasin ke Senai, satu jam. Punyalah laju.

Kerry gi park kereta dan kami berdua pergi cari tiket. Ada tiket ke Kuching tapi nak balik nanti, Ida kena naik Business Class. Tiket Y Class dah tak ada. Budak berdua tuh, scan beg-beg. Terus sahaja check-in. Sian Daus, sedih bila nak berpisah dengan Ibu dia. Saya pun sedih sangat bila tengok Ayin menangis tersesak-esak berpisah dengan Alongnya.

Dengan seribu doa semoga segala urusan kami dipermudahkan, Babah sihat dan Iqi okay. (Sian Iqi, mummy dia kena tinggalkan dia. Daddy dia balik cuma malam nanti.) Kami melangkah ke Balai Berlepas. Pasrah sahajalah. Tompel missed call. Saya called dia balik dan dia beritahu, PakLet dah masuk Hospital Pantai. Kena tahan sebab darah dia naik lagi. Allah hu Akbar - tabahkanlah hati ini !

Kami sampai Kuching pukul 2 lebih. Cantik bandar Kuching. Dari airport ke Holiday Inn, tambangnya RM 17.50. Cari makan sebab lapar. Lambat check-in sebab blik tak ready lagi. Tapi kami dapat kawan, front office staff yang namamya LOID - baik sangat.

Cuba rehat, tapi tak boleh sebab hati tak tenang. Merayau-rayau sehingga penat kaki berjalan.
Malam tu, saya panggil Along ke bilik saya sebab nak peluk, nak cium dia puas-puas juga nak sampaikan pesan-pesan dari Babah.

++++++++

Tak tidur saya malam tu. Pukul 3 pagi dah bangun dan solat tahajud. Minta pada Pencipta saya supaya segala urusan saya dipermudahkan. Semoga Along senang daftar esok dan semoga Babah sehat. Saya serahkan pada Allah sahaja, peliharalah anak saya, jauhilah dia dari segala yang tidak baik dan semoga dia menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. I want u to score, Along ! Biarlah berbaloi segala risau Mama, segala rindu Mama.

Hari ni, saya belajar satu lagi pengalaman jadi Ibu. Beginilah agaknya tika Mak melepaskan saya pergi belajar dahulu.

+++++++++

Lepas breakfast di HI, kami bertolak ke Kota Samarahan. Sebenarnya, hari sebelumnya kami cuba sewa kereta atau van sekali dengan pemandu. Macam-macam rate yg diquote pada kami - RM 180, RM 200. Saya yg rasa tak sedap hati semasa Ida berbincang, pergi tanyakan taxi di luar HI. Kata driver taxi - RM 35.00 sehala. Ida risau takut nanti nak balik ke Kuching tiada transport. Kami ambil no. telefon MC.

Esoknya,urusan kami lebih dipermudahkan Allah Subha-nahu-wa-Ta'ala, taxi sampai, bellman masukkan luggage dalam taxi. Pemandu taxi, Nuar yang baik dan banyak menolong. Tambang taxi pun cuma RM 30.00.

Bila semakin hampir dengan UiTM hati saya semakin berdebar, sekejap lagi akan tinggallah buah hati pengarang jantung saya di sini - beribu batu jauhnya dari rumah !

Mereka mendaftar - elok pulak dapat sama bilik. Ada pula barang yang takde - bantal, baldi, selimut. Kami kembali ke Kuching. Beli barang-barang lagi - hanger baju, selimut, thumb drive (utk backup), beli stok biskut, milo 3 in 1 dll.

Siap semua dan lunch. Sian Along, makan pun tak habis. Kami berpisah depan HI. Sedihnya saya melepaskan dia pergi. Daus, jaga Along yer ! Dan Along pun sama-sama take care Daus. Budak berdua ni kawan sejak berumur 6 tahun.

Kenalah kerja kuat, cari duit nak beli tiker kapalterbang untuk lawat buah hati.




Last family outing sebelum Along ke Sarawak

Sebelum kami bertolak ke Senai - sian Nenek nangis melepaskan Along pergi.

Yang kosong tu, tempat duduk Fati

Heboh mereka berdua, suruh saya ambil gambar kerusi kosong ni - tempat duduk Fati

Holiday Inn, Kuching

Patung Kuching, dari pintu HI


Thursday, November 16, 2006

Anak-anak dan Exam


Bagi ibu dan bapa, tiada lagi yang lebih membahagiakan kecuali menerima kejayaan anak-anak.

