Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 11, 2003

Japanese Pronounciation

Cilok from Tawfiq ( http://fenzique.blogspot.com/ ) Tawfiq is Betty's fren. Rupa cam Asri Zainol.

Cuba tengok camner nak sebut nama awak dalam Japanese, kat sini :
http://sallini.com/games/japanesepronounciation.html

Asrama Seroja, ITM, Shah Alam
Nostalgia. Hari ni bila test-test sebutan nama Jepun tu, saya teringat balik zaman belajar di ITM dulu. Masih bernama ITM bukan UITM. Saya ambik bahasa Jepun masa di ITM. Reti la jugak tulis dlm iragana dan katakana tuh. Kanji, hancurs :) Ingat sensei-sensei kami. Strict giler. Budak German best, lecturer pemalas. Untung dia orang, takyah belajar teruk-teruk. Heheh. Yang paling teringat hari ni bilik 503, Asrama Seroja Satu. Masa final year, saya duduk sini. Walaupun budak final year boleh berkongsi bilik berdua/bertiga tapi kami still berlapan satu bilik. Marina, Ateh, Akay, Erod, Yan, saya dan 2 budak junior (merangkap khadam sukarela kami). Bilik tu best, mengadap ke Jalan Besar. Masa tuh, nak kuar dari itm ikut pintu dekat sekolah hotcat tuh. Dan boys dari Asrama Jati pun lalu ikut pintu seroja bila masuk-keluar campus. Best wo, leh kacau-kacau boys ! nak dating pun senang, bf leh panggil dari bawah. kami rapat sangat dan macam-macam peristiwa kami lalui bersama. Erod kawin ngan Azam masa belajar. Erod pregnant. Macam mana kami yang lom pun 21 tahun menjaga Erod yang mengandung. Manalah tahu pasal morning sickness dan semua tu. masa tu macam mana org make love pun kami tak reti, bukan nya ada internet lagi dan bf pun sama jer blur bangang gitu. heheh. but life was fun. memang happy sesangat. i was in love with my best fren :) akay ada cipul. yan ada baz. ateh ngan marina je tak de sesapa lagi. tapi leh gi dating ramai-ramai camtu. saya gi dating kat pasar malam kelang ajak marina sekali. kalau tengok wayang gi reramai. masa tu itm cam zaman jahiliah skets - hampir setiap malam ada wayang kat dewan sri budiman. tiket baru dua ringgit kot (lupa). Gi Kesatria, kat padang rotu, leh suruh bf hantar. Manalah Mak tak makan hati masa ni !

My Best Friend
Dia kawan baik saya. Kami selalu kena buat project sesama sebab nama huruf yang sama. Dia pemalas, saya rajin. Saya tukang prepare paper, dia tukang present paper. Dia pandai bercakap, saya pemalu. We are opposite each other. Tapi kami kawan baik. Kamceng giler camtu. Sentiasa jer bersama. Saya ada boipren. Dia ada gelfren. Tapi, dia tetap a special fren utk saya. Kalau sedih, kalau result teruk, saya cari dia. Tahu akan ada, 'a shoulder to cry on'. Dia pulak, gelfren bagi kuih, bagi lauk, pegi carik saya untuk makan sama-sama. Sampai gelfren dia cemburukan saya. Nearly everyday lepas Suboh kami pi jogging kat tasik dekat PKNS tuh. Saya akan jogging dari Seroja dan dia akan tunggu di roundabout depan Jati. Jogging sama-sama sampai ke tasik. Or kekadang gi seksyen 6 kat playground tu main buai. Masa tu takder mobile phone lagi, so tulah masa nak phone Mak di kampung. Dia pulak masa tu la tepon gelfren (dia ramai gelfren ..heheh). Saya tukang tepon dulu, dah dapat barulah dia bergayut pulak. Dengan setianya saya menunggu dia. Balik, singgah seksyen 2, beli breakfast dari Makcik Kelantan. Pastu siap-siap gi kelas. Berdua jugak. Malam study berdua jugak. Last-last kami jatuh cinta. Cinta ke ? Masa tu kami rasa, takleh nak hidup without yg sorang lagi. Dia benar-benar faham saya dan saya begitu juga. Saya sayangkan dia. He was there when i gave birth to all my children. 4 anak, 4 kali dia menangis di sisi saya. Dah 21 kami berkawan baik. Dari zaman remaja ke alam dewasa dan semoga berkawan baik sampai tua. Heheh. Kita jaga cucu, eh Abang ?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...