Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 29, 2003

Dapat cuti weekend !

Minggu ni tak de group so kami akan bercuti panjang. Cuti dari Sabtu sampai Isnin. Boleh relax, boleh celebrate besday Mak ... Ida & Fadhli ada balik lagi. Amir pun balik wajib minggu ni. Best dapat berkumpul ramai-ramai. Jepun & Mamat cuti Ahad & Isnin. Sha dah pun mula cuti sejak semalam, dia pergi buat partime kat F1 Circuit, Sepang.

Mobile Abang hilang hari Jumaat lepas. Hilang masa dia hantar kereta saya ke bengkel untuk tambah minyak gear. Puas gak la kami mencari. Tapi bila telefon dan dapat telemanager jer, dah agaklah sure dah kena kebas. Since weekend lepas ada group dan Abang sibuk baru semalam dapat pergi settlekan hal-hal pasal tepon dia tuh. Ni dah ada mobile baru tapi nombor tetap yang lama juga.

Fear Factor
Malam tadi tengok Fear Factor dengan Abang. Abang suka sangat program ni. Bila tengok peserta tuh semua, dah agak dah yg mak tam tuh takleh buat punya. Sebab dari cakap-cakap besarnya dia sebenarnya nak 'cover' katakutannya. Biasa jer orang cakap besar ni, terpaksa buat macam tu untuk melindungi diri yang sebenarnya. Suka dengan budak perempuan yang menangis takut ulat tu. Dia buat kami teringat kat Eiha. Eiha yang lemah lembut, feminin, cantik dan sweet sangat dengan lesung pipit dia tu :) Dia fasi kami, a favourite girl dengan semua kat sini. Dia boleh buat semua yg fasi lelaki buat, boleh bawa peserta jungle-tracking, pi obstacle, kayak dan semuanya la. Dia selalu pi mendaki dan juga pernah gi berakit di Sg. Nenggiri di Gua Musang tu. Orang selalu ingat perempuan yang suka outdoor ni mesti perempuan yang fizikalnya cam lelaki dan kasar cam lelaki. Salah tu ! Eiha tetap Eiha dengan senyum 24 jam dia tu. Minggu lepas dia orang training berenang. Terjun dari bot Bayu Tasik dan berenang ke Jeti Putera. Jauh tu (800m, kots Cica ?) Fakhrin, Kucai dan Eiha. Eiha dan Kucai jer yg berenang hingga ke Jeti. Fakhrin separuh jalan dah minta bantuan. Memang Eiha best, sebab Kucai tu Pegawai Palapes, teruklah kalau Leftenan Muda takleh nak kalahkan Eiha.

Sebelum Fear Factor tu saya tengok juga Anugerah Erti Merdeka. Tengok sambil layan-layan Nana dengan buku-bukunya. Apalah, dah 46 tahun merdeka tapi anak-anak merdeka masih tak boleh berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan dengan baik. Tak reti cakap ke ataupun bila kamera dah didepan rasa tak nampak pandai pulak jika berbahasa Melayu.

Kad dari PM. Kami dapat kad Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dari PM. Di alamatkan kepada : (Nama Abang), Pengarah Urusan, Kem Lambaian Danau, bla, bla, bla ... Kad envelope ada cop Perdan* Menter* Malaysia. Terperanjat dia sekejap, mana lak Mamat ni kenal dia. Thanks je la :) Saya bukan tak suka dia ni. Saya cuma dah bosan dengan cara dia manage the country. Rasa cam citer industan jer. Ada hero sana, hero sini. Hero berenang, hero naik kapal dan macam-macam lagi la. Buat benda-benda ketupat besar, kuih raya besar, benda panjang, benda besar dan segalanya la. Kalau nak tulis memang banyak sesangat. Malas. Upsere Nebete.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...