Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, August 09, 2003

Minggu Yang Tak Busy

Heheh. Minggu ni relax skets ... campers yg masuk tak ramai, 80 org jer. Tu pun program rekreasi, santai-santai jek. So, leh memulau ! (bahse melaka nih) Sekarang tengah ujan, best tengok air ujan dr tingkap opis nih. Bercucuran masuk tasik. Tak nampak Gunung Ledang, dari pagi tadi tak nampak. Berkabus kat sana tuh, ujan jugak kot.

Amir
Minggu ni Amir gi camping. Tak jelak-jelak bercamping. Ikut program sekolah. Esok balik dr PD kena gi ambik baju-baju kotor dia kat hostel dan bagi elaun minggu ni. Dapat gak kiss skets2, Mama rindu la ...

Amy
Khamis arituh kawan saya sejak darjah satu datang. Dia ni popular & glemer, kalau sebut nama dia sure satu mesia tahu. Dulu dia baca berita kat satu TV swasta nih. Kami berkawan sejak kecik. Amy dtg dgn anak-anak, Sham & Suraya. Satu masa dulu, Amy pernah 'teruk'. Kesian dia, dia disiksa suami dan mak mertua. Akhirnya Amy bercerai dengan suami. Jadik single-parent. Membesarkan anak-anak dan nak berjaya dlm career. Bukan kerja senang. Tapi Amy yg saya jumpa arini, Amy yang ceria dan bahagia. Dia dah kawin baru dah. Alhamdullilah, dah senang dah. Drive keter harga 1/2 juta. Heheh. Bukanlah kebahagiaan dinilai dari materi, tapi kesenangan tu kan anugerahNya. Senang yang membawa pada bahagia. Lama kami sembang, gelak-gelak berdua. Seronok. Teringat zaman kanak-kanak. Rasa cam baru jek, kan ? Tapi Amy kata, kami dah tua. We commented about each other nyer dressing. Heheh. Banyak la kau, nak soh aku berjubah dalam utan nih. Aku kerja bukan berjalan, berlari tau ! Anak dia Suraya, tinggi. So dia booking anak saya jadik menantu, sebab anak saya pun tinggi. Issshhh ramai lak booking Amir, mentang-mentang anak aku ensem! Hahahaha ... best lak riak skets ! Kami plan nak buat reunion nanti. Leh la jumpa ramai-ramai. Tapi kami kan sekolah kampung, sekampung lak tu, memang tak putus hubungan. Dr. Badiah (Pakar Sakit Jiwa nih) jiran dekat rumah, nak jumpa Kaydar gi je la kat Klinik M tuh, Kaliong ari-ari saya jumpa dan ari-ari gaduh ngan dia, Ancak-Ancak arituh dtg Kem citer dia tengah buat master, Amin dah jadik 'org besau' kat Perbadanan Johor, Rozita kat Maybank, Sheena kat Yayasan Melaka dan ramai la. Malas nak type. Heheh. Nak gi tengok ujan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...