Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, January 19, 2004

Kutangisi pemergianmu, sayang !

Ucapan takziah saya kepada keluarga Nurul Huda Abdul Ghani. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Tidak dapat saya nak membayangkan perasaan dan keadaan ibubapa yang ditinggalkannya. Pedih dan sedih bila melihat gambar si-comel manja yang ditatang dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya. Saya seorang ibu, saya tahu macam mana perasaan kasih seorang ibu kepada anaknya.

Membaca suratkhabar pada pagi Ahad tu tanpa sedar airmata mengalir. Adakah manusia sezalim tu ? Tidak ada perasaan ke dia ? Pekak ke telinga yang mendengar jeritan siksa anak kecil tu ? Berbaloi ke dengan keseronokan nafsu binatangnya itu sehingga satu jiwa terkorban ? Memang ajal maut telah ditentukanNya tetapi dapatkah kita menerima kejadian tu berlaku di negara kita. Yang kita banggakan kemajuannya. Aduh apa saje yang tidak kita buat utk buktikan betapa majunya kita - tengok ajelah rekod Malaysia tu - segalanya terpanjang, terbesar, ter apa sajalah dah kita lakukan. Tetapi itukah yang kita nak ? Itukah pengukur kemajuan ? Betapa 100 meter dari rumah sendiri bukan tempat selamat untuk anak-anak kita.

Saya teringat kembali peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu. Kisah Allahyarham Nurul Hanis Kamil yang dirogol dan dibunuh dengan kejam sewaktu pulang sekolah. Nurul yang telah saya jumpa semasa datang camping di Kem. Anak gadis yang manis, yang sopan, yang innocent. Dia jadi mangsa kebuasan nafsu binatang.

To the people up there. Tolonglah lakukan sesuatu. Jangan biarkan ini berlaku lagi. Cukuplah dengan Audrey Melissa, Nurul Hanis, Hardiati dan gadis-gadis kecil yang lain yang menjadi mangsa binatang-binatang ni. Pls, pls do your job. Cukuplah dengan pembangunan yang ada ni. Buatlah pembangunan insan pula. Kejadian ini menunjukkan jiwa masyarakat kita rosak. Tolonglah, tolonglah. Biarlah anak-anak hidup dengan perasaan selamat. Saya takut dengan kejadian ni. Janganlah berlaku lagi.

Nurul Huda, Nurul sayang, pergilah dengan aman ... Al-Fatihah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...