Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, January 06, 2015

Kembali ke DARI HUTAN INI

Alhamdulillah.

Masih ada saya di tahun Masihi 2015.

Rindu dengan Dari Hutan Ini. Permulaan perniagaan Kem Lambaian Danau dulu, DHI inilah jadi sumber pemasaran kami. Masa tu tiada Facebook, tiada Istagram. Kerja saya, cerita pasal group yang datang. Joyah jugak, cerita keluarga dan kampung, masuk sekali :)

Saya mula menulis tahun 2003. Mula malas 2012. Mahu mula semula 2015. Semoga rajin saya tidah berhenti di post ini. hehe

Banyak yang telah berubah di KLD.


Pokok-pokok yang dulu kecil dah besar. Cukup rimbun melindungi tapak khemah.


                     


Ni depan Kem. Tanah sebelah, tuan punya dah buat pembangunan. Jadi Taman Extreme Majlis Daerah Jasin. Tanah kami yang sebelum ini digunakan sebagai jalan penghubung ke Kampung Cina dah dipulangkan balik. Sekarang jadi tempat parking bas.



                     


Pejabat KLD sekarang. Pejabat lama, sudah jadi Rumah untuk pegawai pengiring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...