Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, August 01, 2007

Kem Cuti Sekolah - Day One

Klik pada gambar untuk saiz besar

Kem Cuti Sekolah datang lagi ! Pagi 29 Mei tu, ada satu group SMK Tengku Mahmood Iskandar di Kem. Mereka akan keluar tengahari. Urusetia KCS bersedia untuk menyambut adik-adik. Siapkan fail, meja pendaftaran dan lain-lain. Lepas tu siapkan minum pagi (Coffee break) untuk peserta dan keluarga.

By noon, hampir semua sampai. Orang JB dah sampai, orang KL dah dan orang Kuala Pilah pun dah. Cuma ada beberapa orang sahaja lagi yang belum sampai. Ada yang tak sampai, sampailah hari ni :)

Lunch hari ni, Mama G dan GengDapur masak Nasi Beriani. Licin bebs, budak-budak ni makan :)

Peringatan buat Mama G, next KCS kena prepare makanan banyak-banyak. Mama G silap sebab prepare untuk Mak dan Ayah sahaja, sedangkan budak-budak ni, adik-adik, mak-mak saudara hatta nenek dan datuk pun ikut menghantar mereka ke Kem.

First group yang sampai. Dari Seremban. Keluarga UngkuNor Kamarul dan anak-anak Nis. UngkuNor yang no. 2 dari kiri. Dia bukan peserta, okay ! Dia Mak kepada budak-budak yang besar-besar tu.

Firstimer. Belum biasa pergi camping. Siap bawak bantal busuk !

Seasoned camper. Ni Haiqal. Dah biasa dah dia. Dia macam facis pulak. Tunjukkan kawan-kawan itu ini di Kem. Dan Haiqal ni, bukanlah Haiqal yang timid macam tahun lepas ! Dia hebat, sekarang :)

Dari Panchor. Keluarga Hajah Halimah, Ghazali& Kintan dan Norehan


Selepas mendaftar, berkenal mesra dengan abang-abang faci, makan tengahari dan solat Zohor, ada aktiviti Ice Breaking. Pak Let bagi tema 'pasukan bola'. Jadi ada kumpulan bernama Johor FC, Johor Pasir Gudang, Myteam, Shahzan Muda, Telekom Melaka dan NS Naza. Kami buat cheers, headband dan paling penting berkenal mesra dengan kawan-kawan baru.

Selepas solat Asar, kami akan buat Obstacles Run dan Water Confidence.

Kumpulan Pasir Gudang FC dengan Faci kami, Abang Aliff. Abang Aliff ni sangat tinggi ! Dia belajar di USM.

Sebelum buat aktiviti kena streching dulu supaya otot tak cedera dan nanti tak cramp.

Sebelum mula Obstacles, posing ambil gambar dulu ! Kumpulan NS Naza dengan Abang Wan dan Along. Abang Wan belajar di UPM, Along pulak belajar di Uitm. Sekolah Rendah buat Obstcles dulu.

Balancing. Najwa, Anis dan Sarah sedang meniti jambatan sebatang kayu. Abang Blue dan Abang sedang membantu.

Water Confidence. Along dan Abang Kucai mengajar kami mengapungkan diri. Seronok, walaupun mula-mula takut ! Geng-geng dari Johor, bersungguh belajar berenang untuk persediaan jika banjir lagi :)

Bangga ! Kami telah berjaya menghabis kesemua 12 halangan. Terjun tasik, redah lubang, monkey rack, balancing, panjat tangga pokok, lari tepi gaung, merangkak ala askar, terjun di pilot splash, rempuh laluan tayar, lake crossing, panjat tali dalam gaung, masuk dalam tayar dan akhirnya sampai semula ke Dataran.

Obstacles Sekolah Menengah. Pak Let kata, budak sekarang tak berpeluang panjat pokok. Ni yang cari pengalaman panjat pokok nih !

Selesai kedua-dua aktiviti, kami mandi, bersihkan badan. Lepas tu makan malam dan Solat Maghrib. Abang Wan sedang bertazkirah dengan adik-adik.

Malam, ada kursus tentang IQ dan EQ oleh Encik Aminudin.

Selesai dengan Encik Amin, kami supper. Lepas tu, gosok gigi dan tidur.

Geng-geng Mak Datin Kecik, sedang mesyuarat sambil supper. Pengerusi dia, Najwa. hehe !

Catatan Mama G.

1. Malam tu, Ndana datang pada saya, dan ini permintaannya pada saya.

Ndana : Mama, kita ingat kat Mak kita.
Mama : Kan Mama ada, meh Mama peluk, meh (peluk dia)
Ndana : Mama, kita tidur kat mana ?
Mama : Kat khemah lah
Ndana : Kita rasa kita tak nak tidur kat khemah
Mama : Habis nak tidur kat mana ?
Ndana : Kita nak tidur kat rumah kita.

Haduilah minah kecik nih ! Jenuh gak pujuk, buat lawak bodoh seround dua, bagi dia happy, pastu ajak dia gi tidur kat tent dia. Nasib okay !

2. Abang-abang Facis, semuanya tidur dalam tents yang mengelilingi khemah-khemah peserta. Ada tidur atas tikar sahaja. Baru nak lelap, tiba-tiba ada jeritan yang sangat kuat, " Abanggggggggggg Faciiiiiiiiiiiiiiiiii". Berlarianlah abang-abang ke khemah yang menjerit tadi. "Ada ulat". Abang-abang pun, ada yang memujuk, ada yang kelam kabut keluarkan semua barang-barang dan mencari 'ulat'. Rupanya ulat tuh hanyalah seekor semut sesat. Semut jer ! Sian, abang-abang semua korang buat ! Penduduk tent tersebut ialah Nana, Liya, Ndana dan
Shida. Betul ler Mak Datin kecik nih !

1 comment:

spyz said...

tahun depan saya akan pujuk memel utk pegi dgn lebih giat lagi...
hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...