2 hari, kami sekeluarga menerima berita gembira atas kejayaan ahli keluarga. Semalam, Encik Lawyer keluarga J2155 menerima 3 hadiah - dapat tempat kedua, hadiah matapelajaran terbaik - BM Pemahaman dan Matematik. Sibuk jugalah kami suami isteri ke sekolah, menyaksikan anak terima hadiah. Encik Lawyer ialah Ridzwan Nadzrin. Mamat ni bercita-cita nak jadi lawyer.

Hadiah Encik Lawyer. Gambar lain, kat blog dia - kalau tak tegur, mau berpages-pages dia letak gambar dia ambik hadiah. Tapi abang-abang dah tegur, jangan riak ! hehe


Tuhan sahaja yang tahu betapa bangga - bila juruacara Majlis sebut nama anak kita. Walaupun cuma kejayaan anak Tahun 4 sahaja ! Congrats Nadzrin sayang ! Si-manja, tuan puteri sorang, buah hati, jantung nyawa Abah dapat no. 15. hehe

Agaknya, beginilah bangganya ibu dan bapa kita dulu, menyaksikan kita di hari konvo. Ya Allah, panjangkanlah usia kami dan permudahkanlah rezeki anak-anak untuk menerima kejayaan sehingga peringkat yang tertinggi. Amin !

Hari ni satu berita gembira lagi untuk keluarga ni - Nur Diyana Mohd. Roznan, anak saudara saya di KL menerima keputusan UPSR - 5A. Ya Allah, syukur lagi atas pemberianMu ! Walaupun kami semua sudah menjangkakan keputusan ni, tapi melonjak-lonjak suka juga. Adik saya, Nan sehingga menangis bila telefon, beritahu berita baik pagi tadi. Diyana anak sulung dia. Ish, siap nangis. hehe. Congrats, Diyana sayang !

Anak dara keluarga kami, 2 orang sahaja - Diyana dan Rina. Ni gambar masa Raya hari tu.


Hari ni bermula perjuangan anak sulung saya, menghadapi SPM. Paper Akaun. Pukul 2.30 petang. Paper habis pukul 4.30. Hari ni, lunch awal untuk dia - 12.30 tengahari. Sebelum pergi tadi, dah minum Kopi Tenaga, (thank you, Ezad) dengan pelukan dan ciuman dari Mama. Mama doakan Along berjaya, sayang !!!

Ya Allah, permudahkanlah perjuangan anakandaku !

Dah lebih tinggi dari Abah ! Amir dan Abah - Raya 2006


Thursday, September 21, 2006

Cita-Cita dan SMK Cheras Perdana

Salam Ramadhan. Selamat Berpuasa kepada semua pembaca-pembaca DARI HUTAN INI, ex-campers KLD dan adik-adik fasi.

Selamat Berpuasa Basri dan Pulut Hitam :)


:: Pak Let dan Kak G ::

+++++++++++++

Cita-cita saya

Cita-cita dan harapan untuk rajin memblog hanya tinggal angan-angan sahaja. Tidak kesampaian.

Saya sudah punya tugas baru - menjaga ibu saudara yang sakit. Parkinson dan heart problems. Mak saya, 3 beradik. Yang saya jaga ni, kakak Mak. Dia ada 2 orang anak, sepupu saya. Tetapi sepupu saya ni, baru sahaja balik dari France setelah menjalani pembedahan otak. Iyer, case cam Dino. She is okay, dia dah sihat, tetapi tidak sepenuhnya. Dan iyer, adik-adik fasi - dia sepupu saya yang doktor tu. Jadi, saya ambil alih menjaga Ibu saudara ni. Ni kali kedua saya menjaga dia. Dulu masa dia kena stroke, pun ke Jasin juga.

Memanglah di rumah saya ada 2 orang maid. Tapi nak bagi ubat, nak check punggung dll tuh, saya juga yang kena buat. Kadang-kadang tiba-tiba rebah, oksigen tak sampai kepala - mana lah boleh diharap pada maid. Saya pun tak sampai hati jika dia dijaga 'orang luar' sahaja. Kalau jaga sendiri, boleh juga bagi dia makan makanan yang dia suka, ada cucu-cucu untuk bermanja dan jiran-jiran yang datang melawat bersembang dengan dia.

Ibu saudara saya ni memang tidak kuat lagi. Kena pakai adult diaper, jalan berpimpin dan makan bersuap. Kena dimandikan dan dibersihkan selepas buang air. Sedih saya tengok dia.

