Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, August 31, 2007

Selamat Menempuh Peperiksaan UPSR

Hari ni, pelajar-pelajar Tahun 6 akan menempuh peperiksaan UPSR. Untuk anak-anak yang pernah datang ke Kem Lambaian Danau untuk kursus Motivasi Peperiksaan dan juga anak-anak dari Sekolah-sekolah Terpilih Daerah Tangkak yang datang Program Semalam Bersolat Hajat, semoga anak-anak semua selamat berjaya dan menjawab dengan baik.

Jangan lupa cheers kita :

Siapa kita ?
5A, 5A !
Syabas !
Aahhhhhhhh .... yesssssss !

++++++++++++

Ni SK Perempuan Bandar Tangkak. Walaupun namanya sekolah perempuan, tetapi ianya sekolah bercampur lelaki-perempuan :) Mereka datang untuk Program Motivasi UPSR Sehari Bersama di Kem Lambaian Danau.

Semasa mereka berada di Kem, ada peserta-peserta dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam. Teruja mereka tengok aktiviti abang-abang dan kakak-kakak. Sempatlah mereka mengikut sama 'cheers' abang dan kakak tu. Bukan main lagi dengan 'cheers' Kurshiah 3rd, Kolej Ketiga, UM. Tu yang abang-abang Fasi buatkan satu 'cheers' untuk mereka.

Abang Fikry sedang mengajar adik-adik belajar 'fokus' semasa belajar. Di Anjung Kelana.

Abang-abang memberi panduan cara belajar.

Bawa jalan-jalan tengok Canyon. Abang Wan dengan adik-adik

Posing ramai-ramai dekat lubang tiung pasir

Tempat nyanyi 'Lagu Monyet'.

Bagi peluang main 'Obsatcles'

Cari emas ker Faiq ?

Tengok abang-abang dan kakak-kakak USIM buat rakit.

1 comment:

icam said...

Assalamualaikum, masih ada kat KL. Menunggu untuk posting pulak ke Indonesia - Jawa Tengah. Mungkin penghujung tahun ni pergi. After that I'll be attached for 3 years at Malaysian Embassy in Jakarta. My office is preparing all admin matters for me to be stationed there. Sekarang tengah tunggu further instructions. Kalau jadi pergi nanti, I'll miss the kampung and tebat. Regards to Rosli and all old folks down there. Heard that karaoke near your place is very entertaining..Maybe I'll join then.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...