Kem Cuti Sekolah datang lagi ! Pagi 29 Mei tu, ada satu group SMK Tengku Mahmood Iskandar di Kem. Mereka akan keluar tengahari. Urusetia KCS bersedia untuk menyambut adik-adik. Siapkan fail, meja pendaftaran dan lain-lain. Lepas tu siapkan minum pagi (Coffee break) untuk peserta dan keluarga.
By noon, hampir semua sampai. Orang JB dah sampai, orang KL dah dan orang Kuala Pilah pun dah. Cuma ada beberapa orang sahaja lagi yang belum sampai. Ada yang tak sampai, sampailah hari ni :)
Lunch hari ni, Mama G dan GengDapur masak Nasi Beriani. Licin bebs, budak-budak ni makan :)
Peringatan buat Mama G, next KCS kena prepare makanan banyak-banyak. Mama G silap sebab prepare untuk Mak dan Ayah sahaja, sedangkan budak-budak ni, adik-adik, mak-mak saudara hatta nenek dan datuk pun ikut menghantar mereka ke Kem.
Selepas mendaftar, berkenal mesra dengan abang-abang faci, makan tengahari dan solat Zohor, ada aktiviti Ice Breaking. Pak Let bagi tema 'pasukan bola'. Jadi ada kumpulan bernama Johor FC, Johor Pasir Gudang, Myteam, Shahzan Muda, Telekom Melaka dan NS Naza. Kami buat cheers, headband dan paling penting berkenal mesra dengan kawan-kawan baru.
Selepas solat Asar, kami akan buat Obstacles Run dan Water Confidence.
Selepas solat Asar, kami akan buat Obstacles Run dan Water Confidence.
Catatan Mama G.
1. Malam tu, Ndana datang pada saya, dan ini permintaannya pada saya.
Ndana : Mama, kita ingat kat Mak kita.
Mama : Kan Mama ada, meh Mama peluk, meh (peluk dia)
Ndana : Mama, kita tidur kat mana ?
Mama : Kat khemah lah
Ndana : Kita rasa kita tak nak tidur kat khemah
Mama : Habis nak tidur kat mana ?
Ndana : Kita nak tidur kat rumah kita.
Haduilah minah kecik nih ! Jenuh gak pujuk, buat lawak bodoh seround dua, bagi dia happy, pastu ajak dia gi tidur kat tent dia. Nasib okay !
2. Abang-abang Facis, semuanya tidur dalam tents yang mengelilingi khemah-khemah peserta. Ada tidur atas tikar sahaja. Baru nak lelap, tiba-tiba ada jeritan yang sangat kuat, " Abanggggggggggg Faciiiiiiiiiiiiiiiiii". Berlarianlah abang-abang ke khemah yang menjerit tadi. "Ada ulat". Abang-abang pun, ada yang memujuk, ada yang kelam kabut keluarkan semua barang-barang dan mencari 'ulat'. Rupanya ulat tuh hanyalah seekor semut sesat. Semut jer ! Sian, abang-abang semua korang buat ! Penduduk tent tersebut ialah Nana, Liya, Ndana dan
Shida. Betul ler Mak Datin kecik nih !

1 comment:
tahun depan saya akan pujuk memel utk pegi dgn lebih giat lagi...
hehe..
Post a Comment