++++++++++

SMK Cheras Perdana

Saya terlepas dari menulis lapuran untuk Grup yang masuk selepas SMK Tmn Medan dan Kolej Matrik Melaka. Kami ada KUIM, IKM dan UIA. UIA keluar hari Ahad, dan Isnin pula SMK Cheras Perdana masuk sehinggalah semalam - hari Rabu.

Dah lama dah tidak melayan 'budak kecik'. :)

Seronok bersama budak-budak ni. Masa check beg (biasalah, mencari barang-barang larangan), pun dah gelak sangat dah. Macam-macam mak-mak mereka packkan. Segala tok-nenek mee segera dalam dunia ni ada. Segala macam roti, segala macam minuman. Ada yang bawak Milo satu tin. Nak meniaga ker ?

Dia orang ingat tidur hotel ker ? Amboi bawak beg beroda bagai. Bawak baju lawa, jeans bersulam bagai. hehe.

+++++++++++

Mula-mula mereka tak happy. Masa night walk semua komplen - penderaan kepada murid-murid. Lepas difahamkan 'nilai-nilai' positif yang didapati dari aktiviti ni, semua seronok pulak. Terkekeh-kekeh ketawa bila Cicha beritahu. "apa motif hantu tuh nak kacau awak ?" . Hantu pun ada kerja dia gak dik. Tak kuasa dia nak kejar korang. Lagipun mana ada kita dengar hantu buat jahat. Lebih-lebih dia tunjuk wajah dia jer. Kita jer tengok dia tak hensem, kita takut. Pastu, kita tuduh dia jahat. Manusia jahat ramailah - jual dadah, rosakkan anak orang, ambik rasuah, ajar orang merempit , macam-macam lagi lah yang hantu tak buat.

Esok harinya, dah buat aktiviti, semua happy dah sehingga ada yang tak nak balik pula.

Kena balik lah bebs, abang-abang fasi dah 6 hari tak balik rumah dah. Straight kerja dari Jumaat.

Let the pics tell the story, okay ?


Photobucket - Video and Image Hosting
Kasut-kasut di luar Anjung Kasih. Lawa susun, lepas kena marah :)

Photobucket - Video and Image Hosting
Permulaan Amazing Race. Mengambil 'message in the bottle'.

Photobucket - Video and Image Hosting
Boya jadi rakit.

Photobucket - Video and Image Hosting
Paya Selut. Tunggu giliran untuk meredah.

Photobucket - Video and Image Hosting
Meredah Paya Selut. Nampak tak boya dan BA kat sebelah tu ? Tu persediaan sebab ada adik-adik yang terlalu tak tinggi. Jadi, kenalah pakai benda-benda tu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Permulaan rakit. Asyraf sempat posing.

Photobucket - Video and Image Hosting
In, out, in, out .. sweeeeeeeppppp ...

Photobucket - Video and Image Hosting
Menunggu giliran.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kita minum dulu ! Berbincang sambil minum Milo.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pah Bedah and the gang. Rajin menolong. McDonald siap bagitau, kita deting situ, eh ! Nnt Mama belanja.

Photobucket - Video and Image Hosting
War Game

Photobucket - Video and Image Hosting
Ahli kubur. Cam grup-grup sebelum ni, askar yang mati ni, lah yang menimbulkan masalah. Dia lak bagi arahan. Dah mati, diam jerlah. Dok kubur, pegang telur.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dia leh pergi sampai hujung Hutan Gelam budak nih.

Photobucket - Video and Image Hosting
Perang Koboi. Punyalah bising dia orang perang.

Photobucket - Video and Image Hosting
Suruh dia orang bersihkan diri dulu sebelum balik Kem.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bergambar ramai sebelum balik
Lain-lain gambar, akan diuploadkan ke Fotopages bila Mama tak busy nanti. okay ! Selamat Berpuasa dari PakLet, Mama, Kakak-kakak dan Abang-abang Fasi.


++++++++++++

Thursday, September 22, 2005

Kabus di danau, kabus di hati.

Semalam, hujan di Kampung Chinchin. Tapi tak lebat. Walaupun tak lebat, tapi hujan hampir sepanjang hari. Hari ni, bila saya sampai ke pejabat pukul 7.30 pagi tadi ; Tebat tak nampak, berkabus tebal.

+++++++++++++

Hari ni hati sayu dan sepi. Mengenang yang telah kembali menemuiNya.

