Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 17, 2007

Last Day - Part One

Penat seharian ni, pagi berjalan lebih 10 km - trekking, main lumpur, di ladang bersama lembu dan kambing, tengok ladang kelapa sawit, pokok getah dan berjalan sekeliling kampung.

Lepas Zohor pula, main air -water confidence, lawan berakit dan naik kayak.

Lepas Solat Maghrib, makan ! Style khenduri sebab kami menyambut hari ulangtahun kawan baru kami, Zul Faizin aka Ijin. Makan macam-macam. Nasi Lemak, sambal tumis, burger, hotdog, ayam bbq, ikan dan tentunya kek harijadi Ijin. Kenyang ! Sedap !

Lepas makan ada sessi dengan Pak Haji Izudin yang ajar pasal Maxi Recall. Dengan cara yang Pakcik Izudin ajar, kami boleh mengingat sehingga 20 nombor/barang. Bukan kami sahaja, abang-abang Fasi, Mama G dan Pak Let pun belajar sama.

Lepas sessi dengan Pakcik Izudin, kami pergi 'Night Walk'. Abang-abang Fasi kata, sian kat 'Hantu-On-Duty' sebab kami menakutkan mereka. Ala, biase jer Night Walk tu. Abang Fik (Camp Com) beritahu nak gi Night Walk. Kami pun jerit, "yeayyyyyyyyyyy". Nanti ada hantu tau, dia goreng kat kami. Kami jerit gak, "yeayyyyyyyyyyyy". Last-last abang Fik give up. hehe.

Balik dari Night Walk, masa untuk tidur. Tiada yang nangis, tiada yang takut pun :) Semua tidur. Oleh kerana semua telah letih dan penat - malam tu semua tidur tak sedarkan diri. Datin Najihah pun tak sempat komplen apa-apa :) Begitu juga lain-lain Datin-datin kecik. Letak kepala, terus tidur.

Pagi dikejutkan abang-abang Fasi untuk Solat Suboh berjemaah. Kami berjemaah dengan abang-abang Fasi semua. Ada Kuliyah Suboh.

Senam pagi. Breakfast.

War Game. Yuhuuuuuuuuuuuuu .. main lumpur lagi ! Seronok bebs, main dan berguling-guling dalam lumpur tu.


Khenduri di Anjung Kasih

Panjang umurnya, serta mulia ! Selamat Ulangtahun ke-11, Ijin !

Sayang kat adik-adik. Abang-abang Fasi suapkan kami. Yang ni, Abang Fik suapkan Zharif

Abang Aliff pun suapkan adik. Thanks abang, sebab jaga, ajar dan sayang kat kami semua.

Pak Haji Izudin sedang mengajar Maxi Recall

Belajar ramai-ramai

Semua orang belajar

Anis dapat menghafal sehingga 20 nombor. Pandai dia !

Ni nak gi Night Walk - yeayyyyyyyyyy

Morning Exercise

War Game

1,2 .. up ! Abang Fik sedang denda askar-askar degil :)

Askar paling nakal !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...