Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, August 16, 2003

Madas

Perkara yang susah berlaku atas orang lain selalu berlaku pada Madas. Madas student UnivTeknikal, budak mech engine. Nama dia ******Khairul. Tapi kami panggil dia Madas je. Dia orang Masjid Tanah. Hari ni, jadik lagi. Amin, fasi kami yg ambik jurusan psycology patut setadi kes Madas ni. (Rindu Amin aa, lama tak saiko ko la !)

Kes 1
Berlaku di jalan Masjid Tanah - Alor Gajah. Jam 3 pagi. Kawan Madas, A ajak Madas temankan dia pi KL. Balik dari KL, letih dan mengantuk, A suruh Madas drive. Madas tak de lesen kete tapi tahu bawak kete. Kesiankan kawan, Madas pun drive kete. A tidur, nyenyak. Sampai kat jalan lepas Lendu (kat uitm melaka), ada road block. Ada beberapa orang poliss bertugas. Madas panik, berhentikan kete, turun dari kete dan lupa nak tarik handbrake. Aduhz. Kete berjalan dengan A dalam kete tertidur nyenyak tanpa sedar apa yg berlaku. Kete gerak laju gak sebab turn bukit. Madas dengan 2 orang poliss berlari mengejar kete. Letih mengejar, kena lak tahan kete jgn gerak lagi supaya Madas leh tarik handbrake. Poliss berdua tu tak terkata apa. Tak pernah berlaku macam ni kat mereka. Nasib baik, Madas dilepaskan begiru saja dengan sedikit warnings. A terus tidur tak sedarkan apa-apa. Memanglah dia tak kan bangun, sebab dia kawan Madas. Spesis Madas la, kan.

Kes 2
Ada sebuah sekolah di Masjid Tanah ambik program di Kem. Cikgu ni minta kami dtg ambik deposit, tapi kami tak sempat. Minta cikgu transferkan duit, tapi cikgu tak reti la nak buat macam mana (apalah cikgu nih !) Maka Madas diminta untuk ambil duit dari cikgu tu. Cikgu telefon Madas dan minta Madas tunggu dia di bank B. Madas seperti biasa sampai ke tempat perjanjian lebih awal. Menunggu sambil menjenguk-jenguk dlm bank dr dinding kaca. Dinding gelap tu kan nampak jika dari dalam tapi tidak nampak dari luar. Lama dia macam tu sebab cikgu tak punctual, lambat. Akhirnya sebab tak tahan menunggu, Madas masuk dalam bank. Masuk je, pintu bank ditutup dan pengawal bank tunjuk senjata kat Madas. Madas panik la. Jaga bank tu ingatkan Madas nak merompak (muka brutal cam gangster sket dia ni) Nasib baik cikgu pun sampai, selamat Madas.

Kes 3
Ni jadik arini. Dia gi dating, dapat awek Jasin. Sha dgn Mamat tukang teman. Bawak kete saya (kesian ko kete). Sampai Jasin baru teringat dia tak bawak wallet dia. Dia orang kat sini memang teruks skets, kalau gi dating mesti ramai-ramai. Dah terbiasa bila kami berdua gi dating, dia orang jadik lamp post reramai. Madas tanya Sha ada duit tak, Sha pun tak bawak wallet. Mamat ada wallet tapi tak de duit. Alahai. Makwe lak dah janji tunggu depan KFCC. Macam mana lak ni. Meeting dengan partners in crime berdua tuh (crime sebab lari dr dutycamp -potong gaji korangs-). Kata sepakat dicapai dan mereka ke rumah saya. Mintak Nenek (Mak saya) duit. Punyalah lurus, mintak 10 ringgit jek. Nenek bagi la 10 ringgit. Gi KFCC dan pesan kat partners berdua tuh, kita minum air jek. Siap kira dulu duit cukup ke tak. Kalau tak cukup, partners berdua share air. Dan lepas bayar kat cashier duit lebihnya cuma 60 sen.
Tak reti nak cakap budak-budak ni. Last-last saya gelak giler. Kesian la awek tu. Penat pakai lawa dan mekap lawa. Dapat minum cokee je. Tunggu Abang Madas jadik engineer la, dik !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...