Hari ni, kalau Ayah masih ada, Ayah akan menyambut ulangtahun yang ke 71. How i miss hugging him on his birthday ! Rindu sungguh. Dah lama dah, tak dapat panggil "Ayah". Aduhai, rindunya saya, ingin memanggil nama tersebut.

Bila tengok anak-anak membesar, saya fikir saya tidak akan rasa kehilangan. Anak-anak membahagiakan saya. Dan ada suami yang sayangkan saya. Tetapi semuanya tidak sama dengan kasih seorang Ayah. Dengan Ayah, saya boleh sentiasa menjadi saya. Tidak perlu fikir atas apa tindakan. He will always understand. And i'll always be his little girl.

... saya tak boleh nak menulis lagi ...copypaste from 2003 entry

Ayah meninggal hari Jumaat, 8 November 1991. Lebih kurang dalam pukul 2:00 tengahari. Tak sure pukul berapa sebab Ayah meninggal dalam tidur. Ayah meninggal dekat rumah saya di Melaka. Masa tu Ayah sakit, kaki Ayah luka kena gate yg berkarat. Ayah pula ada kencing manis, so luka tu jadi parah. Mula-mula bawa Ayah pergi ke Doc Munshi tapi sebab tak baik juga kami bawa Ayah ke Specialist Centre. Hari-hari bawa Ayah cuci luka tuh. Kaki Ayah sembuh. Oleh sebab Ayah dah ok kami plan nak balik Jasin hari Sabtu. Hari-hari dia cakap kat Amir (masa tu 2 tahun), hari Jumaat dia nak balik. Mak beritahu dia, hari Jumaat saya keje, balik hari Sabtu. Dan Ayah diam je masa Mak cakap tu.

Pagi Jumaat sebelum pegi keje saya macam biasa masuk bilik Ayah. Ayah sedang nak makan vegepuff. Nampak saya, dia belahkan puff tu dan bagi separuh kat saya. Dan saya pun sumbatlah semua puff tu sekali dlm mulut (saya memang buruk makan). Dia tengok je saya makan. Pandang kat saya lama-lama. Nak pegi keje, saya kucup pipi dia dulu dan terus jalan kaki pegi keje. Tempat keje depan rumah je.

Hari tu ada meeting dengan promoters. Saya tengah chairkan the meeting dan tetiba clerk saya masuk dlm conference room. Dia beritahu saya berita tu : Ayah dah takder. Saya terus lari balik. Tangga kat staff entrance tuh saya lompat tah berapa mata tangga. Kawan sekerja saya, Salizawati (Liza, thanks !) ikut dari belakang beserta dengan 2 security guards. Mereka ingat kalau ada apa-apa. Terus kejar saya hingga ke rumah. What a sight masa tuh. Dua perempuan berlari dengan dikuti 2 security guards.

Saya lari terus ke bilik Ayah. Tengok Mak tengah peluk tubuh Ayah. Ambik Mak dan peluk Mak. Kariah surau dekat rumah tu sekejap je dah penuh dan menguruskan Ayah. Called Doc Munshi suruh dia check Ayah lagi. Masa tu rasa lemah seluruh badan. Tapi saya tahu saya kena kuat sebab Mak bergantung harap kat saya. Abang called sedara mara semua kat kampung. Fikir lagi macam mana nak beritahu Nan dan Ida. Masa tuh Nan baru mula kerja dan Ida baru je masuk U. Ida tengah exam pulak tu. Untunglah sepupu saya Mahadi ambik dia org berdua dan Mahadi yg sampaikan berita sedih tu pada adik-adik saya. Kariah surau nak uruskan Ayah di Bukit Beruang ni je tapi Mak minta kami bawa Ayah balik kampung. Saya ikutkan je permintaan Mak. Abang Long (anak mak angkat saya) bawak saya, Amir dan Hafidz balik Jasin dulu. Perjalanan yg cukup jauh dan lama sekali ke Jasin.

Tiba rumah, sedara-mara semua dah penuh dan bersiap-siap. Saya blur. Tak tahu apa nak buat. Hampir Asar baru jenazah Ayah sampai beserta dengan Mak. Mak tak boleh jalan dan menangis. Saya peluk Mak dan ingatkan Mak jgn beratkan Ayah. Mintak Mak sabar dan mintak Mak redha'. Saya pun sebenarnya ingin meraung tapi saya tahu saya kena tabah. Setelah sedara-mara siapkan Ayah, saya duduk disisi Ayah, baca Yassin. Sesekali menyentuh Ayah. Adik-adik sampai masa Maghrib. Lambat sebab Mahadi dan Nan tunggu Ida yg tengah exam (TESL, UPM). Bila mereka sampai kami tiga beradik berpelukan, hari ni kami hilang Ayah ! Hilang tempat bergantung kami, tempat bermanja, tempat mengadu, tempat mencurah kasih-sayang ... Betapa saya minta adik-adik agar redha', agar jangan menangis-nangis jangan memberatkan Ayah ...

