Jumaat haritu bergegas jemput Amir di hostel, lepas tu berkejar pula ke Tesco untuk ambil moist chocolate cake yang ditempah dari Secret Recipe. Mak pulak puasa. Jadi sebelum pergi cepat-cepat masak untuk hidangan buka puasa Mak. Saya takut terlambat nanti, kesian lak Mak. Balik rumah, dah pun masuk waktu Maghrib dan Mak dah pun berbuka. Lepas Mak keluar bilik selepas solat Isya', anak-anak padamkan lampu dan pasang lilin atas cake Mak. Mak bising je, "Nenek dah tua la, taknak tiup lilin la ..." Kena paksa juga. Pastu Amir baca doa untuk Nenek dan semua orang kiss Mak. I love this woman ! Sepanjang hayat saya ini la manusia paling saya sayang dan saya hargai (Abang, kat u i cinta, ok ?) Pastu Mak buka kad-kad dan hadiah-hadiah dari kami semua. Had a great time tapi dalam hati saya amat merindui Ayah. Al-Fatihah buat Ayah.
No comments:
Post a Comment