Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, August 13, 2003

Sebelum Website Kem Siap

Banyak benda yg nak dijawab nih.

1. Website Kem. Belum siap. Webmaster Kem, Zack sedang busy prepare utk final. Dia juga busy mengodek template log saya dan menukar apa-apa di log ini sesedap rasa. Kerja-kerja Zack mendapat bantuan dari pakar ICT, Fathi Mohammad.
2. Kem ni cam resort ker ? Tidak. Kem ni ialah 'tapak perkhemahan & pusat latihan bina semangat'. Kami jual sebagai camping-site jek. Tapi selalunya, group akan mengambil program-program yg ditawarkan spt 'kem remaja lasak (level 1-5 : nih program outdoor yg really lasak)', kem kepimpinan, 'english in camp', kem kembara kampung dan banyak lagi la.
3. Apa ada kat sana ? Baca kat website yg lom siap tuh. Ada info.
4. Macam mana nak gi ke Kem ? Kalau anda dari lebuhraya PLUS, exit di Tol Tangkak. Drive to bandar Tangkak. Sampai di traffic light pertama yg anda jumpa, belok ke kiri. Drive lagi melalui Kpg Sialang sehinggalah anda berjumpa jambatan yg memisahkan Johor-Melaka. Terus hingga ke simpang. Belok kiri lagi. Terus lagi hingga berjumpa Balai Polis Chinchin. Sebelah balai nih, anda akan nampak signboard Kem Lambaian Danau. Ikut jalan sebelah SK Chinchin. Drive terus ke Kem. Dari Tol Tangkak ke Kem cuma 9km sahaja. Selamat Datang :)
5. Nak bercamping macam mana ? Kalau tak ambik pakej, murah je. Sewa tapak = RM 5.00 semalam. Khemah = RM 5:00 semalam (4-men tent). Makan = RM 15.00 utk 3 hari 2 malam (b'fast, tea, lunch, dinner, supper). Sewa kabin = a. 4 sharing = RM 50.00 semalam (4 beds, carpeted, fan) b. 3 sharing = RM 40.00 semalam (one single & one double bed, carpeted, fan)
*** tidur dlm tent lebih seronok ! tiada nyamuk di sini, ni keistimewaan kami.

Tapi kalau GengJurnal really nak buat gathering kat sini, i can work out a special deal utk itu. Maybe like u pay for the makan je ker. Sebabnya sure kami dpt free advertising, kan ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...