Minggu yang sibuk, ada lebih 400 pax di Kem.
Minggu tanpa anak-anak. Along, Angah dan Yan ke Brunei untuk urusan Mama G Food Industries.
Mujur anak-anak GengLasak kami dah biasa, Alhamdulillah kedua program berjalan lancar.
++++++++
SMK Dato Mohd. Said Nilai
Kem Komandan ialah Cicha, dibantu Ahmad sebagai Asst. Kem Komandan. Fasi-fasinya, Ilham Macha, Teta Tajul, Sakinah dan fasi baru, Syaf. Peserta yang datang ialah pemimpin pelajar.Nilai pernah datang 2 tahun lepas.
Balik dari Wargame, semua comot !
Ku ambil lumpur di ladang
Ku jadikan penyamaran
Rupa tampan berubah menjadi seram
Agar sukar dipandang
Bergerak, bertempur, pendekar pantang umdur ....
Rafting Adventure. Memang mencabar. Ni trek A. Trek baru ni, berakit dalam rumput :) Dengan lumut mati, dengan angin bertiup kencang !
Mula berlepas, tak tahu apa tunggu di depan. Fasi ada di setiap rakit, mengajar dan menjaga keselamatan.
++++++++++
MRSM TGB, Jasin
Kem Komandan ialah Pak Let. Asst Kem Komandan, Abang Is dan Nabil. ( Kami semua panggil Is Aizat, Abang Is. Jangan tanya kenapa, semua sekali kat Kem ni memang panggil dia macam tu.) Fasi : Nadzrin, Iqbal, Toyak, Zue, Udin, Haziq dan fasi baru, Anas.
MRSM memang setiap tahun bersama kami. Program gerak gempur sebelum SPM dan program persediaan SPM.
MRSM memang setiap tahun bersama kami. Program gerak gempur sebelum SPM dan program persediaan SPM.
Ini 'log race'. Berenang dalam satu pasukan dengan sebatang balak.
OTOS. One team, one spirit. Aktiviti teamwork yang baik. Seorang sahaja tidak berfungsi, semua tidak akan sampai kedaratan. Mereka mengelilingi pontoon. Fasi di atas pontton untuk tujuan menjaga keselamatan.
Aktiviti wajib, zapin ayam. Ni zapin paddle rakit :)
Rakit Adventure. Tahun baru, trek baru juga. Dan tentulah lebih mencabar.
No comments:
Post a Comment