Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, September 22, 2005

Kabus di danau, kabus di hati.

Semalam, hujan di Kampung Chinchin. Tapi tak lebat. Walaupun tak lebat, tapi hujan hampir sepanjang hari. Hari ni, bila saya sampai ke pejabat pukul 7.30 pagi tadi ; Tebat tak nampak, berkabus tebal.

+++++++++++++

Hari ni hati sayu dan sepi. Mengenang yang telah kembali menemuiNya.

Hari ni, kalau Ayah masih ada, Ayah akan menyambut ulangtahun yang ke 71. How i miss hugging him on his birthday ! Rindu sungguh. Dah lama dah, tak dapat panggil "Ayah". Aduhai, rindunya saya, ingin memanggil nama tersebut.

Bila tengok anak-anak membesar, saya fikir saya tidak akan rasa kehilangan. Anak-anak membahagiakan saya. Dan ada suami yang sayangkan saya. Tetapi semuanya tidak sama dengan kasih seorang Ayah. Dengan Ayah, saya boleh sentiasa menjadi saya. Tidak perlu fikir atas apa tindakan. He will always understand. And i'll always be his little girl.

... saya tak boleh nak menulis lagi ...copypaste from 2003 entry

Ayah meninggal hari Jumaat, 8 November 1991. Lebih kurang dalam pukul 2:00 tengahari. Tak sure pukul berapa sebab Ayah meninggal dalam tidur. Ayah meninggal dekat rumah saya di Melaka. Masa tu Ayah sakit, kaki Ayah luka kena gate yg berkarat. Ayah pula ada kencing manis, so luka tu jadi parah. Mula-mula bawa Ayah pergi ke Doc Munshi tapi sebab tak baik juga kami bawa Ayah ke Specialist Centre. Hari-hari bawa Ayah cuci luka tuh. Kaki Ayah sembuh. Oleh sebab Ayah dah ok kami plan nak balik Jasin hari Sabtu. Hari-hari dia cakap kat Amir (masa tu 2 tahun), hari Jumaat dia nak balik. Mak beritahu dia, hari Jumaat saya keje, balik hari Sabtu. Dan Ayah diam je masa Mak cakap tu.

Pagi Jumaat sebelum pegi keje saya macam biasa masuk bilik Ayah. Ayah sedang nak makan vegepuff. Nampak saya, dia belahkan puff tu dan bagi separuh kat saya. Dan saya pun sumbatlah semua puff tu sekali dlm mulut (saya memang buruk makan). Dia tengok je saya makan. Pandang kat saya lama-lama. Nak pegi keje, saya kucup pipi dia dulu dan terus jalan kaki pegi keje. Tempat keje depan rumah je.

Hari tu ada meeting dengan promoters. Saya tengah chairkan the meeting dan tetiba clerk saya masuk dlm conference room. Dia beritahu saya berita tu : Ayah dah takder. Saya terus lari balik. Tangga kat staff entrance tuh saya lompat tah berapa mata tangga. Kawan sekerja saya, Salizawati (Liza, thanks !) ikut dari belakang beserta dengan 2 security guards. Mereka ingat kalau ada apa-apa. Terus kejar saya hingga ke rumah. What a sight masa tuh. Dua perempuan berlari dengan dikuti 2 security guards.

Saya lari terus ke bilik Ayah. Tengok Mak tengah peluk tubuh Ayah. Ambik Mak dan peluk Mak. Kariah surau dekat rumah tu sekejap je dah penuh dan menguruskan Ayah. Called Doc Munshi suruh dia check Ayah lagi. Masa tu rasa lemah seluruh badan. Tapi saya tahu saya kena kuat sebab Mak bergantung harap kat saya. Abang called sedara mara semua kat kampung. Fikir lagi macam mana nak beritahu Nan dan Ida. Masa tuh Nan baru mula kerja dan Ida baru je masuk U. Ida tengah exam pulak tu. Untunglah sepupu saya Mahadi ambik dia org berdua dan Mahadi yg sampaikan berita sedih tu pada adik-adik saya. Kariah surau nak uruskan Ayah di Bukit Beruang ni je tapi Mak minta kami bawa Ayah balik kampung. Saya ikutkan je permintaan Mak. Abang Long (anak mak angkat saya) bawak saya, Amir dan Hafidz balik Jasin dulu. Perjalanan yg cukup jauh dan lama sekali ke Jasin.

