Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, August 07, 2003

My Ridzwan Nadzrin

Hari Isnin lepas MRSM balik, kami ada tetamu. Clive and wife dari SSNE. Clive ada 3 proposals utk kami. Ada 1000 acres tanah paya di Sepang utk development, 130 acres di Bentong dah develop dan mintak BT urus dan satu lagi property di PD. Dua ekar jek. Ni untuk consultancy job. Abang dengan ngantuk dan letihnya bukan leh fokus sangat. Tapi yg di Sepang tuh, memang reject la. Sebab ada kena-mengena ngan org politik. Tak kosa. Beritahu Clive, hari Ahad ni kami akan ke PD. Bincang kat sana. Thanks Mrs. Clive for the pastries. Abang terus balik lepas meeting ngan Clive. Saya tinggal seorang utk habiskan kerja. Cadangnya esok nak bercuti. Siapkan kerja yang penting. Dah pukul 7:30. Masih bercuti. Pukul 7:40 Abang telefon, beritahu Nadzrin muntah dan Abang nak bawak dia Ke Dr. Naha. Terperanjat saya sebab tengahari tadi ok jer. Terus offkan pc, lock semua-semua dan berkejar ke kereta. Panic sekejap. Tengah drive, Abang tepon mobile saya. Doc nak masukkan air. Nadzrin kurang air. Alahai. Sampai ke Klinik Dr. Naha terus ke treatment room. Dah masuk air pun. Abang tengah peluk dia. Nampak je saya, "I want Mama". Terus pergi peluk dia. Honey, baby, kesiannya darling Mama. Picit-picit kepala dia. Doc kata kena tunggu sampai habis satu bag air tuh. Suruh Abang balik dulu. Kesian dia penat. Biar saja saya yang tunggu. Abang balik. Nadzrin nak buang air. Bawa dia pergi toilet. Buang air dan muntah lagi. Mengigil-gigil dia. Basahkan muka dia. Tidurkan dia balik. Abang sampai. Still tak dinner. Abang mandi je, tak leh nak makan ingatkan anak. Saya belai Nadzrin sampai dia lelap. Kol 10 malam baru air habis. Balik rumah. Saya tidur dengan Nadzrin. Dia lelap dan tidur nyenyak. Mama dia yang tak lelap. Esoknya, dia dah bangun pagi-pagi lagi. Dah ok. Mintak breakfast. Alhamdullilah. My darling dah sihat. Cuti sekolah 2 ari je. Mama yang lebih. Cuti sampai Khamis. Thanks, Abah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...