Dan saya paling terhutang budi pada Abang, dia la yang menguruskan segalanya. Kami adik-beradik dan Mak jadi tak tahu apa pun.

Saya basuh muka Ayah dan tangan Ayah masa Pak Imam Haji Mazlan mandikan Ayah. Nan dan Abang juga ikut memandikan. Juga sepupu-sepupu saya Mahadi dan Mahabib. Masa Pak Imam mengkafankan Ayah, kami yg perempuan tidak boleh bersama. Dan sebelum Ayah dikafankan sepenuhnya kami dibenarkan mengucup Ayah. Sejuknya pipi dan dahi yg dikucup. Ni la wajah yang saya kucup baru je sebentar tadi rasanya, dengan senyum kasihnya untuk saya. Selesai semua, Ayah harus pergi dari kami. Ayah dah berpindah dunia, tidak lagi bersama kami. Ramainya orang yang nak solat jenazah. Maka solat jenazah dibuat 3 kali. Kawan-kawan Ayah, gang Pas dia, kawan-kawan sekerja kami dan sedara mara sekampung. Alhamdulillah rumah kampung luas ruang depannya dan sekali berjemaah lebih 40 orang boleh turut serta.

Saya ikut ke kubur walaupun Mak tak bagi dan sedara mara tak bagi. Saya buat juga. Berjalan 2 beradik dengan Ida dan jatuh-jatuh. Giliran Ida pula memujuk saya. Budak-budak bujang kampung yang memikul jenazah. Tak pakai pun kereta mayat. Last sekali utk 'Tok Busu' mereka.

Tapi saya pasti Ayah pergi dengan aman. Jumaat tu Mak kata, lepas dia balik dari Specialist Centre dia tengok org dah balik dari Jumaat, dia beritahu Mak dia nak sembahyang. Dia masuk bilik air pastu masuk bilik. Mak di depan tidurkan Hafidz. Lepas Hafidz tidur, Mak masuk bilik nak tengok Ayah. Mak kata Ayah tak bergerak pun bila Mak panggil. Lena je tidur. Mak rasa tak sedap hati lalu telefon Abang di resort. Pastu Mak panggil jiran kami, Makcik sebelah. Kebetulan Pakcik Bilal surau ada kat rumah Makcik. Mereka la yang mula-mula uruskan Ayah. Begitu senang Ayah pergi. Kuburnya pun banyak terlebih tanah. Saya juga masih menyimpan kain tudung Mak yang diguna tutup muka arwah Ayah. Ada bau wangi kat tudung tu. Wangi yang sungguh lembut. Tapi sekarang dah tak berbau lagi. Masa arwah baru meninggal dulu, kalau rindu saya akan cari baju-baju dan kupiah Ayah. Nak cium-cium bau Ayah. Tapi bau tu tak de. Langsung tak de bau apa-apa pun.

Bertahun-tahun lepas Ayah pergi baru kami boleh buka briefcase Ayah. Saya jumpa surat-surat yang saya tulis pada Ayah semasa saya sekolah di itm dulu. Jumpa envelope-envelope yg saya letak duit utk dia ... bulan Oktober ni dah 12 tahun arwah Ayah tinggalkan kami. Amir masih dia kecik dulu, bila kami bawa dia, adik-adik, Nabil dan Diyana menziarah pusara Ayah, mesti beritau adik-adik dan sepupu-sepupu dia, "Atuk tidur kat bawah ni, kaki dia sakit. Hari-hari Along pegang selipar Atuk masa doc check kaki Atuk" Dan pastu tanya saya, "Ma, bila Atuk nak balik". Ni dia dah besar, dia dah faham. Bergenang air mata bila lihat dia membaca doa dengan diAminkan adik-adik dan sepupu. Penuh mereka sekeliling pusara Ayah.

Al Fatihah buat ayahandaku yang tersayang :
Haji Mohd. Ramli bin Haji Hussein 22 September 1934 - 8 November 1991
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...