Tiba rumah, sedara-mara semua dah penuh dan bersiap-siap. Saya blur. Tak tahu apa nak buat. Hampir Asar baru jenazah Ayah sampai beserta dengan Mak. Mak tak boleh jalan dan menangis. Saya peluk Mak dan ingatkan Mak jgn beratkan Ayah. Mintak Mak sabar dan mintak Mak redha'. Saya pun sebenarnya ingin meraung tapi saya tahu saya kena tabah. Setelah sedara-mara siapkan Ayah, saya duduk disisi Ayah, baca Yassin. Sesekali menyentuh Ayah. Adik-adik sampai masa Maghrib. Lambat sebab Mahadi dan Nan tunggu Ida yg tengah exam (TESL, UPM). Bila mereka sampai kami tiga beradik berpelukan, hari ni kami hilang Ayah ! Hilang tempat bergantung kami, tempat bermanja, tempat mengadu, tempat mencurah kasih-sayang ... Betapa saya minta adik-adik agar redha', agar jangan menangis-nangis jangan memberatkan Ayah ...

Dan saya paling terhutang budi pada Abang, dia la yang menguruskan segalanya. Kami adik-beradik dan Mak jadi tak tahu apa pun.

Saya basuh muka Ayah dan tangan Ayah masa Pak Imam Haji Mazlan mandikan Ayah. Nan dan Abang juga ikut memandikan. Juga sepupu-sepupu saya Mahadi dan Mahabib. Masa Pak Imam mengkafankan Ayah, kami yg perempuan tidak boleh bersama. Dan sebelum Ayah dikafankan sepenuhnya kami dibenarkan mengucup Ayah. Sejuknya pipi dan dahi yg dikucup. Ni la wajah yang saya kucup baru je sebentar tadi rasanya, dengan senyum kasihnya untuk saya. Selesai semua, Ayah harus pergi dari kami. Ayah dah berpindah dunia, tidak lagi bersama kami. Ramainya orang yang nak solat jenazah. Maka solat jenazah dibuat 3 kali. Kawan-kawan Ayah, gang Pas dia, kawan-kawan sekerja kami dan sedara mara sekampung. Alhamdulillah rumah kampung luas ruang depannya dan sekali berjemaah lebih 40 orang boleh turut serta.

Saya ikut ke kubur walaupun Mak tak bagi dan sedara mara tak bagi. Saya buat juga. Berjalan 2 beradik dengan Ida dan jatuh-jatuh. Giliran Ida pula memujuk saya. Budak-budak bujang kampung yang memikul jenazah. Tak pakai pun kereta mayat. Last sekali utk 'Tok Busu' mereka.

Tapi saya pasti Ayah pergi dengan aman. Jumaat tu Mak kata, lepas dia balik dari Specialist Centre dia tengok org dah balik dari Jumaat, dia beritahu Mak dia nak sembahyang. Dia masuk bilik air pastu masuk bilik. Mak di depan tidurkan Hafidz. Lepas Hafidz tidur, Mak masuk bilik nak tengok Ayah. Mak kata Ayah tak bergerak pun bila Mak panggil. Lena je tidur. Mak rasa tak sedap hati lalu telefon Abang di resort. Pastu Mak panggil jiran kami, Makcik sebelah. Kebetulan Pakcik Bilal surau ada kat rumah Makcik. Mereka la yang mula-mula uruskan Ayah. Begitu senang Ayah pergi. Kuburnya pun banyak terlebih tanah. Saya juga masih menyimpan kain tudung Mak yang diguna tutup muka arwah Ayah. Ada bau wangi kat tudung tu. Wangi yang sungguh lembut. Tapi sekarang dah tak berbau lagi. Masa arwah baru meninggal dulu, kalau rindu saya akan cari baju-baju dan kupiah Ayah. Nak cium-cium bau Ayah. Tapi bau tu tak de. Langsung tak de bau apa-apa pun.

Bertahun-tahun lepas Ayah pergi baru kami boleh buka briefcase Ayah. Saya jumpa surat-surat yang saya tulis pada Ayah semasa saya sekolah di itm dulu. Jumpa envelope-envelope yg saya letak duit utk dia ... bulan Oktober ni dah 12 tahun arwah Ayah tinggalkan kami. Amir masih dia kecik dulu, bila kami bawa dia, adik-adik, Nabil dan Diyana menziarah pusara Ayah, mesti beritau adik-adik dan sepupu-sepupu dia, "Atuk tidur kat bawah ni, kaki dia sakit. Hari-hari Along pegang selipar Atuk masa doc check kaki Atuk" Dan pastu tanya saya, "Ma, bila Atuk nak balik". Ni dia dah besar, dia dah faham. Bergenang air mata bila lihat dia membaca doa dengan diAminkan adik-adik dan sepupu. Penuh mereka sekeliling pusara Ayah.

Al Fatihah buat ayahandaku yang tersayang :
Haji Mohd. Ramli bin Haji Hussein 22 September 1934 - 8 November 1991

2 comments:

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Anonymous said...

Best regards from NY! » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...