Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 31, 2007

Program Mahabbah, Sains Actuari, USIM

Mahabbah tu, bahasa Arab. Ertinya 'kasih-sayang'. Well., that's what i learnt from the girls. Budak-budak USIM ni, fasih Bahasa Arabnya. Dan minggu tu, Mamat 'offduty'. Harap Wan dan Fikry jerlah :) Kalau Mamat ada, dapatlah kami 'ek' skets. Sebab Mamat nih bagus bahasa Arab - leh cakap Arab Pasar dan Arab Tinggi. Ni menganga jer bila dia orang 'speaking' sesama sendiri ! Nak cakap bahasa 'Rock KLD versi HyperMarket', bahasa tu dah diharamkan Pak Let. Menganga jer kami dengar Uztazah Soulha dan Manal cakap :)

Program ni program santai. Program adik-beradik, gitu !

And the kids made me feel young - teringatkan kawan-kawan DTA Class of 82-85 dulu. Kami rapat sangat dulu. Boleh melepak sekali 30 orang kat tepi tembok sambil tunggu kelas mula. Dan 'kami' pun, kami yg berbagai jenis - dari Alex yang berpurdah (kami panggil minah ni Alex, beb ! dan dia, mata jer nampak, and she's so cool, kawan yg kami semua sayang), Lynn anak datuk kaya raya yang keretanya adalah kereta wakaf kelas kami, Punk mat rock yang tak pernah pakai jeans tapi pakai slack, geng-geng budak-budak pandai Kak Senah, Kak Siti dan Kak Shimah sampailah geng cintan-cintun, semuanya sekepala. Seronok sungguh masa tu. Mana pergi, pergi ramai-ramai. Hatta, kalau nak dating pun, pergi sekelas. Tuh yang ramai kawen sekelas. Tunggu kawan dating, kita pun terdating sama :)

Semuanya main cincai-cincai dan berlebih kurang. Dan kami semua grad. Ada yang pointer okay dan ada yg cukup makan jerlah. Tapi yg bestnya, kami punya semangat tolong-menolong. Kalau lecture subjek** yang datangnya beberapa kerat jer, tapi dijamin kelas kami punya attendance sure penuh. Assignment pun camtu, yg tak pandai dan tak rajin, yang pandai dan rajin tolong cover. Iyerlah, kalau dah segroup dgn Punk yg satu sem bawak buku tulis rampaian sebuah tuh jer utk cover semua subject, tah dia ambik nota ker tah tidak, ko ingat dia leh ker nak contribute bab-bab ilmiah ? Dia contribute ler bab-bab mengphotost dan membinding. Hantam jer, kita orang nih. Janji, siap :) Lecturer happy, dan yg penting kami pun happy. (Yang ni, korang jangan tiru, belajar rajin-rajin, gi kelas dan wat assignment tau.)

Tuh bab belajar, bab sosial lagilah pulak. Kalau tengok wayang (dulu wayang kat Dewan Sri Budiman RM 1;00 setiket), gi tengok sekelas. Kalau ada girl yg nak dating, semua girls dlm kelas jadi fashion advisor dan jurumekap.

MasyaAllah dah tercerita hal-hal zaman Dinosaur lak. Okay, back to 2007 !

Buat cekodok was one of the activities. Tuh yg bersungguh mengacau tu, Wan Ju. Yang tersengih tuh, my menantu, Ina !

Ni tengah goreng cekodok. Abang Toyak dengan awek-awek lawa. Awek ni punya cekodok sungguhlah marvellous sehingga Dekan UM minta nak beli !

Ina, Nona dan Fasya. Posing sambil nak mengadun batter Kuih Cara

OTOS. One Team, One Spirit. Aktiviti baru yg dieksperimen oleh USIM. Bergerak ramai dalam satu kumpulan. Takleh putus, takleh tinggal walaupun sorang pun !

Kayak Safari

Buat Rakit

Team DIGI

Rakit Marathon

Buat Kuih Cara. Anak-anak terunaku- Boss, Blue dan Faiq bersama aweks lawa. Tetiba jer semua rajin ke dapur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...