Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, August 13, 2007

Hari Kedua - Pt 2

Geng Sekolah Rendah jeles jer tengok abang-abang sekolah menengah main lumpur. Apa le, guling sikit-sikit aje. Kalaulah kami, budak-budak sekolah rendah dibenarkan main lumpur tu, haruslah kami bermain sehingga petang, berguling dan berperang dalam lumpur tu. Haruslah juga, abang-abang fasi bertungkus lumus menarik keluar kami dari lumpur tuh ! ( Tu lah pasal, abang-abang fasi tak kasi budak kecik masuk lumpur !)

Geng Sekolah Rendah jalan dulu, ke Palong lama. Kat Palong ni, kami diajar pasal lombong timah dan abang Faiq tunjukkan contoh bijih timah. Lepas tu kami pun cari bijih timah. Bila kami mula melombong bijih timah, Abang Faiq takut pulak habis semua bijih timah tu. Lalu Abang Faiq dan Abang Wan pun ajak kami ramai-ramai nyanyi Lagu Monyet.

Ada sekor monyet ( 2 x)
Gayut atas dahan ( 2 x)
Garu-garu badan ( 2 x)
Goyang-goyang punggung ( 2 x)
Ah ah ah ah

** nyanyi ikut rentak lagu Kenek-Kenek Udang

Dari Palong kami ke Pantai Pasir Putih untuk berehat sebentar. Cantik pemandangan kat sini. Boleh nampak Gunung Ledang.

Jalan lagi. Dah 6 km kami berjalan. Meniti titi kecil untuk ke Kawasan Chinchin Cowboys. Dari Chinchin Cowboys, kami ke Ladang Ternakan Lembu dan Kambing Abta Ternak Sd. Bhd.

Wah, banyaknya lembu. Kami diberi penerangan oleh Pakcik Acor Paku. Pakcik Acor Paku ajarkan bagaimana nak jaga lembu, ubatnya dan lain-lain. Kami juga belajar membancuh makanan untuk lembu. Rumput Napier, daun petai belalang dan kenaf, dimesin dan diberi kepada lembu. Pakcik Acor Paku bagi kami peluang memberi lembu-lembu makan.

Selesai bagi lembu makan, kami ke kandang kambing. Banyakkkkkknya kambing. Sheep pun ada. Comel-comel sangat. Kambing bising, kuat mengembek. Tapi kami tak kisah, setiap kali mereka mengembek, kami jawab balik. Heheheh seronok ! Mengembek beramai-ramai.

Ada juga yang panjat naik kambing buat macam kuda. Tapi PakLet soh turun lak. Tapi betul, kambing tu besar macam kuda. Apalah salahnya naik, kan. hehe.


Geng Sekolah Menengah melintas Paya Selut

Dia orang dapat main lumur. Sekolah Rendah tak dapat.

Nyanyi Lagu Monyet atas Palong.

Ni bijih timah yang kami dapat. Batu-batu hitam yang berkilat-kilat.

Abang Alif menolong Najihah meniti. Abang-abang Fasi panggil perempuan-perempuan kecik nih Datin. Datin Najihah, Datin Sarah, Datin Nana, Datin Shida, Datin Ndana dan Datin Liya. Banyak songeh ! Jurucakap dia orang, Datin Najihah :)

Di Pantai Pasir Putih. Abang Kudin yang takde rambut tu, juga dipanggil 'Sifu'

Melintas 2 negeri. Dari Melaka ke Johor :)

Kena masuk melalui jalan ini. Air yang kami rendam kasut tu ialah 'disinfectant', pembunuh kuman.. Kuman bahaya kepada lembu-lembu dan kambing-kambing.

Lembu ni harganya RM 9000 seekor

Pakcik Acor Paku sedang mesin rumput.

Kambing !

Kambing biri-biri.

Kami, depan kandang kambing Abta Ternak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...